PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Monday, October 15, 2012

PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI PULAU PINANG 2012 : GEOGRAFI STPM KERTAS 2



PERCUBAAN GEOGRAFI STPM, P.PINANG 2012
SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN GEOGRAGI KERTAS 2 [942/2]

SOALAN 1
Jadual di bawah menunjukkan kadar pertumbuhan tahunan penduduk Negara Malaysia pada tahun 1980, 2000 dan 2010.

TAHUN
JUMLAH PENDUDUK
1980
13 ,136,109
2000
22 ,198,276
2010
27, 565,276
a.        Berdasarkan  maklumat dalam Jadual 1, hitung kadar pertumbuhan tahunan penduduk Malaysia dari tahun 1980 hingga tahun 2010.  [3]
ISI
HURAIAN
MARKAH
Formula
r= l /n Log e ( Pn / P0) X 100

pengiraan r dengan menggunakan formula dan jawapan


 1/20 log e ( 27 ,565,276  ) x 100 =
                      13, 136, 109

1/20 log e (2.0984  ) x 100 =

1/20 (0.741 x 100 )= 3.78


1m

1m

1m

JUMLAH
3m

a)   Jelaskan enam  faktor yang mempengaruhi pertumbuhan penduduk bandar yang pesat  di Msia.[12]
ISI
HURAIAN
MARKAH
b1Kadar Kelahiran
Kadar kelahiran tinggi. Kelahiran bayi meningkat dengan adanya penjagaan kesihatan yang baik terutamanya dalam kalangan ibu mengandung, bayi dan kanak-kanak.  Banyak klinik ibu mengandung di bandar
2m
b2Kadar Kematian
Kadar kematian yang rendah. Penduduk mementingkan kesihatan. Kawalan penyakit berjangkit seperti malaria, cacar, taun dipertingkatkan
2m
b3Migrasi dalaman yang pesat
Migrasi luar bandar ke bandar tinggi. Ramai mencari peluang pekerjaan  di bandar. Bandar menawarkan pekerjaan dalam sektor perindustrian Johor Bahru,Kuala Lumpur, Ipoh
2m
b4Faktor Fizikal –tanah pamah
Kebanyakan bandar terletak di kawasan tanah pamah.  Mudah mendirikan kawasan perumahan dan kemudahan asas.  Contoh: Kuala Lumpur
2m
b5
Dasar Kerajaan
Dasar kependudukan kerajaan Malaysia ialah 70 juta orang menjelang 2100.  Kerajaan menggalakkan pertumbuhan penduduk bandar dengan pelbagai insentif seperti cuti bersalin selama 60 atau 90 hari bagi ibu yang bersalin dan suami pula diberi tujuh hari cuti
2m
b6
Agama dan adat
Agama Islam mempunyai konsep meramaikan umat dan larangan perancangan keluarga. Jadi pertumbuhan penduduk pesat. Adat orang cina yang inginkan anak lelaki untuk mewarisi keluarga.
2m
b7Kestabilan politik
Dalam jangka masa yang panjang menggalakan pertumbuhan pesat. Tiada peperangan dan tiada rakyat yang terkorban
2m

JUMLAH
2X6 =12M


b)   Huraikan kesan pertumbuhan penduduk bandar terhadap ciri demografi dan status sosioekonomi  Malaysia.[10]
ISI
HURAIAN
MARKAH
C1Penduduk sebagai aset
Tenaga buruh  perlu untuk mengembangkan  dan menjayakan aktiviti ekonomi. Pembangunan ekonomi bergantung kepada tenaga manusia yang ramai. sektor pertanian , perindustrian, pelancongan
2
C2Memperluaskan saiz pasaran
Jumlah penduduk yang pesat menjanjikan pasaran domestik yang besar dan menarik pelaburan asing.
2
C3Menguatkan pertahanan negara
Penduduk ramai menjanjikan bilangan tentera yang ramai. Pemilihan rakyat yang berkualiti untuk diserapkan dalam bidang ketenteraan
2
C4Tekanan terhadap sumber tanah
Persaingan guna tanah petempatan dengan guna tanah yang lain.
Tanah di bandar semakin tinggi harganya
2
C5Kemerosotan  dan Kepupusan Sumber
Pertumbuhan penduduk pesat menyebabkan sumber alam digunakan sepenuhnya untuk menampung penduduk. Kesanya flora dan fauna terancam. Sumber hutan diteroka untuk pembinaan petempatan dan kawasan pertanian
2
C6Kemiskinan
Masalah pengangguran, kemiskinan dan taraf hidup penduduk menjadi rendah. Sumber ekonomi yang ditawarkan adalah terhad berbanding dengan bilangan penduduk yang ramai
Kemiskinan Bandar juga berlaku. Contoh bandaraya Manila
2
C7Mengalakkan migrasi keluar
Ramai penduduk berhijrah ke luar Negara untuk mendapatkan peluang pekerjaan. Penduduk Bangladesh dan Indonesia membanjiri Malaysia.
2

JUMLAH
2X6 =12

2      a) Nyatakan  satu contoh sumber alam yang terdapat dalam setiap komponen alam sekitar biosfera , litosfera , hidrosfera dan atmosfera ?                        (5m)
Sumber alam yang terdapat dalam :
-       biosfera ialah tumbuhan, haiwan , manusia                                      (2)
-       litosfera ialah batu igneus, batu enapan, batu metamorfosis           (1)
-       hidrosfera ialah tasek, kolam, paya, sungai, laut                              (1)
-       atmosfera ialah wap air, asap, gas, partikel terampai                      (1)

b.     Jelaskan bagaimana aktiviti penduduk boleh mempengaruhi perubahan alam sekitar fizikal ?(10m)
Isi
Huraian
Markah
Pertanian
Meneres , meratakan bukit, membajak 
Tanah berubah gondol dan struktur tanah longgar
2
Pembinaan
Menebusguna  , penimbunan, penambakan
Tanah berubah wajah menjadi rata dan gersang
2

Penternakan
Perlepasan sisa kumbuhan dari ladang
Air tercemar, keruh, berubah warna, berbau
2

Perikanan
Perikanan akuakultur –mencemarkan air, Tangkapan ikan di sungai atau laut menggunakan tuba, bom mencemarkan air dan menjejaskan ekosistem
2
Pengangkutan
Pembinaan lebuhraya – menebuk, meneres, meratakan bukit – tanah menjadi rata terdedah kepada hakisan
2

Perlombongan
Tanah ditebuk, di korek- kawasan menjadi kolam besar
2
Permarkahan= 5 isi X 2m = 10 m

c) Jelaskan kesan ke atas sumber alam akibat tumpuan penduduk di sesebuah kawasan di Malaysia ?             (10m)
Isi
Huraian
Markah
Kurang tanah
Penawaran tanah terhad, persaingan sengit, tanag naik harga
2
Penggunaan  kawasan berisiko
Kawasan seperti tanah rizab sungai, rizab  laut, tanah tinggi
2
Pengurangan sumber alam
Sumber alam yang tidak boleh diperbaharui seperti bijik timah, emas, bijih besi
2
Kepupusan sumber alam
Aktiviti pertanian kawasan tanah tinggi – tanah diratakan  kepupusan hutan  , flora , fauna, kemerosotan flora & fauna-
2
Kerosakan ekosistem
Pemotongan lereng bukit  meningkatkan gerakan jisim- ekosistem hutan akan terganggu  tiada cegatan silara terhadap titisan hujan
2
Pencemaran air
Amalan pertanian yang giat – Racun serangga DDT   mengalir masuk kedalam sungai  berlaku pencemaran air- hidupan akuatik terjejas     Permarkahan= 5 isi X 2m = 10 m
2

Soalan 3
(a)  Berdasarkan kajian luar yang telah anda lakukan di sebuah kawasan pelancongan tanah tinggi,
(i)         namakan kawasan pelancongan tanah tinggi yang dikaji     [1]
ISI
HURAIAN
MARKAH
Pekan Brinchang,Tanah  Tinggi  Cameron
Pahang Darulmakmur


JUMLAH
1m

(ii)        nyatakan dua tujuan kajian anda                                                                                  [2]
ISI
HURAIAN
MARKAH
(ii)Mengenal pasti faktor yang menpengaruhi perkembangan aktiviti pelancongan tanah tinggi
1m
(ii)Mengenal pasti kesan aktiviti pelancongan tanah tinggi terhadap alam sekitar fizikal setempat
1m

JUMLAH
1x2=2m

(iii)       nyatakan dua kaedah kajian anda gunakan untuk mendapatkan data tentang ciri-ciri aktiviti pelancongan tanah tinggi tersebut.[2]
ISI
HURAIAN
MARKAH
(iii )
1 Pemerhatian
Memerhati kesan aktiviti pelancongan  di kawasan kajian
1m
(iii )2 Rujukan
Merujuk internet untuk mendapatkan peta bandar  brinchang
1m
(iii )3 Soal Selidik
Menggunakan soal selidik untuk mendapatkan faktor dan kesan aktiviti pelancongan di tempat kajian
1m
(iii )4 Temu Bual
Menemubual  penduduk pecan brinchang untuk mendapatkan maklumat tentang faktor dan kesan aktiviti pelancongan di tempat kajian
1m


2 kaedah sahaja


JUMLAH
1 x 2 =2m

(iv)  jelaskan empat faktor yang menpengaruhi perkembangan aktiviti pelancongan tanah tinggi kawasan kajian anda.[8]
ISI
HURAIAN
MARKAH
( iv )1 Faktor fizikal
Kawasan tanah tinggi  di banjaran titiwangsa yang sesuai untuk  kawasan pelancongan. Pemandangan yang cantik dengan ketinggian 1500m menjadi satu destinasi pelancongan yang popular.
2m
(iv)2 Suhu yang sejuk
Suhu di sekitar 20 0 Celcius nyaman dan segar. Berbanding suhu 27-32 0 Celcius di tanah pamah yang beriklim khatulistiwa
2m
(iv) 3 Air terjun yang cantik
Terdapat air terjun Robinson yang cantik . Tempat berkeelah di kawasan tanah tinggi.
2m
(iv) 4 Ladang Teh Boh
Ladang teh yang besar, mempunyai kilang memproses teh yang boleh dilawati
2m
(iv) 5 Kemudahan penginapan
Banyak hotel dan aprtmen yang boleh disewa, bertaraf 3 hingga 5 bintang
2m

Maks  4 faktor


JUMLAH
2 x 4 = 8

(v)        huraikan tiga kesan aktiviti pelancongan tanah tinggi terhadap alam sekitar fizikal setempat.[6]
ISI
HURAIAN
MARKAH
( v )1 kesan hakisan
Banyak berlaku, tanah tinggi digondolkan untuk pertanian bunga-bungaan dan sayuran. Hakisan galur dan galir yang banyak. Sg Brinchang keruh  dan Empangan Sultan Abu Bakar menjadi cetek
2m
(v)2 Pencemaran air
Penyaliran air kumbahan dari hotel dan aprtmen atau sisa makanan restoran atau gerai makanan
2m
(v) 3 Pemanasan mikro/ setempat
Banyak kawasan hutan diterangkan untuk menjadikan kawasan penanaman bunga-bungaan dan sayuran.
2m
(v) 4 Gangguan kepada ekosistem
Penyahhutanan untuk pembinaan hotel dan kawasan penanaman bunga-bungaan dan sayuran. Banyak Flora dan fauna musnah.
2m
(v) Pencemaran sampah
Sampah – sarap dan sisa makanan yang banyak. Samapah tidak dilupuskan dengan baik. Menyebabkan bau yang kurang menyenangkan
2m

Maks  3 kesan


JUMLAH
2 x 3 = 6

(vi)       huraikan tiga langkah perundangan dan langkah bukan perundangan yang boleh diambil bagi mengatasi kesan tersebut.[6]
ISI
HURAIAN
Markah
( vi )1 Menguatkuasa undang-undang
Akta alam sekitar 1974, menguatkuasa denda kepada pengusaha ladang sayuran dan buah-buahan. Mengurangkan penyahhutan.
2m
(vi)2 Kempen Kesedaran
Mengadakan kempen , kempen cintai sungai kita
2m
(vi) 3 Pembinaan insinirator
Melupuskan sampah-sarap dengan cara yang baik.
2m
(vi) 4 Pembinaan teres
Lereng bukit ditereskan bukan diratakan untuk tujuan pertanian.
2m

Maks  3 langkah


JUMLAH
2 x 3 = 6

3b        i) Berdasarkan sebuah negara yang anda kaji, jelaskan mengapa aktiviti pembalakan dijalankan dengan giat di negara berkenaan?                                                     (9m)

Isi
Huraian
Markah
1. Dasar Kerajaan
Menggalakan pengusaha balak, beri lesen untuk berapa tahun  dan membuka  banyak kawasan untuk tujuan pembalakan
2
2.Kawasan hutan luas
Pengeluaran balak berkembang  - Malaysia ada kawasan hutan hujan tropika yang luas  sesuai aktiviti pembalakan
2
3.Permintaan tinggi
Pengeluaran balak berkembang kerana permintaan tinggi dalam negara dalam sektor industri perabut dan apapan lapis
2
4.Kemajuan teknologi
Teknologi  maju & mudah untuk menebang  dan memproses balak  tanpa menggunaka tenaga buruh yang ramai – menggalakkan perushaan pembalakan
2
5.Perggantungan tinggi terhadap ekspot balak
Hasik eksport adalah salah satu sumber pendapatan negara yang tinggi – kayau keras merbau, cengal , jati berkualiti  untuk memenuhi permintaan Industri primer balak perabut luar negara  
2
6.Kurang pengawasan
Kurang penguatkuasaan / pengawasan – pembalakan dilakukana secara berlaluasa , terutama pembalak haram , tiada pemantauan tegas dijalankan , karenah birokrasi, rasuah
2

ii)  Jelaskan kesan aktiviti pembalakan terhadap alam sekitar fizikal di negara tersebut.   (8m)
Isi
Huraian
Markah
1.Kepupusan biodiversisti/ spesies kayu
Pembalakan berterusan – kerosakan spesies kayu berharga seperti cengal, meranti, merbau
2
2.Kerosakan ekosistem
Fungsi hutan sebagai habitat ekosistem yang pelbagai untuk flora & fauna terganggu – memusnahkan rantaian makanan , kitaran tenaga , mengganggu keseimbangan ekologi hutan
2
3.Tanah runtuh/ hakisan
Penyahutanan mendedahkan permukaan bumi kepada proses luluhawa/hakisan/air larian permukaan – tanah runtuh
2
4.Pencemaran air/gangguan hidupan akuatik
Kelodak , sisa kayu yang hanyut dalam sungai menyebabkan air sungai keruh , menjadi cetek , mengancam hidupan akuatik
2
5.Gangguan kawasan tadahan air
Penerokaan hutan  mengurangkan ai susupan mengalir ke dalam tanah  . Fungsi hutan sebagai kawasan tadahan terganggu menyebabkan bekalan air ke sungai semakin berkurangan
2
6.Peningkatan suhu
Penyahutanan akan menggau hutan untuk menyerap Carbon Dioksida , pengeluaran Oksigen berkurangan, kehilangan wap air dan kelembapan berkurangan  seterusnya berlaku peningkatan suhu          Permarkahan= 4 isi X 2m = 8 m
2

iii) Huraikan langkah-langkah yang diambil oleh pihak berkuasa untuk mengurangkan kesan aktiviti pembalakan terhadap alam sekitar.                                                                       (8m)           
Isi
Huraian
Markah
1.Langkah perundangan
Penguatkuasaan undang-undang , memantau, mendenda, pengawasan pencerobohan hutan simpan kekal, pengharaman ekspot kayu bulat
2
2.
Langkah bukan perundangan
Mewartakan hutan simpan kekal, Taman Negara, Hutan Rezab supaya tiada penebangan berlaku
2
3.
Pengurusan sistematik  melalui program perhutanan semula, menebang pokok terpilih saja , kaedah pemuliharaan hutan
2
4.
Program penyelidikan oleh FRIM untuk meningkatkan hasil balak yang bermutu tinggi
2
5.
Menggalakkan penggunaan sumber gantian sebagai alternative seperti plastic, simen dan batu
2
6.
Kempen pendidikan  melalui media masa , ceramah , pendidikan di sekolah supaya masyarakat menghargai hutan  dan kepentingan hutan kepada manusia
2
7.
Penghutanan semula  kawasan yang terlibat menggunakan benih bermutu & cepat membesar  hasil penyelidikan FRIM
2
Permarkahan= 4 isi X 2m = 8 m


4. (a)   Apakah yang dimaksudkan dengan pembangunan?                                              [5]
            Pembangunan ialah proses perubahan taraf hidup penduduk disesuatu kawasan yang melibatkan peningkatan kualiti hidup melalui perubahan dalam sektor ekonomi, peningkatan pendapatan, perubahan dalam aspek penggunaan teknologi dan peningkatan dalam pendidikan.

(b)  Jadual 1 di bawah menunjukkan Keluaran Dalam Negara Kasar per kapita (KDNK perkapita) negeri-negeri di Malaysia dan Malaysia pada tahun 2006
Negeri
KDNK per kapita(RM)
2005
2006
Johor
Kedah
Kelantan
Melaka
Negeri Sembilan
Pahang
Pulau Pinang
Perak
Perlis
Selangor
Terengganu
Sabah
Sarawak
WP Kuala Lumpur
WP Labuan
15 520
9 600
5 635
19 108
20 820
16 157
26 457
11 859
12 297
21 238
13 773
10 687
24 224
40 289
25 387
16 074
10 386
6 012
20 597
22 849
17 489
26 457
12 769
14 232
22 928
14 558
10 921
26 912
44 341
26 184
Malaysia
19 996
21 563

Berdasarkan Jadual di atas, lukis gambarajah yang sesuai untuk menunjukkan perbezaan KDNK per kapita antara negeri-negeri di Malaysia  dengan KDNK   per kapita  Malysia  pada tahun 2006.  [10]                 Jawapan  Rajah di m.s sebelah

(c)     Jelaskan lima penunjuk pembangunan yang dicapai oleh sesebuah negara.     [10]

Isi
Huraian
Markah
i.KDNK perkapita
Pendapatan isi rumah yang tinggi melebihi paras kemiskinan bagi membolehkan penduduk menikmati tafraf hidup yang tiggi dankehidupan yang selesa.
2
ii.Peratus tenaga kerja dalam sektor ekonomi
Peratus penglibatan penduduk dalam sektor ekonomi moden yang tinggi bagi membolehkan mereka menikmati gaji yang lumayan untuk menampung kos hidup yang kian meningkat.
2
iii.Ciri demografi
Penduduk menanggung lebih ramai daripada penduduk ditangggung- kadar kelahiran yang rendah.
2
iv.Kemudahan asas
Kemudahan infrastruktur yang lengkap seperti bekalan air bersih, kemudahan bekalan elektrik, kemudahan sistem perhubungan dan jalan pengangkutan yang baik bagi meningkatkan darjah ketersampaian yang tinggi ke semua kawasan.
2
v.Pemilikan barangan
Mampu memiliki aset seperti rumah, tanah dan pengangkutan sendiri yang mnecerminkan taraf  hidup yang baik.
2
                                                                                                  5x2=10 markah


 Jawapan soalan 4b.




Tajuk= 1; Petunjukk= 1; Skala= 1; Plotan = 7   maks= 10 markah

 SAMBUNGAN SOALAN 5 HINGGA 8 DI KELUARAN AKAN DATANG

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...