PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Sunday, October 7, 2012

PERCUBAAN NEGERI TERENGGANU 2012



SOALAN GEOGRAFI FIZIKAL KERTAS 1, NEGERI TERENGGANU 2012

1          a.  i.    Nyatakan dua jenis tenaga yang dijana oleh matahari di atmosfera bumi.     [2]  
ii.   Berdasarkan dua jenis tenaga yang anda nyatakan dalam (a)(i), jelaskan
     kepentingannya terhadap proses fizikal yang berlaku di atmosfera.                [4]
iii.       Jelaskan kesan pemanasan tenaga suria terhadap atmosfera bumi.            [8]
iv.       Huraikan pengaruh bahangan suria terhadap flora dan fauna di kawasan tropika lembap.         [11]

2. a.   i.     Apakah yang dimaksudkan dengan pengangkutan beban sungai? [3]
ii.        Nyatakan lima cara pengangkutan beban sungai.     [5]
iii.      Huraikan empat faktor yang mempengaruhi kadar pengangkutan beban sungai.          [8]
iv.       Jelaskan pengaruh bentuk muka bumi hasil pemendapan sungai kepada aktiviti manusia.     [9]
ATAU
b.    Berdasarkan peta 1;
i.          Nyatakan tiga agen pemendapan di kawasan pinggir pantai.    [3]
ii.        Huraikan proses pembentukan bentuk muka bumi beting.            [4]
iii.      Bincangkan dua punca yang menyebabkan kualiti air Paya Sagu tercemar.  [4]
iv.       Jelaskan tiga cadangan bagaimana memajukan kawasan Paya Sagu tersebut.  [6]
v.         Berdasarkan bentuk muka bumi dan sumber yang terdapat dalam peta 1, jelaskan empat aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh penduduk setempat.       [ 8]


3.       Jadual 1 menunjukkan arah dan kekerapan tiupan angin pada bulan Januari 2012 di stesen Kaji cuaca Kg. Fikri, Setiu.

Jadual 1: Arah Dan Kekerapan Tiupan Angin di Stesen Kaji Cuaca Kg. Fikri Setiu, Januari 2012
Arah
Utara
Timur
Laut
Timur
Tenggara
Selatan
Barat
Daya
Barat
Barat
Laut
Tenang
Bilangan
Hari
1
7
4
2
5
4
3
2
3

a.        i.   Berdasarkan jadual 1, hitung peratus kekerapan arah tiupan angin pada bulan 
      Januari 2012 di stesen kaji cuaca Kg. Fikri , Setiu.      [4]
ii.  Berdasarkan jadual 1, lukiskan sebuah rajah untuk menunjukkan arah dan peratus
      kekerapan tiupan angin di stesen kaji cuaca Kg. Fikri, Setiu.      [9]
b.        Terangkan secara ringkas kaedah menyukat halaju angin dan menentukan
         arah tiupan angin.   [4]
c.         Jelaskan kepentingan bayu laut dan bayu darat terhadap aktiviti manusia di pinggir
        pantai.      [8]

4.  a.   i.   Apakah yang dimaksudkan dengan lapisan ozon?  [3]
           ii.   Jelaskan bagaimana proses penipisan lapisan ozon berlaku.    [5]
b.      Huraikan punca-punca pertambahan gas kloroflorokarbon (CFC) di atmosfera.  [7]
c.       Jelaskan kesan pemanasan global terhadap alam sekitar fizikal.  [10]

 5.   a.   Apakah yang dimaksudkan dengan imbangan air?     [5]
      b.    Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi imbangan air.    [10]
        c.    Jelaskan bagaimana gangguan terhadap imbangan air mempengaruhi alam
             sekitar fizikal.     [10]

6.   a. i.  Nyatakan tiga proses perubahan fasa air?    [ 3]
          ii.  Berdasarkan satu proses perubahan fasa air yang dinyatakan di (a) (1)
               di atas, jelaskan peranan tenaga yang berlaku dalam proses tersebut. [3]
    b.  Huraikan empat faktor mempengaruhi air larian permukaan. [7]
  c.    Jelaskan pengaruh aktiviti manusia terhadap kitaran hidrologi di kawasan
         tropika lembap.    [12]

7.   a.   Apakah yang dimaksudkan dengan biodiversiti.   [3]
      b.    Jadual 2 menunjukkan data senarai spesies terancam di hutan hujan tropika,
            Hulu Seladang, Setiu, Terengganu pada tahun 2010.
Jadual 2: Spesies Terancam Di Hutan Hujan Tropika
Hulu Seladang, Setiu, 2010
Kumpulan
Amat Terancam
Terancam
Terdedah Kepada Bahaya
Mamalia
188
488
505
Burung
190
361
671
Amfibia
475
755
675
lkan
289
269
717
Serangga
70
132
424
Moluska
268
224
486
Catatan :
Amfibia:  Binatang yang hidup dua alam Moluska :    Binatang yang mempunyai cengkerang

b.        i.  Berdasarkan jadual 2 di atas, nyatakan kumpulan spesies yang paling
    dominan  dan  jumlahnya. [2]
       ii.  Huraikan empat faktor yang menyebabkan spesies tersebut pupus.  [12]
c.         Jelaskan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengekalkan spesies­-
spesies yang terdapat di hutan tersebut.   [8]

8        Berdasarkan satu kajian luar yang dilakukan di anak sungai atau tasik semula jadi dalam kawasan hutan;
a.       Dengan menyatakan contoh-contoh yang sesuai, nyatakan dua komponen
asas yang membentuk ekosistem di kawasan kajian.      [4]
b.      (i) Huraikan bagaimana siratan makanan berlaku di kawasan kajian tersebut [9]
(ii) Jelaskan bagaimana aktiviti manusia boleh mengganggu siratan
makanan tersebut.   [6]
c.       Bincangkan tiga langkah pengurusan lestari bagi mengekalkan ekosistem
sungai atau tasik di kawasan kajian tersebut.   [6]



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...