PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Showing posts with label BERITA EYGPT. Show all posts
Showing posts with label BERITA EYGPT. Show all posts

Sunday, July 14, 2013

MESIR - PERISTIWA TERBARU

 Di Munich, Jerman - demontrasi menyokong
Dr.Muhammad Mursi dan Syariyyah  



Denmark : Rakyat Denmark berkumpul beramai-ramai bagi menyatakan
 sokongan kepada Dr.Muhammad Mursi dan Syariyyah serta menolak
rampasan kuasa yang dilakukan oleh askar.


Milan : Rakyat Itali yang berada di Milan membantah tindakan yang
telah dilakukan oleh askar terhadap Presiden Dr.Muhammad Mursi.


Suasana di medan Tahrir oleh puak penentang Tamarrud. Sunyi
 tanpa penyokong yang setia mempertahankan ketua mereka

IKATAN ULAMAK MUSLIMIN SEDUNIA - KETETAPAN TENTANG MESIR


Istanbul: Pada 1 Ramadan 1434H bersamaan 10 Julai 2013, Ikatan Ulamak Muslimin Sedunia telah mengadakan satu persidangan khas yang berpusat di Istanbul.

Dalam pertemuan tersebut, beberapa resolusi berkenaan peristiwa semasa yang berlaku di Mesir telah disepakati antaranya:

1. Kuasa pemerintahan yang 'diamanahkan' kepada Dr.Muhammad Mursi adalah sah menurut syarak, dan wajib ke atas seluruh rakyat Mesir untuk memberikan taat setia, penghormatan serta bantuan kepada beliau.

2. Mazhab Ahlu As-Sunnah wa Al-Jamaah berpendirian bahawa haram mengingkari pemerintah muslim, memberontak dan menamatkan tempoh pemerintahannya melalui rampasan kuasa.

3. Semua golongan yang terdiri daripada latar belakang dan agama yang berbeza khususnya umat Islam diwajibkan untuk menyelamatkan dan memulangkan kuasa pemerintahan tersebut.

4. Pihak tentera perlu menyedari kesilapan mereka, malah seluruh rakyat dilarang daripada menimbulkan sebarang bentuk provokasi yang boleh mendatangkan huru-hara serta fitnah.

Rentetan daripada saranan tersebut, maka persidangan Ikatan Ulamak Muslimin di Istanbul telah menetapkan DUA garis panduan syariat seperti berikut:

- Pihak tentera mesti meletakkan semua perkara kembali pada kedudukan yang selayaknya, dan menutup semua ruang kerosakan.

- Wajib ke atas Ilmuwan Islam di Mesir khususnya ulama Al-Azhar untuk tampil menerangkan tentang pengharaman mengingkari kuasa pemerintah muslim yang dipilih melalui pilihanraya.
Juga wajib mengembalikan garis pandu syariat di atas landasannya serta menerangkan kepada rakyat tentang kewajipan memberikan taat setia kepada pemerintah.

Persidangan tersebut diakhiri dengan harapan agar Mesir terus menjadi sebuah negara yang aman dan berpendirian teguh membangun bersama syariat Islam.

Antara pihak yang terlibat dalam persidangan tersebut ialah:

- Ikatan Ulamak Muslimin.
- Ikatan Ulamak Syariah Negara-negara Teluk.
- Majlis Dakwah dan Motivasi Islam.
- Kesatuan Ulamak Afrika.
- Kesatuan Muslimin Eropah.
- Majlis Ulamak Indonesia.
- Ikatan Pendakwah Sedunia.
- Majlis Syura Ulamak Damascus.
- Ikatan Ulamak Sunni.
- Perbadanan Syariah Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan.
- Hal Ehwal Ulamak Yaman.
- Ikatan Ulamak Syria.
- Kesatuan Ulamak Sudan.
- Ikatan Ulamak Kuwait.

sumber : 
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=dCwv7unlqNI#t=0s

Wednesday, July 10, 2013

CATATAN DARI MESIR

Photo: [ Terkini Isu Semasa Mesir ]

Rabu | 10 Julai 2013 | 04.41 pagi

Penyokong Dr.Muhammad Mursi menunaikan qiamulail beramai-ramai pada pagi 1 Ramadhan di Medan Rabaah Adawiyyah. Inilah adalah salah satu senjata yang di gunakan untuk melawan kumpulan penentang.

"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"

Rabu | 10 Julai 2013 | 04.41 pagi

Penyokong Dr.Muhammad Mursi menunaikan qiamulail beramai-ramai pada pagi 1 Ramadhan di Medan Rabaah Adawiyyah. Inilah adalah salah satu senjata yang di gunakan untuk melawan kumpulan penentang.


Jumlah penyokong Dr. Muhammad Mursi semakin ramai di tengah bandar Bani Suez dengan kehadiran penduduk setempat bagi menyatakan sokongan terhadap Presiden Dr.Muhammad Mursi. Sementara itu Gabenor Bani Suez juga turun pada hari ini untuk berkampung di Medan Syuhada tengah bandar Suez


Barisan Penyelamat, gabungan penentang Presiden Dr. Muhammad Mursi menolak dekri yang dikeluarkan oleh Presiden sementara, Adli Mansour pada 8 Julai lalu disebabkan ia tidak dibawa berbincang dengan mereka.




Syeikh Umum Qurra' Mesir, Dr.Ahmed 'Isa Ma'sarawi malam ini mengumumkan penyertaan beliau bersama-sama rakyat menolak rampasan kuasa tentera di dataran Raba'ah. 

Beliau juga diberikan penghormatan untuk mengimami solat terawih. Beliau juga mengumumkan akan menjadi imam kepada umat Islam di Rabaah Adawiyyah sepanjang Ramadan.

Sementara itu Jabhah ulamak minta Syeikh Azhar letak jawatan dan menegaskan bahawa Dr.Muhammad Mursi adalah Presiden Mesir yang sah.

Jabhah Ulamak Azhar ditubuhkan di Kaherah pada tahun 1946 , no pendaftaran 565 yang didaftarkan pada tahun 1967 sebelum penubuhan Majmak Buhus Islamiyyah . Selepas itu pergerakan pertubuhan ini terhenti akhir tahun 80-an dan kembali aktif pada tahun 1994 yang pada ketika itu diuruskan oleh Dr Muhammad Toyyib An-Najjar , Mantan Rektor Universiti Al-Azhar .

Jabhah ini terdiri daripada Ulamak Azhar yang diistilahkan sebagai " Ahlul Haqq " iaitu mereka yang ingin mendokong kebenaran .

Konflik bermula ketika mana Gabenor Kaherah , Abdul Rahim Shihatah membubarkan pertubuhan ini dan menutup ibu pejabatnya pada Jun 1998 . Hal ini bertitik tolak kemarahan kerajaan kepada Jabhah ini yang mengkritik Syeikhul Azhar pada ketika itu , Syeikh Dr Sayyid Tantawi yang berjumpa dengan Pendeta Yahudi sejak pelantikannya pada tahun 1996 . Selepas kejadian itu , Jabhah Ulamak Azhar bergerak secara senyap bermula tahun 2000 dan kembali aktif dengan menubuhkan satu laman web sebagai pengisytiharan pergerakan mereka .

Antara anggota Jabhah Ulamak Azhar adalah :
- Dr Yahya Ismail ( Ketua sekarang )
- Dr Al-Ajmi Ad-Damanhuri ( mantan ketua )
- Dr Muhammad Abdul Mun'im Al-Bari ( mantan ketua )
- Syeikh Abdul Halim Mahmud (Mantan Syeikhul Azhar )
- Syeikh Sayyid Askar
- Syeikh Sayyid Sabiq
- Syeikh Ibrahim Khuli
- Syeikh Dr Abdul Hayyi Farmawi
- Syeikh Abdullah Shihatah
- Syeikh Muhammad Ghazali

Suasana di dataran Rabaah Adawiyyah ketika menunaikan solat terawih malam pertama Ramadan.
Photo: [ Terkini Isu Semasa Mesir ]

Selasa | 09 Julai 2013 | 10.54 malam

Suasana di dataran Rabaah Adawiyyah ketika menunaikan solat terawih malam pertama Ramadan.

"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"

sumber : PMRAM

Sunday, July 7, 2013

CATATAN DARI CAIRO, MESIR


Cairo, Mesir: 7 Julai2013 – Ulama Al-Azhar telah menentukan sikap mereka di dalam konflik di Mesir. Iaitu mendukung presiden Mursi dan menentang kudeta tentera yang dilancarkan oleh Jendral As-Sisi.

Sebagaimana dilaporkan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) di dalam fbnya, para ulama Al-Azhar juga ikut turun di dalam demonstrasi yang berlansung pada hari semalam (Jumaat -06/07).
Para Ulamak Al-Azhar menjadi benteng utama di bahagian hadapan. Mereka terus membantah dan menolak rampasan kuasa yang telah dilakukan oleh pihak askar dan menuntut Dr.Muhammad Mursi di kembalikan jawatannya selaku Presiden Mesir.

Sebelumnya, jutaan rakyat yang pro Mursi telah keluar ke lapangan Rabiah Al-Adawiyah. Para ulama Al-Azhar dilaporkan menuju lokasi tersebut. Dalam aksi tersebut, mereka membawa kain kafan, sebagai bukti bersedia untuk mati. Hal itu ditujukan demi membela syariat Islam dan menolak kudeta tentera ke atas presiden Mursi.

Syaikh Ahmad Thayyib dalam ucapannya menuntut pembebasan Presiden Mursi, para jajaran tinggi pertubuhan Ikhwanul Muslimin dan semua demonstran yang ditangkap pada demonstrasi sebelumnya.



Ulama Azhar seru rakyat tolak rampasan kuasa



MESIR: Ahli Jawatankuasa Lajnah Fatwa Al-Azhar Sheikh Hashim Islam mengeluarkan kenyataan bahawa rakyat Mesir perlu menolak rampasan kuasa oleh pihak tentera terhadap kepimpinan Dr.Muhammad Mursi.

Beliau yang juga merupakan pengasas Persatuan Ulama Al-Azhar berkata, kepimpinan berasakan rampasan kuasa ditolak menurut syarak.

"Dr. Muhammad Morsi merupakan presiden yang sah kerana dipilih melalui pilihanraya.

"Adalah tidak wajar bagi rakyat mesir berpaling dari beliau. Ini kerana kepimpinan yang berasaskan rampasan kuasa ditolak menurut syarak," katanya seperti dilapor Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

Menurut Sheikh Hashim lagi, rakyat Mesir wajib mengekalkan identiti Arab-Islam berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah di negara itu dan pada sama memberi jaminan hak kewarganegaraan yang sama rata bagi non-muslim serta menjaga perpaduan negara Mesir dan rakyatnya.

Menurutnya, konflik yang berlaku di Mesir bukanlah sekadar pertembungan ideologi, tetapi realiti yang berlaku kini ialah pertembungan akidah antara tamadun Islam-Arab Mesir dengan para pendukung sekular dan anti-Islam.

Ekoran rampasan kuasa yang berlaku, beliau menyeru rakyat Mesir untuk turut serta dalam revolusi mempertahankan syariat di seluruh Mesir, dan menewaskan kebatilan seperti yang berlaku dalam perang Jamal, serta membentuk satu jawatankuasa tetangga bagi memelihara negara dan rakyat.

"Walaupun berbeza pandangan antara kita terhadap penjenayah dan pemberontak, namun kita juga perlu membezakan antara demontrasi rampasan kuasa yang diharamkan Islam dengan demontrasi bantahan yang diharuskan oleh Islam.

“Antara prinsip tertinggi dalam Islam ialah menganjurkan kebebasan, membenci pemerintahan diktator dan keganasan," katanya. -HD


Friday, July 5, 2013

JATUHNYA KERAJAAN RAKYAT DI MESIR

Terkini Krisis Di Mesir 4 Julai 2013 | DR Morsi tumbang Secara Tidak Demokratik, Kini Dalam Tahanan Tentera

Terkini Krisis Di Mesir 7 Julai 2013 | DR Morsi tumbang Secara Tidak Demokratik, Kini Dalam Tahanan TenteraKAHERAH-MESIR: Tentera Mesir akhirnya menumbangkan Presiden Mohamed Morsi sekali gus mengumumkan pelan tindakan masa depan politik negara ini yang bakal dilaksanakan oleh sebuah jawatan kuasa perdamaian nasional.

Menurut anggota kanan Ikhwan Muslimin, Morsi kini berada di bawah tahanan tentera. “Morsi dan pasukan presiden berada di di bawah tahanan rumah ketika ini,” kata anak kepada pembantu Morsi, Gehad El-Haddad.

Bapa Hadad, Essam El-Haddad, antara orang kanan Morsi ketika yang ketika ini turut berada dalam tahanan.

Ketua angkatan tentera mengeluarkan satu deklarasi petang semalam, menggantung perlembangaan dan melantik Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung, Adly Mansour, sebagai ketua interim negara. Morsi melalui laman Facebooknya berkata, beliau menolak sekeras-kerasnya rampasan kuasa yang dibuat oleh pihak tentera ini.

Dalam siaran televisyen tempatan, pemimpin tentera dan tokoh politik, Andel Fattah al-Sisi telah mengisytiharkan penyingkiran Morsi. Penyokong Morsi yang berkumpul di pinggir bandar Kaherah sangat tidak puas hati dan penyingkiran pemimpin negara Mesir ini membangkitkan kemarahan mereka dengan pengumuman yang dibuat oleh tentera itu.


[BIODATA DR. MOHAMMAD MORSI] 
Kenali Siapakah Dr. Mohammad Morsi Presiden Mesir.
1. Dr.Muhammad Morsi,walaupun beliau ialah seorang Presiden,beliau hanya berada di Istana Presiden untuk kerja-kerja pengurusan negara dari 8.00 pagi hingga 10.00 malam. selepas itu,Beliau akan balik ke rumah sewa beliau untuk berehat. dan rumah sewa itu disewanya sendiri oleh beliau. Tedapat 10 orang wakil dari Ikhwanul Muslimin yang membantu beliau setiap hari dalam pengurusan negara dan mereka ini tidak meminta walau satu  1 sen gaji.

2. Beliau menghafal Al-Quran secara keseluruhannya.

3. Beliau ialah seorang jurutera (metallurgy engineering) salah satu bidang dari bidang pembuatan (manufactruing engineering).

4. Beliau,Isteri beliau, 5 anak mereka, dan 3 cucu mereka, semuanya adalah Hafiz/Hafizah Quran.

5. Salah seorang anak beliau,berkhidmat sebagai doktor di Arab Saudi. Kerajaan Saudi telah memanggil beliau dan meminta beliau untuk berhenti sebagai doktor kerana beliau ialah anak seorang presiden mesir dan negara yang besar. Jawapan anak beliau ialah: "Bapaku ialah Presiden Mesir,dan itu amanahnya. Aku hanya anak kepada seorang bapa dan aku akan berkhidmat sebagaimana orang awam yang lain dalam mencari rezeki."

6. Waktu solat jumaat, Dr.Muhammad Morsi datang awal satu jam dari solat jumaat dan beliau berada di saf paling depan sekali dan membaca Surah Al-Kahfi dan tidak ada sebarang pengawal atau protokol untuk membezakan beliau dengan rakyat.

7.Apabila beliau melakukan kerja-kerja lawatan,perjumpaan dan urusan negara,Beliau menggunakan kereta beliau sendiri untuk ke sana.

8. Beliau ke-mana-mana tidak mempunyai sebarang protokal ataupun pengawal peribadi untuk melindungi beliau.

Semoga Allah S.W.T memelihara dan merahmati serta memudahkan urusan Dr.Muhammad Morsi dalam urusan pemerintahan negara Mesir dan menjaga kebajikan rakyat dan umum islam secara kesuluruhannya dan kita berdoa juga semoga Allah S.W.T membangkitkan pemimpin-pemimpin seperti ini di negara-negara Islam yang lain juga, InsyaAllah.

Ustad Don Daniyal Mengutuk Dan Mengecam TV3 Kerana Menggelar Presiden Sah Mesir DR MORSI AL HAFIZ sebagai Diktator ( Print Screen FB Ustaz Don )

From Malaysia We Support Mohammed Morsi | Ustaz Don Daniyal Mengutuk Dan Mengecam TV3 Kerana Menggelar Presiden Sah Mesir DR MORSI AL HAFIZ sebagai Diktator ( Print Screen FB Ustaz Don ) | Ustaz Don begitu marah dengan TV3 yang begitu biadap memanggil Dr Morsi sebagai diktator sedangkan beliau menang dalam pilihanraya secara demokratik yang bersih.

 



Ini adalah jasa Dr Morsi di Mesir dan fikirlah secara matang jika kamu mahu menghukum beliau sebagai diktator:-

1. Dosa Mursi itu adalah kerana dia boleh membawa Mesir dalam setahun ke arah jelapang makanan. Yang dulu zaman mubarak gandum hanya boleh dihasilkan dalam negeri sebanyak 20% paling banyak, sekarang sudah melampaui 60%.

2. Dulu perlu mengimport ke Amerika, sekarang Mursi mengimport dari negara yang dia inginkan, yang lebih menguntungkan rakyat. Keadaan ini dapat menjimatkan belanja negara sampai jutaan dollar pertahun sekaligus meningkatkan ekonomi petani.

3. Dosa Mursi adalah kerana membangunkan terusan Suez menjadi pasaran bebas dunia. Yang dulu di zaman mubarak hanya menghasilkan wang sebanyak 5.6 bilion dollar pertahun, akan meningkat 100 bilion dollar pertahun.

4. Dosa Mursi adalah menaikkan gaji PNS dan pesara sebanyak lebih 200%, manakala harga-harga barang boleh dipertahankan tidak naik, sehingga PNS jadi lebih makmur.

5. Dosa Mursi adalah membina kilang samsung terbesar di Arab di wilayah Bani Suwef, sehingga harga barang elektronik menjadi murah.

6. Dosa Mursi adalah membuat kilang kereta sendiri sehingga untuk tahun-tahun ke depan tidak perlu lagi mengimport kereta.

7. Dosa Mursi adalah membuat kilang senjata sendiri sehingga tidak perlu lagi mengimport senjata-senjata rongsokan dari Amerika.

8. Dosa Mursi adalah membuat kilang Innar (sejenis tablet / ipad), sehingga seluruh rakyat nanti boleh merasa nikmatknya memakai barang elektronik bermutu dengan harga yang berpatutan. Anak-anak sekolah boleh belajar pakai alat canggih.

9. Dosa Mursi adalah mampu mempertahankan, bahkan menambah rizab pertukaran asing Mesir yang sebelumnya sudah di ambang kemuflisan.

10. Dosa Mursi terbesar adalah dia selalu solat berjemaah di masjid, hafal al Qur’an, selalu tahajjud dan sabar terhadap segala caci maki.

11. Dosa Mursi adalah menyokong perjuangan Palestin, Syria dan Myanmar.

12. Dosa Mursi yang tidak kalah parahnya mengeluarkan Mesir dari kongkongan kuasa tentera dalam 40 hari, di mana Erdogan memerlukan bertahun-tahun untuk melakukan hal itu.

13.  Dosa Mursi meningkatkan harga diri negara Mesir di hadapan negara Arab lain bahkan dunia. Hingga Mesir jadi negara yang diambil kira.

14.  Dosa Mursi adalah berusaha membangunkan tenaga nuklear dan tenaga matahari sebagai tenaga alternatif di Mesir.

15.  Dosa Mursi adalah kerana ia mampu menarik pelabur luar negeri dan mempertahankan kepercayaan asing di Mesir.

16.   Dosa Mursi adalah membuka kembali jalan darat antara Mesir dan Sudan sehingga kerja sama dalam bidang ekonomi kedua-dua negara akan meningkat.

17.   Dosa Mursi adalah mampu membuka lapangan kerja baru untuk 600 ribu lebih orang pengangguran.

18.  Dosa Mursi adalah berusaha mengembalikan harta yang dibawa lari ke luar negeri oleh Husni Mubarak dan kroni-kroninya.

19. Dosa Mursi adalah menegakkan kehakiman yang sebenarnya dan berusaha menghabisi kecurangan.

20. Dan banyak lagi dosa-dosanya yang tidak boleh kita sebutkan satu persatu yang membuatkan musuh politik Mesir kepanasan, terutama Amerika dan Israel yang menjadi dalang utama. Kerana dosa-dosa itulah maka Mursi akan digulingkan oleh munafik-munafik penyokong Mubarak, liberal, sekular, komunis, dan Kristian Koptik serta puak Islam munafik. Mereka memandang Mursi sudah gagal dah akan membawa Mesir ke arah kehancuran.

Itulah logik yang ada dalam kehidupan sekarang. Itulah "dosa" insan bernama Morsi. Orang Islam amal sekular ini memang rapat dengan Amerika & Yahudi. Dan mereka tidak pernah akan sokong agenda Islam walaupun mereka kalah dibawah sistem mereka cipta.

Saturday, January 12, 2013

MESIR SELAMANYA SEBAGAI RUMAH API DUNIA ISLAM

Dr. Muhammad Al-Uraifi

Ikhwan.net - Dai Muda, Motivator Ulung dan Penulis Produktif dari Arab Saudi, Dr.Muhammad Al-Uraifi sedang berada di Mesir. Beliau mengikuti kegiatan Muktamar Al-Ahwaz.
Dalam lawatan ke negeri pengobar revolusi itu, beliau manfaatkan untuk hadir sebagai nara sumber talksow di stesen tv dengan nara sumber lain seorang pendeta Koptik. Sang pendeta memberinya hadiah syal, yang dibalas beliau dengan hadiah hadiah.


Hari ini Dr. Al-Uraifi berkhutbah di masjid Amr bin Ash. Beliau memuji bangsa Mesir.Satu-satunya negara yang disebut Al-Qur'an adalah Mesir: "udkhuluu mishra insyaAllah aaminin"
Peranan Mesir sepanjang sejarah kepahlawanan semenjak zaman Koptik hingga Islam. Dan ke hadapan, beliau berharap dunia Islam kembali boleh bersatu di bawah pimpinan pemimpin Muslim, dan tanda2 nya ada di Mesir. Ingin belajar sastera, balaghah, fashahah dan hakaawatul lisaan ada di Mesir. Ingin belajar tajwid dan Quran Mesir tempatnya. Bahkan universiti pertama di negara teluk, rektornya dari Mesir.
Mesir merupakan bapa saudaranya Quraisy, Nabi Ibrahim berkahwin dengan Hajar dari Mesir. Bangsa Bersatu semua keturunan dari Mesir. Mesir rumah api dunia Arab, dunia Islam, bahkan dunia antarabangsa semua.
Mesir sekarang ini dalam keadaan aman dan damai oleh kerana itu pelabur dari negara-negara Islam terutama Arab Saudi hendaklah membantu memulihkan prekonomian Mesir, imbau beliau. Rahimakallah ya syaikhal fadhil Al-Uraifi.
 Sumber: Al-Ikhwan.net

Monday, December 17, 2012

In Assiut, voters hope 'yes' vote will mean stability


High turnout for referendum
ASSIUT — Canvassing the Upper Egyptian city of Assiut on referendum day, the denser population in rural areas were predominantly leaning toward voting “yes” on the draft constitution, in hopes that this would mean stability.
A few hours later, initial results showed that the “yes” voters were indeed the majority, totaling 76 percent, versus 24 percent for the “no” camp.
Throughout Saturday, long queues were visible outside polling stations, but while it seemed the turnout would be high, figures show that only 590,675 out of 2,127,688 eligible voters actually cast their ballots.

While numerous voters Egypt Independent spoke to at polling stations rejected the constitution, the majority gave it their approval, with Assiut coming in third place in “yes” votes, after North Sinai at 82.2 percent and Sohag at 78.7 percent.
The result may come as a surprise after the 17 November collision in Assiut, when a train slammed into a bus and killed 51 children. At the time, residents of the area put the blame on the government and there was a seeming rejection of the ruling power.
But in the presidential poll, after picking former Prime Minister Ahmed Shafiq in round one, the majority of more than 60 percent in Assiut chose President Mohamed Morsy in the runoff.
Earlier in the March 2011 Constitutional Declaration referendum under the then-ruling military council, a “yes” vote was billed as a vote for stability, and this was the choice for which the emerging Islamist forces campaigned at the time. Seventy percent in Assiut chose “yes” then, too.
Standing in line at a polling station in the village of Maasara, the craving for stability was palpable. Voters confidently told Egypt Independent that everyone there would vote “yes,” and then started chanting “stability.”
We want things to move along in the country; we don’t like the trouble and violence between people that we’re seeing,” says Ahmed Farhan, an employee at Assiut University.
Even though many had admittedly not studied the constitution carefully, they believe it will guarantee social equality by advocating for the rights of the poor.
The most important thing is that it guarantees the rights of workers and farmers. These segments [of the population] get lost while people talk about big plans and ideas, but the constitution acknowledges them and gives them their rights,” says Shaaban Othman, a company worker.
Not everyone would agree, as evident by a wave of walkouts that hit the Constituent Assembly at the tail end of its drafting of the constitution, which included representatives of farmers. Shortly after, Morsy issued the controversial 22 November constitutional declaration that gave him sweeping powers, making his decisions immune to judicial review and protecting a possible dissolution of the assembly by the court.
What ensued led to the current political and social polarization Egypt is facing, in the midst of which the snap referendum was conducted. The opposition of civil forces has since amalgamated mainly in the National Salvation Front, led by Mohamed ElBaradei, Hamdeen Sabbahi and Amr Moussa, all of whom have been accused by Morsy supporters of a slew of conspiracy theories.
Those voting “yes” say mobilization against the constitution is a conspiracy by remnants of the former Mubarak regime, with the aforementioned names thrown around frequently by voters who accuse them of being a self-serving group working against the interests of the country.
All those making this fuss, what have they done for the country?” asks ambulance worker Mostafa Ali. “All those saying ‘no’ are only worried about their own interests.”
Kamel Thabet, a retired school headmaster, says the former regime is using the referendum as an opportunity to make a comeback on the political scene.
We want to take the country from the old oppression to a new and free regime. We don’t want to go back, we want to keep going on this path. We don’t want remnants of the old regime to mess with us,” Thabet says.
Some voted “yes” as an expression of support for Egypt’s president, as much as many who voted “no” did so out of a rejection of Morsy and his recent maneuvers.
“‘Yes’ because I see the country improving. I don’t see anything wrong,” says Mohamed Abdel Mohsen, a monitor at a food company.
In the urban center of Assiut, however, the “no” vote was more prominent.
The large Christian community filling one polling station say their “no” votes reflect a rejection of the president’s management of the country, as well as the constitution.
We want national unity, stability and for everyone to live well with no discrimination,” says Nashaat, an accountant who only gave his first name. He cast a “no” vote, deeming Morsy incapable of realizing these hopes.
Nabil Anwar, a dentist, also voted “no,” explaining: “I vote ‘no’ because a constitution is supposed to be built on consensus and not hijacked by one movement. This constitution will determine my life; my opinion has to be represented.”
Meanwhile, election monitors have documented various violations, including campaigning and mobilization by Muslim Brotherhood members inside and outside polling stations for a “yes” vote, according to National Salvation Front representatives in Assiut.
The front and the April 6 Youth Movement have filed cases against Brotherhood members, accusing them of assaulting monitors at some polling stations.
Ahmed Gamal, an April 6 member in Assiut, says some polling stations had to be closed due to the absence of judges, as a large movement of judges who reject the referendum have boycotted its supervision.
Latest news fron Egypt:  Heba Afify, Egypt Independent.

Saturday, December 15, 2012

RENTETAN PERANG ARAB DAN ISRAEL [1947 - 1974]


Selepas Turki Uthmaniyah kalah dalam Perang Dunia Pertama (1914–1918), British yang menguasai tanah jajahan Turki Uthmaniyah (termasuk Palestine) mengisytiharkan Perisytiharan Balfour pada tahun 1917 dengan mengiktiraf negara Israel tanpa menafikan hak-hak sivil dan agama masyarakat bukan Yahudi di Palestin. Sejak dari itu, seramai 85,000 orang Yahudi sudah pun bermastautin di Palestin. Pada tahun 1947, UN Partition Resolution (GA 181) membahagikan tanah Palestine dengan 4,700 batu kepada 1.35 juta penduduk Arab Palestine manakala 5,300 batu kepada 630 ribu pendatang Yahudi. Pembahagian yang jelas berat sebelah mencetus Perang Arab-Israel 1947 dan Perang Arab-Israel 1948. 

Pada tahun 1947, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mencadangkan memisahkan tanah Palestin kepada negara Yahudi dan negara Arab, satu rancangan yang ditolak oleh masyarakat Arab. Mandat British ke atas Palestin sepatutnya berakhir pada 15 Mei 1948, tetapi kepemimpinan Yahudi, diketuai oleh bakal Perdana Menteri David Ben-Gurion, telah mengisytiharkan kemerdekaan pada 14 Mei. Kemerdekaan Israel dengan cepatnya diiktiraf oleh Kesatuan Soviet, Amerika Syarikat, dan banyak negara lain.

Perang Arab-Israel 1948 , dikenali juga sebagai Perang Kemerdekaan Israel, adalah merupakan perang yang pertama di dalam satu siri peperangan antara negara Israel dan negara jiran Arabnya dalam konflik Arab-Israel. Bagi orang-orang Yahudi Israel, peperangan ini menandakan kejayaan penubuhan negara Israel, tetapi bagi orang-orang Arab Palestin, ia menandakan permulaan bagi peristiwa-peristiwa yang dirujuk sebagai "Al-Nakba" (bahasa Arab: النكبة, "Malapetaka"), perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pengusiran keluar beratus-ratus ribu penduduk Palestin tempatan dari negara Israel yang baru dibentuk, dan kemudiannya pelarangan pihak Israel kembali ke kampung halaman mereka.

Pada akhir Mei 1948, 6,000 tentera Syria, 4,500 Iraq, 6,000 Transjordan, 1,000 Lubnan dan 5,000 Mesir telah melancarkan serangan terhadap negara Israel yang baru lahir. Namun, mereka ditewaskan oleh Israel yang berjaya menawan hampir setengah wilayah yang diberikan oleh PBB kepada penduduk Arab serta Baitulmuqaddis Barat. Dalam perjanjian gencatan senjata, Genting Gaza diserahkan kepada Mesir, manakala Tebing Barat diserahkan kepada Jordan, dan tanah di bawah Mandat British di Palestin sebelumnya menjadi milik Israel.

Krisis Suez, yang juga dikenali sebagai Serangan Tiga Pihak Mesir oleh Britain, Perancis, dan Israel yang bermula pada 29 Oktober 1956. Serangan dilakukan berikutan keputusan Mesir  yang dipimpin oleh Jen. Gamal Abdel Nasser  pada 26 Julai 1956 untuk memilik-negarakan Terusan Suez selepas penarikan balik tawaran oleh Britain dan Amerika Syarikat bagi membiayai pembinaan Empangan Aswan. Akhirnya Mesir dikalah dan Semenanjung Sinai dan terusan suez di tadbir oleh United Nations Emergency Force ( UNEF)

Perang Enam Hari juga dikenali sebagai Perang Arab-Israel 1967, merupakan peperangan antara Israel menghadapi gabungan tiga negara Arab, iaitu Mesir, Jordan, dan Syria, dan ketiganya juga mendapatkan bantuan aktif dari Iraq, Kuwait, Arab Saudi, Sudan dan Aljazair. Perang tersebut berlangsung selama enam hari.  Pada bulan Mei tahun 1967, Mesir mengusir United Nations Emergency Force(UNEF) dari Semenanjung Sinai; Mesir mempersiapkan 1.000 tank dan 100.000 pasukan di perbatasan dan mengepung Selat Tiran (pintu masuk menuju Teluk Aqaba) terhadap kapal Israel dan memanggil negara-negara Arab lainnya untuk bersatu melawan Israel. Pada 5 Jun 1967, Israel melancarkan serangan terhadap pangkalan angkatan udara Mesir karena takut akan terjadinya serangan oleh Mesir. Israel menyerang Jordan lalu menyerang Jerusalem Barat dan Netanya. Pada akhir perang, Israel merebut Jerusalem Timur, Jalur Gaza, Semenanjung Sinai, Tepi Barat, dan Dataran Tinggi Golan. Hasil dari perang ini memengaruhi geopolitik kawasan Timur Tengah sampai hari ini.

Presiden Gamal Abdel Nasser dari Mesir meninggal dunia pada bulan September 1970 dan digantikan oleh Anwar Sadat yang dianggap lebih sederhana dan pragmatik berbanding Nasser. Bagaimanapun, bagi mengimbangi ancaman dalaman kepada kuasanya dan memperkukuh imejnya di kalangan dunia Arab, Sadat bertekad untuk melawan Israel dan memenangi kembali kawasan yang hilang pada tahun 1967. Rancangan menyerang Israel bersama dengan Syria dirujuk sebagai Operasi Badr (bahasa Arab: operasi “bulan penuh”)
.
Pada tahun 1971, Anwar Sadat mengumumkan bahawa sekiranya Israel melakukan pengunduran satu pihak dari semua kawasan yang ditawannya semasa perang tahun 1967, Mesir akan menimbangkan gencatan senjata atau kedamaian sementara yang menyeluruh. Israel keberatan berundur dari sedemikian banyak jajahannya tanpa sebarang jaminan perjanjian damai daripada Mesir dan tanpa peluang untuk mencapai sebarang perjanjian damai dengan jiran-jiran Arabnya ketika itu.

Sebagai balasan pada tahun 1972, Anwar Sadat dengan lantang menyatakan bahawa Mesir akan berperang dengan Israel, malahan mereka bersedia untuk mengorbankan sejuta orang askarnya. Sejak dari akhir tahun 1972, Mesir memulakan usaha yang bersungguh-sungguh untuk mengukuhkan angkatan tenteranya dan menerima MiG-23, SAM6, RPG-7, khususnya peluru berpandu anti-kereta kebal ‘Sagger’, daripada Kesatuan Soviet serta memperbaiki taktik-taktik tenteranya.justeru itu pelbagai inisiatif dijalankan,termasuk meninjau kedudukan musuh terlebih dahulu sebelum melakukan serangan.

Oleh itu,tentera mereka bersama-sama melancarkan serangan mengejut pada hari perayaan Yahudi Yom Kippur — tentera Syria menyerang kubu di Dataran Tinggi Golan, manakala tentera Mesir menyerang kubu sekitar Terusan Suez dan Semenanjung Sinai — dan menyebabkan kemusnahan teruk pada tentera Israel. Semasa peperangan, Briged Berperisai Barak memainkan peranan yang penting untuk mempertahankan sempadan Israel daripada serangan Syria di selatan Dataran Tinggi Golan. 112 orang askar terbunuh ketika bertempur di situ. Tentera udara Mesir dan Syria bersama dengan sistem pertahanan udara(anti pesawat) mereka menembak jatuh 114 buah kapal terbang Israel semasa pertempuran.

Di Mesir dan Syria, Perang Yom Kippur dilihatkan sebagai separuh menang. Garis Bar Lev yang “tidak dapat ditawan” telah ditempuh, pasukan tentera udara Israel mengalami kerugian teruk, dan mitos keunggulan tentera Israel telah dihancurkan di Sinai dan Dataran Tinggi Golan. Akibat campur tangan Henry Kissinger, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Israel terpaksa melepaskan sebahagian takluknya kepada Syria dan Mesir melalui beberapa perjanjian “pengunduran”, walaupun keamanan menyeluruh yang dibayangkan oleh gabungan Soviet-Amerika yang menganjurkan Persidangan Keamanan Timur Tengah tidak berlaku.

Tempat bersejarah yang dilawati oleh rombngan kami dalam siri menjejak rasul dibumi Mesir iaitu kubu Israel di Semenanjung Sinai.
Kawasan kubu tentera Israel yang ditawan dengan memacutkan air


Penulis bersama Anak saudara Amirudin masih
 belajar Maahad Buut, Al Azhar di Mesir
Pada mulanya sukar, bagi tentera Mesir untuk menawan kubu Israel kerana kubunya diselubungi oleh timbunan pasir.Saya mengambil satu contoh mimpi yang benar iaitu mimpi mantan Syeikh al-Azhar sebelum ini,iaitu Syeikh Dr. Abdul Halim Mahmud. Mimpi beliau mengenai bagaimana strategi melawan tentera Israel. Mimpi ini meminta supaya tentera Mesir menyimbah air ke pasir di tempat peperangan. Setelah menyimbah air di atas pasir maka mendaplah pasir dan nampaklah kubu-kubu tentera Israel di bawah padang pasir. Jadi mudahlah tentera Mesir mengalahkan tentera Israel walaupun tentera Israel mempunyai senjata yang canggih.

Teropong ini boleh melihat kapal di Laut Merah.
Menurut anggaran kajian perangkaan Israel, 2,688 orang petugas Israel terbunuh dalam pertempuran tersebut dan ribuan lagi (dianggarkan antara 5,000 – 10,000) tercedera. 295 orang askar Israel menyerah atau ditawan oleh tentera Arab (231 oleh Mesir, 62 oleh Syria, dan 2 di Lebanon) manakala 8,783 orang askar Arab ditawan oleh tentera Israel (8,372 oleh Mesir, 392 oleh Syria, 13 di Iraq, dan 6 di Maghribi). Kedua-dua pihak itu bertukar-tukar orang tawanan pada pertengahan tahun 1974.


Salah satu Terowong yang dibina oleh askar Israel.

Pada 22 Oktober 1974, perjanjian damai diisytiharkan,akan tetapi tentera Israel mencabuli gencatan senjata pada 24 oktober 1974 dan berlaku beberapa peperangan kecil dalam kawasan Bandar Suez. Akibat dari serangan tentera mesir dan syria menyebabkan kepercayaan orang awam Israel telah tergugat kerana Israel jelas tidak tersedia untuk serangan mengejut dan gagal mematahkannya dengan pantas. Ketidaksediaan negara disalahkan pada Menteri Pertahanan Moshe Dayan, dengan orang awam yang marah menuntut beliau meletakkan jawatan. Presiden Mahkamah Agung menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk menyiasat prestasi jeneralnya semasa berperang, dengan suruhanjaya tersebut kemudian mencadangkan peletakan jawatan Ketua Turus, tetapi tidak membuat sebarang ulasan tentang Moshe Dayan. Walaupun demikian, akhbar dan orang awam masih menyalahkannya. Setelah menghadiri upacara pengebumian askar-askar yang terkorban dan menghadapi keluarga-keluarga yang berkabung yang menggelarnya pembunuh anak mereka, Moshe Dayan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Golda Meir pada tahun yang akhir tahun 1974.

Kelengkapan perang Israel yang ditawan oleh askar Mesir
Akibat daripada serangan Israel secara mengejut di Bandar suez, sepertimana yang dinyatakan sebelum ini,mereka menemui kegagalan yang menyebabkan pihak tentera Israel mengambil jalan dengan cara penyelesaian dimana mereka mengadakan ‘pertemuan damai’.
Selepas itu,kedua-dua pihak menjalankan urusan pengebumian tentera masing-masing yang terkorban. Tentera mesir dan rakyatnya meraikan kemenangan dengan kejayaan mereka merampas kembali tanah semananjung Sinai yang di tawan Israel pada 
tahun 1967.

Meriam Israel apabila menembak dibuka pintu kemudian tutup balik supaya
peluru tentera Mesir tidak menembusi kubu mereka.

Tentera Mesir sentiasa mengiringi kami kerana takut ada periuk api.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...