PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Monday, October 15, 2012

Cheryl Dacey, Guru Sekolah Ahad yang Menemukan Islam

Perjalanan mendapatkan hidayah dari Allah hingga akhirnya mencari Islam boleh terjadi kepada sesiapa sahaja yang Allah kehendaki, seperti yang dialami oleh seorang pengajar di sekolah Ahad di Amerika Syarikat, Cheryl Dacey, ini kisahnya:Saya dilahirkan dalam sebuah keluarga Katolik Ireland, dan saya selalu menghadiri sekolah Katolik dari SD hingga ke pengajian tinggi, berkahwin, mempunyai empat anak yang mulai dewasa hingga akhirnya saya bercerai.Sedangkan perkenalan saya dengan Islam ketika saya bekerja dan bertemu dengan beberapa muslim. Syarikat tempat saya bekerja berada di New Jersey, dan saya bertemu dengan rakan muslim saya ketika saya bekerja di New York dalam sebuah projek syarikat. Dan apa yang saya perhatikan selama bertahun-tahun mengenal mereka adalah bagaimana mereka menghormati ibu saya dan saya sendiri, perilaku yang saya dapati dari mereka sangat baik.Banyak perkara menarik yang saya ketahui tentang rakan-rakan muslim saya. Ketika mereka mengatakan bahawa kita mempercayai Tuhan yang sama, saya fikir mereka gila kerana itu saya mengatakan kepada mereka, "Tidak, tentu saja kita tidak percaya pada Tuhan yang sama". Saya fikir itu benar-benar jenis agama yang asing dari apa yang saya yakini. saya tidak menyedari bahawa kita mempunyai nabi yang sama, dan banyak maklumat yang saya terima sebenarnya hampir sama dengan apa yang diajarkan Islam. Jadi saya benar-benar tidak tahu banyak tentang Islam.Saya mula tertarik dengan Islam dan ingin mengetahui tentang Islam ketika untuk pertama kalinya saya membaca beberapa literatur tentang Islam dan ketika saya sampai ke suatu titik bahawa Isa bukan Tuhan, saya mula berfikir kembali untuk meyakini ketuhanan Yesus.Sebenarnya sejak dahulu saya sangat percaya apa yang saya yakini. Saya adalah seorang guru Sekolah Minggu. Saya mengajar ratusan anak-anak tentang agama Katolik. Itulah sebabnya saya merasa seperti sebuah keajaiban ketika akhirnya saya masuk Islam!Jadi apa yang mereka katakan bahawa kita mempunyai Tuhan yang sama dan mesej yang sama yang turun secara berulang-ulang kepada nabi yang berbeza. Dan mereka meletakkan Islam, Kristian dan Yahudi dalam semacam bingkai waktu dari Tuhan yang sama tetapi dengan nabi yang berbeza. Dan saya fikir dari melihat perkara seperti itu membuat saya percaya bahawa banyak komponen yang sama, seperti Maria adalah bunda perawan Isa, tetapi hanya Isa bukan Tuhan.Jadi itu sangat sukar untuk tidak mempercayai itu semua. Dan apa yang terjadi saya fikir benar-benar sebuah keajaiban. Saya tidak boleh tidur, ketika saya diberi sebuah buku oleh seorang Syeikh dari Masjid yang berasal dari Syria. Dan buku itu berjudul "Keajaiban Al-Quran" dan saya tidak boleh tidur sama sekali malam itu. Saya sudah memiliki buku itu selama dua tahun tapi saya tidak pernah membacanya.Suatu hari saya mengambil buku itu dan saya membacanya. Dan selepas saya membacanya saya punya perasaan yang benar-benar menakjubkan sampai saya berteriak "Oh my Gosh, sekarang saya tahu apa itu kebenaran". Saya tak punya pilihan. Dan saya tahu bahawa itu akan menjadi begitu sukar kerana tidak mudah untuk berpindah agama. Saya harus mempertimbangkan keluarga saya, bagaimana mereka akan memandang saya dan masih banyak hal lain yang boleh membimbangkan saya.Masalah berlaku ketika saya memutuskan masuk Islam, keluarga saya menjauhi saya, bahkan ibu saya enggan bercakap kepada saya, dia selalu mengelak ketika saya ajak dia untuk berbincang. Dia tahu, tapi dia takut untuk membahasnya. Dan itu sekitar 3 setengah tahun yang lalu, dan hari ini dia senang tentang hal itu. Dia berkata "Saya senang kau mencari sebuah agama yang indah." Namun saya belum boleh meyakinkan dia untuk menjadi seorang Muslim.Saudara-saudara saya mengambil sikap secara berbeza. Beberapa dari mereka menerima saya lebih baik daripada yang lain, namun ada juga yang sebaliknya. Anak-anak saya yang sekarang berusia 22, 24 dan 16 tahun, mereka benar-benar positif tentang keislaman saya. Mereka benar-benar terbuka dan tertarik untuk belajar lebih banyak.Setelah masuk Islam, saya mula cuba berdakwah di kalangan perempuan. Saya memulakan sebuah program di Islamic society of Central Jersey yang disebut "Muslim by Choice". Kami mempunyai sebuah laman web dan saya memulakan program ini pada saat saya sebagai seorang mualaf merasa terpencil di masjid. Awalnya sukar untuk dapat diterima di sana (masjid), namun lambut laun banyak yang mula menerima saya dan mualaf lain.Dulu waktu saya ingin tahu bagaimana tata cara solat, saya ingin belajar bahasa Arab, saya bingung harus bertanya kemana. Ketika saya menelefon Masjid, tidak ada yang menjawab soalan saya. Jadi saya memulakan program ini sehingga kami boleh menawarkan perkhidmatan tersebut. Kami mempunyai kelas belajar membaca Al-Quran. Kami mempunyai kelas Aqidah Kami mempunyai halaqah bantuan bagi yang ingin belajar Islam. Dan kami akan terus berdakwah.Dan contoh terbaik menurut saya adalah dengan perilaku berbanding berdakwah dengan kata-kata, ketika mereka melihat seorang Muslim yang baik, dan mereka melihat Muslim berkelakuan baik, itulah awalnya mereka tertarik kepada Islam seperti yang saya alami. 
(Fq / oi)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...