PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Monday, October 15, 2012

GEOGRAFI STPM 2012 - PERCUBAAN P.PINANG.



SAMBUNGAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN P. PINANG 2012
GEOGRAFI STPM KERTAS 2 [942/2]

5 (a) Berikan takrif transformasi desa.
Transformasi merujuk kepada perubahan sosioekonomi desa melalui proses pemodenan dan pembandaran. Perubahan dari aspek penggunaan tanah, penyediaan kemudahan asas, kemajuan sistem pengangkutan dan komunikasi serta pekerjaan penduduk. Transformasi desa berlaku melalui pemusatan dan peningkatan fungsi  serta peranan desa dan sebagai penjana pertumbuhan sosioekonomi desa.           [5]

(b) Huraikan empat proses perubahan desa di Malaysia.
Isi
Huraian
Markah

B1) Saling kebergantungan desa- bandar
Interaksi dua hala iaitu kedua-duanya bertindak sebagai pusat permintaan dan penawaran.Contoh bandar bertindak  mengumpul, memproses dan menyimpan barangan yang diperlukan oleh penduduk bandar dan desa sekitarnya. Penduduk desa datang ke bandar untuk menjual barangan mereka dan membeli barangan bandar.



2

B2) Pembandaran kawasan desa

Membandarkan kawasan desa melalui melengkapkan petempatan desa dengan kemudahan dan  perkhidmatan bandar yang asas.
Contoh bekalan elektirk, air, jalan raya dan talian komunikasi supaya penduduk desa boleh menjalani kehidupan termasuk aktiviti ekonomi seperti orang bandar.



2

B3) Perancangan desa sebagai pusat pertumbuhan
Petempatan tertentu dirancang supaya menjadi pusat pertumbuhan bagi kawasan atau wilayah desa yang lebih luas yang juga mempunyai   petempatan lain yang lebih kecil.
Contoh menyediakan pelbagai kegiatan ekonomi seperti pusat pemasaran dan pemprosesan hasil, pusat perkhidmatan dan sumber maklumat.




2

B4) Pemodenan sosioekonomi desa
Kehidupan moden di desa Malaysia dinikmati semenjak kerajaan giat menyediakan kemudahan asas dan infrastruktur baru di kawasan luar bandar.
Contoh jalan raya, talian telekomunikasi, bekalan elektrik, air dan gas, pendidikan menengah dan teknikal, kesihatan dan perubahan telah membolehkan penduduk desa menjalani kehidupan moden.

2
Max
8m


(c) Jelaskan kesan transformasi desa terhadap pembangunan sosioekonomi                   penduduk desa di Malaysia.

Isi
Huraian
Markah

C1) Kepadatan penduduk
Kawasan desa mengalami migrasi keluar lebih daripada migrasi masuk akan mengalami kehilangan penduduk. Penduduk bandar semakin bertambah dan akan meningkatkan lagi kepadatan penduduk bandar.


2

C2) Perubahan pekerjaan
Perubahan struktur ekonomi daripada bergantung kepada pertanian kepada perkhidmatan dan perindustrian akibat pembangunan ekonomi.


2

C3) Peningkaran taraf hidup
Peningkatan taraf hidup dicapai melalui perubahan pekerjaan, produktiviti dan pendapatan, taraf pendidikan dan kesihatan, kemewahan dan keselesaan hidup kebendaan, kestabilan serta keharmonian, kesejahteraan sosial negara.

2

C4) Perumahan
Perumahan menjadi masalah kepada penduduk miskin yang tidak mampu membeli atau menyewa menyebabkan wujudnya masalah setinggan.


2

C5) Kemiskinan bandar
Jumlah penduduk terlalu ramai berbanding dengan peluang ekonomi yang ada di bandar. Terdapat ramai penduduk yang menganggur dan melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan dan perkhidmatan informal seperti menjaja yang pendapatan amat rendah.



2

C6) Migrasi desa-bandar
Kemunduran dan tekanan ekonomi kawasan desa telah mendesak penduduk desa berpindah ke bandar. Ekonomi yang berkembang di bandar menarik penduduk desa masuk ke bandar mencari pekerjaan.



2

C7) Kesesakan lalu lintas
Bandar mengalami kesesakan lalu lintas akibat perkembangan penduduk dan aktiviti ekonomi. Jalan-jalan raya bandar mengalami kesesakan yang serius semasa waktu puncak.


2

C8) Masalah sosial
Pertambahan penduduk bandar menyebabkan peningkatan kejadian jenayah dan keruntuhan moral seperti rompakan, kecurian, pecah rumah, rogol, penagihan dadah dan lain-lain.
2
Max
12m

6          (a) Takrifkan maksud proses pembandaran.
Proses pembandaran merujuk perubahan keadaan penduduk di kawasan luar bandar menjadi bandar dan terus berkembang menjadi bandar yang lebih besar. Proses ini melibatkan pertambahan penduduk. Proses ini juga melibatkan perubahan kegiatan ekonomi penduduk daripada tradisional kepada ekonomi moden. Proses ini melibatkan perubahan struktur fizikal bangunan dan saiz bandar.                                          [5]

(b) Huraikan lima peranan bandar dalam pembangunan sesebuah negara.            [10]

Isi
Huraian
Markah

B1) Pemasaran
Kegiatan jual beli yang berlaku di bandar yang melibatkan kegiatan pemasaran yang besar akan mendatangkan sumber pendapatan yang besar kepada negara.
Contoh Pulang Langkawi bukan sahaja tempat pelancongan tetapi sebagai pusat perniagaan bebas cukai.


2

B2) Pekerjaan
Aktiviti perniagan, perdagangan, perkilangan dan sektor perkhidmatan yang dibekalkan di bandr akan mewujudkan kesan penggandaan yang positif. Banyak peluang pekerjaan dapat disediakan bagi memenuhi permintaan yang bertambah.



2

B3) Pemodenan
Pemodenan biasanya berlaku di bandar dan berkaitan dengan kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Negara maju sentiasa mengalami pemodenan dalam aspek ICT dan bioteknologi.


2

B4) Kemudahan perkhidmatan
Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada kualiti dan kecekapan perkhidmatan yang diberikan. Contoh kemajuan sektor perkilangan amat bergantung kepada kemudahan dan kecekapan perkhidmatan pengangkutan dan perhubungan di bandar perusahaan.



2
B5) Pembauran inovasi
Pembauran inovasi mudah berlaku di bandar berbanding kawasan luar bandar kerana bandar merupakan pusat tumpuan penduduk dan kegiatan ekonomi.


2
B6) Pusat pendidikan
Menyediakan peluang pendidikan pada pelbagai peringkat iaitu dari rendah kepada peringkat tinggi.


2
B7) Pusat tumpuan golongan menengah

Tumpuan golongan menengah, berpendapatan tinggi itiu kumpulan penduduk yang berpendidikan  dan pekerja korperat serta profesional.

2

Max 10

(c) Jelaskan lima kesan aktiviti pembandaran terhadap alam sekitar.                     [10]
Isi
Huraian
Markah

C1) Peningkatan suhu setempat
Kenaikan suhu berpunca daripada kandungan karbon dioksida yang tinggi di udara akibat aktiviti perindustrian dan pembakaran sampah sarap, kekurangan litupan tumbuhan yang tindak menyederhanakan suhu setempat dan pembinaan bangunan konkrit dan jalan bertar yang tidak dapat menyerap bahang matahari.



2

C2) Hakisan, tanah runtuh dan tanah tandus
Aktiviti peneresan, pemotongan dan perataan bukit untuk membina petempatan dan jalan raya     menyebabkan tanah mudah dihakis apabila hujan turun. Ketiadaan litupan tumbuhan yang mencengkam tanah menyebabkan struktur  tanah menjadi longgar dan mengakibatkan tanah runtuh.



2
C3) Ancaman kepupusan kepel-bagaian biologi, kemusnahan habitat dan rantaian makanan
Kawasan-kawasan desa yang dahulunya berhutan belantara tetapi hutan sudah dibersihkan untuk pembangunan pertanian dan petempatan seperti rancangan pembangunan FELDA. Pembersihan hutan secara besar-besaran menghapuskan pelbagai baka tumbuhan dan hidupan liar, memusnahkan habitat fauna serta rantaian makanan mereka.


2

C4) Pencemaran udara
Pertambahan penduduk bandar telah menyebabkan peningkatan kadar pelepasan asap kenderaan akibat pertambahan bilangan kenderaan dan pelupusan sisa buangan domestik serta sisa industri. Tambahan lagi sisa pelepasan asap kilang yang semakin banyak berkembang untuk menampung pertambahan pengeluaran produk pengguna.

2

C4) Pencemaran air
Pembuangan sisa buangan domestik dan industri ke dalam sungai, tasik dan sebagainya. Tindakan ini  berpunca daripada kekurangan tapak pelupusan sampah yang sesuai.

2

C5) Pencemaran tanah
Tanah dicemari pembuangan sampah di merata-rata tempat, penyemburan racun serangga, aktiviti pembinaan, perlombongan dan pembalakan yang banyak meninggalkan sisa di atas tanah.

2

C6) Pencemaran bau/bunyi
Berpunca daripada guna tanah yang bersaingan dan tidak sepadan terutamanya bagi tempat kediaman dan tujuan komersial, jalan raya, bandar dan lain-lain. Pencemaran bau berpunca daripada pembuangan sampah sarap di kawasan terbuka.

2

C7) Pencemarn sampah sarap dan sisa toksid
Pembuangan dan pelupusan sampah sarap mengalami masalah tapak pelupusan dan kaedah serta teknologi pelupusan. Kuantiti sampah meningkat akibat pertambahan penduduk. Pemilihan kawasan menjadi sukar kerana perkembangan guna tanah kediaman dan perbandaran.



2

C8) Banjir dan banjir kilat
Pembinaan bangunan yang banyak di bandar akan menghalang proses peresapan air hujan ke dalam tanah, sebaliknya mempercepatkan larian air permukaan . tambahan lagi penduduk bandar yang membuang sisa domestik ke dalam sistem perparitan dan saliran sehingga menyebabkan saliran tersumbat. Hujan yang lebat menyebabkan air mengalir dengan cepat dan mudah melimpah sehingga banjir kilat berlaku.



2

7          (a)        Takrifkan maksud pertumbuhan segitiga.             [5]
            Pertumbuhan segitiga ialah kerjasama memajukan sub wilayah yang berjiran di dalam ASEAN di antara tiga hingga empat buah negara ASEAN yang menumpukan kepada pembangunan disesuatu kawasan yang kecil di dalam negara yang menganggotainya. Tiga pertumbuhan segitiga ialah IMT– GT, IMS–GT, BIMP–EAGA

(b)        Jelaskan tiga pakatan pertumbuhan segitiga yang diwjudkan di dalam  ASEAN.  [10]                                                                                                  

Isi
Huraian
Markah
1. IMS-GT(Indonesia, Malaysia, Singapura-Growth Triangle)
- Bangkahulu, Jambi dan Sumatera Barat di Indonesia, Batu Pahat, Muar, Mersing dan Melaka di Malaysia serta Singapura.
- Mengamalkan konsep perkongsian bijak melalui pelaburan silang dan pelaburan bersama.
- Kekurangan modal disesebuah negara ditampung oleh negara lain.
- Keuntungan: kekurangan buruh dan tanah di Singapura ditampung oleh negara lain manakala Malaysia dan Indonesia menerima kepakaran,teknologi aliran masuk modal dan peluasan pasaran.
3
2. IMT-GT(Indonesia, Malaysia, Thailand-Growth Triangle)
- Negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia, Selatan Thailand dan sumatera Utara.
- Tumpuan: pembangunan infrastruktur fizikal,telekomunikasi serta perkongsian sumber air.
- Setiap kerajaan perlu membangunkan wilayah masing-masing tampa sempadan bagi memudahkan aliran masuk modal,buruh barangan dan perkhidmatan tanpa kerenah birokrasi yang rumit.
-Keuntungan: pengaliran modal,perkongsian teknologi serta tenaga manusia, pembangunan sumber maritim,sumber pelancongan dan meningkatkan perdagangan intra –ASEAN.
3
3. BIMP-EAGA(Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina- East ASEAN Growth Area)

-Kawasan terletak di timur ASEAN melibatkan seluruh negara Brunei, Kalimantan, Sabah dan Sarawak serta Lembah Mindanao.
- Tumpuan kerjasama dalam bidang pembangunan sumber alam,  infrastruktur fizikal dan pelancongan ekologi.
- Mempunyai sumber alam yang banyak tetapi tidak sepantas pertumbuhan segitiga yang lain kerana kekurangan infrastruktur, kepadatan penduduk rendah, guna tenaga tidak cekap, kuasa beli rendah dan ketidakstabilan politik.
3


Max 9
+ 1 =10
                                                                                                                                           
(c)            Huraikan peranan pakatan pertumbuhan segitiga ini dalam memajukan wilayah.    [10]                      

Isi
Huraian
Markah
1. Perdagangan
- Peluasan saiz pasaran setempat
- Tidak ada kerenah birokrasi yang cerewet
- Kewujudan kawasan bebas cukai
2
2. Pelaburan
- Kekurangan modal pihak swasta tempatan akan ditampung oleh pihak swasta negara lain – keadaan saling melengkapi.
- Pelaburan silang
2
3. Pengaliran buruh
-Kekurangan tenaga buruh atau tenaga pakar ditampung oleh kepakaran negara jiran.-cth: pergerakan tenaga buruh Selatan Thiland ke Kedah atau Perlis.
2
4. Penggunaan sumber
- Pelbagai sumber alam dimanfaatkan sepenuhnya – sumber yang ada boleh dibangunkan dan dimajukan dengan cepat tanpa pembaziran.
2
5. Pengangkutan dan perhubungan
- Mempercepatkan dan memendekkan masa perjalanan untuk mengimport dan mengeksport barangan – meningkatkan darjah ketersampaian. - Contoh:Lebuhraya Trans Borneo (BIMP-EAGA)
2
5.Teknologi
- Negara yang mundur teknologi akan menikmati pemindahan teknologi daripada Negara yang lebih maju seperti Singapura.
- Teknologi baru seperti IT dapat disebarkan dengan luas kepada penduduk di kawasan yang telibat.         Mana-mana 5 x 2 = 10
2
                                                                       
SOALAN 8
a.         Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan alam sekitar.        [ 5 ]
Pengurusan alam sekitar merujuk usaha memelihara dan memulihara alam sekitar (1).
Pemeliharaan alam sekitar bermaksud menjaga dan melindungi alam sekitar daripada kerosakan atau kemusnahan (1) akibat pembangunan yang dijalankan. Pemuliharaan alam sekitar pula bermaksud membaik pulih alam sekitar spt sumber air dan hutan   yang terjejas atau tercemar (1) akibat pembangunan untuk mengelakkan kepupusan.(1) Langkah pengurusan alam sekitar dapat dibahagikan kepada empat, iaitu langkah perundangan dan penguatkuasaan, pendidikan alam sekitar, kempen kesedaran dan perancangan guna tanah. (1)                                                           Peraturan pemarkahan : 5 markah

b.  Jelaskan langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang telah dilaksanakan di Malaysia.   [12 ]
isi
Huraian
Markah
1.    Langkah perundangan
(Pemeliharaan)
  i.     Mengawal aktiviti pembalakan, pelancongan,dan pertanian.
ii.     Langkah Penguatkuasaan undang-undang di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 – pemantauan,amaran, denda kompaun, penjara dll.
iii.     Langkah pencegahan melalui EIA     *Maksimum 4 markah
2
2
2
2.    Langkah Pengurusan
(Pemuliharaan)
  i.     Pengurusan strategik – mewujudkan hutan simpan, taman negara ,silvikultur.
ii.     Jadual pemungutan teratur oleh PBT, penyediaan tong sampah, kitar semula .
iii.     Menjalankan penebangan terpilih- pokok yang matang sahaja ditebang.
iv.     Penanaman semula – menggantikan pokok yang telah ditebang.
 v.     Tanaman berteres, tanaman tutup bumi, sungkupan, benteng, insinerator.
vi.     Rawatan air
vii.     Usaha R& D- beralih kepada sumber pengganti dalam sektor pembinaan.                       *Maksimum 4 markah
2
2
2
2
2
2
2

3.    Kempen dan Pendidikan Alam Sekitar




  i.     Kempen kesedaran melalui slogan dan aktiviti kemasyarakatan seperti slogan ”Cintai Alam Kita”.
ii.     Peranan media cetak dan media elektronik
iii.     Pendedahan berterusan dan kesedaran  tanggungjawab oleh stesen TV
iv.     Peranan pihak swasta Dan NGO.
v.     Pendidikan formal / informal di sekolah /institusi pengajian khususnya menerusi kurikulum geografi.                                *Maksimum 4 markah
2

2
2
2
2

Peraturan permarkahan:6 isi  x 2 markah
12






c.  Huraikan peranan yang dapat dimainkan oleh masyarakat dalam penjagaan alam sekitar.      (8)

isi
Huraian
Markah
1.     Mematuhi Undang-undang/ Peraturan

§  Mematuhi segala peruntukan di dalam akta, undang-undang negeri dan semua peraturan  yang berkaitan dengan penjagaan alam sekitar seperti tidak melakukan pembakaran terbuka dan tidak membuang sampah merata-rata.          

2


2.     Mengetahui cara-cara untuk menjaga alam sekitar
§  Mengambil inisiatif untuk mengetahui cara-cara untuk menjaga alam sekitar dengan lebih berkesan, misalnya dengan menghadiri kursus, seminar dan bengkel.
2


3.     Penyertaan dan sokongan terhadap dasar kerajaan
§  Menyertai dan menyokong segala aktiviti dan dasar kerajaan yang bertujuan memelihara dan memulihara alam sekitar seperti menyertai gotong-royong dan kempen alam sekitar serta menderma kepada pertubuhan amal seperti WWF
2



4.      
§  Melaporkan perbuatan pihak yang bertindak mencemarkan alam sekitar kepada pihak berkuasa.
2
5.     Memupuk sikap mencintai alam sekitar
§  Memupuk sikap mencintai alam sekitar dalam kalangan ahli keluarga , rakan-rakan di sekolah dan tempat kerja dengan menunjukkan teladan yang baik
2

Peraturan permarkhan:4 isi  x 2 markah
8

TAMAT.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...