PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Sunday, October 7, 2012

PERCUBAAN GEOGRAFI KERTAS 2 TERENGGANU 2012


SOALAN GEOGRAFI KERTAS 2 TERENGGANU 2012

1. a.  Apakah yang dimaksudkan dengan penduduk sebagai agen perubahan  [5]
b.  Huraikan lima faktor yang mempengaruhi kualiti dan kuantiti somber manusia sebagai agen perubahan di Malaysia     [10]
c.  Jelaskan lima kesan kegiatan manusia sebagai agen perubahan terhadap alam sekitar fizikal.    [10]

2.  Jadual 1 : Struktur Umur dan Jantina Penduduk Malaysia Pada Tahun 2001.
Kumpulan umur
Lelaki ('000)
Perempuan ('000)
0     -   9
2612
2455
10   -  19
2307
2225
20   -  29
2017
1876
30   -  39
1653
1584
40  -   49
1168
1111
50  -   59
684
656
60   -   69
386
414
 70 ke atas
206
261

a.         Berdasarkan jadual 1, lukiskan rajah yang sesuai untuk menggambarkan struktur umur  dan jantina penduduk Malaysia bagi tahun 2001.   [10]
b.        Berdasarkan rajah yang telah anda lukis pada soalan (a), jelaskan ciri-ciri penduduk Malaysia pada tahun 2001.    [6]
c.         Huraikan kesan pertumbuhan penduduk yang pesat terhadap sosio-ekonomi negara sedang membangun.    [9]

3.  Jadual 2 di bawah menunjukkan jumlah keluasan hutan simpan kekal yang diwartakan di Semenanjung Malaysia pada tahun 1995.

     Jadual 2: Hutan Simpan Kekal Yang Diwartakan di Semenanjung   
                       Malaysia  Tahun 1995


Negeri
Keluasan Hutan Simpan Kekal
(Hektar)
Johor

323 784
Kedah

342 602
Kelantan

626 372
Melaka

5 968
Negeri Sembilan

169 704
Pahang
1
394 991
Perak

996 048
Perlis

11 168
Pulau Pinang

6 406
Selangor

248 413
Terengganu

558 010
Kuala Lumpur

61

a. Berdasarkan Jadual di atas,
i.          Pada peta 1, lukiskan sebuah peta lorekan bagi menunjukkan keluasan hutan simpan kekal yang diwartakan di setiap negeri di Semenanjung Malaysia pada tahun 1995.  [10]
ii.        Merujuk kepada sebuah negara di rantau Asia Tenggara, mengapakah dianggap sebagai sumber ekonomi yang penting.   [7]
iii.      Jelaskan bagaimana aktiviti manusia yang telah menyebabkan kemerosotan dan kepupusan kepelbagaian biologi hutan di rantau Asia Tenggara.   [8]

ATAU

3.  b.  i.   Namakan lima lokasi agro-pelancongan di negara Malaysia. [5]   
            ii.   Jelaskan jenis kemudahan.dan tarikan agro-pelancongan yang terdapat 
              di Malaysia.  [10]
iii.                Jelaskan peranan agro-pelancongan kepada pembangunan ekonomi dan 
        sosial di Malaysia. [10]

4.  a.  Namakan 5 bandar raya primat di Asia Tenggara.    [5]
     b.  Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan bandar raga primat. [10]
     c.   Jelaskan impak bandar raya primat terhadap penduduk dan alam sekitamya. [10]

5.  a.  Apakah yang dimaksudkan dengan konsep pembangunan?  [5]
     b.  Jelaskan petunjuk atau indikator yang menggambarkan pembangunan sesebuah desa. [10]
     c.   Huraikan mengapakah berlakunya ketidakseimbangan antara desa. [10]

6.  a.  Tanda dan namakan 5 negara anggota ASEAN pada peta 2 yang disediakan.[5]
     b.  Jelaskan faedah-faedah yang diperolehi oleh Malaysia hasil penglibatannya dengan  pakatan kerjasama ASEAN.  [10]
c.    Bincangkan masalah-masalah yang dihadapi dalam menjayakan pakatan kerjasama ASEAN.   [10]

7.  a.  Apakah yang dimaksudkan dengan pencemaran udara. [5]
b.    Jelaskan bagaimanakah aktiviti ekonomi manusia boleh menjejaskan kualiti udara. [10]
c.    Jelaskan langkah-langkah yang telah diambil untuk mengatasi masalah pencemaran udara.   [10]

8.   Berdasarkan kajian luar yang telah anda jalankan terhadap satu jenis aktiviti ekonomi primer.
a.    Namakan kawasan kajian anda   [2]
b.    Lukis peta lakar bagi mengambarkan kemajuan sosio ekonomi kawasan kajian.[4]
c.       Huraikan bukti yang menunjukkan kawasan yang anda kaji telah mengalami perkembangan pesat akibat aktiviti ekonomi tersebut.  [8]
d.    Huraikan empat kesan negatif aktiviti ekonomi berkenaan terhadap alam sekitar fizikal setempat.   [8]
e.    Nyatakan langkah perundangan yang boleh diambil bagi mengatasi kesan negatif tersebut.   [4]

Peta 1 untuk Soalan 3a


Peta Dunia untuk Soalan 6a



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...