PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Saturday, August 25, 2012

KULIAH 11 - PENGANGKUTAN DAN PEMENDAPAN SUNGAI


Bahan-bahan yang diangkut oleh Sungai
PENGANGKUTAN SUNGAI

Konsep pengangkutan
Pengangkutan merujuk kepada proses pergerakan bahan-bahan atau pemindahan beban  yang sedang atau yang telah terhakis mengikut aliran sungai oleh agen-agen pengangkutan sungai seperti air mengalir , dan glasier.

Kata Kunci
-          proses pergerakan bahan-bahan atau pemindahan beban 
-          beban  yang sedang atau telah terhakis
-          mengikut aliran sungai
-          oleh agen-agen pengangkutan sungai seperti air mengalir , dan glasier


CARA PENGANGKUTAN

Cara apungan
-          bahan diangkut oleh aliran sungai di atas permukaan air.
-          melibatkan bahan-bahan yang ringan seperti sampah sarap, sisa pertanian, dan bahan yang mempunyai daya apungan yang tinggi.

Cara ampaian
-          bahan-bahan diangkut oleh aliran sungai hampir dengan permukaan.
-          melibatkan bahan-bahan yang ringan seperti habuk.
-          bahan-bahan ini terampai-ampai berhampiran permukaan air.

Cara golekan
-          melibatkan pergerakan bahan / batuan secara bergolek di dasar sungai.
-          bahan-bahan bergerak secara golekan ini biasanya berat dan berbentuk bulat.

Cara loncatan/lompatan
-          melibatkan pergerakan bahan seperti serpihan batuan yang bentuknya bersegi-segi atau bujur. 
    -          batuan ini bergerak secara melompat-lompat di bahagian dasar sungai.

Cara larutan
-          batuan yang mudah larut seperti batu kapur, dolomit akan dilarutkan oleh air sungai.
-          bukti adanya proses larutan berdasarkan perubahan warna, rasa dan bau air sungai.
                        
Cara seretan
-          berlaku kepada bahan-bahan yang sangat besar seperti batu tongkol.
-          proses ini berlaku secara perlahan-lahan di bahagian dasar sungai.


FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGANGKUTAN SUNGAI

Tenaga
-          berkait rapat dengan halaju dan isipadu air sungai.
-     semasa isipadu air sungai tinggi ( semasa banjir ), halaju aliran air sungai turut bertambah.
-          aliran air sungai yang deras mempunyai tenaga kinetik yang tinggi.
-          dengan tenaga kinetik yang tinggi, aliran air sungai berupaya untuk mengangkut bahan dengan lebih banyak dan cepat.  

Cerun
-          pada peringkat hulu ,cerun sungai curam dan mempunyai aliran air yang deras. Pada peringkat ini semua bahan yang dihakis akan diangkut secara maksimum.
-          pada peringkat tengah, cerun sungai agak landai, menyebabkan halaju aliran air berkurangan. Proses pengangkutan bahan pada peringkat ini agak kurang berkesan di mana sungai mulai memendapkan sebahagian daripada bahan yang diangkutnya.
-          manakala pada peringkat hilir, cerun sungai landai, proses pengangkutan minimum sekali dan sungai mulai memendapkan bahan yang diangkutnya.

Kekasaran alur
-          merujuk kepada licin atau kasar ( berlekuk-lekuk ) sesuatu alur sungai.
-          sekiranya alur sungai licin, bahan-bahan diangkut dengan lebih mudah terutama pengangkutan cara golekan dan seretan.
-          alur sungai yang berlekuk akan menyebabkan bahan yang diangkut akan tersekat dan melompat- lompat di dasar sungai tersebut.

Halangan
-          sungai yang lurus dan tanpa halangan pada alur, biasanya kurang melakukan proses pemendapan bahan.
-          sungai yang pada alurnya terdapat halangan sama ada halangan semula jadi ataupun buatan manusia akan berupaya unuk memerangkap bahan yang diangkut oleh aliran sungai tersebut lalu memendapkannya.

Bentuk alur
-          alur sungai yang lurus menyebabkan aliran air sungai deras dan menggalakkan pengangkutan bahan berlaku secara maksimum dan keadaan ini mengurangkan proses pemendapan bahan.
-          alur sungai yang berliku menyebabkan aliran air sungai terganggu dan halaju pergerakan air menjadi kurang. Kesannya  bahan-bahan yang dibawa oleh aliran air akan dimendapkan.

Saiz bahan
-          bahan yang bersaiz besar dan berat seperti batu tongkol  diangkut secara perlahan melalui cara        golekan atau seretan.
-          bahan-bahan yang bersaiz kecil dan ringan seperti kelodak, habuk dan debu akan diangkut secara apungan atau ampaian.

Jenis bahan
-          bahan yang  mempunyai daya apungan yang tinggi seperti sampah sarap, sisa pertanian akan diangkut
       oleh aliran air sungai dengan cara apungan.
-          bahan yang berat seperti batu tongkol akan diangkut secara seretan atau golekan.

Bentuk bahan
-          bahan yang berbentuk bulat atau hamper bulat akan diangkut di bahagian dasar sungai dengan cara golekan atau seretan.
      -          bahan yang berbentuk bersegi-segi  seperti serpihan batuan akan terloncat-loncat di    
            dasar sungai. 

BENTUK MUKA BUMI ( SUNGAI PERINGKAT DEWASA )

-          Pengangkutan sungai biasanya dikaitkan dengan sungai peringkat dewasa ( pertengahan ).
-          Ini kerana sungai peringkat dewasa menjalankan proses pengangkutan  ( proses yang dominan ).
-          Ini kerana cerun sungai menjadi sederhana berbanding peringkat hulu.
-          Kesannya aliran air kurang deras berbanding di hulu. ( tenaga kinetiknya mulai hilang )
-          Isipadu sungai semakin bertambah kerana percantungan beberapa cawangan sungai mengalakkan proses pengangkutan sungai.
Bentuk Muka Bumi Peringkat Dewasa

PEMENDAPAN SUNGAI

Konsep pemendapan
Pemendapan sungai merujuk kepada proses pemendapan bahan-bahan yang diangkut oleh aliran sungai di bahagian tebing , dasar atau hilir sungai oleh aliran air sungai itu sendiri akibat daripada hilangnya tenaga    pengangkutan aliran air sungai tersebut . 

Kata Kunci
-          proses pemendapan bahan-bahan yang diangkut oleh aliran sungai
-          di bahagian tebing , dasar atau hilir sungai
-          oleh aliran air sungai itu sendiri
    -     akibat daripada hilangnya tenaga pengangkutan aliran air sungai tersebut

   FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMENDAPAN   

 Isi padu air/ halaju air sungai
-          Isi padu atau kuantiti air sungai mempengaruhi halaju air sungai dan keberkesanan  pemendapan bahan. 
-          Semasa isipadu air sungai tinggi terutamanya semasa banjir, air akan melimpahi tebing sungai. Air yang melimpahi tebing ini akan membawa bersamanya bahan seperti kelodak, pasir, lumpur dan sebagainya ke tebing sungai. Bahan-bahan ini kemudiaanya akan dimendapkan dibahagian tebing selepas banjir surut.
-          Isipadu sungai yang tinggi juga menyebabkan halaju air sungai bertambah. Aliran air yang laju mempunyai keupayaan yang tinggi untuk menbawa lebih banyak bahan daripada hulu ke hilir sungai. Bahan yang banyak ini kemudiannya akan dimendapkan dibahagian hilir atau muara sungai.
-          Walaupun begitu, isipadu air yang tinggi akan menyebabkan proses pengangkutan lebih dominan dan ini mengurangkan proses pemendapan.

Kecerunan
-          Kecerunan dasar sungai mempengaruhi halaju air sungai.
-          Cerun dasar sungai yang curam di kawasan hulu sungai menyebabkan halaju air sungai tinggi. Oleh itu, proses pemendapan tidak berlaku kerana terdapatnya proses hakisan dan pengangkutan bahan secara besar-besaran di kawasan ini.
-          Cerun yang landai di kawasan hilir sungai menyebabkan halaju air sungai berkurangan. Halaju air sungai yang perlahan menyebabkan bahan-bahan yang diangkut oleh aliran sungai dimendapkan di kawasan ini.  

Muatan sungai                                                                                                                                
-          Muatan sungai merujuk kepada bahan-bahan yang dibawa oleh aliran air sungai seperti kelodak, lumpur, pasir, kelikir dan sebagainya .
-          Bahan-bahan tersebut berasal daripada kegiatan hakisan yang berlaku ke atas tebing dan dasar sungai, hakisan permukaan berhampiran dengan sungai ataupun kegiatan luluhawa di bahagian hulu sungai.
-          Sungai yang banyak muatan bahan aktiviti pemendapan berlaku dengan hebat berbanding dengan sungai yang tidak mempunyai bahan yang dibawa.

Bentuk alur
-          Alur sungai yang lurus menyebabkan aliran air sungai deras dan menggalakkan  pengangkutan bahan berlaku secara maksimum dan keadaan ini mengurangkan proses pemendapan bahan.
-          Alur sungai yang berliku menyebabkan aliran air sungai terganggu dan halaju pergerakan air menjadi kurang. Kesannya  bahan-bahan yang dibawa oleh aliran air akan dimendapkan.

Jenis batuan
-          sekiranya bahagian dasar dan tebing sungai terbentuk daripada batuan yang lembut daripada kumpulan batuan enapan , maka kadar hakisan ke atas tebing dan dasar sungai menjadi lebih giat.
-          hakisan yang giat ke atas dasar dan tebing sungai akan menyediakan bahan ( sedimen ) yang banyak yang diangkut oleh aliran sungai tersebut. Kesannya proses pemendapan akan berlaku secara giat. 

 Halangan
-          sungai yang lurus dan tanpa halangan pada alur, biasanya kurang melakukan proses pemendapan bahan.
-          sungai yang pada alurnya terdapat halangan sama ada halangan semula jadi ataupun buatan manusia akan berupaya unuk memerangkap bahan yang diangkut oleh aliran sungai tersebut lalu memendapkannya. 

BENTUK MUKA BUMI PEMENDAPAN SUNGAI ( PERINGKAT TUA / HILIR )

Dataran banjir
-          banjir yang melimpahi tebing sungai akan memendapkan bahan-bahan yang dibawanya seperti lumpur, kelodak, lempung,pasir, kelikir dan sebagainya.
    -          kejadian banjir yang berulang-ulang menyebabkan bahan yang dimendapkan bertambah dan membentuk satu dataran yang luas dan lebar dikenali sebagai dataran banjir.
    -          satu contoh dataran banjir yang terkenal di Malaysia ialah Dataran Kedah – Perlis.
 
Tasik ladam
-          pembentukan tasik ladam berlaku dalam tiga peringkat.
-          Peringkat 1 -   Hakisan berlaku dengan giat di tebing luar likuan sungai manakala pemendapan berlaku di tebing dalam likuan sungai. Hakisan di luar likuan dan pemendapan di dalam likuan sungai menyebabkan kedua-dua lengkok likuan menjadi semakin rapat.
-          Peringkat 2 -  Kedua-dua lengkok bertemu dan air mengalir terus.
-          Peringkat 3 -  Pemendapan yang berterusan membentuk likuan sungai yang terpisah daripada alur baru sungai. Likuan sungai asal yang terpisah daripada alur baru akan membentuk likuan terpenggal lalu menjadi sebuah tasik yang dikenali sebagai tasik ladam. 
Pembentukan Tasik Ladam

Tetambak

-          merujuk kepada permatang rendah yang terbentuk selari dengan tebing sungai.
-          terbentuk apabila banjir yang melimpahi tebing sungai memendapkan bahan pada tebingnya.
-          timbunan bahan ini dibentuk secara berperingkat-peringkat setiap kali berlakunya banjir.
-          contoh tetambak ialah di tebing sungai Hwang Ho,Rhine dan Sungai Mississippi.
 
Pulau

-          terbentuk di bahagian hilir sungai.
-          bahan-bahan yang dibawa oleh aliran sungai di halang lalu dimendapkan.
-          pemendapan bahan berlaku secara berulang kali lalu membentuk daratan yang ditumbuhi pelbagai jenis tumbuhan.
-          Daratan ini dikenali sebagai pulau. Contoh Pulau Duyung di Terengganu.  

Beting Pasir

-          merujuk kepada timbunan pasir atau kelikir yang mewujudkan permatang rendah selari dengan tebing sungai.
-          beting pasir terbentuk apabila terdapatnya pusaran air yang menggali dan memendapkan semula pasir tersebut.

Delta

-          merujuk kepada satu dataran mendap yang luas dan rata.
-          terbentuk apabila bahan-bahan yang dibawa oleh aliran air sungai ditimbunkan secara berterusan di muara sungai.
-          sebahagian besar bahan yang membentuk delta ialah terdiri daripada kelodak, lempung, pasir dan lain-lain.
-          contoh delta di Malaysia ialah Delta Kelantan.



Pembentukan Tasik Ladam di Peringkat Hilir








KEPENTINGAN BENTUK BUMI HAKISAN DAN PEMENDAPAN SUNGAI TERHADAP AKTIVITI MANUSIA

Bentuk muka bumi ( hakisan )
kepentingan

Air terjun

Pelancongan

Jeram

Pelancongan

Lubuk

Perikanan

Gaung/ lurah

Pelancongan

Bentuk muka bumi ( pemendapan )
Kepentingan

Dataran banjir

Pertanian, perhubungan, akuakultur

Delta

Pertanian, perhubungan, akuakultur

Tasik ladam

Perikanan, rekreasi, akuakultur

Tetambak

Perhubungan, petempatan

Pulau

Rekreasi / pelancongan , pertanian

Beting pasir

Perlombongan, rekreasi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...