PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Thursday, October 25, 2012

BERKHIDMAT UNTUK ALLAH


Lelaki Amerika ini merasa puas hati apabila dapat menyapu di Rumah Allah SWT

Seorang lelaki amerika yang telah memeluk Islam, meminta penyapu daripada tukang sapu yang berkerja membersih Masjid Al-Haram Mekah untuk  membersih Masjid Haram, petugas tersebut tidak membenarkan warga amerika tersebut melakukan demikian, warga amerika Muslim tersebut mengeluarkan sedikit wang dari poketnya dan diberikan wang tersebut kepada tukang sapu tersebut, maka tukang sapu tersebut menyerahkan penyapu kepada warga amerika yang Muslim,  lalu warga amerika yang Muslim tadi menyapu lantai Masjid Haram Mekah dengan penuh perasaan dan keimanan, setelah puas hati dia membersihkan sebahagian lantai Masjid  Haram, dia menyerah kembali penyapu tersebut kepada tukang sapu yang bertugas. 

Warga amerika tersebut telah berpuas hati kerana dapat berkhidmat pada Rumah Allah SWT walau seketika sahaja.

Begitulah sucinya insan yang berhati mulia, dunia Islam kini tidak lagi mementingkan amal kebajikan tetapi kebanyakkanya mementingkan wang dan upah sahaja, hanya sedikit sahaja golongan yang sanggup berkhidmat secara percuma kepada Rumah Allah SWT.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...