PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Showing posts with label MEMBINA BLOG. Show all posts
Showing posts with label MEMBINA BLOG. Show all posts

Monday, December 26, 2011

SIRI KEDUA: TUTORIAL MEMBINA BLOG

Sambungan daripada Siri 1 : Tutorial Bina Blog sendiri sebelum ni. 
Dalam siri ke-2 ni saya akan tunjukkan bagaimana menukar tema/template blog yang anda telah bina sebelum ni.
Klik pada gambar untuk imej screenshot yang lebih besar dan jelas

1. Langkah pertama untuk menukar template blogspot anda ialah : of course, dapatkan template yang menarik dan sesuai terlebih dahulu. Pergi ke http://www.btemplates.com . Di sini terdapat ribuan pilihan templates yang menarik untuk pelbagai genre blog. Download template pilihan anda.
Cara Membuat BLog : tukar template blogspot
2. Log masuk ke blogger.com. Kemudian klik pada tab “Design”. Ini adalah page yang anda akan gunakan setiap kali anda ingin melakukan perubahan pada template atau design blog anda.
Cara Membuat BLog : tukar template blogspot
3. Pergi ke direktori fail yang anda download dari btemplates.com tadi. Fail tersebut adalah dalam format .zip, jadi anda perlu extract fail tersebut sebelum anda upload ke blog.
Cara Membuat BLog : tukar template blogspot
4. Beberapa fail disertakan dalam zip archive tersebut. Fail yang akan digunakan adalah fail .xml (biasanya dinamakan dengan “nama tema”.xml. Sesetengah developer turut menyertakan fail .psd untuk memudahkan anda membuat grafik sendiri.
Cara Membuat BLog : tukar template blogspot
5. Pergi semula ke dashboard blog. Sebagai langkah keselamatan, buat backup pada template sedia ada dengan cara klik pada link “Download Full Template”. Simpan fail tersebut untuk kegunaan masa kecemasan. Jadikan langkah ini amalan anda setiap kali mengubah template atau melakukan perubahan pada layout.
Cara Membuat BLog : tukar template blogspot
6. Klik button “upload” dan pilih fail .xml tadi.
Cara Membuat BLog : tukar template blogspot
7. Page warning ini mungkin muncul selepas anda upload tema baru. Halaman ini memberitahu anda bahawa template yang anda upload akan menyebabkan widget anda hilang. Pilih button “Keep Widgets” supaya kesemua widgets tersebut disimpan secara automatik dalam template baru.
Cara Membuat BLog : tukar template blogspot
8. Satu notification akan muncul di bahagian atas. “Your changes have been saved”. Bermakna anda telah pun berjaya menukar template blog anda. Pilih “view blog” untuk melihat perubahan yang anda lakukan.


Cara Membuat BLog : tukar template blogspot

Kita akan sambung siri ketiga kemudian. tunggu no!!!

SIRI PERTAMA: TUTORIAL CARA MUDAH MEMBINA BLOG SENDIRI

Untuk siri pertama ini, saya akan tunjukkan bagaimana membuat akaun, dan memilih nama blog.
Klik pada gambar untuk imej screenshot yang lebih besar dan jelas
1. Pergi ke http://www.blogger.com . Sekiranya anda telah log in ke akaun Gmail, teruskan ke langkah no. 3 kerana anda akan dibawa ke dashboard. Sekiranya belum log in, anda akan dibawa ke skrin ini;
Cara Membuat BLog sendiri
Jika anda mempunyai akaun GMail, boleh terus log in melalui form di sebelah kanan (arrow biru) dan terus ke langkah no. 3. Jika masih belum mempunyai akaun GMail, klik button “Get Started” (arrow merah).
Nuffnang Ads
2. Anda akan dibawa ke registration form. Isikan form tersebut, kemudian klik button “Continue” di bahagian bawah kanan halaman.
Anda boleh mengisikan petak “E-mail” dengan akaun SELAIN GMail, tetapi akaun tersebut mestilah telahpun wujud.
Cara Membuat BLog sendiri
3. Selepas berdaftar/log-in, anda akan dibawa ke Dashboard blooger anda. Untuk membina blog baru, klik “Create a Blog” (arrow merah).
Cara Membuat BLog sendiri
4. Sekarang anda berada di form untuk membina blog. Isikan form tersebut dengan nama blog pilihan anda, alamat blog dan word verification. Kemudian klik button “Continue”
Cara Membuat BLog sendiri
Pilih nama dan alamat blog yang ringkas dan mudah diingati. Jika anda membina blog untuk tujuan perniagaan online ataupun berhasrat untuk bermain dengan SEO, elakkan nama yang tiada makna atau terlalu complicated. Tetapi jika anda membina blog peribadi dan tidak kisah sekiranya tiada trafik masuk ke blog anda, abaikan tips ini =P
5. Pilih template/theme yang anda minati. Tidak mengapa jika tiada pilihan template yang anda berkenan kerana anda boleh mengubahnya bila-bila masa. Klik button “Continue”
Cara-Membuat-BLog-Sendiri
6. Sekarang tapak asas blog anda terlah pun terbina. Anda telah mempunyai nama blog dan alamat blog sendiri. Klik button “Start Blogging”
Cara-Membuat-BLog-Sendiri
7. Paparan yang anda lihat sekarang adalah “back-end” blog anda. Paparan inilah yang anda akan gunakan untuk membuat posting, configure template dan mengubah segala setting yang berkaitan dengan blog anda. Untuk melihat bagaimana rupanya blog tersebut, klik “View Blog”
Cara-Membuat-BLog-Sendiri
8. Ini adalah blog anda. Paparan inilah yang akan dilihat oleh pelawat blog.
Theme blog anda mungkin berlainan dengan screenshot ini jika anda memilih theme yang berlainan
Cara-Membuat-BLog-Sendiri 
Buat masa ini, blog anda masih kosong. Anda masih perlu mengedit, theme, widget, membuat posting, dan beberapa perkara lain bagi melengkapi blog anda.
Perkara-perkara tersebut akan saya tunjukkan dalam siri seterusnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...