PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Showing posts with label NASIHAT. Show all posts
Showing posts with label NASIHAT. Show all posts

Thursday, May 21, 2015

KELEBIHAN LEMON



Lemon ni memang sedia maklum dengan dua khasiatnya yang terulung iaitu Sebagai antibakteria dan antiviral yang kuat serta sebagai kuasa untuk boost immune system. Sebagai ‘ubat kurus’ kerana jus limau membantu dalam proses pencernaan dan sebagai ‘pembersih’ hati.
Lemon mengandungi asid citric, Calsium, Magnesium, Vitamin C, Bioflavonoids, pectin dan limonene yang meningkatkan tahap imun sistem kita dan melawan sebarang jangkitan.
Jom kita korek apakah rahsia Lemon, si kuning yang menawan ini?
Kebaikan Minum Air Lemon Setiap Pagi
1. Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.
2. Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan ‘pembersihan’ yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja.
3. Minum air lemon pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh.
4. Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang asid dalam badan.
5. Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit-birit.
6. Minum Air Lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan Vitamin C dalam lemon boleh membantu memperbaiki masalah kulit, lemon juga bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit.
7. Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak barah.
8. Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil.
9. Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam.
10. Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan.
11. Terdapat banyak sumber yang mengaitkan faedah dan kelebihan air lemon dalam membakar lemak dan membantu untuk kurus.
12. Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan.
Menghilangkan acneLemon mengandungi citric acid yang sangat berkesan dalam merawat acne. Vitamin C yang dijumpai dalam lemon ini adalah sangat penting untuk kulit yang sihat dan bersinar
Dengan menggunakan jari atau cotton ball tu, letakkan sedikit jus lemon ke tempat acne tu dan biarkan semalaman. Bilas pada esok pagi. Mula-mula memang rasa pedih tapi bila dah selalu buat dah tak rasa apa
Campurkan satu bahagian lemon yang telah diperah dengan satu bahagian madu. Letakkan campuran ini dikawasan acne tersebut dan biarkan sekurang-kurangnya setengah jam. Bilas dengan air. Lakukan dua kali sehari (satu awal pagi, satu lagi malam)
Tapi kalau acne ni dah teruk atau ada luka, mintak nasihat dari doctor sebelum memulakan rawatan ye.
Menghilangkan rasa takut dan cemas
Kajian membuktikan lemon balm mempunyai effect menenangkan dan seterusnya boleh menghilangkan keletihan, kelesuan, penat, pening, rasa cemas, takut dan stress.
Lemon oil juga dipercayai dapat meningkatkan konsentrasi dan kepekaan. Sebab tu lah banyak kita jumpa air freshner berbau lemon kan?
Caranya:
Kalau stress, percikkan beberapa titisan lemon balm essential oil atas sapu tangan dan hidu.
Tiada lagi ulser mulut (saya panggil mata ikan, HEHE)
Sifat antibacteria dan antiviral lemon dapat mempercepatkan penyembuhan ulser mulut ni
Caranya:
Campurkan lemon yang telah diperah dengan air suam dan kumur dengan solution ni at least 3 kali sehari. Mula-mula memang rasa pedih tapi lama-kelaman nanti dah tak rasa apa
Bye-bye demam
Selain dari rawatan demam yang pernah saya kongsikan sebelum ini, ada cara lain untuk merawat demam bagi orang dewasa.
Caranya:
Campurkan sebiji perahan lemon dengan secawan air panas yang telah dicampur madu. habiskan pada waktu tu jugak, tak perlu simpan-simpan.
Minum setiap 2jam sehingga demam tiada lagi!
Bila kita selesema ni, lemon sangat membantu sebab ia boleh merawat secara dalaman dengan membekalkan Vitamin C yang diperlukan kepada sel pertahanan badan dan secara luaran melalui sifat antiviralnya untuk membunuh virus pada mucous (kahak/hingus) dalam hidung dan tekak
Caranya:
Campurkan sebiji lemon yang telah diperah dengan air suam dan minum setiap 2jam
Sekiranya sakit tekak, tambahkan 1 sudu kecil garam laut (5ml) ke dalam 1 cawan air suam dan 1 biji perahan lemon. Berkumur sampai ke tekak 3 kali sehari selama 1 minit untuk setiap sesi

Kalau ada tonsil, berkumur setiap 2 jam sekali selama 30saat dengan sebiji perahan lemon. Dongak sedikit bagi membolehkan sifat antibac dan antiviral lemon ni bertindak pada tekak. Lepas tu telan la jus ni untuk membolehkan sifatnya yang boleh boost immune sistem ni pulak bertindak dalam badan
Caranya:
Letakkan potongan lemon setebal 5mm pada kutil dan balut dengan kemas. Biarkan semalaman.
Sapukan kawasan yang dijangkiti dengan lemon essential oil yang pekat dan belum dicairkan juga membantu proses penyembuhan. Sapu dengan cotton ball atau Q-tip untuk mengelakkan dari terkena kawasan yang tidak dijangkiti.
Merawat Eczema
Caranya:
Tambahkan 8 titik lemon essential oil kepada 1 cawan (250ml) air suam and 1 sudu besar (15ml) madu. Madu juga mempunyai kesan anti radang dan menguatkan lagi healing power of lemon tadi
Rendamkan kain ke dalam campuran tadi, perah, dan letak kain tu di kawasan jangkitan selama 15 minit, 2 ke 3 kali sehari
Bukan sahaja mengurangkan jangkitan, malah mengurangkan perasaan ingin menggaru.
Merawat Keletihan
Caranya:
Cucuk lemon dengan straw dan sedut je. Ini boleh menjadi ubat dan pada masa yang sama sebagai refreshment
Tambahkan lemon pada air minum biasa, ia boleh menjadi antiseptic dan mengelakkan penyakit akibat allergy pada sumber air minum yang berbeza-beza
Lemon oil juga boleh merangsang brain activity. Jadi bila rasa letih, tambahkan 4 titik lemon oil kepada bekas aromatherapy yang telah diisi air
Ataupun minum segelas air lemon selang beberapa jam
Bawang putih, bawang merah dan lemon apabila bergabung boleh melawan hypertension.
Caranya:
Tambahkan 3 crushed bawang putih dan 1 chopped onion kepada 1liter susu rendah lemak ataupon susu soya
Reneh atas api selama 5 minit
Tapiskan dan sejukkan
Tambahkan 3 biji perahan lemon dan minum sepanjang hari
Dan sekiranya ada penghidap kolestrol tinggi, kuasa pectin yang ada dalam lemon boleh merendahkan kolestrol,
InsyaAllah
Caranya:
Sekiranya penyengat masih ada, amik tweezer dan tarik dia.
Urut di tempat yang terkena gigitan tu dengan 1 atau 2 titis lemon oil, campurkan dengan 1sudu sudu kecil madu
Untuk buat insect repellent, tambahkan 20 titis lemon oil kepada 1 cawan (250ml) air dan spray ke udara. Dah la berbau wangi, siap boleh halau serangga lagi
Ataupon boleh juga rendam cotton ball dalam lemon oil dan letak je dalam bilik
Sekiranya nak buat aktiviti di luar rumah, boleh sapukan kulit yang tak ditutupi baju dengan lemon oil ataupon boleh sapukan dengan 1/2 oz sunflower oil yang telah dicampurkan dengan 10 titisan lemon oil
Kajian menunjukkan lemon balm yang digabungkan dengan beberapa calming herbs seperti chamomile dapat mengurangkan keresahan dan membantu untuk tidur.
Dalam kajian ini 18 orang volunteers menerima 2 single dosage lemon balm extract ( 300mg dan 600mg) selama 7 hari. 600mg dose of lemonbalm meningkatkan mood dan meningkatkan ketenagan dan kepekaan.
Setiap kali makan, minumlah sebiji lemon yang diperah kedalam air suam.
Asid pada lemon akan merangsang penghasilan asid dalam perut dan aktiviti otot perut
Selamat tinggal Varicose Vein!
Caranya:
Tambah 6 titis lemon oil kepada 50ml wheat germ oil, 2 titis cypress dan 2 titis juniper oil
Gunakan campuran ini setiap hari untuk mengurut kaki dari bawah ke atas, in the direction of the heart
Untuk mandian yang menyegarkan urat dan badan, campurkan 8 titisan lemon oil kedalam air mandian yang suam. Tambahkan juga 4 titisan cypress oil yang di blend dengan 1 sudu besar (15ml) madu. Berendam selama 15 minit. dah sudah tu jangan lap badan tapi tekap-tekap je badan tu dengan tuala.
Amalkan meminum sebiji lemon yang diperah kedalam air suam 3 kali sehari. Sekiranya sakit yang teruk, letak 2 biji lemon untuk minuman 3 kali sehari
Lemon oil mempunyai sifat melegakan kesakitan. Jadi untuk mengurangkan kesakitan, urutlah dibahagian yang sakit itu dengan beberapa titisan lemon oil dicampur dengan 1 sudu besar (15ml) jojoba oil
Lemon boleh membantu menyegarkan nafas terutamanya selepas makan, ataupon selepas merokok ataupon air liur yang tak cukup ke.
Caranya:
Berkumur dengan sebiji perahan lemon yang dicampur dengan segelas air suam
Ataupon kunyah lemon slice setiap kali lepas makan
Walaupon lemon ni adalah natural remedies, tapi ada beberapa garis panduan:
Kanak-kanak berusia 10 tahun dan kebawah, penghidap pedih ulu hati, buah pinggang tidak sesuai minum jus lemon
Untuk melindungi enamel gigi kita, jangan terus gosok gigi selepas minum/berkumur dengan air lemon. Tunggu sekurang-kurangnya setengah jam

Wednesday, November 19, 2014

Tips - Idea Jimat Cermat Jika Tak Cukup Duit Setiap Bulan



Kita semak penyata pendapatan, kita mendapati duit keluar lebih banyak dari duit yang masuk. Itu namanya situasi aliran tunai negatif.

Maka situasi yang sebegitu mesti diatasi segera.

Aliran tunai negatif ini ibarat paip bocor. Kalau tidak dibaiki, maka bocor itu makin besar.

Berikut adalah 12 idea jimat cermat tambahan yang dapat kita buat:





1. Guna pengangkutan awam

Kalau duduk di Kuala Lumpur khususnya, pergi ke tempat kerja naik LRT atau motor. Cepat dan murah. Naik kereta melibatkan kos lain seperti parking, minyak dan tol.

2. Bawa bekal makanan

Masak yang simple sahaja. Telur dan ayam goreng letak sambal atau kicap. Cukup.

Dapat isteri pula yang tolong buatkan, ada perasa kasih sayang yang makcik nasi lemak tak boleh bagi.

3. Berhenti merokok.

Kaedah paling berkesan. Kesihatan pun terjaga.

Kalau sehari RM 10 habis untuk rokok, berapa habis untuk sebulan? Berapa habis dalam setahun? Pernah kira ?

4. Berjimat jika makan di luar

Air sirap ais sekarang pun dah mahal. RM1.30 segelas bila letak ais. Baik minum sahaja air kosong. Terbaik, kombinasi cara #2.

5. Rancang perbelanjaan di pasar raya

Menulis terlebih dahulu senarai barang yang hendak dibeli sebelum ke pasar raya dan bawa wang secukupnya sahaja.

6. Semak keperluan ASTRO.

Kadang-kadang di dalam sebulan, hanya 2-3 kali sahaja kita menonton Astro. Tapi masih perlu bayar penuh. Aduh!

Atau dari ratusan saluran yang kita langgan, saluran mana yang paling kita suka tonton. Sudah lah mahal, hujan tiada siaran. Unifi TV ?

7. Selamat tinggal surat khabar.

Tak perlu beli suratkhabar, baca sahaja di internet. Akhbar online pro kerajaan pun ada, akhbar online pro pembangkang pun ada.

Percuma.

8. Elak ke pawagam

Tonton wayang? Tak payahlah. Beli tiket kemudian beli air dan pop corn lagi. Haish.

Cari sahaja di internet, percuma. Youtube pun dah banyak benda menarik. (Zed Zaidi jangan marah noo…)

9. Bundle pun ok

Beli baju di pasar malam untuk pakaian yang digunakan sekadar untuk pergi bermain bola, sekadar untuk pakai di rumah dan sebagainya. Tidak perlu berbelanja beratus ringgit semata-mata hendak orang kata “Wow, jersi Liverpool original la”.

10. Langganan kelab

Semak keahlian-keahlian kelab tertentu yang kita ada. Betul kah kita manfaatkannya?

11. Basuh sendiri kereta.

Tak perlu nak habiskan RM10 untuk benda yang kita sendiri boleh buat. Anak dah besar dapat bantu, boleh eratkan silaturrahim. Kalau duduk di Selangor kan ada air percuma. Hi hi hi.

12. Banding! Banding! Banding!

Buat perbandingan harga sebelum membeli produk yang bukan untuk kegunaan harian seperti perabot dan sebagainya. Semak harga di 2-3 kedai yang berlainan untuk tahu harga pasaran untuk produk tersebut.

 
schods.blogspot

Thursday, September 4, 2014

AURAT WANITA MUSLIM

Kaum hawa selalu mengeluh dan melafazkan “susahnya jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah dan meletakkan kaum wanita dalam keadaan tertindas.

Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita tak boleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan.

Mereka sebenarnya membunuh wanita dan institusi kekeluargaan

Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sesiapa walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Lelaki beriman bertanya, “Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata, “MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki.”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman. Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan tegakkan agamamu, nescaya syurga menanti.

*Sumber dari mahatera.blogspot.com | cintarindurasul.blogspot.com

Monday, February 3, 2014

MENCARI CINTA TERUNGGUL

altTerkadang kita tak sedar akan nikmat kehadiran orang - orang yang kita cintai , Seringkali kita terlupa bagaimana peranan mereka telah banyak memberi warna indah dalam hari - hari yang kita lalui ... Dan hati ku pun tersenyum sendiri , mentertawakan kebodohan diri ini jika mengingat betapa aku tidak pernah menjadi hamba yang bersyukur terhadap apa-apa yang telah DIA beri...Pernah ada masa ketika aku menganggap nasihat - nasihat dia yang ku cinta sebagai suatu ' keangkuhan ' belaka , kerana berfikir bahawa jika aku mendengar semua nasihatnya , maka dia pasti akan merasa menjadi yang paling benar di antara kami berdua , Astaghfirullah ..... Aku memohon ampun pada - Nya atas segala dosa yang pernah ada ...

tumblr_mgpwluYJor1qil46jo1_1280
Pernah ada masa di zaman Jahiliyahku , ketika aku menganggap larangan - larangan dari nya adalah suatu kekangan yang tidak beralasan , adalah suatu seksaan yang membuatku merasa sangat tertekan , adalah suatu ketidakadilan yang tidak seharusnya dialami oleh setiap wanita yang mengaku ' moden dan merdeka ' dengan segala kebebasan yang mereka punya , Astaghfirullah ... aku memohon ampun pada - Nya dari segala kelalaian yang pernah ada ..
Pernah ada masa ketika aku belum mengenal - Nya , rasa tidak puas terhadap dia yang ku cinta . Rasa penyesalan yang hadir kerana keinginanku untuk bebas terbang tanpa ada halangan tidak mungkin lagi dapat kulaksanakan ... rasa tertekan kerana egoisme diri yang belum bisa dikalahkan dan rasa angkuh yang selalu mendorong ku untuk mengatakan ' tanpa kamu pun aku boleh bertahan ' , Astaghfirullaaaahhh .... aku memohon ampun pada - Nya atas segala keangkuhan yang membutakan .
Padahal cinta nya begitu tulus ...
Padahal kasih nya begitu murni ...
Padahal hati nya begitu lembut ...
Ternyata butuh teguran yang besar bagi ku untuk dapat lebih memahami makna cinta sejati ...
Butuh ujian yang berat bagi ku untuk lebih bisa mensyukuri nikmat cinta yang kami miliki ...
Ketika perpisahan akhirnya membuat ku mengerti cara dia dalam mencintai
Ketika waktu menjadi saksi akan kebodohan ku yang tidak pernah bersyukur atas kehadiran dia yang ku cintai ...
Ketika kemelut dan prahara menjadi hukuman tersendiri bagi ku yang dengannya membuat ku belajar dan melihat besarnya cinta yang ia miliki ...
' Maafkan aku duhai cinta ku .... '
Betapa sesungguhnya engkau adalah mulia
Dengan segala sifat yang kau punya '
' Maafkan aku duhai suamiku .... '
Yang pernah memelihara ego di hati
Sehingga cinta sempat pergi ...
Dan kini adalah masa , di mana kita mula menyusuri kembali cinta yang hilang di jalan iman , di mana kita sama - sama membuang kerikil ego yang pernah menjadi penghalang kita dalam meraih kebahagiaan , di mana aku mula belajar bahawa engkau lah imam ku dan aku adalah pengikut mu , engkau lah Nahkoda pada kapal yang kita punya , engkau lah cinta yang telah ditakdirkan - Nya untuk menjadi perantara ku menuju pintu syurga ..
Dan kini adalah masa di mana semua akan kita perbaharui lagi
Saling menekan ego yang bersemayam dalam hati
Hingga tanpanya , kita mampu melihat segala sesuatu menjadi lebih jernih
Hingga tanpa hadirnya , kita dapat meraih cinta yang dulu sempat mati
Ketika dua belah kayu boleh disatukan dengan paku , dua pinggan retak boleh disatukan kembali dengan lem super glue , maka dua hati yang saling mencintai tentunya akan dapat dieratkan jika senantiasa mengingat yang SATU ...
Jika paku boleh berkarat , pinggan boleh kembali retak , maka tidak menutup kemungkinan jika gelombang cinta pun boleh mengalami pasang surut seperti layaknya keadaan iman yang turun naik terutama ketika menghadapi ujian yang berat .
Maka dengannya aku meminta padamu duhai sayangku ...
Marilah kita cari DIA dalam rumah tangga kita
Marilah kita besarkan DIA dalam tiap - tiap solat jamaah
Marilah kita suburkan rumah kita dengan lantunan Asmaul Husna - Nya
Marilah kita elakkan rumah kita menjadi pusara kerana kegersangan zikir dan bacaan Ayat suci Al -Quran
Marilah kita jadikan rumah kita sebagai pusat pelajaran dan pembelajaran bagi iman , yang dengannya dapat menjadi penawar ujian kebosanan , pendingin hati ketika jemu dan keletihan hadir menongkah arus ujian ....
Sumber : http://www.dakwatuna.com/ketika-cinta-berbuah-surga

Sunday, December 1, 2013

Cinta Umpama Menunggu Bas

Buat Renungan Anak-anakku...

Adakah anda pernah bercinta?

Pernah bercinta atau putus cinta 

Atau 

Adakah anda sedang mencari cinta. 

Ingatlah semua cinta tanpa disertakan dengan cinta Allah dan Rasul-Nya adalah cinta noda, cinta bayang-bayang yang tiada haluan destinasinya. 

Umpama kisah yang saya bawa di bawah..... hayatilah. 



Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yang menunggu bas. 
Bila bas itu datang, awak tengok bas itu dan awak kata pada diri awak, 
”Eee…penuhnya… tak ada tempat duduk.” Jadi, awak katakan pada diri 
awak, “Saya akan tunggu bas yang lain.” Awak pun biarkan bas tu berlalu 
dan awak tunggu pula bas yang lain. Kemudian, datang pula bas yang kedua. 
Awak tengok bas itu dan awak akan cakap, 
“Eee… bas ni buruk sangat… mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan 
rosak kat tengah jalan.” Jadi, awak pun biarkan bas buruk itu berlalu dan 
awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yang datang itu 
kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yang tadi tapi kali ini awak kata, 
“Emmm… .tak ada air-cond… cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu 
bas yang lain.”

Dan sekali lagi awak biarkan bas itu berlalu dan awak bercadang untuk 
menanti bas yang seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin 
mendung dan baru awak perasan yang awak sudah terlambat rupanya. 
Awak mula panik dan terus naik bas yang datang ketika itu, walaupun 
bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa… 
awak dah naik bas yang salah. Jadi, selama ini awak dah membazir banyak 
masa dan wang untuk menunggu apa yang awak hendak.

Walaupun yang datang itu adalah bas yang berhawa dingin, adakah awak 
dapat pastikan bahawa bas itu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin 
bas itu tak terlalu sejuk untuk awak?

 Jadi, (terutamanya golongan perempuan) lelaki pun samalah mengingini apa
 yang awak idamkan itu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda 
sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya awak dapati
“bas” itu tidak sesuai dengan awak, apa yang perlu awak lakukan hanya tekan 
loceng dan turun daripada bas itu.

Tapi… saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yang macam ini. 
Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yang awak nanti- nantikan), 
awak tahan bas itu tapi pemandu bas tu pula buat tak faham dan pura-pura 
buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak!
Hahahaha… . Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam itu, apa yang 
saya lakukan ialah BERJALAN!

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas itu sebab setiap kali, awak 
akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta itu 
adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri 
peluang pada bas tu…semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila 
awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!

Suka melarikan diri dari cinta… Cinta itu menyakitkan…? Emmm..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...