PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Sunday, September 11, 2016

MIGRASI : SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN



MIGRASI
Jawab semua soalan.

1
(a)
Bezakan maksud migrasi dalaman dengan migrasi luaran (antarabangsa)

(4)


………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...






(b)
Kenal pasti tiga aliran migrasi dalaman yang dominan berlaku di Malaysia pada masa kini.

(3)


(i)
………………………………………………………………………….



(ii)
………………………………………………………………………….



(iii)
………………………………………………………………………….






(c)
Mengapakah aliran migrasi penduduk desa di Malaysia menuju ke Bandar-bandar utama?
(4)


………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...






(d)
Terangkan dua kesan migrasi terhadap sumber alam di Malaysia.

(4)


………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...
………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...


SKEMA JAWAPAN (STRUKTUR)

1.
(a)
Bezakan maksud migrasi dalaman dengan migrasi luaran (antarabangsa)

(4m)



Migrasi Antarabangsa
Migrasi Dalaman
·      Melibatkan perpindahan penduduk yg melintasi sempadan antarabangsa
·      Dibahagikan kpd dua jenis
Ø migrasi antara negara
Ø migrasi antara benua

·      Melibatkan perpindahan penduduk melintasi sempadan dlm sesebuah negara shj
·      Dibahagikan kpd 5 jenis:
Ø Transmigrasi
Ø Bandar ke luar Bandar
Ø Luar Bandar ke Bandar
Ø  Bandar ke Bandar
Ø  Luar Bandar ke luar Bandar








(b)
Kenal pasti tiga aliran migrasi dalaman yang dominan berlaku di Malaysia pada masa kini.

(3m)


        i.            Migrasi dari desa ke Bandar
      ii.            Migrasi dari bandar ke desa
    iii.            Migrasi dari Bandar ke Bandar
    iv.            Migrasi dari desa ke desa



(c)
Mengapakah aliran migrasi penduduk desa di Malaysia menuju ke Bandar-bandar utama?

(4m)




Sebab-sebab
Huraian
C1
Peluang pekerjaan yang banyak dan gaji yang tinggi
-          Terutama dalam sektor perindustrian, perkhidmatan dan perniagaan
-          Dapat meningkatkan kualiti hidup

C2
Peluang melanjutkan pelajaran yang luas
-          Melanjutkan pelajaran ke IPTA dan IPTS yang banyak terdapat di Bandar-bandar besar.
C3
Kemudahan pembandaran yang baik
-          Kemudahan spt hiburan, kesihatan, perumahan, kemudahan asas dan lain-lain yang menarik penduduk desa berhijrah bagi meningkatkan kualiti hidup

C4
Sistem pengangkutan yang cekap
-          Meningkatkan ketersampaian dari desa ke Bandar
-          Perkhidmatan bas ekspres melalui lebuhraya, perkhidmatan kereta api dan lain-lain memudahkan pergerakan migran dari desa untuk berhijrah




(d)
Terangkan dua kesan migrasi terhadap sumber alam di Malaysia.

(4m)




Kesan
Huraian
D1
Tekanan terhadap sumber alam
-          Perpindahan penduduk secara besar-besaran telah menimbulkan masalah persaingan dalam penggunaan tanah
-          Contohnya: penggunaan tanah untuk petempatan dengan aktiviti ekonomi semakin bertambah

D2
Kemusnahan sumber alam
-          Aktiviti meratakan tanah, menorah bukit dan menambak kawasan paya telah meningkatkan kadar hakisan dan tanah runtuh serta kejadian banjir kilat



Soalan Esei

2.
(a)
Sejauh manakah faktor ekonomi mempengaruhi aliran migrasi desa ke Bandar-bandar besar di Malaysia.
(12m)





(b)
“Migrasi dari desa ke Bandar telah menyebabkan pelbagai kesan positif terhadap kawasan desa dan juga Bandar:. Bincangkan pernyataan ini.
(13m)





SKEMA JAWAPAN (SOALAN ESEI)

1.
(a)
Sejauh manakah faktor ekonomi mempengaruhi aliran migrasi desa ke Bandar-bandar besar di Malaysia.
(12m)



Isi utama
Tolakan(desa)
Tarikan (Bandar)
Markah

Pengaruh faktor ekonomi yang menyebabkan aliran migrasi desa ke Bandar-bandar besar di Malaysia.
A1
Ekonomi; peluang pekerjaan
-          kekurangan pekerjaan
-          peluang ekonomi terhad di kawasan desa tertumpu kepada sektor pertanian sahaja

-          peluang ekonomi luas/ pekerjaan yang banyak dalam sektor perniagaan, industri dan perkhidmatan
-          Peluang untuk meningkatkan taraf hidup adalah lebih cerah di bandar
2
A2
Ekonomi; pendapatan/ gaji
-          Pendapatan kecil dan tidak tetap
-          Berlaku turun naik harga komoditi pertanian dan bermusim

-          Gaji tinggi dan berpendapatan tetap
-          Banyak pilihan pekerjaan yang menawarkan gaji yang tinggi
2

Pengaruh faktor-faktor lain yang menyebabkan migrasi dari desa ke Bandar di Malaysia
A3
kemudahan asas /
infrasturktur
-          Di kawasan luar Bandar kekurangan kemudahan asas; telekomunikasi, pengangkutan
-          dan lain-lain
-          Kemudahan asas lengkap; bekalan elektrik, telekomunikasi dan lain-lain
-          Kemudahan pengangkutan cekap yang meningkatkan ketersampaian dari desa ke Bandar





2
A4
Kemudahan sosial dan pembandaran
-          Kurang kemudahan sosial; kesihatan pendidikan tinggi, pusat membeli belah dan lain-lain

-          Banyak kemudahan sosial di Bandar; sekolah IPT, hospital, pasar raya, bank dan sebagainya
2
A5
Dasar kerajaan dan tumpuan pelaburan
-          Kawasan luar Bandar terbiar
-          Lembat dibangunkan terutama di kawasan yang kekurangan sumber
-          Kawasan luar Bandar di biarkan mundur
-          Kawasan Bandar mendapat perhatian, dapat peruntukan untuk projek pembangunan
-          Cth: koridor pembangunan, jaringan lebuh raya, LRT, MRT dab lain-lain
-          Kawasan Bandar menjadi destinasi pelabur asing

2
A6
Faktor sosial
terpaksa berpindah; ditukar tempat kerja/ mengikut keluarga atau suami yang bekerja di bandar
2













(b)
“Migrasi dari desa ke Bandar telah menyebabkan pelbagai kesan positif terhadap kawasan desa dan juga Bandar:. Bincangkan pernyataan ini.

(13m)


Isi utama
Tarikan (Bandar)
Markah

Kesan positif di kawasan Bandar akibat migrasi dari desa

Kemajuan ekonomi bandar
-          Migrasi masuk menyebabkan pertambahan tenaga buruh/ tenaga kerja untuk menggerakkan pelbagai sektor ekonomi; perindustrian, perniagaan, pembinaan, perkhidmatan dan lain-lain
-          Membawa modal ke kawasan Bandar; ekonomi Bandar berkembang dengan pesat

2

Mempercepatkan proses pembandaran
-          Pertambahan penduduk Bandar akibat migrasi masuk meningkatkan pembandaran
-          Kawasan petempatan/ kediaman, kemudahan serta perkhidmatan pembandaran bertambah
-          Berlaku rebakan Bandar dari pusat ke pinggir. Lingkungan pengaruh Bandar semakin luas
2

Kemajuan infrastuktur dan sosial bandar
-          Keperluan penduduk bertambah sejajar dengan pertambahan migrasi ke Bandar
-          Infrastruktur disesiakan untuk memenuhi keperluan penduduk Bandar yang semakin bertambah spt kemudahan perumahan terancang, bekalan air, elektrik, jaringan pengangkutan dan perhubungan
-          Keperluan pendidikan menyebabkan sekolah, kolej dan IPT dimajukan
-          Keperluan kesihatan menyebabkan poliklinik dan hospital pakar dimajukan
-          Kemajuan sukan dan rekreasi dimajukan

2

Meningkatkan saiz pasaran di bandar
-          Migrasi masuk menyebabkan jumlah penduduk bertambah dan saiz pasaran menjadi semakin besar
-          Kemajuan ekonomi menyebabkan pendapatan perkapita penduduk bertambah seterusnya meningkatkan kuasa beli pengguna

2

Pembauran budaya positif dan penyebaran inovasi di bandar
-          Migrasi masuk tenaga professional dan berpendidikan mewujudkan golongan kelas menengah khususnya di Bandar
-          Golongan ini menjadi agen untuk menggerakkan pembangunan sosioekonomi Bandar melalui penyebaran inovasi, hasil R&D dan kemajuan teknologi
-          Memperkenalkan budaya moden, cara hidup, teknologi dan teknik; sikap positif seperti rajin bekerja; meningkatkan persaingan

2

Kesan positif terhadap kawasan desa akibat migrasi dari desa ke bandar

Penghantaran wang / modal ke tempat asal
-          Anak muda yang bekerja di Bandar menghantar wang kepada ibu bapa mereka di kampong
-          Ini dapat menambahkan tabungan meningkatkan kualiti hidup penduduk desa
-          Kuasa beli penduduk desa meningkat

2

penyebaran inovasi dan teknik dari Bandar ke desa
-          Idea dan teknik baru untuk memajukan sektor pertanian di desa dibawa oleh anak-anak kampong yang belajar di IPT
-          Perubahan sosial, politik, budaya dan gaya hidup

2

Mengurangkan tekanan penduduk terhadap sumber alam di desa
-          Migrasi masuk penduduk desa akan mengurangkan tekanan terhadap tanah pertanian di kawasan desa
-          Kadar pengangguran dan kemiskinan juga dapat diperlahankan
-          Kawasan asal yang padat penduduk boleh dikurangkan

2

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...