PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Showing posts with label CATATAN SAUDARA MUSLIM. Show all posts
Showing posts with label CATATAN SAUDARA MUSLIM. Show all posts

Friday, May 8, 2015

MUDAHNYA KAWIN TANPA HUTANG

KAHWIN BAJET RENDAH
Saya tak mahu ulas isu semasa kerana mesti jadi panas. Kalau saya kritik Wan Azizah pun orang marah, kalau kita kata tentang Ros pun ada orang gila marah. Hari ini saya nak cerita tentang orang kahwin bajet.
Sejak 2004 saya seorang jurugambar perkahwinan. Saya bersara dari fotografi perkahwinan kira-kira 3 tahun yang sudah kerana menguruskan pelbagai perniagaan-perniagaan yang ada. Namun, sepanjang tempoh itu, saya pernah berada dalam majlis perkahwinan dengan bajet tak sampai RM3000 dan juga majlis perkahwinan bernilai RM60 Juta (Saya tak boleh nyatakan siapa tapi yang penting bukan perkahwinan yang banyak bunga-bunga tu).
Saya suka nak cerita tentang perkahwinan harga RM3000 tu. Ketika itu, rate saya baru RM1000 untuk 1 majlis. Perkahwinan ini berlaku dengan ringkas sahaja. Si Lelaki dan Si Perempuan bertemu dan suka sama suka. Lelaki itu terus tanya Si Gadis
Lelaki : Nak kahwin dengan saya?
Gadis : Boleh juga
Lelaki : Tapi low bajet tau
Gadis : Lagi baik.
Maka mereka mengisi borang nikah dan masuk kursus kahwin. Si Lelaki bercerita kepada saya yang dia pergi merisik sendiri Si Bapa Gadis. Nampak macam tidak sopan tetapi sebenarnya bukan niat nak merisik, sebenarnya nak jumpa ibu bapa Si Gadis yang merupakan seorang guru.
Terus terang ditanyakan kepada ibu bapa Si Gadis dengan terus terang yang beliau mahu menikahi anaknya. InsyaAllah katanya beliau mampu untuk menjadi suami yang baik cuma tidak mampu belanja perkahwinan yang mahal. Katanya, tidak guna perkahwinan yang mahal jika selepas kawah telangkup semula, hutang mula mahu dibayar. Tak guna belanja perkahwinan mahal jika masa mengumpul terlalu lama dan bukan sekadar duit berjaya dikumpul, dosa juga makin lama makin terkumpul. Mula-mula dosa kering lama-lama jadi dosa basah.
Katanya, beliau nekad kalau ibu bapa Si Gadis tak setuju, beliau rela jika tidak memperisterikan gadis itu. Rupanya, mudah bagi Si Bapa Gadis menerimanya hanya kerana tidak mahu anak dan bakal menantunya terus menerus mengumpul dosa.
Terus dikatakan kepada Si Lelaki...."Panggillah orang tua-mu bakal menantu-ku"
Maka datanglah ibu bapa Si Lelaki pada keesokannya dengan sebuah kereta. Ibu dan bapa beserta sebuah dulang berisi cincin dan sirih junjung buat sendiri diiring adik beradik dengan pakaian baju melayu dan kurung ringkas tanpa jade dan permata juga lampu liplap blink blink hari raya. Terus hantar tanda maka bertunanglah mereka berdua mengikut adat dan terus ditetapkan tarikh langsungnya sebulan kemudian.
Saya berada semasa pernikahan dan perkahwinan yang berlangsung di Negeri Kedah. Memang mereka pun jenis orang Utara kahwin orang Utara. Cuma lain-lain kawasan sahaja. Pernikahan dibuat di surau berhampiran rumah SI Gadis. Ringkas sahaja tanpa dulang belulang. Maskahwin dan cincin semua dalam 1 dulang. Cincin belah rotan sahaja tanpa solitaire permata dan platinum. Dan cincin itu juga diakad sebagai maskahwin.
Hadiah perkahwinan sekadar telekung, sepasang baju kurung, sirih junjung yang wajar-wajar sahaja. Menariknya, hantaran itu tidak letak atas paha tembaga pun, sekadar dalam dulang biasa sahaja. Si Gadis pula mengenakan solekan sendiri. Ringkas sahaja tanpa lebam mata dan lebam pipi. Sekadar mengenakan sedikti lipstick dan bedak tipis. Baju kahwin katanya baru semalam beli di Mydin yang dah siap.
Sekali lafaz, sah!
Balik terus ke rumah Si Gadis ada 1 khemah sahaja dengan rakan-rakan sekampung terdekat sekitar 100 orang yang datang meraikan. Selepas makan semua beredar dan majlis pun tamat.
Minggu berikutnya Si Lelaki mengadakan doa selamat ringkas di rumahnya dengan ahli qariah tempatan sahaja yang bertamu. Saya pula dijemput sebagai kawan dan saya terpaksa datang kalau tak nanti mahu berpatah arang. Dah lah saya datang sebagai tetamu, dia bagi ayat power "Aku tak harap hadiah apa dari hang pol...hang ambik gambaq aku pun dah sempoi habess".
Aku terjerat. Tapi aku OK sahaja. Aku happy dan aku rasa dia pun bukan ada duit sangat. Pelamin pun pakai sofa dalam rumah, hias lebih kurang itupun untuk buat tempat ambil gambar.
Semasa itu saya masih bujang. Dan saya tanyakan beliau berapa kos perkahwinannya? Dia kata tak habis RM3000. Cincin RM300 (maskahwin), cincin tunang (RM300), belanja kenduri perempuan RM1000 dan belanja kenduri lelaki RM800 dan baki tu beli baju baru.
Dia berjaya inspire saya untuk berkahwin tanpa hutang. Alhamdulillah, saya berjaya kahwin setahun selepas dia kahwin. Ayah Mertua saya bila ayah saya tanya berapa hantaran lalu ayah mertua saya jawab "Itu biarlah anak-anak yang tetapkan...saya terima sahaja".
Lawatan saya yang pertama selepas perkahwinan mereka ialah semasa mereka menetap di Flat Taman Datuk Senu. Minggu lepas saya berjumpa mereka tinggal di Bangi. Si Isteri tidak bekerja kerana menjaga 4 orang anak dan suaminya antara salah seorang Engineer Consultant di firma antarabangsa Oil & Gas di KLCC. Rumahnya besar untuk dia menjaga ibu bapa dan mertua yang selalu bertandang melihat cucu. Dengan gaji RM3,000 sehari beliau masih sederhana dengan sebuah Proton Waja untuk bekerja dan sebuah Toyota Alphard untuk kegunaan keluarga.
Dia bukan kedekut, tapi dia berbelanja berhemah dengan bajet surplus.
Jika orang biasa boleh bertanding terus jawatan Perdana Menteri, saya suka untuk calonkan orang begini menjadi Perdana Menteri. Bukan tidak boleh berbelanja cuma beliau berbelanja pada yang perlu.
Ada saudara terdekat saya kahwin pakai hutang Bank Rakyat. Dah 2 tahun bercerai walaupun masa wedding dulu sweet macam nak nangis tengok video presentation ala-ala Hollywood tapi dibayar guna duit loan. Lagi teruk, hutang kahwin masih perlu dibayar ansurannya walaupun sudah 2 tahun bercerai.
Tak salah nak buat grand-grand dengan bajet sebesar 1MDB jika mampu. Setiap orang kan ada kemampuan mereka yang tersendiri. Yang kaya nak merendah itu tak ada salahnya, yang rendah nak meninggi macam Si Kaya itu yang akhirnya dikejar hutang.
Ukur baju badan sendiri. Jangan ikut orang lain. Perkahwinan sebenarnya mudah cuma kita ni sahaja yang takut sangat hilang status sosial. Bila sebut pasal kahwin soalan berapa tetamu? berapa khemah? berapa dulang? di ballroom mana? designer mana? hire saiful nang ke? dan banyak lagi untuk status sosial semata.
Rahsiakan pertunangan dan umumkan pernikahan walaupun dengan seekor kambing - hadith.
Dalam Islam, mudah sahaja.
Kita yang buat jadi susah.
Dalam islam rukun nikah ada 5 sahaja.
Busana Rizalman, fotografer Saiful Nang, venue Garden, kenduri 25 khemah semua itu bukan rukun nikah.
Jodoh terbaik anda ialah mereka yang mengutamakan pernikahan berbanding status sosial dalam perkahwinan.
Selamat mencuba!
SAIFUL NANG

Monday, April 20, 2015

Penemuan Baru : AMERIKA MERUPAKAN NEGARA ISLAM SEPERTI YANG DIKISAHKAN OLEH AHLI SEJARAH ISLAM

Ternyata Amerika yang selama ini sinonim sebagai pusat kekafiran, justeru lebih dulu mengenal Islam sebelum para penyebar agama lain dari Eropah menguasai negeri itu. Fakta-fakta ini mungkin akan membuat kita berbeza memandang Amerika, iaitu sebagai sebahagian dari wilayah yang dakwah disana harus diteruskan.

1. Khashshash bin Said bin Aswad

Ada banyak versi tentang siapakah yang pertama kali membawa agama Islam ke Amerika. Salah satunya yang boleh disebut adalah Khashshah bin Said bin Aswad yang tercatat dalam sejarah pada tahun 889 masehi telah mendarat di benua itu.

Dia seorang navigator muslim yang berasal dari Cordoba, Sepanyol. Sebagaimana kita ketahui, Sepanyol ketika itu merupakan pusat peradaban Islam di Barat, di bawah pimpinan Khilafah Bani Umayah II.

Menyeberangi lautan Atlantic, pelaut muslim ini tercatat sebagai di antara pembawa agama Islam ke Amerika, hanya terpaut 200-an tahun setelah Rasulullah SAW wafat.

Para ahli sejarah dan intelektual dari kalangan muslim yang mencatatkan perjalanan ke benua Amerika adalah Abul-Hassan Ali Ibn Al Hussain Al Masudi (meninggal tahun 957), Al Idrisi (meninggal tahun 1166), Chihab Addin Abul Abbas Ahmad bin Fadhl Al Umari (1300 - 1384) dan Ibn Battuta (meninggal tahun 1369).

Menurut catatan ahli sejarah dan ahli geografi Muslim Al Masudi (871-957), Khashkhash Ibn Saeed Ibn Aswad adalah seorang penjelajah muslim dari Cordoba di Andalusia, telah sampai ke benua Amerika pada tahun 889 Masihi. Dalam bukunya, 'Muruj Adh-dhahab wa Maadin al-Jawhar' (The Meadows of Gold and Quarries of Jewels), Al Masudi melaporkan bahawa semasa pemerintahan Khalifah Sepanyol Abdullah Ibn Muhammad (888-912), Khashkhash Ibn Saeed Ibn Aswad berlayar dari Delba (Palos) pada tahun 889, menyeberangi Lautan Atlantik hingga menemui wilayah yang asing dan disebutnya sebagai Ard Majhoola. Kemudian beliau kembali dengan membawa pelbagai barangan yang menakjubkan. Selepas penemuan itu, banyak pelayaran menuju daratan di seberang Lautan Atlantik dilakukan. Al Masudi juga menulis buku 'Akhbar Az Zaman' yang memuat bahan-bahan sejarah dari pengembaraan para pedagang ke Afrika dan Asia.


Dr. Youssef Mroueh juga menulis bahawa semasa pemerintahan Khalifah Abdul Rahman III (tahun 929-961) dari dinasti Umayah, tercatat adanya orang-orang Islam dari Afrika yang berlayar dari pelabuhan Delba (Palos) di Sepanyol menuju ke barat lautan yang gelap dan berkabut, iaitu Lautan Atlantik. Setelah itu mereka berjaya kembali pulang ke Palos dengan membawa barang-barang bernilai yang diperolehnya dari tanah yang begitu asing pada masa dulu.

Beliau juga menulis menurut catatan ahli sejarah Abu Bakr Ibn Umar Al-Gutiyyabahawa pada masa pemerintahan Khalifah Sepanyol, Hisham II (976-1009) seorang pelayar dari Granada bernama Ibn Farrukh tercatat meninggalkan pelabuhan Kadesh pada bulan Februari tahun 999 melintasi Lautan Atlantik dan mendarat di Gando (Kepulaun Canary).

Ibn Farrukh mengunjungi Raja Guanariga dan kemudian meneruskan pelayarannya ke barat sehingga melihat dua pulau dan menamakannya Capraria dan Pluitana. Ibn Farrukh kembali ke Sepanyol pada bulan Mei 999.

Pelayaran melintasi Lautan Atlantik dari Maghribi juga dicatat oleh penjelajah laut Shaikh Zayn-eddin Ali bin Fadhel Al-Mazandarani. Kapalnya bertolak dari Tarfayadi Maghribi pada zaman Sultan Abu-Yacoub Sidi Youssef (1286-1307) raja keenam dalam dinasti Marinid. Kapalnya mendarat di pulau Green di Laut Caribbean pada tahun 1291. Menurut Dr. Morueh, catatan perjalanan ini banyak dijadikan rujukan oleh para saintis Islam.

Sultan-sultan dari kerajaan Mali di Afrika barat yang beribukota di Timbuktu juga pernah melakukan pelayaran sehingga ke benua Amerika. Sejarawan Chihab Addin Abul-Abbas Ahmad bin Fadhl Al Umari (1300-1384) telah memerincikan eksplorasi geografi ini. Timbuktu yang berada di tengah-tengah afrika kini dilupakan, dahulunya merupakan pusat peradaban, perpustakaan dan pusat keilmuan yang maju di Afrika. Ekpedisi perjalanan darat dan laut banyak dilakukan baik menuju ke Timbuktu ataupun bermula dari Timbuktu.

Sultan yang tercatat akan eksplorasinya hingga ke benua baru waktu itu adalah Sultan Abu Bakari I (1285-1312), iaitu saudara Sultan Mansa Kankan Musa (1312-1337), yang telah melakukan dua kali ekspedisi melintasi Lautan Atlantik sehingga ke Amerika dan menyusuri sungai Mississippi .

Sultan Abu Bakari I melakukan eksplorasi di Amerika tengah dan utara dengan menyusuri sungai Mississippi di antara tahun 1309-1312. Para eksplorasi ini berbahasa Arab. Dua abad kemudian, penemuan benua Amerika dilakarkan di dalam peta berwarna Piri Re'isi yang dibuat tahun 1513, dan dipersembahkan kepada raja Ottoman Sultan Selim I tahun 1517.

2. Laksamana Ceng Ho

Selain itu sejarah juga mencatatkan bahawa Laksamana Ceng Ho yang beragama Islam, juga pernah mendarat di benua Amerika. Yang menarik, laksamana yang juga seorang da `i muslim ini mendarat 70 tahun lebih awal dari Colombus.

Bahkan armada dan kapal Ceng Ho jauh lebih besar daripada kapal milik Colombus. Namun kerana sejarah dunia ditulis oleh orang lain, maka fakta bahawa Ceng Ho mendarat lebih dahulu dari Colombus seolah lenyap di balik pembohongan nyata.

Gambar di atas menunjukkan bahawa kapal Cheng Ho memang jauh lebih besar berbanding kapal Colombus. Kapal ini juga tercatat pernah mendarat di nusantara, selain berdiplomasi dan berdagang, juga menyebarkan dakwah Islam.

Cheng Ho punya nama arab, iaitu Haji Mahmud Shams. Beliau adalah seorang muslim China yang lahir tahun 1371 dan meninggal dunia tahun 1433. Terkenal sebagai pelaut dan pengembara China terkenal yang melakukan beberapa pelayaran antara tahun 1405 hingga 1433.

3. Columbus

Kisah Columbus Menemui Benua Amerika

Berbalik kepada cerita Columbus, Columbus sendiri mengetahui bahawa orang-orang Carib (Caribbean) adalah pengikut Nabi Muhammad. Orang-orang Islam telah berada di sana sebelum ketibaan Columbus terutama orang-orang dari Pantai Barat Afrika. Mereka mendiami Caribbean, Amerika Utara dan Selatan. Namun tidak seperti Columbus yang ingin menguasai dan memperhambakan rakyat Amerika. Orang-orang Islam datang untuk berniaga dan ada juga yang mengahwini orang-orang pribumi.

Columbus juga mengakui pada 21 Oktober 1492 dalam pelayarannya antara Gibara dan Pantai Cuba telah melihat sebuah masjid (yang berada di atas bukit dengan indahnya menurut sumber tulisan lain). Sisa-sisa runtuhan masjid telah ditemui di Cuba, Mexico, Texas dan Nevada. Ini sekaligus menjadi bukti kukuh bahawa Islam telah lama bertapak di sana.

Dan fakta yang perlu kita ketahui adalah 2 orang nahkoda kapal yang dipimpin oleh Columbus iaitu kapten kapal Pinta dan Nina adalah orang-orang muslim iaituMartin Alonso Pinzon dan Vicente Yanex Pinzon. Mereka berdua adalah bersaudara dan mempunyai kaitan persaudaraan dengan Sultan Maghribi Abuzayan Muhammad III (1362). [THACHER, JOHN BOYD: Christopher Columbus, New York 1950]

Kenapa hanya Columbus yang dikenali sebagai orang yang menjumai benua amerika? Kerana pada waktu itu kaum yahudi diusir dari Sepanyol (sebanyak 300,000 orang yahudi yang diusir oleh raja Ferdinand). Orang-orang Yahudi mengumpul dana untuk pelayaran Columbus dan berita 'penemuan benua Amerika' telah diberitahu oleh Christopher Columbus kepada kawan-kawannya yang beragama Yahudi di Spanyol.Pelayaran Columbus ini telah dijadikan popular dan kisah ini diperlukan untuk menciptakan legenda sesuai dengan kehendak Yahudi yang ingin menguasai dunia. Tidak menghairankan jika sejarah yang kita pelajari sekarang menipu kita. Ini disebabkan semua media gergasi dunia dikuasai golongan Yahudi.

Fakta-fakta di atas memperlihatkan ketidak-jujuran penulisan fakta sejarah tentang penemuan benua Amerika. Penyelewengan sejarah oleh orang-orang Yahudi yang terjadi sejak pertama kali mereka bersama-sama orang-orang Eropah menjejakkan kaki di benua Amerika.

4. Indian Muslim

Yang menarik adalah islamnya suku-suku asli yang menghuni benua Amerika, iaitu Indian. Gambar utama kertas ini adalah lukisan wajah seorang kepala suku Cherokee, Seqouya.

Tercatat begitu banyak bukti bahawa suku-suku itu banyak yang sudah mengenal agama Islam, seperti Apache, Cherokee, Sioux, Anasazi, Arawak, Arikana, Chavin Cree, Makkah (mirip nama mekkah Al-Mukarramah), Hohokam, Hupa, Hopi, Mahigan, Mohawk, Nazca, Zulu, dan Zuni.

Begitu banyak bukti bahawa bangsa Indian sudah memeluk agama Islam. Misalnya, beberapa tulisan cherokee abad ke-7 terpahat pada batu-batu di Nevada sangat mirip dengan tulisan "Muhammad" dalam bahasa Arab.

Ciri lain adalah gambar atau lukisan yang kita lihat tentang kostum yang dikenakan oleh bangsa Indian. Ternyata banyak kepala suku Indian mengenakan tutup kepala khas orang Islam, seperti serban ini. Bahkan mereka mempunyai aksara Syllabary yang mirip bahasa Arab.

Dan fakta yang tidak dapat dinafikan, adalah sebuah naskah perjanjian antara kerajaan Amerika dan Kepala Suku Indian Cherokee. Naskah itu hingga kini masih tersimpan rapi di bangunan Arkib Perpustakaan Negara di ibu kota Washington DC.
Yang menarik, nama kepala Suku Cherokee adalah Abdel-Khak and Muhammad Ibnu Abdullah. Jelas itu nama muslim.

Namun penduduk suku Indian yang banyak menganut agama Islam menurun secara drastik akibat pembunuhan. Salah satunya polisi rasmi kerajaan USA berupa Indian Removal Act tahun 1830 yang memberikan kebenaran rasmi buat bangsa Eropah untuk mengusir atau membunuh bangsa Indian.

Tercatat lebih dari 70,000 orang indian di usir dari tanahnya sehingga mengakibatkan ribuan orang meninggal.

Sejarah Islam Dan Suku Indian Cheeroke

Sejarah hubung kait islam dan penduduk Red Indian Amerika ini adalah panjang. Semangat orang-orang Islam dan China ketika itu untuk mengenal lebih jauh tentang dunia selain untuk melebarkan pengaruh, mencari sumber dan jalan perdagangan baru dan ini menyebabkan dakwah Islam semakin meluas dan mendorong mereka untuk lebih berani melintasi kawasan yang masih dianggap gelap dalam peta-peta mereka waktu itu. Sebagai contoh adalah Cheng Ho (nama islamnya Haji Mahmud Shamsuddin) dan Ibnu Batutta. Selain itu terdapat juga pelayar-pelayar Islam yang lain tetapi tidak tercatat pada buku-buku akademik.

Friday, May 3, 2013

[KISAH BENAR] Kisah Sheikh Sudais dan Budak Perempuan Algeria!


Tidak terlintas dalam fikiran seorang ibu dari Algeria untuk menghubungi At-Tarbawi, Dr Mohammaed Ast-Thanwiyy hos rancangan mingguan di tv bahawa dia ingin memenuhi impian anak perempuannya. Beliau menghubungi hanya  untuk menceritakan masalah anaknya kepada doktor terbabit agar mendapat pendapat dan nasihatnya untuk membimbing beliau.

 
Beliau berkata, "Saya mempunyai seorang anak perempuan yang berusia 8 tahun. Dia peminat Sheikh Sudais (Imam besar Masjidil Haram dan Nabawi) dia meniru cara bacaan beliau dan pernah memenangi tempat pertama dalam pertandingan di Algeria dengan meniru cara bacaan Sheikh Sudais Surah Al-Qiyama.
 
 
 
 

Dia sentiasa memberitahu saya, impiannya adalah untuk bertemu Sheikh Sudais. Dia bertanya kepada saya, "Ibu.. bila saya akan bertemu Sheikh Sudais?" Dan saya berjanji dengannya (bahawa dia akan dapat bertemu) Tetapi saya tidak dapat berbuat demikian. Dan saya memberitahu dia, Demi Allah, jika saya mempunyai sebuah rumah untuk dijual (saya akan berbuat demikian) dan pergi dengan mu ke Makkah dan bertemu Sheikh Sudais. Masa berlalu, impiandia tidak juga menjadi kenyataan. Beliau berkata kepada saya "Ibu anda telah berbohong! Dan ibu tidak akan membawa saya ke Sheikh Sudais! "Dia mula berubah sehinga membenci segala-galanya walaupun al-Quran dan saya telah mula memukul beliau".
 
Doktor menangani isu itu dengan bimbingan yang indah. Di akhir ceramah beliau menghantar surat kepada Sheikh Sudais supaya dia menghubungi anak kecil ini untuk memenuhi impiannya. Apabila berita itu sampai Sheikh Sudais, beliau mengalu-alukan kedatangan anak dan ibunya ke Madinah, kemudian ke Makkah, dengan perbelanjaan di tanggung oleh Imam Sheikh Saudis, dan dia menjemput mereka ke rumahnya. Anak kecil ini membacakan al-Quran di hadapannya, dan dia juga Khatam Al Quran di depannya. Beliau amat terharu dan beliau menangis dengan kegembiraan dan dia berdoa kepada Allah untuk memberkati anak kecil ini. Dia juga sanggup membayar untuk pelajaran anak ini. Masyallah.
 
p/s : Allahurabbi... Adakah kita tidak mahu alami kejadian seperti ini? Kita lebih rela berimpian untuk bertemu artis terkenal daripada bertemu alim ulama'. Allahurabbi..
 http://apahell.blogspot.com

Tuesday, November 20, 2012

MURSYID AM - MENGIMBAU SEGERA DIHENTIKAN PERTUMPAHAN DARAH DI PALESTIN DAN SYRIA



Mursyid Am Saat Hadiri Konferensi Harakah Islamiyah di Sudan
al-ikhwan.net – Khourtum, Fadhilatul Ustadz Ad-Duktur Muhammad Badi’, Mursyid Am Ikhwanul Muslimin menegaskan bahwa Allah swt. mengutus kita sebagai ruh baru yang mengalir di tubuh umat ini, sebagaimana yang diungkapkan oleh Imam Hasan Al-Banna rahmatullah ‘alaih. Beliau mengatakan:“Putra kami menjadi pemimpin, tokoh kami menjadi pehlawan dan perempuan kami adalah perempuan pemberani. Bunda kami Hajar mengajarkan kepada kami bagaimana lari-lari kecil antara shafa dan marwa, beliau melempar musuh bebuyutan yang ada sampai sekarang di antara kita, yang itu kita lempari 70 kali saat di Mina. Itu semua kita lakukan karena keta’atan kepada Ar-Rahman, sekaligus sebagai wujud keyakinan dan tawakkal yang mendalam kepada Allah swt.”
Dr. Badi’ menambahkan dalam kata sambutan pada acara Konferensi Harakah Islamiyah di Sudan, bahwa Islam adalah agama yang purna, tidak meninggalkan satu sisi kehidupan kecuali pasti dijelaskannya, tidak meninggalkan sedikitpun sesuatu yang bermanfaat kecuali pasti kita diperintahkan melaksanakannya. Sebagaiman juga dalam Islam perempuan memiliki kedudukan yang tinggi. Hendaknya dunia mengetahui bahwa Islam memuliakan perempuan dan memberi kebebasan kepada mereka.
Beliau berpesan kepada pemuda, “Kalian adalah ruh umat, Rasulullah saw. Ingatlah ketika Rasulullah mengetengahkan kepada kalian wahai para pemuda agar kalian menjadi pemimpin umat ini, ketika Rasul memilih Usamah bin Zaid menjadi komandan pasukan sedangkan di antara pasukan itu ada Abu Bakar, Umar, Utsman dan Ali radhiyallahu ‘anhum, itu dilakukan agar menjadi pelajaran bagi umat semua.”
Beliau mengajak kepada semua komponen umat Muslim untuk bersatu padu dan menghilangkan perselisihan. Beliau mengatakan, “Kalian merepresentasikan tubuh umat ini. Tidak mungkin akan tegak dan kuat salah satu persendian kecuali dengan saling konsolidasi, saling merapat dan saling menyatu setiap persendian dan bagian-bagiannyanya, sehingga menjadi satu tubuh yang sehat, sehingga kalian mampu mewujudkan cita-cita umat ini. Dengan demikian Allah akan mengalirkan kebaikan-kebaikan melalui tangan dan kebijakannya. Dan bahwa negara zhalim hanya berumus jagung sedangkan negara kebenaran dan keadilan akan lenggeng sampai qiyamis sa’ah.”
Allah berfirman: “Katakanlah, Ya Allah, Dzat yang Memiliki kerajaan, Engkau mengkaruniakan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau mencabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau meninggikan orang yang Engkau kehendaki dan menghinakan orang yang Engkau kehendaki. Di Tangan-Mu segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.”
Beliu melanjutkan, Bahwa kita semua sekarang ini berada di semenanjung sungai Nil, air sungai yang mengalir yang merupakan sumber kehidupan. Ia mengalir di darah dan keringat kita dari selatan menuju utara, oleh karena itu hendaknya kita semua menyatukan barisan, di setiap penjuru tempat. Hati dan jiwa menyatu meski fisik berjahuan. Kalian di setiap tempat bersama Allah, oleh karena itu hendaknya Allah selalu bersama kalian. Jika kalian tidak bersama Allah, Maka kalian akan bersama siapa?!
Mursyid menekankan bahwa darah rakyat Palestina dan Suriah mengiris hati setiap muslim dan warga Arab. Beliau menyeru agar semua bersatu menghentikan darah mengalir secepat mungkin sehingga umat Islam kembali memiliki izzah dan kewibawaan baru.
Di akhir kata sambutannya, Mursyid mengucapkan terima kasih kepada pemerintah dan rakyat Sudan yang telah menjadi tuan rumah perhelatan besar ini. Beliau mendoakan agar Allah Azza wa Jalla mencurahkan keberkahan yang langgeng kepada mereka. Sebagaimana beliau mengucapkan terima kasih kepada Harakah Islamiyah yang telah menyambut baik, sebagaimana diketahui bahwa penduduk sungai Nil selalu memberikan yang terbaik yang mereka punya. [io]
Follow Al-Ikhwan.netMursyid Am Saat Hadiri Konferensi Harakah Islamiyah di Sudan
al-ikhwan.net – Khourtum, Fadhilatul Ustadz Ad-Duktur Muhammad Badi’, Mursyid Am Ikhwanul Muslimin menegaskan bahwa Allah swt. mengutus kita sebagai ruh baru yang mengalir di tubuh umat ini, sebagaimana yang diungkapkan oleh Imam Hasan Al-Banna rahmatullah ‘alaih. Beliau mengatakan: “Putra kami menjadi pemimpin, tokoh kami menjadi pehlawan dan perempuan kami adalah perempuan pemberani. Bunda kami Hajar mengajarkan kepada kami bagaimana lari-lari kecil antara shafa dan marwa, beliau melempar musuh bebuyutan yang ada sampai sekarang di antara kita, yang itu kita lempari 70 kali saat di Mina. Itu semua kita lakukan karena keta’atan kepada Ar-Rahman, sekaligus sebagai wujud keyakinan dan tawakkal yang mendalam kepada Allah swt.”
Dr. Badi’ menambahkan dalam kata sambutan pada acara Konferensi Harakah Islamiyah di Sudan, bahwa Islam adalah agama yang purna, tidak meninggalkan satu sisi kehidupan kecuali pasti dijelaskannya, tidak meninggalkan sedikitpun sesuatu yang bermanfaat kecuali pasti kita diperintahkan melaksanakannya. Sebagaiman juga dalam Islam perempuan memiliki kedudukan yang tinggi. Hendaknya dunia mengetahui bahwa Islam memuliakan perempuan dan memberi kebebasan kepada mereka.
Beliau berpesan kepada pemuda, “Kalian adalah ruh umat, Rasulullah saw. Ingatlah ketika Rasulullah mengetengahkan kepada kalian wahai para pemuda agar kalian menjadi pemimpin umat ini, ketika Rasul memilih Usamah bin Zaid menjadi komandan pasukan sedangkan di antara pasukan itu ada Abu Bakar, Umar, Utsman dan Ali radhiyallahu ‘anhum, itu dilakukan agar menjadi pelajaran bagi umat semua.”
Beliau mengajak kepada semua komponen umat Muslim untuk bersatu padu dan menghilangkan perselisihan. Beliau mengatakan, “Kalian merepresentasikan tubuh umat ini. Tidak mungkin akan tegak dan kuat salah satu persendian kecuali dengan saling konsolidasi, saling merapat dan saling menyatu setiap persendian dan bagian-bagiannyanya, sehingga menjadi satu tubuh yang sehat, sehingga kalian mampu mewujudkan cita-cita umat ini. Dengan demikian Allah akan mengalirkan kebaikan-kebaikan melalui tangan dan kebijakannya. Dan bahwa negara zhalim hanya berumus jagung sedangkan negara kebenaran dan keadilan akan lenggeng sampai qiyamis sa’ah.”
Allah berfirman: “Katakanlah, Ya Allah, Dzat yang Memiliki kerajaan, Engkau mengkaruniakan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau mencabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau meninggikan orang yang Engkau kehendaki dan menghinakan orang yang Engkau kehendaki. Di Tangan-Mu segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.”
Beliu melanjutkan, Bahwa kita semua sekarang ini berada di semenanjung sungai Nil, air sungai yang mengalir yang merupakan sumber kehidupan. Ia mengalir di darah dan keringat kita dari selatan menuju utara, oleh karena itu hendaknya kita semua menyatukan barisan, di setiap penjuru tempat. Hati dan jiwa menyatu meski fisik berjahuan. Kalian di setiap tempat bersama Allah, oleh karena itu hendaknya Allah selalu bersama kalian. Jika kalian tidak bersama Allah, Maka kalian akan bersama siapa?!
Mursyid menekankan bahwa darah rakyat Palestina dan Suriah mengiris hati setiap muslim dan warga Arab. Beliau menyeru agar semua bersatu menghentikan darah mengalir secepat mungkin sehingga umat Islam kembali memiliki izzah dan kewibawaan baru.
Di akhir kata sambutannya, Mursyid mengucapkan terima kasih kepada pemerintah dan rakyat Sudan yang telah menjadi tuan rumah perhelatan besar ini. Beliau mendoakan agar Allah Azza wa Jalla mencurahkan keberkahan yang langgeng kepada mereka. Sebagaimana beliau mengucapkan terima kasih kepada Harakah Islamiyah yang telah menyambut baik, sebagaimana diketahui bahwa penduduk sungai Nil selalu memberikan yang terbaik yang mereka punya. [io]
Follow Al-Ikhwan.net

Monday, November 19, 2012

MASJID-MASJID DI BUMI RATU ELIZABETH


Populasi umat Islam yang semakin bertambah, membuat muslim di negeri Ratu Elizabeth tersebut mengalih fungsikan tempat ibadah agama lain menjadi masjid. Masjid-masjid yang telah berdiri di sana tidak semuanya dibina dari tanah kosong, tetapi dibina dari tempat ibadah agama lain. Beberapa gereja yang ditinggalkan oleh umat kristiani tahluk dan dialihfungsikan menjadi Masjid. Berikut di bawah adalah beberapa buah gereja di beberapa bandar di Britain yang saat ini telah berubah menjadi Masjid.

1.     Brick Lane Mosque, London
Masjid Brick Lane, merupakan masjid terbesar di London, yang mampu menampung 4000 jemaah. Terletak di Brick Lane 52. Bangunan berdinding bata merah itu, boleh menampung seluruh anggota jama'ah solat Jumaat, hingga sering kali jama'ah meleleh ke jalan raya. Majoriti ahli-ahli parti merupakan keturunan Bangladesh, hingga wilayah tersebut disebut Banglatow.

Masjid ini mempunyai sejarah yang unik dan panjang. Awalnya, bangunan yang ditubuhkan sejak tahun 1743 ini adalah gereja Protestan yang dibina oleh komuniti Huguenot, atau para penganut Protestan yang lari dari Perancis untuk mengelakkan kekejaman penganut Katolik. Akan tetapi, kerana jama'ahnya menurun, maka gereja ini dijual.

Pada tahun 1809, bangunan ini digunakan masyarakat London untuk mempromosikan Kristian kepada para penganut Yahudi, dengan cara mengajarkan Kristian dengan akar ajaran Yahudi. Tapi, program ini juga gagal. Dan bangunan diambil oleh komuniti metodis pada tahun 1819.
Komuniti metodis cukup lama memegang gereja ini. Akan tetapi, pada tahun 1897, tempat ini diambil oleh komuniti Ortodok Bebas dan berkongsi dengan Persekutuan Sinagog yang menduduki tingkat dua.

Pada tahun 1960-an komuniti Yahudi menyusut, kerana mereka berpindah ke wilayah utara London, seperti Golders Green dan Hendon, sehingga bangunan ditutup sementara, dan hal itu berlanjut hingga tahun 1976. Setelah itu bangunan itu dibuka kembali, dengan nama barunya, Masjid Jami 'London.


2.     Masjid Zakarriya, Bolton
 Terletak di Peace Street 20 Bolton. Masjid tersebut ramai dikunjungi warga Bolton. Bahkan tiap minggunya, ribuan umat Islam hadir di tempat ini, untuk melaksanakan solat Jumaat. Sejarah penubuhan masjid itu, bukanlah kisah yang singkat. Kala itu antara tahun 1965 hingga 1967 umat Islam Bolton dan Balckburn belum memiliki tempat kekal untuk melaksanakan solat.

Untuk melakukan solat Jumaat saja, mereka melaksanakannya di The Aspinal, sebuah diskotik dan tempat dansa yang digunakan di malam hari, sedangkan siangnya di hari Jumaat tempat itu dibersihkan para sukarelawan guna dijadikan sebagai tempat melaksanakan solat Jumaat.

Semakin bertambahnya jumlah umat Islam di sana, maka diperlukan masjid sekaligus islamic center yang besar agar mampu menampung umat Islam yang ingin beribadah mahupun mempelajari islam lebih dalam.

Maka pada tahun 1967, ada tawaran pembelian bangunan bekas gereja komuniti metodis, yang terpaksa dijual kerana terbakar. Dengan dana sebesar 2750 pound sterling dari komuniti Muslim tempatan, akhirnya bangunan itu menjadi milik umat Islam. Bangunan itulah yang kini disebut Masjid Zakariyya.

Tidak hanya Masjid Zakariyya, beberapa masjid Inggeris pun memiliki kisah yang hampir sama dengan kisah masjid kebanggan Muslim Bolton itu, yakni sama-sama berasal dari gereja yang dijual, baik kerana kehilangan pengikut, atau kerana sebab lain.

3.     Masjid Didsbury, Manchester

Masjid ini terletak di Burton Road, Didsbury Barat, Manchester. Bangunan yang digunakan sebelumnya merupakan bekas gereja komuniti metodis, yang bernama Albert Park. Gedung ini tergolong bangunan kuno, kerana telah beroperasi sejak tahun 1883.

pada tahun 1962 gereja ditutup, dan beralih menjadi masjid dan islamic center. Masjid ini, kini mampu menampung 100 jemaah, dan yang bertanggung jawab sebagai imam dan khatib hingga kini adalah Syeikh Salim As Syaikhi.


4.     Brent of Mosque, London





Terletak di Chichele Road, London NW2, dengan kapasiti 450 orang, dan dipimpin oleh Syeikh Muhammad Sadeez. Awalnya, bangunan itu merupakan gereja. Hingga kini ciri bentuknya tidak banyak berubah. Hanya ditambah kubah kecil berwarna hijau di beberapa bahagian bangunan dan puncak menara.






5.     Masjid New Peckham, London


Didirikan oleh Syeikh Nadzim Al Kibrisi. Terletak di dekat Burgess Park, tepatnya di London Selatan Se5. Kini masjid ini berada di bawah pengawasan Imam Muharrim Atlig dan Imam Hasan Basri. Sebelumnya, bangunan masjid ini merupakan bekas gereja  St Mark's Anglican church dibina pada tahun  1880),  sehingga  pada tahun  1980  telah menjadi  New Peckham Mosque.




6.     Masjid Sentral Wembley


Masjid ini terletak di tengah-tengah bandar Wembley, dekat dengan Wembley Park Station. Daerah ini memiliki komuniti Muslim yang besar dan banyak kedai Muslim yang berada di sekitarnya. Bangunan masjid ini sebelumnya juga merupakan bekas gereja. Walau sudah dipasang kubah di puncak menara, tapi kekhasan bangunan gereja masih nampak jelas. Dengan demikian, siapa saja yang melihatnya, akan mengetahui bahawa bangunan itu dulunya adalah gereja.

7.     Masjid Jami, Essex


Selain masjid-masjid di atas, sebuah gereja yang bersejarah di Southend juga sudah dibeli oleh Masjid Jami 'Essex dengan harga 850 ribu pound sterling. Gereja dijual, kerana jama'ah berkurang sehingga kegiatan peribadatan dipusatkan di Bournemouth Park Road. Akibatnya, gereja ini sudah tidak beroperasi sejak tahun 2006 lalu. Rancananya gereja akan dijadikan pangsapuri, tapi idea-idea itu ditolak oleh Dewan Southend. Akhirnya, gereja kosong itu dibeli oleh komuniti Muslim yang tinggal di bandar itu, yang juga sedang mengambil tempat untuk melaksanakan ibadah.

Saat itu jumlah komuniti ini mencapai 250 orang, "gereja bekas" itu merupakan tempat yang sesuai, kerana mampu menampung 300 jemaah. Tidak banyak dilakukan perubahan pada bentuk bangunan yang telah berumur 100 tahun lebih itu, hanya perlu menambah tempat untuk berwudhu dan sebuah menara.

-Dani Fitriyani-

Friday, November 2, 2012

MARYAM JAMEELA

Temubual kali terakhir Maryam Jameela di sebuah stesen TV tempatan sebelum beliau meninggal dunia.

LAHORE --  Seorang ilmuan serikandi Islam dan juga penulis, Maryam Jameela yang dilahirkan sebagai seorang Yahudi tetapi telah memeluk Islam pada usia 27 tahun selepas kagum dengan penulisan Maulana Syed Abul Ala Mawdudi, telah meninggal dunia akibat kegagalan jantung di sini pada hari Rabu 31/10/2012 yang lalu.

Jameela dilahirkan di New York, Amerika Syarikat. Selepas memeluk agama Islam beliau telah datang ke Lahore pada tahun 1961 dan berkahwin dengan seorang ahli Jamaat Islami, Yousuf Khan. Beliau kemudian mengabdikan hidupnya kepada penyebaran dakwah agama Islam.

Maryam Jameela telah menulis 34 buah buku, tetapi buku Islam in Theory and Practice dan Islam and Orientalism antara karyanya yang paling popular dan dikenali. Semua buku tulisannya adalah di dalam Bahasa Inggeris.

Jasad beliau telah dikebumikan di tanah perkuburan Sunnat Nagar pada waktu petang. Solat jenazahnya telah diimamkan oleh Hafiz Muhammad Idrees.

Pemimpin JI termasuk Timbalan Ketua, Ch Muhammad Aslam Saleemi, Dr Farid Ahmed Piracha, Ahmed Mian Maqsod dan beratus-ratus pekerja JI menghadiri upacara majlis pengkebumiannya itu. Ketua JI Pakistan, Syed Munawar Hasan, Prof Ghafoor Ahmed, Prof Khurshid Ahmed, Sirajul Haq, Liaquat Baloch dan lain-lain pemimpin Parti Pusat turut melahirkan rasa kesedihan di pemergiannya.

Menurut mereka, Maryam Jameela adalah seorang wanita hebat yang menemui cahaya kebenaran selepas mengharungi perjuangan yang besar dan selepas memeluk Islam dia mengabdikan hidupnya dalam memperjuangkan ad-Deen. Jasa al-marhumah dalam menyebarkan dakwah Islam sebagai agama yang praktikal untuk seluruh umat manusia.
 
sumber : pulakdahblogsport

Thursday, October 25, 2012

BERKHIDMAT UNTUK ALLAH


Lelaki Amerika ini merasa puas hati apabila dapat menyapu di Rumah Allah SWT

Seorang lelaki amerika yang telah memeluk Islam, meminta penyapu daripada tukang sapu yang berkerja membersih Masjid Al-Haram Mekah untuk  membersih Masjid Haram, petugas tersebut tidak membenarkan warga amerika tersebut melakukan demikian, warga amerika Muslim tersebut mengeluarkan sedikit wang dari poketnya dan diberikan wang tersebut kepada tukang sapu tersebut, maka tukang sapu tersebut menyerahkan penyapu kepada warga amerika yang Muslim,  lalu warga amerika yang Muslim tadi menyapu lantai Masjid Haram Mekah dengan penuh perasaan dan keimanan, setelah puas hati dia membersihkan sebahagian lantai Masjid  Haram, dia menyerah kembali penyapu tersebut kepada tukang sapu yang bertugas. 

Warga amerika tersebut telah berpuas hati kerana dapat berkhidmat pada Rumah Allah SWT walau seketika sahaja.

Begitulah sucinya insan yang berhati mulia, dunia Islam kini tidak lagi mementingkan amal kebajikan tetapi kebanyakkanya mementingkan wang dan upah sahaja, hanya sedikit sahaja golongan yang sanggup berkhidmat secara percuma kepada Rumah Allah SWT.

Tuesday, October 23, 2012

KOLO TOURE NIKAH DI MASJID




Isnin, 22 Oktober,  2012

Bek Manchester City Habib Toure dikenali sebagai pemain bola sepak beragama Islam yang taat menjalani ibadahnya sebagai seorang muslim. Tak hairan ketika ia melangsungkan perkahwinan, Kolo melangsungkannya di sebuah masjid.

Ya, mungkin sedikit yang mengetahui jika Kolo Habib Toure melangsungkan pernikahan selesai menghantar City merampas gelaran Liga Primer Inggeris akhir musim lalu. Bertempat di ibu kota Pantai Gading, Abidjan, Kolo menikahi tunangannya, Chimene Akassou, Khamis, 14 Jun 2012.

Dilaporkan oleh Onlinenigeria.com, resepsi perkahwinan keagamaan itu di gelar di sebuah masjid di tengah bandar. Banyak tokoh yang hadir, termasuk pemain timnas Pantai Gading, kalangan politik, dan ulama besar tempatan.
Kahadiran ramai tetamu dianggap wajar, mengingat bek 31 tahun itu mempunyai populariti tinggi di negaranya. Kolo berkahwin dengan tata cara Islami sesuai dengan agama yang dianutinya.

Adik Kolo, Yaya Toure menjadi pengiring pengantin laki-laki pada perkahwinan itu. Yang patut diacungi jempol, Kolo merayakannya dengan nuansa Islami.

Tidak lupa ia mengenakan peci khas Pantai Gading sepanjang acara perkahwinan. Meski berganti pakaian, ia tetap mengenakan peci yang sesuai dengan warna bajunya.

Ketika selesai mengucapkan ijab kabul di hadapan penghulu, bekas bek Arsenal itu kelihatan menangis bahagia. Ia kemudian terus memeluk dan mencium isterinya. Kerana banyak orang ingin menghadiri majlis pernikahannya, maka resepsi pernikahan diadakan hingga tiga hari.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...