PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Showing posts with label STPM PENGGAL 3 / GEOGRAFI 942/3 - BAHAGIAN B. Show all posts
Showing posts with label STPM PENGGAL 3 / GEOGRAFI 942/3 - BAHAGIAN B. Show all posts

Friday, October 10, 2014

SOALAN DAN JAWAPAN

Soalan 6

  1. Jelaskan dua punca utama yang menyebabkan bertambahnya pencemaran sumber air di negara-negara membangun. [4]

Sebuah negara yang dikaji ialah malaysia. Di antara punca-punca utama yang menyebabkan meningkatnya kadar pencemaran sumber-sumber air sama ada di dalam sungai, tasik, kolam, air hujan dan lain-lain.

i.                 Punca perindustrian. Meningkatnya kadar pembuangan pelbagai jenis bahan sisa perindustrian atau lebih dikenali sebagai sisa-sisa toksid seperti mineral terlarut, otoran minyak, bahan-bahan organik, bahan-bahan kimia, hampas dan lain-lain ke dalam sungai, tasik, kolam dan akhirnya ke laut (termasuk pembuangan bahan sisa radioaktif). Enfluen dan perindustrian ini bukan sahaja menyebabkan sumber air berbau busuk tetapi juga meningkatkan kandungan BOD dalam air yang boleh mencerminkan kualiti air tidak lagi bersih, teroksida (beracun), mengandungi berbagai jenis bakteria yang merbahaya seperti e-coli dan coliform yang boleh memusnahkan hidupan akuatik.    contoh kes seperti Sungai Gombak, Sungai Klang, Sungai Juru, Sungai Prai dan sebagainya.
ii.               Punca domestik. Meningkatnya kadar pembuangan sisa-sisa domestik dari perumahan seperti sampah sarap oleh penduduk dan juga sisa kumbahan terutamanya setinggan yang tinggal di tepi sungai. Sistem pembuangan sampah dan saliran najis yang tidak terurus telah menjadikan sungai sebagai mangsa yang paling mudah sebagai tempat buangan.aliran sungai akan tersekat, kotor dan berbau busuk.
iii.              Punca tumpahan minyak. Meningkatnya kejadian tumpahan minyak dan pada pembuangan bahan-bahan berminyak di kawasan laut, teluk, muara sungai dan di sekitar pelabuhan termasuk perlanggaran dan pembuangan oleh kapal-kapal tangki. Tompokan minyak akan menutupi permukaan laut menerusi proses pembauran. Kualiti air laut akan tercemar dengan ketulan-ketulan minyak mentah dan seterusnya memberikan impak negatif kepada ekosistem laut dan hidupan maritimnya. Banyak kes tumpahan minyak di perairan Selat Melaka dan Laut China Selatan.
iv.              Punca pertanian. Meningkatnya penggunaan bahan-bahan kimia (baja dan racun serangga) dalam bidang pertanian.  Bahan-bahan ini akan sebati dengan air hujan dan dilarut-resapkan ke dalam tanah, mencemarkan sumber air tanah seterusnya ke sungai serta tasik.
v.                Sektor ternakan seperti pembuangan najis khinzir juga menjadi punca utama pencemaran sungai. Sungai bukan sahaja berbau busuk dan sukar untuk mengalir (dianggap sebagai sungai mati). Contoh; Sungai Sepang di Selangor dan Sungai Nipah, Bukit Pelanduk Negeri Sembilan.
vi.              Punca pembangunan tanah. Meningkatnya aktiviti penyahutanan untuk pelbagai tujuan seperti untuk pertanian ladang, kawasan perindustrian, perumahan, jaringan lebuh raya, pembinaan lapangan terbang, padang golf dan sebagainya. Aktiviti ini akan mencemarkan sungai-sungai yang berhampiran.penyahhutanan akan menyebabkan pelbagai proses geomorfologi seperti hakisan dan tanah runtuh. Larian air permukaan akan membawa lumpur, kelodak, selut, bahan-bahan ampaian serta bahan enapan lain memasuki sistem sungai yang menyebabkan air sungai berubah warna,keruh dan berlumpur selain proses mendapan yang akan mencetekkan dasar sungai.


b.       Huraikan dua langkah yang perlu diambil untuk menjamin sumber air dalam negara tersebut bersih dan berterusan.  [4]

Bagi menjamin sumber-sumber air di Malaysia sentiasa bersih dan Berterusan, maka beberapa langkah patut diambil. Antaranya ialah :
i.           Penguatkuasaan undang-undang. Pengawasan yang teliti, pemantauan (kawal selia) dan tindakan yang tegas termasuk denda, penjara, menarik balik lesen operasi kepada semua pihak yang terlibat mencemarkan sumber-sumber air sama ada ke atas kilang, penternak, pemilik-pemilik kapal dan sebagainya. Jabatan Alam Sekitar (JAS) sebagai Sebuah badan kerajaan diberi kuasa sepenuhnya untuk mengambil tindakan undang-undang seperti mana yang diperuntukkan di bawah Akta kualiti alam sekitar 1974.
ii.         Mempertingkatkan r&d untuk merawat air yang telah tercemar khususnya daripada perkumuhan kilang. Hal ini termasuk juga teknologi kitar semua air, memproses air misalnya memproses air laut yang mengandungi garam menjadi air tawar yang akhirnya boleh diguna atau mengubah teknologi perindustrian yang tidak mencemarkan air. Kajian, penyelidikan dan pengawasan kualiti air sungai dan laut/pesisir pantai hendaklah dilakukan dari masa ke semasa.  Mengawal aktiviti penyahhutanan terutamanya yang berdekatan dengan kawasan tadahn air. Hutan-hutan di sekitar 10 km persegi dari kawasan tadahan hendaklah dikekalkan. Hutan semulajadi bukan sahaja boleh bertindak sebagai kawasan tadahan untuk memastikan keberterusan sumber air, ia juga boleh bertindak sebagai penapis semulajadi (filter) yang paling berkesan untuk menjamin sumber air sentiasa bersih dan selamat. Justeru kawasan hutan simpan hendaklah dikekalkan daripada sebarang bentuk pembangunan tanah.
iii.       Kempen meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya air bersih dan menjaga sumber air sebagai penerus kehidupan. Kempen-kempen boleh dilakukan menerusi media massa, media cetak atau menganjurkan aktiviti-aktiviti sosial yang melibatkan masyarakat sekitar untuk menghayati kepentingan air. Contohnya kempen “cintai sungai kita”.  “hargai air” dan lain-lain yang berkaitan.

iv.         Mempertingkatkan kerjasama serantau bagi mengawal pencemaran laut terutamanya di perairan selat melaka. Sebagai rakan Asean, Malaysia, Indonesia, Singapura boleh bekerjasama dalam pelbagai aspek seperti rondaan dan pemantauan, berkongsi kos pemuliharaan perairan, perkongsian teknologi dan maklumat serta penyelarasan undang-undang dan peraturan laut agar aktiviti pencemaran laut khususnya oleh kapak-kapal tangki boleh dibendung.

SOALAN DAN JAWAPAN

Soalan 5
  1. Huraikan dua kesan negatif terhadap alam sekitar yang perpunca daripada aktiviti perindustrian yang tidak mengamalkan konsep pembangunan lestari. [4]

Di antara kesan-kesan negatif terhadap alam sekitar akibat aktiviti perindustrian yang tidak mengamalkan konsep pembangunan lestari ialah :
i.       Pencemaran udara oleh industri memproses yang membebaskan asap, hidro karbon, gas karbon dioksida, sulfur dioksida dan lain-lain partikel terampai (pm 10) yang boleh meningkatkan Indeks pencemaran udara (IPU) serta menggalakkan fenomena Jerebu terutama sekali di kawasan estet perindustrian. Contohnya industri memproses kelapa sawit dan getah, kilang papan, kilang padi, dan lain-lain. Kuantiti dan kualiti atmosfera akan berubah dicemari oleh gas teroksida yang merbahaya untuk kesihatan dan biotik lain.
ii.     Penipisan lapisan ozon dan kesan rumah hijau boleh meningkatkan indeks suhu sekitar/pemanasan setempat atau global jika berlaku di seluruh dunia. Gas-gas rumah hijau terutamanya karbon dioksida dan karbon monoksida bertindak. Sebagai satu lapisan yang membenarkan bahangan matahari Masuk tetapi memrangkap bahangan bumi daripada dipantulkan semula ke angkasa. Manakala gas-gas CFC dan bromin bertindak memutuskan ikatan kovalen ozon yang menyebabkan sinar lembayung (UV) melepasi sistem atmosfera bumi dengan mudah. Kedua-dua mekanisme ini memaksa sistem bumi menerima input haba yang lebih banyak menyebabkan kesan peningkatan suhu sekitar.
iii.   Fenomena hujan asid. Industri petrokimia dan industri pemprosesan yang lain banyak membebaskan sulfur oksida, nitrogen oksida, karbon dioksida dan sebagainya. Bahan-bahan pencemar ini boleh bertindak sebagai nukleus kondensasi untuk nenarik wap-wap air, membesar, tepu dan akhirnya membentuk manik-manik hujan asid. Misalnya asid nitrit dan asid sulfurik. Hujan asid boleh menjejaskan ekosistem akuatik seperti plankton dan terumbu karang di samping melunturkan warna bangunan, merosakkan liang stoma daun serta tisu badan manusia.
iv.    Pencemaran air. Khususnya sungai dan laut yang menjadi tempat perlepasan enfluen sisa-sisa toksid industri, seperti industri membuat cat, sabun (detergent), petrokimia serta   industri memproses kelapa sawit dan getah. Lebih merbahaya jika sesetengah industri melupuskan sisa-sisa radioaktifnya ke dalam laut. Hal ini kerana bahan radioaktif tidak musnah dan merosakkan alam sekitar dalam jangka masa yang panjang. Pembuangan sisa toksid ke dalam sungai menyebabkan sungai beracun, meningkatkan kandungan bodnya serta beberapa jenis bakteria pencemar seperti coliform dan e-coli yang jelas menunjukkan kualiti air merosot.

  1. Bagaimana konsep pembangunan lestari boleh dilaksanakan dalam sektor perindustrian [3]

i.       Langkah penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat kepada mana-mana pengusaha/syarikat yang mencemarkan alam sekitar. Seperti kes-kes pembuangan sisa toksid, mencemarkan sungai, mencemarkan udara yang teruk dan lain-lain.hukuman dan denda maksimum patut dikenakan sepertimana yang diperuntukkan dalam akta kualiti alam sekitar 1974.
ii.     Selain itu,tindakan menggantung/menarik balik lesen operasi/menyita mana-mana syarikat yang tidak membersihkan persekitaran yang dicemarinya.
iii.   Di samping itu, langkah-langkah pemantauan dan kawal-selia yang lebih kerap dan tegas haruslah dilakukan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) berdasarkan standard kualiti (SQ) yang telah ditetapkan. Pihak pengurusan kilang juga diwajibkan menyediakan laporan EIA dari masa ke semasa dan berterusan kepada pihak-pihak yang berwajib bagi menjamin industrinya sentiasa ‘mesra alam’.
iv.    Menguruskan sisa toksid dengan cekap dan berkesan. Terutama sekali sisa-sisa pepejal haruslah diuruskan dengan sistematik dan saintifik. Seperti setiap kilang mesti menyediakan takungan khas untuk simpanan sisa toksidnya dan tidak membuangnya ke dalam sungai, tasik, kolam dan lain-lain. Pada masa yang sama, sisa-sisa toksid tersebut mesti dirawat dahulu sehingga risikonya paling minimum sebelum dialirkan ke dalam sungai dan sumber air lain. Justeru bidang R&D dalam konteks pengurusan sisa pepejal haruslah dikembang-luaskan oleh setiap syarikat. Misalnya R&D dalam kitar semula bahan buangan agar ia tidak membazir begitu sahaja.
v.     Menguruskan bahan pencemaran udara. Industri yang melepaskan asap pencemar melebihi SQ yang dibenarkan oleh akta kualiti alam sekitar mestilah menggunakan beberapa kaedah sebelum bahan-bahan pencemar tersebut dilepaskan ke udara. Misalnya menggunakan sistem (filter) di dalam serombong asap, meninggikan serombong asap agar konsentrasi bahan pencemar boleh terserak dan tidak terkumpul di dalam atmosfera setempat.
vi.    Tidak menjalankan pembakaran terbuka seperti habuk kayu dalam industri pemprosesan kayu balak atau sekam padi. Sebaliknya bahan-bahan buangan tersebut boleh dikitar semula, dijadikan bahan mentah untuk IKS yang lain atau dibiarkan reput sebagai baja kompos.

vii.  Beralih kepada teknologi industri yang mesra alam dan tidak mencemarkan alam sekitar terutamanya dalam konteks penggunaan tenaga, sebagai contoh terlalu bergantung kepada bahan api fosil petroleum haruslah dikurangkan. Sebaliknya lebih banyak menggunakan tenaga alternatif yang murah dan bersih seperti menggunakan tenaga hidroelektrik, gas asli (NGV) atau menggunakan tenaga solar.

SOALAN DAN JAWAPAN

Soalan 4.

a. Bagaimanakah fenomena penyahutanan berlaku di Malaysia?    [3]
 
Fenomena penyahutanan bererti pemusnahan sumber-sumber hutan yang berlaku secara besar-besaran. Di negara-negara Asia tenggara, fenomena kemusnahan dan kepupusan ini berlaku melalui pelbagai cara. Antaranya ialah:
i.       Pembukaan tanah baru yang melibatkan kawasan hutan untuk pelbagai pembinaan kawasan industri, jaringan pengangkutan seperti lebuh raya dan sebagainya. Kawasan dan sumber hutan akan dimusnahkan secara besar-besaran demi mengejar pembangunan atau untuk menampung pertumbuhan penduduk yang begitu pesat.
ii.     Melalui aktivit pembalakan yang tidak terkawal seperti pembalakan haram atau kegiatan pembalakan yang terlalu lama di satu-satu tempat. Aktiviti pembalakan tanpa kawalan akan menyebabkan segala spesies kayu yang berharga terutama sekali kayu keras tropika akan diambil tanpa mempedulikan usaha-usaha baik-pulihnya.
iii.   Amalan pertanian pindah. Melalui aktiviti hutan-hutan primer akan ditebang-bakar oleh puak-puak asli di kawasan pendalaman bagi menjalankan kegiatan pertanian mereka. Apabila sesuatu kawasan sudah tidak menjadi subur lagi ia akan ditinggalkan dan kawasan hutan yang baru pula akan dimusnahkan untuk dijadikan tapak pertanian. Proses yang sama dalam jangka masa yang terlalu lama akhirnya menyahkan hutan tersebut.
iv.    Melalui projek hidroelektrik. Aktiviti ini akan memusnahkan hutan dengan dua cara, iaitu pertama penebangan dan pembersihan hutan untuk pembinaan empangan dan kedua penenggelaman hutan bagi tujuan menakung air. Penenggelaman hutan lebih besar kemusnahannya melibatkan satu kawasan tadahan air dan sumber-sumbernya akan dilenyapkan terus.
v.     Kemusnahan semula jadi. Seperti kebakaran hutan besar-besaran yang berlaku secara semula jadi akibat cuaca panas El-Nino sepeti mana yang terjadi di sumatera dan kalimantan-Indonesia pada tahun 1997. Hutan juga boleh musnah akibat letusan gunung berapi atau ancaman perosak dan penyakit hutan.


b. Jelaskan dua kepentingan usaha-usaha pemeliharaan dan pemuliharaan sumber hutan di negara-negara tersebut.

Pemeliharaan hutan melibatkan aktiviti penjagaan dan pengawalan hutan daripada diteroka/dimusnahkan manakala pemuliharaan pula melibatkan aktiviti membaik-pulih sumber hutan yang sudah diteroka/ dimusnahkan. Antara sebab-sebab Hutan perlu dipelihara dan dipulihara.
i.       Untuk mengekalkan/mengawal kawasan tadahan air. Hutan menadah dan menyimpan air hujan melalui fungsi cegatan silara oleh kanopinya dan juga proses susupan. Oleh itu, simpanan air dalam tanah di kawasan hutan adalah tinggi. Air bawah tanah ini menyumbang/membekalkan air kepada sistem sungai agar sentiasa ada dan berterusan yang seterusnya menjamin kitar hidrologi sesuatu tempat tidak terganggu.
ii.     Untuk mengawal kadar hakisan tanih, tanah runtuh dan banjir lumpur. Hutan bertindak sebagai pelindung semula jadi tanah yang terbaik. Kanopinya yang berlapis-lapis serta cengkaman akarnya boleh mengurangkan kadar hakisan larian air permukaan seterusnya menjamin kestabilan cerun.
iii.   Pengekalkan ekosistem semula jadi dan menjamin kepelbagaian Biologi/kepelbagaian spesis daripada diancam kepupusan. Pengekalan alam semula jadi membolehkan pula pembangunan ‘eko-pelancongan’ dapat dilaksanakan yang berupaya menambahkan pendapatan negara-negara asia tenggara.enjamin bekalan kayu balak yang berharga pada masa depan.
iv.    Sumber hutan dikawal dan dipulihara maka sumber kayu yang berharga seperti meranti, cengal, seraya, keruing, jati dan sebagainya sentiasa ada,terjamin bekalannya dan berterusan. Hal ini akan dapat membantu mengekalkan pendapatan eksport negara-negara asia tenggara.
v.     Menjamin industri-industri yang bergantung sepenuhnya kepada sumber hutan boleh beroperasi pengilangan papan dan papan lapis, pembuatan perabot dan iks-iks yang berkaitan. Dengan itu, peluang pekerjaan masih terbuka sekali gus pengangguran dalam sesebuah negara dapat dielakkan. Jika sumber hutan tidak dikawal dan dipulihara maka industri yang bergantung kepadanya akan ditutup, pengangguran akan  berlaku.

vi.    Menjamin masyarakat orang asli meneruskan kehidupannya. Hutan sebagai persekitaran, habitat, sumber makanan bagi puak-puak asli yang masih ramai di negara-negara Asia tenggara. Masyarakat ini amat bergantung kepada sumber hutan.  Jika dimusnahkan, ’survival’ mereka akan terputus. Selain Itu, hutan juga bertindak sebagai medan untuk menjalankan penyelidikan khususnya yang berkaitan dengan perubatan dan herba.

SOALAN DAN JAWAPAN

Soalan 3.

a. Berdasarkan contoh negara Malaysia, tunjukkan dua kesan fenomena penyahhutanan terhadap alam sekitar. [4]

i.                 Kesan ke atas sistem geomorfologi.
Penyahhutanan akan mendedahkan permukaan bumi secara langsung kepada pelbagai proses geomorfologi seperti luluhawa dalaman, hakisan dan tanah runtuh. Permukaan bumi kini kehilangan pelindung, kehilangan daya pengikat dan daya cengkaman tanah yang menyebabkan struktur tanah menjadi longgar dan cerun-cerun bukit menjadi tidak stabil. Wujudnya kesan-kesan galir dan galur dan kejadian hakisan serta tanah runtuh.

ii.               Kesan ke atas sistem hidrologi.
Bahan dari hakisan akan dimendapkan di dasar sungai lalu menjadi cetek yang boleh mempercepatkan fenomena banjir. Bahan regolith daripada hakisan dan tanah runtuh seperti kelodak, lumpur serta bahan ampaian akan memasuki sistem sungai, mengeruhkan air sungai. Penyahhutanan akan juga menghilangkan kawasan tadahan hujan yang menjadi stok / simpanan air utama kepada sistem saliran seperti sungai, tasik, kolam dan lain-lain menerusi edaran air bawah tanah. Proses susupan tidak berlaku, storan air tanah (akuifer) akan berkurangan, sumber air kepada sungai dan tasik juga akan berkurangan sekali gus boleh mengganggu sistem bekalan air.

iii.              Kesan ke atas Atmosfera
Penyahhutanan mengubah iklim mikro hutan / peningkatan indeks suhu sekitar. Penghapusan hutan menyebabkan kesan pemanasan setempat. Hutan tidak lagi boleh berfungsi untuk menyederhanakan suhu dan mengekalkan peratus kelembapan udara yang tinggi. Udara menjadi kering (dry air) permukaan bumi terdedah kepada bahangan matahari secara langsung tanpa ditapis dan diserap oleh tumbuhan. Akibatnya, suhu sekitar akan meningkat.

iv.              Kesan ke atas Sistem Ekologi
Penyahhutanan akan menyebabkan kesan negatif kepada biodiversiti. Spesies flora dan fauna akan diancam kepupusan berikutan daripada kemusnahan habitat dan ekosistemnya, serta rantaian makanan yang sedia ada. Selain kepupusan spesies, penghijrahan spesies juga akan berlaku untuk mencari habitat yang baru.



b. “Malaysia merupakan salah sebuah negara asia tenggara yang terbaik dalam melaksanakan program pengurusan sumber hutannya”. Huraikan dua kaedah pemeliharaan dan pemuliharaan yang dilaksanakan di Malaysia. [4]

Antara usaha-usaha yang telah dijalankan oleh malaysia ialah:
i.                 Penubuhan kawasan hutan simpan kekal yang dibahagikan kepada tiga kelas,iaitu hutan perlindungan, hutan berhasil dan Hutan lipur yang diuruskan dengan sempurna,  sistematik dan sainstifik. contoh: Taman Negara, Hutan Belum di perak dan Hutan Simpan Endau-Rompin di Pahang.
ii.               Langkah perundangan, meluluskan dan melaksanakan Akta Perhutanan Negara 1984 yang mengenakan hukuman denda dan penjara ke atas mana-mana individu / syarikat yang menceroboh kawasan hutan simpan kekal sama ada aktiviti, menebang, memotong, menggelang,menanda atau mengambil sumber-sumber yang ada dengan apa jua cara sekalipun.
iii.              Melaksanakan dua sistem penebangan hutan, iaitu Sistem Sebaya Malaya (MUS) dan Sistem Pengurusan Tebangan Memilih (SMS). Kedua-duanya membolehkan tumbesaran dan kematangan pokok dengan sempurna bagi menjamin keberterusan pengusahasilan dan pengeluarannya pada masa-masa akan datang.
iv.              Menanam semula hutan/perladangan hutan melalui projek Ladang Hutan Kompensatori. Spesis-spesis pokok kayu keras Tropika yang cepat membesar dan matang seperti Acacia Mangium, yamane, sentang, exotic, dan bantai ditanam semula secara sisematik dan saintifik di kawasan-kawasan hutan yang sudah dibalak

v.                Melaksanakan usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) khususnya yang berkaitan dengan sivikultur, penjagaan dan perawatan hutan daripada perosak dan penyakit ,biak baik pokok serta sifat dan kepelbagaian guna sumber-sumber hutan. Kebanyakkan program R&D dijalankan oleh FRIM dan UPM.  Di samping menjalankan program latihan perhutanan dan Sains Perhutanan.

SOALAN DAN JAWAPAN

Soalan  2

  1. Berdasarkan konteks sektor pertanian, terangkan secara ringkas konsep Pembangunan Berterusan  (lestari) .            [3]


Konsep pembangunan lestari dalam sektor pertanian pembangunan berterusan yang menggunakan pendekatan untuk mempertingkatkan sumber-sumber pertanian dan
produktiviti pertanian agar ia dapat memenuhi keperluan masa kini dan generasi akan datang. Nikmat kemajuan pembangunan pertanian bukan hanya untuk generasi semasa sahaja tetapi berterusan sampai ke bila-bila pun. Tambahan produktiviti dan
pendapatan dalam sektor pertanian komersil yang dinikmati kini.                                                                                            Pertambahan pengeluaran tanaman makanan mestilah dapat menampung keperluan penduduk semasa dan generasi seterusnya agar mereka juga tidak mengalami krisis.
Kelestarian juga bermakna  mengoptimumkan sumber-sumber pertanian khususnya sumber tanah agar ia tidak membazir dan terbiar, contoh pembangunan lestari dalam sektor pertanian adalah seperti kaedah pertanian hidroponik, kaedah kawalan biologi untuk mengawal perosak , penggunaan baja organik, amalan tanaman tutup bumi dan lain-lain kaedah yang membawa kesan yang paling minimum terhadap alam sekitar


  1. Berdasarkan kepada mana-mana sebuah negara di rantau Asia Pasifik,  jelaskan dua kaedah bagaimana pembangunan pertanian yang dijalankan di dalam negara tersebut boleh menjejaskan alam sekitar fizikalnya . [3]

Negara yang dipilih ialah Malaysia. Antara kaedah/amalan pembangunan pertanian yang boleh menjejaskan alam sekitar ;-

Alam Sekitar Fizikal ialah :
i.       Melalui program pembangunan tanah/pembukaan tanah baru untuk pertanian ladang oleh kerajaan atau swasta yang melibatkan kerja-kerja penyahhutanan secara besar-besaran seperti dalam rancangan pembangunan wilayah.  Penyahhutanan ini akan menyebabkan kemusnahan ekosistem serta kepelbagaian biologinya, keterdedahan tanah kepada hakisan, banjir lumpur, pencemaran dan kecetekan sungai dan lain-lain yang berkaitan.contoh-contoh kawasan yang pernah mengalami ialah seperti wilayah Jengka, Dara, Kejora, Kesedar dan juga Ketengah. Pada peringkat pembukaan tanah tersebut di sekitar tahun 1970-an. amalan pembakaran terbuka untuk pembersihan tapak ladang / tani atau untuk proses penanaman semula.
ii.     Satu kaedah yang paling cepat dan mudah bagi tujuan membersihkan ladang ialah melalui pembakaran, misalnya pembakaran terbuka di Ladang Tebu Chuping, Perlis, setelah tebu ditebang dan diambil.
iii.   Pembakaran kawasan sawah setelah padi dituai atau pembakaran pokok kelapa sawit yang telah ditebang untuk penanaman semula. Kaedah ini telah menyebabkan berlakunya pencemaran udara dan jerebu. Misalnya ketika negara dilanda fenomena El-Nino pada tahun 1997, amalan pembakaran terbuka di tapak-tapak pertanian telah memudaratkan lagi keadaan jerebu yang sedia ada sekali gus meningkatkan indeks pencemaran udara (IPU).
iv.    Penyemburan racun secara besar-besaran/penggunaan baja kimia berlebihan yang boleh menyebabkan pencemaran sumber air, tanah dan udara. Dalam konteks pembangunan pertanian ladang yang begitu luas, penyemburan racun dan penaburan baja biasanya dilakukan dengan menggunakan kapal terbang.  Kaedah ini bukan sahaja boleh mencemarkan udara malah memungkinkan berlakunya Hujan Asid,  walaupun pada skala yang kecil.selain itu,racun dan baja kimia yang dilarut-resapkan ke dalam tanah di kawasan pertanian menyebabkan sitem akuifer dan air bawah tanah tercemar. Larian air permukaan pula boleh membawa sebatian racun dan bahan kimia tersebut ke dalam sungai-sungai yang berhampiran dengan kawasan perladangan. Apabila sistem sungai tercemar dengan racun, ia akan memusnahkan ekosistem akuatik.
v.     Amalan pertanian tanpa tanaman tutup bumi dan tanpa jagaan yang rapi terhadap tanih pertanian.kawasan terbuka dan terdedah kepada hakisan percikan air hujan dan larian air permukaan yang boleh menyebabkan ketandusan tanih. Larian air permukaan  akan bertindak untuk mengangkut lapisan atas tanih yang subur (top soils) dan meninggalkan lapisan tanih yang kurang subur. Regolith tanih yang dibawa oleh larian permukaan itu pula akan memasuki sistem sungai, sungai tercemar , termendap / mencetekkan sungai, meningkatkan risiko kejadian banjir.


  1. Cadangkan dua langkah yang wajar untuk mengurangkan kesan-kesan negatif pembangunan pertanian terhadap alam sekitar . [4]

Langkah-langkah yang wajar diambil untuk mengurangkan kesan-kesan negatif pembangunan pertanian terhadap alam sekitar :-
i.       Langkah-langkah perundangan/pengawalan dan pengurusan yang cekap.antaranya ialah: Kawalan terhadap amalan pembakaran terbuka di tapak pertanian. Kawalan ini boleh dilaksanakan melalui akta dan Perundangan seperti Akta Jerebu 1997 untuk mengawal dan mencegah sebarang aktiviti pembakaran terbuka khususnya di tapak-tapak pertanian. Antara tindakan-tindakan yang boleh diambil seperti denda / kompaun kepada mana-mana individu atau saman / menarik balik lesen perniagaan  /disita kepada mana-mana syarikat atau agensi yang didapati bersalah.
ii.     Selain itu, memperbaiki amalan pengurusan tapak ladang seperti tebang-bakar ditukar kepada tebang-reput untuk menghasilkan Baja Organik di samping dapat memelihara alam sekitar.
iii.   Mengamalkan kaedah pertanian campur, tanaman bergilir dan tanaman selingan (luar musim). Kaedah tanaman bergilir ini amat penting untuk menyeimbangkan nutrien tanah di samping dapat  mengurangkan kadar hakisan ketika tanah itu direhatkan untuk musim penanaman seterusnya. Misalnya dalam konteks sawah padi perlu digilirkan dengan jagung, kacang tanah, tembakau dan lain-lain.

iv.    Amalan pertanian berteres / mengikut kontur, tanaman berjalur serta membina alur dan sistem perparitan / kawasan pengairan terutamanya di kawasan lereng-lereng bukit yang beralun atau berelief curam seperti di kawasan tanah tinggi Cameron yang ditanam dengan sayur-sayuran, bunga-bungaan dan Teh. Tanaman berkontur boleh mengurangkan pergerakan hakisan larian air permukaan manakala sistem perparitan yang sesuai juga menyediakan laluan-laluan air agar ia tidak melimpahi permukaan. Kedua-dua langkah ini bertujuan untuk mengurangkan hakisan permukaan sekali gus mengekalkan lapisan aras tanah yang subur (top soil).

SOALAN DAN JAWAPAN

Soalan 1.

a.                 Apakah yang dimaksudkan dengan “konsep pembangunan Lestari”?   [3]

Pembangunan yang berteraskan kepada prinsip ‘pembangunan Berterusan’. Pembangunan secara berterusan tanpa tempoh masa yang tertentu dan nikmat pembangunan itu bukan untuk satu-satu generasi sahaja tetapi boleh dirasai dan berterusan sampai ke generasi-generasi akan datang. Dalam konteks alam sekitar, Pembangunan lestari bermakna membangun tanpa mengorbankan alam sekitar. Untuk mencapai nikmat pembangunan yang berterusan maka pembangunan ekonomi mestilah diadunkan dengan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar agar ia tidak merosot, sentiasa bernilai untuk semua generasi.
Pemeliharaan membawa maksud menjaga/melindungi sumber-sumber alam sekitar manakala pemuliharaan bermakna membaikpulih atau menggantikan sumber-sumber yang sudah rosak / pupus. Contoh pembangunan lestari pembangunan bandar:  ‘bandar dalam taman’, pembalakan dengan penghutanan semula dan perindustrian dengan kitar semula.



b.      Jelaskan dua kesan terhadap alam sekitar yang berpunca daripada aktiviti perindustrian yang tidak mengamalkan konsep pembangunan lestari. [4]

Kesan-kesan terhadap alam sekitar yang berpunca daripada aktiviti perindustrian yang tidak mengamalkan konsep pembangunan lestari.
i.  Pencemaran udara. Industri memproses membebaskan asap, hidrokarbon, gas karbon dioksida, sulfur dioksida dan lain-lain pencemar yang boleh meningkatkan indeks IPU serta menggalakkan fenomena jerebu. Contohnya industri memproses kelapa sawit dan getah, kilang papan, kilang padi dan lain-lain.
ii.  Penipisan lapisan ozon dan kesan rumah hijau yang boleh meningkatkan indeks suhu sekitar. Pemanasan global atau pulau haba bandar melalui pembebasan CFC. karbon dioksida, karbon monoksida sulfur dan lain-lain daripada industri kimia, Pembuatan elektrik dan elektronik dan sebagainya tanpa kawalan.

iii. Fenomena hujan asid di mana Industri petrokimia, industri baja kimia dan lain-lain yang membebaskan sulfur dioksida, nitrogen oksida, karbon dioksida dan lain sebagainya bertindak sebagai  nukleus kondensasi menarik wap-wap air membentuk manik-manik hujan asid, melunturkan warna bangunan, merosakkan liang stoma daun serta tisu badan.

iv. Pencemaran air khususnya sungai dan laut yang menjadi tempat perlepasan exfluen  hasil-hasil industri. Sisa-sisa toksid ini memusnahkan ekosistem akuatik. Di Malaysia  seperti kes Sungai Gombak, Sungai Klang dan juga Sungai Langat.

v.  Penyahhutanan untuk pembinaan industri akan memusnahkan biodiversiti, kualiti dan  kuantiti air, ekosistem hutan, menggalakkan hakisan, banjir dan sebagainya.


c.   Bincangkan bagaimana konsep pembangunan lestari boleh diterapkan dalam 
     sektor perhutanan di malaysia.  [3]

Langkah adalah seperti berikut:-
i.     Mewartakan hutan simpan (Hutan Perlindungan, hutan lipur dan hutan berhasil) dan Perlaksanaan akta perhutanan negara 1984. denda, hukuman penjara dan menarik balik lesen/konsesi balak.
ii.   Melaksanakan kaedah penebangan hutan secara sistematik seperti sistem sebaya  malaya (MUS) dan juga Sistem Pengurusan Tebangan  Memilih (SMS).
iii.  Melaksanakan sivilkultur atau projek perladangan hutan secara kompensatori (CFPP) dengan menanam spesis kayu yang cepat berhasil seperti acacia mangium, yamane, batai, sentang dan exotic.
iv.  Mengembangkan bidang R&D yang berkaitan dengan perhutanan seperti pengurusan hutan, biak balik, kepelbagaian spesis, perawatan perosak dan penyakit hutan, latihan perhutanan dan lain-lain yang berkaitan.
v.  Mengitar semula bahan buangan seperti kertas bagi tujuan menjimatkan pergantungan kepada bahan-bahan yang berasaskan sumber hutan atau beralih kepada sumber-sumber pengganti seperti barangan plastik, getah, simen, fiber, asbestos dan lain-lain agar permintaan kepada hasil hutan dapat dikurangkan.

vi.   Melaksanakan kempen-kempen kesedaran dan kefahaman kepada Masyarakat umum tentang peri pentingnya khazanah hutan. Dipelihara serta dipulihara melalui sumber media, Agensi  Pembangunan Setempat dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Wednesday, September 24, 2014

PENCEMARAN AIR DAN TANAH

PENCEMARAN AIR

Pencemaran sampah sarap di sungai dan tasik
1 . Punca bekalan air datang dari sungai , laut , kolam dan tasik .
2 . Air boleh dicemari melalui
       ( a ) pembuangan bahan-bahan sisa kilang
       ( b ) tumpahan minyak dari kapal laut
       ( c ) pembuangan sampah-sarap dan  najis
       ( d ) hakisan tanah akibat pembalakan dan pembinaan berleluasa .


Kesan Pencemaran Air

Menjejaskan Kesihatan
1 . Sisa-sisa kilang yang dibuang ke dalam sungai meracuni air sungai .
2 . Ini membahayakan kesihatan kita jika air tersebut diminum atau digunakan untuk mandi .
3 . Sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam sungai pula mengalakkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan penyakit .


Pembunuh Hidupan Air
Efluan dari kawasan industri memusnahkan sistem sungai 
1 . Minyak yang tertumpah ke laut menghalang kemasukan udara ke dalam air laut .
2 . Jadi tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan yang hidup dalam laut tidak dapat bernafas dan akan mati .
3 . Air sungai yang mengandungi sisa-sisa kilang juga meracuni hidupan air .
4 . Sampah-sarap yang terkumpul dan lumpur yang termendap dalam air akibat hakisan tanah menghalang kemasukan sinaran matahari kedalam air .
5 . Ini menjejaskan pertumbuhan tumbuh-tumbuhan air .


Memburukkan Keindahan Alam
1 . Pantai-pantai yang dipenuhi dengan sampah-sarap tidak indah dipandang .
2 . Air sungai dan laut juga berbau busuk .
 



PENCEMARAN TANAH

Perlupusan bahan toxid ditanam dalam tanah
Sesuatu kawasan tanah dicemari melalui :
( a ) pembuangan sampah-sarap di merata-rata tempat
( b ) penyemburan racun serangga

( c ) aktiviti pembinaan , perlombongan dan pembalakan .


Kesan Pencemaran Tanah




Hakisan Tanah
1 . Aktiviti-aktiviti pembinaan , perlombongan dan pembalakan yang tidak terkawal menyebabkan kawasan tanah terdedah .
2 . Kawasan tanah yang terdedah dihakis oleh angin dan air hujan .

Membunuh Haiwan Di Bawah Tanah
1 . Racun serangga yang disembur meresap masuk dan berkumpul dalam tanah .
2 . Haiwan yang hidup di bawah tanah mati akibat pengumpulan racun ini .


Menjejaskan Kesihatan
1 . Sampah-sarap yang dibuang di kawasan-kawasan lapang menjadi tempat pembiakan kuman penyakit .
2 . Tikus, lipas dan lalat tertumpu di kawasan ini dan menyebarkan kuman-kuman penyakit ke tempat-tempat lain .
3 . Jika makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas , kita mungkin diserang penyakit .


Kekurangan Tanah Subur

1 . Pembinaan rumah-rumah dan bangunan-bangunan menyebabkan kesusutan tanah .
2 . Manusia menghadapi kekurangan tanah subur untuk pertanian . 


   












PENCEMARAN ALAM SEKITAR - UDARA


PENCEMARAN
Pembuangan bahan-bahan buangan secara tidak terkawal boleh mengakibatkan pencemaran alam sekitar.  Pencemaran ialah pengumpulan bahan-bahan yang tidak sesuai kepada kehidupan di persekitaran kita.  Bahan-bahan yang tidak sesuai ini dipanggil bahan-bahan pencemar .

Kebanyakan pencemaran yang berlaku adalah disebabkan oleh aktiviti-aktiviti manusia.  Terdapat berbagai jenis pencemaran iaitu:
( a ) Pencemaran udara
( b ) Pencemaran air
( c )  Pencemaran tanah
 



PENCEMARAN UDARA

Pencemaran udara berlaku bila terdapat bahan-bahan pencemar di udara. Contoh bahan-bahan pencemar ini ialah habuk, 
debu, asap, dan gas-gas beracun . 
Jadual di bawah menunjukkan punca-punca pencemaran udara dan bahan-bahan pencemar utama yang dihasilkan . 
  



PUNCA-PUNCA PENCEMARAN
BAHAN-BAHAN PENCEMAR
Pembakaran bahan api di kilang 
dan dalam enjin kenderaan bermotor
Gas sulfur dioksida, nitojen dioksida, 
karbon monoksid dan debu
Pembakaran sampah sarap dan 
hutan secara besar-besaran
Gas karbon dioksida dan debu 
 
Penyemburan racun serangga dan 
bahan-bahan kimia
Gas dan kimia beracun 
 
Penggunaan gas klorofluorokarbon (CFC)
Gas CFC
  

Kesan Pencemaran Udara


Menjejaskan kesihatan


1 . Apabila kita menarik nafas , udara yang tercemar memasuki badan dan menjejaskan kesihatan kita . 
2 . Debu dan gas-gas beracun daripada kilang -kilang , ekzos kenderaan dan penyemburan racun serangga menyebabkan penyakit jika disedut . 
3 . Penyakit ini adalah berkaitan dengan sistem pernafasan dan penyakit mata .



Penyusutan Lapisan Ozon


1 . Lapisan ozon di udara ialah lapisan yang melindungi kita daripada sinaran terik matahari . 
2 . Pembebasan  gas CFC yang digunakan dalam alat-alat menyembur , alat penyaman udara dalam peti sejuk menipiskan lapisan ozon . 
3 . Ini menyebabkan lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi . 
4 . Pendedahan kepada sinaran matahari yang banyak boleh mengakibatkan penyakit kanser kulit .



Pembetukan Hujan Asid


1 . Gas-gas sulfur diosida dan nitrogen dioksida bergabung dengan air hujan dan membentuk hujan asid . 
2 . Hujan asid boleh membunuh tumbuh-tumbuhan dan ikan-ikan . 
3 . Ia juga menghakis pakaian , kertas dan bahan binaan bangunan .



Kenaikan Suhu Di Bumi


1 . Gas karbon dioksida yang terlalu banyak dalam udara akan memerangkap haba . 
2 . Jadi suhu di bumi menigkat dan persekitaran kita menjadi panas . 
3 . Ini akan menyebabkan banjir akibat pencairan ais di kutub-kutub bumi dan kemarau di beberapa tempat di dunia . 

Tuesday, October 15, 2013

KEBAIKAN PEMBUATAN MOLEKUL /NANO-TECH

Advanced nano boleh menyelesaikan banyak masalah manusia.

Pembuatan Molekul (NANO-TECH) boleh menyelesaikan banyak masalah semasa di dunia. Sebagai contoh, kekurangan air adalah masalah yang serius dan berkembang. Kebanyakan air yang digunakan untuk industri dan pertanian; kedua-dua keperluan ini akan   dapat dikurangkan dengan produk yang dibuat oleh pembuatan molekul. Penyakit berjangkit yang masih menjadi musuh utama di banyak tempat di dunia. Produk yang mudah seperti paip, penapis, dan kelambu dapat mengurangkan masalah ini. 

Maklumat dan komunikasi yang berharga, tetapi kurang di banyak tempat. Komputer dan peranti paparan akan menjadi menarik dan murah. Kuasa elektrik masih tidak terdapat dalam banyak bidang, tidak cekap, bangunan yang murah dan selasa dengan struktur yang kuat, segala peralatan elektrik, dan alat-alat penyimpanan kuasa akan membenarkan penggunaan kuasa haba solar sebagai sumber tenaga utama dan boleh diaplikasi. 

Pencemaran alam sekitar adalah satu masalah yang serius di seluruh dunia. Produk berteknologi tinggi boleh membenarkan orang ramai untuk hidup dengan selasa dalam persekitarannya.  Akhirnya, Nano-Tech akan menyediakan peralatan murah dan canggih untuk penyelidikan perubatan dan penjagaan kesihatan, membuat ubat yang lebih baik boleh didapati dengan meluas. Pergolakan sosial yang dikesan secara langsung kepada kemiskinan material, kesihatan, dan kejahilan. Nano-Tech  boleh menyumbang kepada pengurangan yang besar dalam semua masalah ini, dan di dalam penderitaan manusia yang berkaitan.

Perumahan yang lebih baik dan paip akan meningkatkan kesihatan. Pertanian yang lebih cekap dan industri menjimatkan air, tanah, bahan-bahan, dan buruh, dan mengurangkan pencemaran. Akses kepada maklumat, pendidikan, dan komunikasi menyediakan banyak peluang untuk peningkatan diri, kecekapan ekonomi, dan kerajaan yang jitu. Murah, kuasa dipercayai adalah penting untuk penggunaan teknologi yang lain dan menyediakan banyak kemudahan. 

Hari ini, teknologi bergantung kepada pembuatan, yang memerlukan banyak bahan-bahan khusus dan mesin dan tenaga kerja terlatih. Ia adalah satu proses yang sukar dan lambat untuk membangunkan asas teknologi yang mencukupi di kawasan miskin. Walau bagaimanapun, pembuatan molekul tidak memerlukan tenaga kerja mahir atau infrastruktur yang besar sokongan; satu nanofactory peribadi (Personal Nano Factory) dengan bekalan kimia tunggal dan bekalan kuasa yang boleh menghasilkan pelbagai produk yang boleh dipercayai, termasuk salinan sendiri untuk menggandakan infrastruktur pembuatan dalam masa, jika dikehendaki. Oleh itu, PNS, dan banyak produk-produk mereka, adalah "teknologi yang sesuai" dalam  semua persekitaran.


Banyak masalah  yang berkaitan dengan air boleh diselesaikan.

A beberapa masalah asas mewujudkan sejumlah besar penderitaan dan tragedi. Menurut Bank Dunia dokumen , air adalah satu kebimbangan utama PBB Hampir separuh penduduk dunia tidak mempunyai akses kepada sanitasi, dan hampir 1.5 bilion tidak mempunyai akses kepada air bersih. Air yang digunakan di dunia, 67% digunakan untuk pertanian, dan satu lagi 19% untuk industri. Penggunaan akaun kediaman kurang daripada 9%. Industri banyak yang boleh digantikan secara langsung dengan pembuatan molekul. Pertanian boleh dipindahkan ke dalam rumah hijau. Air kediaman boleh dirawat dan dikitar semula. Pakai langkah-langkah ini dapat mengurangkan penggunaan air oleh sekurang-kurangnya 50%, dan mungkin 90%. Penyakit-penyakit yang berkaitan dengan air membunuh beribu-ribu, mungkin puluhan ribu, kanak-kanak setiap hari . Ini adalah sepenuhnya dicegah dengan teknologi asas, murah untuk mengeluarkannya, jika kilang-kilang yang murah dan mudah alih. MNT boleh memberi peluang yang sama dalam banyak bidang lain.

Banyak air hari ini adalah sia-sia kerana ia adalah hampir tetapi tidak sepenuhnya tulen. Mudah, dipercayai teknologi rawatan mekanikal dan elektrik boleh memulihkan air payau atau tercemar untuk kegunaan pertanian atau domestik.Teknologi ini hanya memerlukan pembuatan awal dan bekalan kuasa yang sederhana. Penapis fizikal dengan nanometer liang-besaran boleh mengeluarkan 100% daripada bakteria, virus, dan juga prions. 

Teknologi pengasingan elektrik yang menarik ion untuk plat Super kapasitor boleh mengeluarkan garam dan logam berat. Keupayaan untuk mengitar semula air dari mana-mana sumber untuk sebarang kegunaan boleh menyimpan sejumlah besar air, dan membenarkan penggunaan sumber air kini tidak boleh digunakan. Ia juga boleh menghapuskan pencemaran hiliran; penapis air benar-benar berkesan juga membenarkan penjanaan agak "kotor" aliran sisa daripada operasi pertanian dan perindustrian. Selagi sisa terkandung, ia boleh ditapis, pekat, dan mungkin juga disucikan dan digunakan menguntungkan. Seperti apa-apa yang dibina oleh teknologi nano molekul, kos pengeluaran awal untuk sistem rawatan air akan menjadi sangat rendah. Kuasa akan murah (lihat di bawah). Bahan-bahan penapis baik berstruktur dan penggerak yang lebih kecil akan membenarkan walaupun elemen penapis kecil untuk menjadi pemantauan diri dan pembersihan. Serba lengkap, kecil, unit penapis automatik sepenuhnya boleh disepadukan dalam sistem berskala lebih pelbagai.


Ternakan yang lebih besar ,tahan penyakit
Nano Teknologi mempunyai potensi untuk merevolusikan industri pertanian dan makanan dengan alat baru untuk rawatan molekul penyakit, pengesanan penyakit pesat, meningkatkan keupayaan tumbuhan untuk menyerap nutrien dan lain-lain sensor pintar dan sistem penyampaian pintar akan membantu virus memerangi industri pertanian dan lain-lain patogen tanaman.

Dalam masa terdekat pemangkin struktur bernano masa akan datang yang akan meningkatkan kecekapan racun perosak dan racun herba, membolehkan dos yang lebih rendah yang akan digunakan. Nanoteknologi juga akan melindungi alam sekitar secara tidak langsung melalui penggunaan alternatif (boleh diperbaharui) bekalan tenaga, dan penapis atau pemangkin untuk mengurangkan pencemaran dan pembersihan pencemaran yang sedia ada. Semua ini menjadikan manfaat yang besar bagi kebanyakan industri: Ladang Ayam, Ladang Sayur, Ladang Bunga, Pengurusan Wilayah, Lanskap & Penyelenggaraan, Padang Golf, bidang Sukan, rumah hijau, dan lain-lain


Nanotech membuat tenaga solar dapat dilaksanakan.

Sumber utama kuasa hari ini adalah pembakaran bahan api karbon . Biasanya tidak cekap, tidak boleh diperbaharui, dan lain-lain bahan buangan (termasuk bahan-bahan radioaktif dari arang batu) ke dalam atmosfera. Tenaga Suria akan dilaksanakan di kebanyakan kawasan di dunia jika pembuatan dan tanah adalah cukup murah dan penyimpanan tenaga adalah cukup berkesan. Penjanaan elektrik solar bergantung kepada sama ada penukaran photovoltaic, atau menumpukan cahaya matahari langsung. Bekas kerja, walaupun dengan kecekapan dikurangkan, pada hari-hari mendung; kedua boleh dicapai tanpa semikonduktor. 
Penyelesaian solar boleh dilaksanakan pada individu, kampung, atau peringkat kebangsaan. Tenaga cahaya matahari langsung adalah kira-kira 1 kW per meter persegi. Membahagikan bahawa sebanyak 10 ke akaun untuk waktu malam, hari mendung, dan ketidakcekapan sistem, permintaan kuasa Amerika hari ini (kira-kira 10 kW setiap orang) akan memerlukan kira-kira 100 meter persegi permukaan pemungut setiap orang. Mendarabkan angka ini dengan jumlah penduduk 325 juta (dianggarkan oleh Biro Banci Amerika Syarikat bagi tahun 2020) menghasilkan satu keperluan untuk kira-kira 12,500 km persegi kawasan yang akan dilindungi dengan pengumpul solar. Ini mewakili 0.35% daripada jumlah kawasan permukaan tanah Amerika Syarikat. Kebanyakan ini boleh dilaksanakan di atas bumbung dan pada permukaan jalan raya.

Tablet cukup murah sekarang
Komputer akan cukup murah untuk semua orang.

Pembuatan molekul boleh membuat get logik komputer beberapa nanometer di sebelah, dan cekap cukup untuk disusun dalam 3D. Satu Supercomputer keseluruhan boleh dimuatkan ke dalam padu milimeter , dan kos sebahagian kecil daripada satu sen. Dengan penggerak lebih kecil daripada bakteria, nipis, paparan komputer resolusi tinggi akan mudah (dan murah) untuk membina. Dengan frekuensi GHz mekanikal, peranti kebanyakannya mekanikal boleh rasa dan menghasilkan gelombang radio. Oleh itu, pengiraan, komunikasi, dan paparan semua dilaksanakan dengan tulen diamondoid teknologi. Komputer, PDA, dan telefon bimbit boleh cukup murah untuk walaupun orang-orang miskin di bumi untuk memiliki satu, dan mengandungi lebih daripada keupayaan untuk antara muka suara untuk orang-orang yang buta huruf cukup pemprosesan. Perkakasan rangkaian diedarkan begitu juga boleh menjadi sangat murah, dan perisian rangkaian diedarkan, walaupun tidak remeh, sudah dibangunkan. Seluruh dunia boleh mendapat "percuma" dalam tempoh setahun.


Nanotech boleh membantu alam sekitar.

Kemusnahan alam sekitar adalah satu masalah yang serius dengan banyak punca dan sebab. Salah satu sebab yang paling besar adalah pertanian. Rumah hijau dapat mengurangkan penggunaan air, penggunaan tanah, air larian, dan kehilangan tanah atas. Perlombongan adalah satu lagi masalah yang serius. Apabila struktur yang paling dan fungsi boleh dibina daripada karbon dan hidrogen, akan ada penggunaan yang jauh lebih rendah untuk mineral, dan operasi perlombongan boleh kebanyakannya ditutup. Teknologi pembuatan yang mencemarkan juga boleh turunkan. Secara umum, teknologi yang lebih baik membolehkan operasi yang mencemarkan menjadi lebih padat dan mengandungi, dan pembuatan murah membolehkan penambahbaikan akan digunakan dengan cepat pada kos yang rendah. Tenaga solar storable akan mengurangkan abu, jelaga, hidrokarbon, NOx dan CO2 pelepasan, serta tumpahan minyak. Dalam kebanyakan kes, akan ada insentif ekonomi yang kukuh untuk menerima pakai, teknologi baru yang lebih cekap secepat mungkin. Malah di kawasan-kawasan yang kini tidak mempunyai infrastruktur teknologi, pembuatan molekul serba lengkap akan membolehkan penempatan pesat teknologi mesra alam.

Kera, lutong, babi hutan, dan serangga perosak menyebabkan kerosakan yang luar biasa untuk anak-anak pokok  dan buah-buahan para petani di Malaysia masa kini. Banyak laporan penduduk kampung yang di serang oleh binatang-binatang ini yang menyebabkan nilai beratus ribu ringgit musnah. Pemasangan kaedah pencegahan seperti pengawal pokok boleh diaplikasi. Binatang-binatang ini sangat maju dalam deria bau, yang mana boleh diprogramkan untuk mengesan dan mengenal pasti persekitaran mereka. Kaedah nano molekul  hasilan bahan cecair beraroma boleh di sembur pada pokok-pokok ,yang mana aroma ini akan menjauhkan binatang-binatang perosak ini.
Kelebihan menggunakan alat-alat teknologi nano dan teknik yang kita mampu untuk memanipulasi dan merangkumi bahan kimia tertentu dalam alam semula jadi bahawa haiwan amaran kepada ketakutan dan bahaya. Apabila permukaan yang disembur dengan bahan kimia, haiwan tidak menyentuh  pokok-pokok petani, walaupun ketika lapar.


Perubatan yang lebih baik boleh didapati secara meluas.  

Pembuatan molekul akan memberi kesan kepada amalan perubatan dalam pelbagai cara. Perubatan adalah sangat kompleks, jadi ia akan mengambil sedikit masa untuk manfaat sepenuhnya untuk dicapai, tetapi banyak manfaat akan berlaku serta-merta. Alat-alat perubatan akan menjadi lebih murah dan lebih kuat. Penyelidikan dan diagnosis akan

jauh lebih cekap, membolehkan tindak balas pantas kepada penyakit baru, termasuk penyakit kejuruteraan. Kecil, murah, pelbagai sensor, komputer, dan lain-lain alat-alat implan boleh membenarkan pemantauan kesihatan yang berterusan dan rawatan semi-automatik. Beberapa jenis baru rawatan akan menjadi mungkin. Sebagai amalan perubatan menjadi lebih murah dan kurang menentu, ia boleh menjadi tersedia kepada lebih ramai orang.


Menghapuskan punca-punca tekanan boleh mengurangkan pergolakan sosial.

Pergolakan sosial banyak yang boleh dikesan secara langsung kepada kemiskinan material, kesihatan, dan kejahilan. Pembuatan molekul boleh menghapuskan bahan kemiskinan sekurang-kurangnya oleh standard hari ini; standard selepas MM mungkin jauh lebih tinggi. Produk pembuatan molekul banyak boleh meningkatkan kesihatan dengan menghapuskan keadaan yang menyebabkan penyakit, termasuk kebersihan miskin, serangga, dan malnutrisi. Ketersediaan meluas komputer dan peranti komunikasi boleh memberi pendedahan kepada budaya lain dan mata pelbagai pandangan, dan mewujudkan pemahaman konteks sosial yang lebih luas di mana untuk menilai tindakan dan kepercayaan. (Malangnya, komunikasi massa juga memberi penghasut khalayak yang lebih luas, yang boleh batal beberapa manfaat ini.) MM pasti tidak akan menyembuhkan atau mencegah pergolakan sosial, tetapi ia akan mengeluarkan banyak sebab-sebab yang ketara kesusahan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...