Dalam memikirkan apa yang hendak dituliskan pada keluaran kali ini. Mula-mula rasanya nak keluarkan satu esei tentang pelajar tingkatan enam. Terpandang kepada satu artikel newspapar tentang apakah keperluan seorang lelaki terhadap wanita yakni isteri. Terpikir saya hendak menulis pandangan saya sendiri terhadap seorang wanita secara ikhlas. Jangan marah na......
Mungkin boleh menjadi panduan dan pengetahuan kepada pembaca sekelian. Amin ya rabbal allamim.
Kecantikan seorang wanita itu pada saya adalah subjektif, tak boleh dirungkai dengan kata-kata. Ada orang tengok pada rauk muka yang bujur sirih, bulu mata lentik, leher jinjang dan lain-lain. Bagi saya cantiknya seorang wanita adalah pada budi bahasa dan sopan santun, menghormati orang tua dan yang paling utama taat kepada ibu bapa atau suami. Inilah merupakan kecantikan yang asli dan kekal abadi selama-lamanya. Bagi lelaki, kecantikan wanita kesayangan hati, apabila dipandang membuat diri mereka tenang dan selesa untuk bersama.
Wanita yang berjaya menambat hati pasti sangat istimewa, dan berjaya meredakan gelisah hati dan menyejukkan mata memandang. Nak jadi wanita kesayangan tak susah, tak perlu make up dua inci menutup cela. Yakinlah dengan diri sendiri dan bersihkan hati, Insya Allah anda cantik di mata lelaki kesayangan hati.
Andai kecantikan dalaman anda sangat menyerlah pasti ramai yang
sayang. Bersihkan hati dan pamerkan kecantikan asli kurniaan Illahi
sebaiknya, jangan leka dengan kecantikan yang hanya pinjaman sementara
saja. Moga kita sama-sama menjaga kecantikan yang diberi sebaiknya.
Lelaki yang baik, bijak menilai mana kecantikan asli mana kecantikan
palsu. Lelaki soleh kenal wanita solehah, mana yang gedik. Tak perlu berpura-pura.
Tak perlu bersusah payah menepek muka tebal-tebal sehingga tiada
keyakinan terhadap diri sendiri. Percayalah tiap insan punya kecantikan
diri yang tersendiri. Begitu juga anda, jadikan diri anda sendiri dan banyakkan bergantung dengan Allah, kerana Allah adalah amat hampir dengan kita.
No comments:
Post a Comment