PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Sunday, October 7, 2012

SIRI 2 - TEKNIK MENJAWAB SOALAN GEOGRAFI KERTAS 2



A.                         KEMAHIRAN AMALI

CONTOH SOALAN.

     Rajah 1  di bawah menunjukkan piramid penduduk negara X pada tahun 2000


1.        Berdasarkan rajah 1,
a.    Nyatakan bentuk pyramid penduduk yang di alami oleh Negara X  pada tahun 2000.[2]
b.    Huraikan empat ciri demografi yang  boleh ditafsirkan berdasarkan bentuk piramid di atas. [8]
c.    Jelaskan empat kesan buruk terhadap sosioekonomi negara-negara yang memiliki piramid penduduk duduk seperti negara  X.    [8]
d.  Cadangkan langkah untuk mengurangkan kadar kelahiran yang tinggi di Negara –negara sedang membangun.  [7]

2.        a.  Jadual 3: Nilai eksport petroleum mentah, keluaran petroleum, dan has asli cecair   
Malaysia pada tahun 2005 hingga tahun 2008.
Eksport Malaysia
Nilai Eksport ( RM : Juta)
2005
2006
2007
2008
Petroleum Mentah
Keluaran Petroleum
Gas Asli Cecair
29 359
14 131
20 790
31 967
19 038
23 285
32 863
19 730
26 15
43 698
28 635 
40    32

b. Berdasarkan jadual 3 di atas, lukis graf bar yang sesuai untuk menunjukkan nilai eksport petroleum mentah, keluaran petroleum dan gas asli cecair Malaysia antara tahun 2005 hingga tahun 2008.  [9]
c.    Nyatakan empat jenis sumber tenaga altenatif yang boleh dimajukan pada masa ini.[4]
d.    Jelaskan empat kelebihan sumber tenaga altenatif tersebut berbanding tenaga konvensional.     [10]

 
3.      Jadual 1 menunjukkan nilai eksport di antara Malaysia dengan rakan dagangan bagi tahun   1998.

Jadual 1 : Nilai Eksport Malaysia dengan Rakan Dagangan Terpilih pada tahun 1998
Bil I
Rakan Dagangan
Eksport (RM Juta)
1
Filipina
25807
2
Myanmar
18709
3
Indonesia
17986
4
Thailand
3353

a.    Dengan menggunakan kaedah peta aliran, gambarkan pada peta 1 nilai eksport Malaysia dengan rakan dagangannya yang terpilih pada tahun 1998. [10]
b.   Jelaskan konsep Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA).       [5]
c.    Pada pendapat anda, mengapakah AFTA perlu dilaksanakan?       [10]

4.      Berdasarkan rajah demografi di bawah,


a.      Kenalpasti sebuah negara pada masa kini yang berada pada peringkat 1,2,3.
b.      Huraikan ciri kependudukan bagi setiap peringkat dalam model peralihan demografi berkenaan.
c.       Jelaskan kaitan antara pertumbuhan penduduk dengan pembangunan sosio ekonomi di sesebuah negara dalam kontek model peralihan demografi di atas.



B.                         KAJIAN LUAR  

Skop jawapan Kajian luar
1.     Berdasarkan kajian luar yang telah anda jalankan terhadap satu jenis  Ekonomi,

Syarat Jawapan:
Soalan ini adalah soalan kajian luar, oleh itu jawapan calon mesti memenuhi syarat-syarat berikut:
1.    Berskala mikro seperti di sebuah kampung, sebuah estet, sebuah rancangan FELDA, sebuah kawasan pertanian, perikanan, perindustrian, sebuah pekan atau sebuah bandar kecil. Paling luas kawasan kajian yang boleh diterima ialah di sebuah daerah kecil.
2.     Jawapan juga tidak boleh di merata-rata tempat atau melompat dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain. Jawapan calon mestilah bersifat insitu.
3.      Jawapan juga tidak boleh bersifat umum tanpa merujuk kepada mans-mans kawasan kajian.
4.      Jawapan hanya berdasarkan kepada satu jenis aktiviti ekonomi sahaja sama ada primer, sekunder atau tertier iaitu : pertanian, perikanan, penternakan, perhutanan, perlombongan, pemprosesan, pembuatan, pelancongan, pengangkutan, perniagaan dll.
Panduan Pemeriksaan:
       Jawapan calon yang tidak memenuhi syarat 1, 2, 3, 4 di atas, gunakan formula di bawah:
X/25  x 5 =

(b)    (i)    nyatakan aktiviti ekonomi yang dikaji dan namakan kawasan kajian, [2]
 Skema Jawapan
Pelancongan Pengangkutan Perniagaan
Perkhidmatan awam dan swasta
Perbankan dan lain-lain
(Nyatakan kawasan kajian)                                             (I x I m + I x lm=2m)


(ii)huraikan kaedah kajian yang anda gunakan untuk memperoleh maklumat primer dan maklumat sekunder dalam kajian luar anda.                                                                                  [4]
Skema Jawapan
Isi
Huraian
Markah

bii I Pemerhatian             
pencerapan
Maklumat primer diperolehi melalui:
·   Memerhatikan pelbagai bukti fizikal yang menunjukkan kawasan yang dikaji mengalami kemajuan dan juga kesan-kesan negatif kepada alam sekitar.
·   Mencerap melalui rakaman gambar foto – kamera digital.
·   Merekod dengan buku catatan.
·   Menyediakan senarai semak.




2
bii2 Soal selidik /
kaji selidik                              
·      Mengedarkan borang soal selidik untuk dapatkan maklumat primer dari responden di kawasan yang dikaji.
·      Menentukan jumlah responden dan ciri responden yang dikaji.

2
bii3 Temu bual mendalam
·      Menemubual key responden (responden utama) yang mungkin/boleh dirakam.
·      Jumlah yang ditemubual.
·      Bahan/maklumat yang diperolehi untuk dianalisis.

2

bii4 Rujukan                      0
maklumat / data sedia ada
Maklumat sekunder diperolehi melalui:
·      Mengkaji data dan maklumat dari laporan agensi kerajaan tempatan dan swasta.
·      Kajian perpustakaan – laporan tahunan.  
·      Kajian sumber Internet – cth aktiviti menapis petroleum di Kerteh melalui laman sesawang Petronas.
·      Google map

2
Pemarkahan : 2 isi x 2 m = max 4 atau 4 isi x 1 m = Max 4m                                
Perlu diterangkan kedua-dua jenis maklumat (primer dan sekunder);
jika hanya satu maklumat diberikan – max 2m
Max 4m
                                       



(iii) huraikan bukti yang menunjukkan kawasan yang anda kaji telah mengalami
perkembangan pesat akibat aktiviti ekonomi tersebut,      [8]

Skema Jawapan

iHuraian dan contohMarkah
biiiI. Kemajuan         
ekonomi / kepelbagian ekonomi.
Wujudnya kepelbagaian ekonomi yang berkaitan dengan aktiviti ekonomi yang dikaji seperti :
·       Perniagaan / perdagangan - kewujudan rumah kedai/ruang niaga – barangan dan perkhidmatan kepada penduduk.
·       Kewujudan pasar malam / pasar
tani.
·       Perindustrian - adanya IKS dan industri lain.
·       Perkhidmatan - sektor pelancongan – agro dan eko pelancongan seperti adanya home stay, telekomunikasi

biii2. Perkembangan atau Kemajuan           
infrastruktur.
  • Pertambahan bangunan – petempatan/rumah kediaman 
  •  Prasarana – adanya bekalan air dan elektrik 
  • Perkembangan  jaringan  pengangkutan      dan perhubungan seperti jalanraya berturap, telefon – meningkatkan ketersampaian dan penyebaran maklumat.
2
biii3.   Peningkatan KDNK dan taraf hidup penduduk.
  • Pendapatan perkapita penduduk bertambah melepasi garis kemiskinan. 
  • Pengangguran berkurangan.     
  • Kuasa beli dan tabungan meningkat. Pemilikan barangan bertambah. 
  • Taraf hidup bertambah baik.
2
biii4     Peningkatan kualiti hidup, kesihatan, dan pendidikan
  • Akses pendidikan bertambah – sekolah, kolej dan IPT. 
  •  Kadar keciciran dan kadar buta huruf berkurangan. 
  • Kadar celik ICT meningkat dengan adanya pusat internet dan kemudahan jalur lebar.Kadar kelahiran bertambah dan kadar kematian berkurangan. 
  • Wabak penyakit terkawal. 
  • Terdapatnya akses kesihatan yang baik – seperti klinik, poliklinik, hospital bekalan ubat, kemudahan rawatan, dan pegawai perubatan dll.
2

biii5 Kewujudan             
institusi / agensi
  • Agensi - FAMA, MARDI, Jab. Pertanian
    seperti FELDA, FELCRA, MARA, LKIM, dll 
  • Pusat pengumpulan / pemasaran / jeti pemunggahan. 
  • Kilang memproses / pembuatan – IKS, dll 
  • Pusat latihan – Giat MARA, ILP

2
biii6 Pertambahan penduduk
Akibat migrasi penduduk dalam dan luar Negara.
·      Adanya peluang pekerjaan
2






(iv) nyatakan kesan negatif aktiviti ekonomi berkenaan terhadap alam sekitar fizikal setempat,  [5 ]
Skema Jawapan
Isi                                                                 Markah
bivI   Perubahan landskap – Tanah tergondol, permukaan tanah berlopak                            1 akibat perlombongan, perubahan hutan primer kepada sekunder dll
biv2   Hakisan tanah dan tanah runtuh, tanah mendap – kewujudan                                               1 gegalur dan gelongsoran tanah.
biv3   Banjir kilat dan banjir lumpur – regolit, kelodak, dan ampaian.                     1
biv4   Peningkatan suhu mikro dan pengurangan kelembapan udara –                                       1 pemanasan setempat.
biv5   Kerosakan ekosistem /habitat / spesis / rantaian makanan – kawasan hutan dan wet land – pays, tasik, kolam dll
biv6   Pencemaran udara (gas pencemar – CO2, CO), hujan asid, dan jerebu            I (partikel terampai / PM 10) – debu, habuk jelaga.
biv7   Pencemaran air – sungai, tasik, kolam, dll. Kandungan sisa                                    1 toksid, BOD, bakteria e-Coli, sisa pepejal terampai dsb
biv8   Pencemaran bunyi dan bau – bunyi bising dan bau busuk                               1
biv9   Pencemaran tanih dan sisa toksid – sisa toksid yang dibuang
secara haram dan juga resapan leachate (air sampah) Berta baja                    1 kimia ke dalam tanah.
biv10  Pencemaran persekitaran – sampah sarap dan sisa pepejal seperti                  1 kertas, plastik, botol, sisa pemiagaan dsb.
biv I I Kemusnahan kawasan tadahan air - sistem akuifer kekurangan air.
Ini menjejaskan bekalan air kepada sungai, tasik, empangan dan juga         I kepada manusia.
Pemarkahan
Mana-mana 5 isi x I m= max 5 m                                                                        Max 5m
Jika calon hanya menyenaraikan sahaja tanpa ayat – max 3m


(v)   huraikan langkah bukan perundangan yang boleh diambil bagi mengatasi kesan  negatif
tersebut. [6]
Skema Jawapan
Langkah Bukan Perundangan
biv1 Amalan Pengurusan yang strategik
                                                                                                                                           
Huraian dan Contoh
Markah
I. Langkah kestrukturan/kejuruteraan:

·      Membina benteng, tetambak, gabion dan tembok penahan untuk menstabilkan cerun.
·      Membina sistem saliran (parit danlongkang), sungkupan plastik, membina teres, sudut pemotongan cerun dll untuk mengelakkan hakisan dan tanah runtuh.                                                                                                                       sudut pemotongan cerun dll untuk mengelakkan hakisan dan tanah runtuh.


2

2
2. Amalan pemeliharaan :
·      Penjagaan / pengawasan seperti pengekalan  kawasan wet land, kawasan rizab sungai, rizab hutan, kawasan tadahan air, dll yang di-jaga rapi dari sebarang bentuk penerokaan dan pencerobohan.
·      Kawalan eksport/kuota pengeluaran sumber mineral, hutan air dsb.


2


2
3. Amalan pemuliharaan :
·                Pertanian berteres/kontur dan tanamam tutup bumi
·                Kawalan biologi dan baja asli/kompos - mengurangkan penggunaan racun serangga kimia.
·                Penggunaan kaedah tanaman hidroponik
·                Amalan tebang reput - bukannya tebang bakar untuk memulihara tanih dan pertanian.
·                Pembalakan - penebangan terpilih bukannya tebang bersih.
·                Penanaman semula hutan, amalan sivilkultur dll.
·                Perindustrian - Pengurusan sisa pepejal dan  pelupusan sumber toksid secara berjadual.
·                Rawatan sisa, menyediakan kawasan pelupusan yang khas.
·                Meninggikan serombong asap kilang dan  memasang sistem penapis asap d11.
·                pemuliharaan sistem saliran – sungai, tasik, 2 pays dsb.


2
2

2

2
2
2

2

2
4. Penggunaan teknologi mesra alam (teknologi hyau)
· Penggunaan sumber tenaga alternatif – hidro, solar, biomas (teknologi insenerator).
· Penggunaan bioteknologi, teknologi hibrid serta  produk yang mesra alam.


2
2
biv2 Kempen- kesedaran dan pendidikan alam sekitar.
·      Peranan orang awam. Memantau dan melaporkan aktiviti yang merosakkan alam sekitar setempat.
·      Kempen kesedaran melalui slogan dan. Aktiviti kemasyarakatan memelihara dan memulihara sumber alam – seperti slogan, aktiviti gotong royong.
·      Peranan pendidikan rendah, menengah, dan universiti khususnya menerusi kurikulum geografi.
·      Peranan NGO tempatan berganding dengan agensi kerajaan dan masyarakat setempat untuk  menanam kesedaran pemuliharaan alam sekitar seperti mengadakan gotong royong.


2

2

2

2
Pemarkahan Open Marking      [ 3 isi x 2 rn @ 6 isi x Im ]
Max 6m
                                                                                                                              
  
Soalan Tambahan untuk Latihan Pelajar.

1.    Berdasarkan kajian luar yang telah anda jlankan di sebuah kawasan pelancongan di Malaysia.
(a)   Namakan kawasan kajian tersebut.                                                                        [1]
(b)   Huraikan dua kaedah utama yang anda gunakan semasa melaksanakan kajian, [2]
(c)    Nyatakan empat aktiviti pelancongan yang terdapat di kawasan tersebut,          [4]
(d)   Bincangkan sumbangan industri pelancongan kepada pembangunan sosio ekonomi
di kawasan tersebut,                                                                                               [6]
(e)   jelaskan impak aktiviti pelancongan terhadap alam sekitar fizikal di kawasan kajian anda.[6]
(f)     huraikan tiga langkah perundangan dan langkah bukan perundangan yang boleh di ambil bagi mengatasi kesan tersebut. [6]

2. Berdasarkan kajian luar yang telah anda jalankan terhadap satu jenis ekonomi primer,          
a)                sebutkan satu aktiviti ekonomi yang dikaji dan namakan kawasan kajian anda. [2]
b)                nyatakan kaedah kajian yang telah anda gunakan.                  [2]
c)        huraikan bukti yang menunjukkan kawasan yang anda kaji telah mengalami perkembangan pesat akibat aktiviti ekonomi tersebut.       [6]
d)        apakah faktor peganda yang anda dapati di kawasan kajian akibat pembangunan ekonomi primer berkenaan. [6]
e)        jelaskan kesan negatif kegiatan ekonomi tersebut terhadap alam sekitar fizikal kawasan
       kajian anda.     [8]
f)                  huraikan langkah-langkah bukan perundangan yang boleh diambil untuk   
    mengurangkan kesan negatif di kawasan tersebut.    [7]

3 . Berdasarkan satu kajian luar di sebuah pusat pertumbuhan desa yang terletak di kawasan luar bandar:
a.      namakan pusat pertumbuhan desa tersebut dan nyatakan lima fungsi sosioekonomi yang dijalankan di pusat pertumbuhan desa berkenaan.  [6]
b.      huraikan tiga bukti yang menunjukkan saling interaksi antara pusat bandar dengan pusat pertumbuhan desa berkenaan.  [6]
c.       huraikan gunatanah berpotensi berkembang dengan pesat di kawasan pusat pertumbuhan desa tersebut.[7]
d.      nyatakan tiga impak sosiol yang dialami oleh penduduk sekitar akibat fungsi sosioekonomi yang dijalankan oleh pusat pertumbuhan itu. [6]
e.      berikan cadangan anda bagaimana mengatasi impak sosial yang diamali oleh penduduk itu. [6]

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...