PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Showing posts with label TEKNOLOGI. Show all posts
Showing posts with label TEKNOLOGI. Show all posts

Tuesday, September 13, 2016

BANDAR MESRA ALAM TERBESAR DI DUNIA

Bandar Masdar berhapiran Abu Dhabi, UEA - Bandar Mesra alam terbesar di dunia.

Contoh Masjid mersa alam


Pentadbiran bandar Abu Dhabi di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) memajukan bandar mesra alam 
terbesar di dunia dengan menggunakan teknologi paling canggih. Bandar mesra alam itu dikenali 
sebagai bandar Masdar yang boleh menempatkan 40,000 penduduk dan projek tersebut 
bermula sejak 2006. 

Dibina di pinggir bandar Abu Dhabi, bandar Masdar yang langsung tidak mengeluarkan 
gas karbon bakal menjadi contoh kepada bandar mesra alam pada masa depan. Bandar 
itu memperoleh penghuni pertamanya pada Oktober lalu apabila sekumpulan 175 orang 
 pelajar menyertai projek Masdar. 

Institut Sains dan Teknologi Masdar turut dibangunkan dengan kerjasama Institut 
Teknologi Massachusetts. Sebuah kereta tanpa pemandu yang dikendalikan sistem navigasi 
canggih turut digunakan di kampus tersebut. Buat masa sekarang, apa yang ada hanyalah
 kampus institut pengajian yang meliputi satu kluster bangunan dengan bumbungnya dipenuhi 
dengan panel solar serta sebuah ladang yang memperoleh tenaga solar. 

"Kami memiliki sistem fotovolta berkuasa 10 megawatt di tapak yang mampu menjana 
banyak kuasa elektrik yang perlu disalurkan menerusi grid," kata Pengarah Masdar Power, 
Frank Wouters.Masdar turut membangunkan loji kuasa solar berkapasiti 100 megawatt 
dengan kerjasama syarikat Total dari Perancis dan Abengo Sepanyol yang diberi nama 
Shams 1. Ia dikatakan sebagai loji kuasa solar terbesar di dunia dan menelan kos sehingga 
AS$600 juta (RM1.83 bilion). Abu Dhabi ialah antara negara Arab yang memiliki simpanan 
minyak paling banyak di dunia. 
Sumber - Agensi

Wednesday, March 12, 2014

BIOTEKNOLOGI [BIOTECH]

Lembu yang lebih besar dan susu yang banyak melalui Bio-Tech
Maksud Bio Teknologi.

1.        Biologi bermaksud kajian sains hayat, manakala teknologi bermaksud sebarang bahan, alatan, perkakasan, teknik atau proses terkini / moden yang melibatkan penggunaan elemen sains.

2.        Ianya merupakan satu aspek dan teknik yang memanupulasi bahan biologi, kimia dan fizik untuk mendapatkan hasil yang bermanfaat kepada manusia sejagat.

3.        Jadi bioteknologi pertanian dan pembuatan bermaksud penggunaan teknologi terkini dalam perkembangan pertanian dan pembuatan seperti pembiakbakaan tisu   (tisu kultur), pengubahsuaian genetik, teknologi transgenik, dan teknologi nano .


Sejarah Bioteknologi.

Memproses arak 
1.        Ianya bermula semenjak zaman Nabi Adam diturun Allah kebumi lagi. Allah telah kurniakan pelbagai ilmu dan teknologi yang bersesuaian dengan zamannya. Misalnya dlam teknologi pertanian, anak Nabi Adam  Habil telah memajukan bidang pertanian, manakala Qabil dalam bidang penternakan yang memerlukan mereka mengeluarkan zakat seperti yang diceritakan dalam Al Quran. Pengeluaran hasil pertanian dan penternakan adalah untuk memenuhi keperluan bekalan makanan dan pakaian.

2.        Manusia telah mula memanipulasi baka yang terbaik dalam bidang pertanian dan ternakan. Kaum Sumeria dan Babylon telah mula menghasilkan makanan dan minuman seperti bir, manakala roti dicipta oleh orang Mesir purba sebelum 4000 sm lagi.

3.        Produk-produk makanan moden mula dihasilkan seperti penemuan keju dan yogurt secara kebetulan melalui pencemaran susu oleh mikro-organisma.
Yogurt

4.        Di Malaysia, produk belacan, budu, cencaluk, tapai, ikan kering, ikan perkasam melalui proses pengaraman, pemeraman dan penapaian secara bioteknologi tradisional.


Perkembangan Bioteknologi dalam bidang Pertanian.

1.        Masalah dalam bidang pertanian seperti hasil yang rendah dan tidak bermutu, serangan penyakit, kekurangan tanah, kurang bekalan air, teknologi yang rendah, harga yang tidak menentu dan ketidak cekapan pengangkutan menganggu gugat kedudukan pertanian dalam sumbangannya kepada negara.

2.        Jadi, untuk mengatasi masalah-masalah di atas, perlunya R & D yang terkini dan moden supaya boleh mempertingkatkan teknologi, mutu dan hasil pertanian. Bioteknologi amat penting dalam bidang pertanian terutamanya dalam tiga bidang utama; -
i.        mengoptimakan pendapatan pertanian melalui pendekatan baru.
ii.      Menjimatkan kos pengeluaran dengan mempelbagaikan penggunaan 
         hasil buangan pertanian seperti membuat baja organik, biomas dll.
iii.     Memperbaiki, memajukan dan memodenkan cara dan resipi makanan 
         tradisi yang diproses dan diadun semula sebagai makanan 
         segera dan sebagainya.
iv.     Meningkat mutu serta hasil keluaran pertanian melalui pendapatan 
         benih bermutu seperti tisu kultur, memanipulasi sel dan genetik tumbuhan 
         supaya ianya lebih dinamik dan berdaya saing.


3.        Malaysia telah dapat bersaing diperingkat dunia dengan peningkatan amalan bioteknologi dalam bidang pertanian misalnya dalam keluaran sawit dan hasil sawit, getah, koko, dan buah-buahan tropika seperti nanas, pisang, tembikai dan lain-lain. Begitu juga dalam bidang penternakan seperti ayam, lembu , kambing dan lain-lain.

4.        Bioteknologi dianggap sebagai pemacu transfomasi pesat dalam sektor pertanian masa kini kerana; -
i.          Menghasilkan kepelbagaian produk.
ii.         Boleh diusahakan tanpa tanah.
iii.        Bersih dan mesra alam seperti tanaman fertigasi, hidroponik dan aeroponik.
iv.        Menghasilkan keluaran yang berkualiti dan tahan lama.
v.         Berupaya memendekkan tempoh matang dan meningkatkan produktiviti.


Sumbangan bioteknologi dalam Bidang Pertanian.

1.      Hal ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian: -
a)      Proses pengklonan - proses menghasilkan anak pokok @ haiwan daripada tisu pokok @ haiwan berkenaan yang sama kandungan genitik dengan induk bertujuan menghasilkan keluaran yang lebih banyak atau tinggi.


b)      Proses kacukan @ hibrid - proses pemindahan genetik secara semulajadi daripada dua organisma yang sama untuk menghasilkan anak yang baru yang lebih tahan penyakit dan hasil yang lebih baik dan bermutu.

c)      Memperkenalkan beberapa kaedah dan teknik dalam tanaman dan ternakan, misalnya Hidroponik, Fertigasi, Aeroponik, Ternakan ayam dalam reban tertutup menggunakan sistem pengudaraan tersendiri dan lain lain. Selain itu penghasilan baja dan racun juga menggunakan kaedah bioteknologi yang mesra alam dan selamat digunakan oleh manusia.

Teknik Hidroponik dalam pertanian
2.             Kepentingan bioteknologi: -
a)      Pengajaan alam sekitar seperti penggunaan baja dan racun bio 
         organisma yang mesra alam.
b)      Kesihatan manusia dalam menghasil makanan berkhasiat dan 
          bervitamin tinggi.
c)      Memajukan bidang perubatan seperti penghasil insulin dan DNA.
d)      Membantu merawat sisa industri melalui kaedah mikro organisma 
         dan bio remidiasi .

e)      Meningkat hasilan dan kualiti produk umpama padi hibrid seperti golden 
         rice, buah-buahan hibrid.

Wednesday, February 12, 2014

TENAGA SOLAR DI MALAYSIA

RANTAU PANJANG: Pembangunan Koridor Wilayah Timur (ECER) memanfaatkan keadaan cuaca di Kelantan bagi membangunkan projek tenaga solar berskala besar.
Projek melibatkan kos RM50 juta dijangka menjadikan Kelantan berpontensi besar sebagai pembekal utama kuasa alternatif untuk menjana tenaga elektrik yang menjimatkan dan mesra alam. 
Projek tenaga solar itu mampu menyumbang kuasa elektrik sebanyak 4 Megawat kepada Tenaga Nasional Bhd (TNB).
Penyelia projek tenaga solar ECER, Zamri Mohamad berkata, cuaca panas di Kelantan dijangka mampu menghasil sehingga 10 Megawat sebagai sumber tenaga alternatif.
"Ini adalah projek tenaga solar yang pertama dalam skala besar di Kelantan membabitkan kos sebanyak RM50 juta yang dibangunkan dua fasa.
"Fasa pertama telah siap dan mula beroperasi sejak 15 Disembar lalu, manakala fasa kedua masih dalam pembinaan dan dijangka siap Mac ini," katanya di sini.
Projek tersebut dibangunkan syarikat tempatan iaitu Komitmen Mantap di kawasan seluas 18 ekar berhampiran Bandar Baru Pasir Mas di Lubuk Jong. 
Projek itu mula dibina pada Oktober lepas, akan menjadi pembekal kuasa baru kepada TNB bagi kegunaan di sekitar Pasir Mas dan Rantau Panjang.
Sementara itu anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, projek tenaga solar yang terletak di Kampung Baharu, Lubok Jong itu satu-satunya projek sumber tenaga alternatif terbaru di Kelantan.
"Projek tenaga solar yang dilaksanakan tersebut bagi manfaat rakyat Kelantan, lebih-lebih Rantau Panjang dan Pasir Mas kini semakin pesat membangun," ujarnya.

Monday, November 11, 2013

TENAGA SOLAR DALAM KEHIDUPAN HARIAN

Ovan memasak piza
Penggunan tenaga solar semakin mendapat perhatian dan sering digunakan oleh penduduk dunia. Banyak ciptaan baru dari teknologi yang menggunakan tenaga solar dalam masyarakat seperti lampu di taman, handpon, kenderaan dan pelbagai lagi.

Kali ini saya ingin mengutarakan satu lagi konsep baru menggunakan tenaga solar serta amat mudah disediakan dan amat praktikal untuk semua rumah terutamanya dikawasan zon panas dunia seperti Malaysia. 

Membakar kek dengan jimat dan enak dimakan.
Selain ianya menjimatkan tenaga sedia ada, ianya adalah bersifat mesra alam yang mana tidak mendatangkan masalah dan bencana kepada alam fizikal dan manusia pada masa kini. Sebagai contoh ovan yang menggunakan tenaga solar dapat memasakkan piza tanpa menggunakan tenaga elektrik atau bahan bakar lain. Selain itu rasanya lebih lazat kerana tidak ada bahan carbon dalam makanan. Ovan yang mudah dicipta boleh  berperanan membakar dan memasak apa sahaja tanpa perlu menggunakan bahan bakar sedia ada. Yang penting pancaran matahari mesti kuat terutama pada waktu tengahari.  

konsep ovan solar.
Disediakan rajah lakaran bentuk ovan menggunakan tenaga solar. Menggunakan alatan yang mudah, senang disediakan dan murah seperti kotak apa sahaja, aluminium foil dan kertas. Konsepnya mesti ada reflektor bagi memantul tenaga haba kesegenap bahagian dalam kotak dimana bahan yang hendak dibakar atau dimasak boleh mendapat suhu yang tinggi. Ianya selamat digunakan, malah banyak restoran di negara-negara barat dan Amerika Selatan menggunakan ovan tenaga solar bagi memasak atau memanggang sesuatu. Ini kerana permintaan pelanggan yang gemar masakan menggunakan ovan solar. 

Salah satu contoh restoran yang bernama Delicias del Sol, yang berada di kota Villaseca, Chile, menggunakan tenaga solat untuk memenuhi keperluan tenaga mereka. Semua masakan dan minuman yang dimasak dengan oven tenaga solar yang suhu mencecah  suhu 180 darjah Celsius. 

Pekara ini mereka lakukan bukanlah kerana suka-suka, orang-orang di desa ini beralih menggunakan oven bertenaga solar kerana kekurangan kayu yang semakin menjadi-jadi. Dahulu, orang-orang miskin di Villaseca terpaksa menghadapi kenyataan menyedihkan kerana setiap ahli keluarga perlu mencari kayu sebagai bahan bakar masing-masing agar mereka dapat makan makanan panas.Kemudian, seorang wanita bernama Rojas yang tinggal di the Elqui Valley beserta empat wanita lain terpilih untuk projek penyelidikan tentang tenaga solar yang dianjurkan oleh University of Chile. Mereka diberi oven khas yang boleh menangkap cahaya solar sekaligus dapat memasak makanan apapun di dalamnya. Idea ini pun diterima dengan baik, daerah yang gersang dan mendapat cahaya matahari lebih dari 300 hari dalam setahun. 

Kini , masyarakat di desa ini menjadi pusat perhatian kerana oven 'ajaib ' ditambah lagi mereka semakin sihat kerana makanan yang dimasak dengan ketuhar ini bebas karbon dioksida yang biasanya terdapat dari pembakaran kayu bakar. Merka menguji ketuhar selama empat bulan dan eksperimen adalah satu kejayaan . Makanan lazat yang boleh dimakan boleh disediakan dengan hanya menggunakan tenaga solar . Tetapi , selepas eksperimen itu telah berakhir , Universiti menuntut penduduk kampung mengembalikan oven tersebut. 

Berhadapan kekurangan kayu, ditambah pula bahan bakar yang semakin mahal membuat Rojas dan masyarakat desa berinisiatif mengumpulkan wang dan membeli oven sendiri. Namun , ketuhar tersebut jauh dari ekspetasi mereka. Benda itu tidak dapat di selaraskan dengan tepat untuk menangkap cahaya matahari dan masakan tidak sempurna dimasak. Oleh itu , Rojas dan suaminya menghabiskan bertahun- tahun membentuk dan mereka bentuk semula ketuhar dapat di selaraskan dengan lebih cekap .  Pasangan itu, bersama -sama dengan keluarga Villasecan lain, kemudian membentuk Association of Solar Artisans of Villaseca dan mendapat bantuan $ 10,000 daripada Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu di bawah Program Pembangunan Syarikat untuk membuka sebuah restoran yang unik di mana makanan akan dimasak hanya menggunakan ketuhar solar baru mereka.




Thursday, November 8, 2012

TEKNOLOGI PENEMUAN DARI AUSTRALIA

australian inventions


Tahukah anda bahawa wi-fi dan kotak hitam ditemui di Australia?
Dua penemuan itu dan beberapa karya lainnya diulas di sebuah buku kanak-kanak berjudul Australia s Greatest Inventions and Innovations karya Christopher Cheng dan Lindsay Knigh

Wi Fi
John O'Sullivan, seorang penyelidik tetamu dalam bidang astronomi dan sains bilik di Commonwealth Scientific and Industrial Research Organisation di Melbourne, dipandang sebagai bapak wi-fi.
"Beberapa bibit orisinal dalam astronomi radio," kata O'Sullivan."Anehnya, itu adalah eksperimen yang gagal untuk mengesan letupan lubang hitam mini berukuran zarah atom.
"Saya tidak tahu ke mana hal itu akan berakhir, saat itu kami hanya berniat melakukan rangkaian wayarles dengan daya 100 megabit sesaat.
"Banyak orang mengatakan kami gila kerana cuba memikirkan hal itu. Kami berfikir hal itu akan menjadi sesuatu yang luar biasa, dan kini jika saya mengenang saat itu, saya masih tidak percaya bahawa wi-fi kini menjadi sesuatu yang sangat besar."

Kotak hitam perakam percakapan pesawat

australian invention blackbox
Kotak hitam atau "black  box" memang faktanya dilapisi dengan cat terang tahan panas agar dapat ditemui jika pesawat mengalami kemalangan.

Teknologi itu ditemui oleh ahli kimia Australia, Dave Warren, yang yakin bahawa orang mati dapat membantu mengungkap misteri kemalangan fatal.
Pada 1953, ia membuat sebuah alat untuk merakam perbualan di kokpit dan merakam data dari instrumen penerbangan. Ideanya adalah, jika kotak hitam boleh tetap utuh selepas kemalangan, saat terakhir sebelum bencana boleh diulang untuk mengetahui punca kemalangan dan mencegahnya.
Warren mempunyai alasan peribadi. Ayahnya tewas pada 1934 dalam kemalangan pesawat di Australia.

Alat bantu dengar

Telinga bionik telah membawa keajaiban suara ke dalam hidup beribu-ribu orang. Oleh kerana itu, mereka harus berterima kasih pada doktor Graeme Clark dari Sydney.
hearing aid
Dr Graeme Clark, dan alat bantu dengar ciptaannya
Pada 1967 ia mula menyiasat cara untuk menyentuh cochlea, bahagian telinga yang membantu kiita mendengar dengan elektrod. Hal itu tampaknya mustahil, bagaimana mungkin ia memasukkan 20 kabel ke dalam sesuatu yang setipis jarum?
Inspirasi datang apabila ia bercuti di pantai. Dengan memasukkan setangkai rumput ke dalam cangkang kerang yang kelihatan seperti bahagian dalam telinga memberinya inspirasi.  Pada 1985, implan cochlear mendapat persetujuan dari badan pengawas ubat dan makanan AS, USDA.  "Alat ini adalah kesukaan saya kerana telah mengubah hidup ramai manusia," kata Debbie Rudder, kurator di Powerhouse Museum di Sydney

Toilet dual flush

australia invention dual flush toilet
Hal ini sangat 'Australia' seperti mematikan pili apabila menggosok gigi. Di benua paling kering di dunia ini, hemat air adalah budaya yang penting.  Toilet dengan butang siram ganda (dual flush) boleh mengeluarkan air dengan kuantiti berbeza. Teknologi ini ditemui di awal 1980-an oleh Bruce Thompson dan merupakan ciri-ciri wajib di semua bilik mandi Australia dan semakin popular di seluruh dunia.

Ultrasound

australia inventions ultrasound
Salah satu hadiah terbesar bagi orang tua di seluruh dunia adalah dapat melihat anak mereka yang masih dalam kandungan melalui ultrasound.
Alat ini dibuat oleh Commonwealth Acoustic Laboratories di Sydney.
Ultrasound adalah cara untuk memantau kesihatan janin tanpa menggunakan sinar X yang berpotensi mengancam kesihatan janin.
Ultrasound kini juga telah digunakan untuk diagnosis tumor serta keadaan-keadaan lain.
Teknologi ini bekerja dengan menggunakan gema ultrasound dari bahagian-bahagian halus tubuh untuk menghasilkan gambar di skrin.

Jarum suntik sekali pakai

australia inventions syringeKita berhutang budi pada seorang pembuat mainan dari Australia Selatan yang mencipta teknologi ini.
Jarum suntik sekali pakai menjadi sebuah keperluan dengan hadirnya penisilin. Ubat anti bakteria itu cenderung menggumpal di jarum kaca dan sukar untuk digunakan kembali.
Pada 1949, seorang pendatang Austria bernama Charles Rothauser mencari jalan keluar dengan membuat jarum plastik sekali pakai pertama di sebuah kilang di Adelaide tempat ia membuat boneka plastik.




Wang lembaran dari plastik

australia invention plastic bank note
Di akhir 1960an, ilmuan kerajaan diminta oleh Bank Cadangan Negara Australia untuk membuat wang lembaran yang tidak boleh dipalsukan.
Solusinya adalah panel telus dan tulen yang ditempelkan ke lembaran wang yang diperbuat dari plastik.
Wang tahan air itu pertama kali digunakan pada 1988. Australia kini mendakwa wang mereka tidak boleh dipalsukan dan tetap awet empat kali lebih lama dari wang kertas.
Australia juga mencetak wang lembar polimer untuk banyak negara lain termasuk Bangladesh, Chile, Kuwait, New Zealand, Romania dan Vietnam.
sumber : BBC News

Wednesday, September 5, 2012

KAEDAH MUDAH MEMBASMI NYAMUK

1. DENGAN REAKSI KIMIA ( PERANGKAP NYAMUK )
Bahan-bahan yang diperlukan :
•200 ml air,
•50 gram gula merah,
•1 gram ragi (beli di toko makanan kesehatan)
•botol plastik ukuran 1,5 liter

1.Potong botol plastik di tengah. Simpan bagian atas/mulut botol.
 
perangkap nyamuk sederhana mudah aman murah ampuh









2.Campur gula merah dengan air panas. Biarkan hingga dingin dan kemudian tuangkan di separuh bagian potongan bawah botol.
 
perangkap nyamuk sederhana mudah aman murah ampuh

3.Tambahkan ragi. Tidak perlu diaduk. Ini akan menghasilkan karbon-dioksida.
perangkap nyamuk sederhana mudah aman murah ampuh










4.Pasang/Masukkan potongan botol bagian atas dengan posisi terbalik seperti corong.
perangkap nyamuk sederhana mudah aman murah ampuh

5.Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam, kecuali bagian atas, dan diletakkan di beberapa sudut rumah Anda.
perangkap nyamuk sederhana mudah aman murah ampuh
Dalam dua minggu, Anda akan melihat jumlah nyamuk yang mati di dalam botol. Selain membersihkan habitat mereka, tempat berkembang biak nyamuk, kita dapat menggunakan metode ini sangat berguna di sekolah-sekolah, TK, rumah sakit dan rumah.
perangkap nyamuk sederhana mudah aman murah ampuh

Sunday, May 6, 2012

BANDAR MAMPAN - ECO CITY TIANJIN, CHINA

Bandar Eko- Tianjin
Tianjin, China.; Bandar mampan yang terbesar di dunia, seluas hampir 30 kilometer persegi, dengan keadaan kehidupan bandar  akan dibangunkan di Selatan negara China. Pembangunan bandar ini adalah secara usahasama antara kerajaan China dan Singapura

Berasal dari tanah pinggir akan ditukarkan kepada  eko-bandarTianjin terletak 150 kilometer di tenggara  Beijing, yang dihubungkan kurang daripada satu jam dengan kereta api berkelajuan tinggi yang serba baru.

Bandar, yang direka bentuk untuk lebih kurang separuh daripada saiz Manhattan Island di Amerika Syarikat, dijadualkan akan dijana dengan teknologi penjimatan tenaga paling hebat abad ini iaitu tenaga solar.

Direka oleh  Kumpulan Perancangan Bandar-Suburban, bandar ini juga dirancang untuk mempunyai sistem transit aliran ringan termaju dan pelbagai eko-landskap di antara dari solarscape berkuasa matahari untuk kehijauan  earthscape  berpenghuni anggaran 350,000 penduduk.

Sebuah bandar yang mampan atau eko-bandar merupakan sebuah bandar yang terancang untuk menghasilkan tenaga, makanan dan air  sendiri dengan cara yang tidak menyebabkan kemudaratan kepada alam dalam bentuk seperti sisa, pencemaran air atau kerosakan kepada udara. Kaedah ini adalah mengikut Richard Register mula-mula menggunakan istilah 'ecocity' dalam bukunya, Ecocity Berkeley: Membina Bandar Masa Depan yang sihat (1987).


"Di Tianjin, penduduk dijangka untuk mengambil dayausaha sendiri untuk menghijau bandar. Jika mereka mengambil bas dan menyusun sampah mereka untuk dikitar semula. Aspek sistem harian di bandar ini sedang digunakan sebagai "guinea pigs" untuk teknologi baru yang mampan.

General Motors, sebagai contoh, menjalankan projek di Tianjin untuk menguji operasi pemanduan kereta elektrik dalam trafik biasa,  yang penuh dengan pemandu, pejalan kaki dan penunggang basikal yang tidak menentu.

Projek percubaan lain termasuk pemasangan lampu rendah tenaga, oleh Gergasi elektronik  Philips. Tong sampah juga akan mengosongkan diri mereka dengan menghisap kandungan sampah ke dalam rangkaian penyingkiran bawah tanah.

Sebagai pengetahuan, Treasure Island dan Arcosanti di Amerika Syarikat, Masdar City di Abu Dhabi dan Clonburris di Ireland adalah sebahagian daripada eko-bandar-bandar terkenal di dunia.

Tuesday, November 15, 2011

Ancient irrigation methods an admirable innovation

Water has always played a key role in  the  long history of  IRAN. Iranians are credited for qanats and the invention of  Persian wheel, two ancient irrigation systems which are well known in the world. According to hereto  the Greek  historian, Qanat digging technique  was  documented   and   was   practiced    in   the achaemenids era (550_330 BC) 2500 years ago. Remains of   reservoirs   have  been  discovered   along   with  water intakes, spilwaysand  outlets  and   the   sewage  systems belonging to pre_achamenids and Assyrians (1500-600 BC).
The  archaeological  surveys  suggest  that  Iranians enjoyed advanced  culture  and  civilization  some 7000  years  ago. The civilization of  in  the  western  part of  Iranian plateau flourished 5000  years  ago  and  they  invented   cuneiform writing . Discoveries  prove that Iranian were peaceful and ingenious  people  in  third  millennium  BC  who cultivated cultivated land and raised crops and livestock.
1-Khaju bridge & diversion dam, Isfahan province, Age 354 years
In  general , there   have  been  four  methods  of   in irrigation in Iran .
These four  methods  are  listed as cisterns or  water reservoirs, channels, canals, weirs and dams. Conventional wells were drilled vertically by  means of  manual tools and equipment's and  the water content  of   these wells was discharged  for utilization by  men  or   through the use of  herbivorous animals . Ancient  Iranian  perceived the process by which artesian well originated knew how they could be brought under subjugation. 

 
However full  utilization of  the aforementioned well was  not accomplished  in  the  past, Furthermore excess precipitation was stored in certain locations known as cistern or water reservoirs, in the form of covered structured ,filled with water ,can be observed in vicinity of salt desert , and hot arid plains in south of Iran which are utilized for provision of water demands of villages and caravans.
Dam construction in Iran dates back to sassanian era, at the time of king shapur I. The dams made at that period are 1300 –1700 years old. A regulating dam and a bridge diversion dam(500 meters long with 4 spans) in shushtar are among these dams.
Amir dam constructed by buyids dynasty 35 km north of shiraz is 1000 years old. this three-purpose dam (irrigation ,bridge and mill) still exist and functions. During the safavids empire (1501-1736) water engineering developed significantly and many storage and diversion dams and bridges were constructed in Esfahan and Mashad of which some still exist.

1- Bahman weir dam, Fars province, Age 2000 years

4- Fariman weir dam, Khorasan province, Age 400 years
General characteristics of old dams in Iran:
As proved by the recent studies , Iranian carefully considered   the three basic  factors i.e. site selection , foundation  condition and  construction materials . In all cases they  fully observed all design and technical  requirements  and circumstances in the dam site and site selection. Topography, river  regime, material  availability and river diversion during construction were also profoundly attended to. Types  of  Ancient  Dams:
All  Iranian   ancient   dams   are   considered  of  following  masonry  types. Gravity  dams:
Studies   indicates   that    all  the   design  criteria considered in the  recent design  of  gravity dams  were taken  into  the consideration  in  the design of   Iranian  ancient  dams. saveh and  sheshtaraz dams  which are over  700 and 900  years   respectively  are  examples of   this  type. Arch dams:
Iranian   perceived   the  high  bearing  of   arches  before Romans . Kebar  and  Kerrit  dams  over 700 and  400 years    old  respectively  are  both   arch  dams. Buttress dams:
Akhlemad  dam  with a crest  length  of  230m , height of 12 m and reservoir capacity of 3 million  cubic meters and Fariman dam, 400 years old , are  both  buttress  dams.  Both  dams  are  still under operation.

3- Golestan weir dam, Khorasan province, Age 300 years

2- Amir dam, Fars province, Age 1000 years
The under ground water channels , the so called "Qanat"  was by the large the most  important method Of  irrigation in many  parts of  Iran.
In view of the scarcity of rivers in  many  regions of  the  country  and  With  consideration  that  the number  of  perpetual rivers was highly scanty the ancient   Iranian   chivied an admirable innovation known as "QANAT" or "CAREEZ"  approximately  3000  years  ago.
This highly  important and  incomparable initiative was transferred  from middle east later transferred  From  middle east to north Africa , Spain and Cecil for further exploitation. The records on the  Iranian's "QANAT" in  the achaemenian period can  be  found  in  the  writings of  Greek  historian . Consequently ,  it  can   be  asserted that   this irrigation technique  dates  back  to the prechaemenian period . There also   exist   historians  records in Qanat   in   the  parthians  and  sassanids.
Qanat (3000 year ancientness)
A symbol of Iranian Identity and National skill in Irrigation
Name : Fahraj Qanat (Subterranean Canal)
Length(km) : 20
Depth(m) : 50
Location: Yazd Province


 

Sunday, November 13, 2011

LAMPU SOLAR DARI BOTOL TERBUANG


Lampu solar di Bilik Air
Penduduk miskin di Filipina dengan mudah mendapat cahaya di dalam rumah yang gelap pada waktu siang sahaja. Mereka dapat berjimat tanpa menggunakan bekalan elektrik dari pihak pembekal kerajaan. Banyak rumah dan kedai-kedai di kawasan miskin telah dibangunkan dengan mendapat cahaya solar dari bahan terbuang. Cara membuatnya sangat mudah yang boleh dibuat oleh penduduk di kampung di Malaysia. 

Dengan menggunakan botal-botol air plastik terbuang sahaja dan di isi dengan air suling berserta dengan 10 mm klorin cecair. Botol ini di tempatkan di bumbung rumah yang telah di ubah suai seperti dalam video di sediakan. Anda boleh menikmati cahaya solar yang tidak memanaskan dalam ruangan rumah yang gelap menjadi terang benderang. Anda boleh offkan semua lampu elektrik.

Saya mencadangkan para pelajar dapat mencubanya dirumah atau disekolah. Ianya mudah dipasang maupun ditanggalkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...