PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Saturday, October 6, 2012

SIRI 1 - TEKNIK MENJAWAB SOALAN GEOGRAFI KERTAS 2 2012




TEMA
TAJUK / SUB TAJUK
PENDUDUK
(2 SOALAN)
1.      Konsep penduduk
2.      Taburan Penduduk
3.      Pertumbuhan Penduduk
4.      Migrasi
5.      Penduduk dan Alam Sekitar.
6.      Kemahiran Amali Penduduk.
Focus: piramid penduduk.
PEMBANGUNAN EKONOMI DAN IMPAK ALAM SEKITAR
(2@3 SOALAN)
NO. 3 SOALAN
  ”ATAU”
1.      Sektor-sektor ekonomi.
2.      Proses Pembangunan Ekonomi.
3.      Impak Pembangunan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar.
4.      Kemahiran Amali
5.      Kajian Luar.
Focus : industri, pelancongan, teknologi maklumat
TRANSFORMASI DESA DAN PEMBANDARAN
(1@2 SOALAN)
1.      Transformasi desa.
2.      Bandar dan Pembandaran.
3.      Kemahiran Amali
4.      Kajian luar.

Focus : Kesan pembangunan desa kepada fizikal @ manusia
GLOBALISASI EKONOMI DAN KERJASAMA SERANTAU.
(1 SOALAN )

1.      Globalisasi Ekonomi
2.      Kerjasama Serantau.
3.      Pertumbuhan Segitiga.
4.      Hubungan Malaysia dengan negara luar.
5.      Kemahiran Amali.

Focus : pertumbuhan segitiga. (Pelancongan, Perdagangan, Pelaburan, Komunikasi, Ekonomi.)
Hubungan Malaysia Dengan Negara Luar.
IMPAK ALAM SEKITAR DAN PENGURUSANNYA.
( 1 SOALAN )
1.      Impak aktiviti manusia tehadap alam sekitar.
2.      Impak Sosial.
3.      Pengurusan alam sekitar.

Focus : pengurusan alam semulajadi/ ecotourism.

CONTOH KELEMAHAN CALON GEOGRAFI KERTAS  2 [942/2]

20%   - Jawapan bersifat  “Touch and Go “
          -Tak dihuraikan  (point sahaja)
60%   - jawapan bersifat “ hit and run “
          - huraian pendek ( 2 hingga 3 baris sahaja.) bagi setiap isi yang diberikan.
          - Isi terhad.
20%   - Calon mampu menghurai dengan baik berasaskan prinsip
          - Fakta: Huraian: Contoh ( FHC ) ( 5 hingga 6 baris )

MAKSUD KATA TUGASAN SOALAN.

  APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN….
( Jelaskan konsep, beri makna, difinisikan )

HURAIKAN DAN PERIHALKAN
(Mendeskripsikan / memerihalkan sesuatu perkara yang ditanya tanpa perlu mengemukakan sebab. Huraian tertumpu kepada ciri. )

JELASKAN DAN TERANGKAN
(Huraian berserta sebab menjadi sesuatu perkara itu lebih terang dan difahami.)

BINCANGKAN
(Memberikan huraian yang kristis tetang sesuatu isu/ tajuk yang ditanya seperti menyatakan baik-buruk, pro-kontra, pengaruh sedikit/ banyak, kesan positif –negatif dll.

SEJAUHMANAKAH
( Menilai peranan sesuatu faktor atau proses atau fenomena . Berbanding dengan faktor/ proses/ fenomena yang lain. ( mesti jawab faktor lain selain dari apa yang ditanya)

MENGAPAKAH
( Memberikan  alasan )


SOALAN-SOALAN DALAM KERTAS SOALAN GEOGRAFI ALAM
SEKITAR MANUSIA MELIPUTI PERKARA-PERKARA BERIKUT :
 -  Konsep
-  Penyataan
-  Proses
-  Ciri
-  Faktor
-  Kepentingan
-  Kesan
-  Langkah mengatasi
-  Kemahiran amali
-  Kajian luar  


A.     SOALAN KONSEP

 CONTOH SOALAN.
1.     Apakah yang dimaksudkan dengan peralihan demografi? [3]
2.     Apakah yang dimaksudkan dengan penyahutanan?                        [3]  
3.     Apakah yang dimaksudkan dengan sumber tenaga altematif?  [5]
4.     Apakah yang dimaksudkan dengan ASEAN?                         [5]
5.        Apakah yang dimaksudkan dengan penduduk sebagai agen perubahan? [5]
6.     Apakah yang dimaksudkan dengan konsep pembangunan?  [5]
7.     Apakah yang dimaksudkan dengan pencemaran udara.       [5]
8.     Apakah yang dimaksudkan dengan proses pembandaran ?   [5]
9.     Berikan takrif transformasi desa.                                           [5]
10.  Takrifkan maksud segitiga pertumbuhan.                              [5]
11.  Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan alam sekitar?[5]

CONTOH SEKMA JAWAPAN.                                                                                           
1.        Apakah yang dimaksudkan dengan pembangunan?           [5]
            Pembangunan ialah proses perubahan taraf hidup penduduk disesuatu kawasan yang melibatkan peningkatan kualiti hidup melalui perubahan dalam sektor ekonomi, peningkatan pendapatan, perubahan dalam aspek penggunaan teknologi dan peningkatan dalam pendidikan.

2.         Berikan takrif transformasi desa.                                           [5]
            Transformasi merujuk kepada perubahan sosioekonomi desa melalui proses pemodenan dan pembandaran. Perubahan dari aspek penggunaan tanah, penyediaan kemudahan asas, kemajuan sistem pengangkutan dan komunikasi serta pekerjaan penduduk. Transformasi desa berlaku melalui pemusatan dan peningkatan fungsi  serta peranan desa dan sebagai penjana pertumbuhan sosioekonomi desa.                                      

B.                   SOALAN PENYATAAN / MENCIRIKAN / POLA

CONTOH SOALAN.
1.      Senaraikan lima aktiviti ekonomi yang menjejaskan kualiti sumber tanih
di  sesebuah kawasan.            [ 5 ]
  1. Nyatakan ciri-ciri bagi setiap peringkat peralihan demografi.    [12]
  2. Jelaskan jenis kemudahan.dan tarikan agro-pelancongan yang terdapat
di Malaysia [10]
  1. Bezakan ciri-ciri demografi antara Malaysia dengan Singapura pada tahun
2010.      [ 12 ]
  1. Huraikan ciri-ciri utama sesebuah bandar raya global.      [10]  
  2. Mengapa sumber tenaga alternatif semakin penting di Malaysia pada
masa kini?            [8]    
  1. Jelaskan lima penunjuk pembangunan yang boleh digunakan untuk
mengukur tahap pembangunan sesebuah negara. [10]
  1. Huraikan pola petempatan bandar.  [6]
 
CONTOH SKEMA JAWAPAN

1.        Nyatakan ciri-ciri perikanan pinggir pantai?  [ 5 ]

Isi utama
Huraian
Markah
A1 Lokasi
Tidak melebihi 32km dari pinggir pantai dengan kedalaman air tidak kurang 180m.
1
A2 Teknologi
Alatan tradisional seperti pukat tangkul, kelong, pompang dan kail oleh nelayan tradisional.

1
A3 Skala
Kecil - Untuk keperluan keluarga
1
A4 Orientasi pengeluaran
Pasaran tempatan. Untuk dijual secara harian. Hasil yang lebih akan digunakan untuk keperluan keluarga.

1
A5 Modal
Kecil dan milik persendirian
1
A6 Jangkamasa operasi
Harian (satu hari) ke laut pada waktu pagi dan pulang pada waktu petang.

1
A7 Jenis tangkapan
Ikan kecil seperti selar, gelama, parang, kembung, ketam
1
A8 Penggunaan buruh
Tenaga buruh sedikit. Kalangan ahli keluarga sahaja.


1

2.        Namakan lima contoh  landskap budaya yang wujud akibat  proses
transformasi desa.  [ 5 ]

                         i.          Pembinaan perumahan-taman perumahan
                       ii.          Pembinaan sekolah, klinik, hospital, bagunan kedai, bangunan
pentadbiran, dewan orang ramai
                     iii.          Pasaraya, market mini, pasar
                     iv.          Infrastruktur telekomunikasi, bekalan elektrik, bekalan air, jalan berturap
                       v.          Ladang,  pertanian berkelompok
                     vi.          Pusat pengumpulan hasil, pusat khidmat masyarakat

 
C.       SOALAN PROSES,  KEPENTINGAN,SUMBANGAN  DAN FAKTOR

CONTOH SOALAN.

1.      Huraikan empat proses perubahan desa di Malaysia. [8]
2.      Jelaskan bagaimana proses pertumbuhan penduduk mempunyai kaitan dengan kuantiti dan kualiti penduduk sesebuah negara. [12]
3.      Huraikan kepentingan kerjasama ASEAN kepada pembangunan ekonomi Malaysia.     [10]
4.      Huraikan faktor yang mempengaruhi peralihan demografi sesebuah Negara. [10]


CONTOH SKEMA JAWAPAN

1.    Huraikan sumbangan aktiviti pengangkutan yang anda kaji kepada penduduk dan
kemajuan ekonomi setempat.   [8]

Isi Utama
Huraian dan contoh
Markah
1. Meningkatkan ketersampaian antara tempat
·     Kawasan-kawasan dalam dan luar bandar mudah didatangi/dikunjungi.
·     Interaksi inter dan intra kawasan menjadi tinggi
·     Menjimatkan masa.- cepat sampai.
·     Mengelakan kesesakan.


2
2. Meningkatkan mobiliti penduduk.
·     Pergerakan ulang-alik penduduk ke tempat kerja menjadi mudah/cepat.
·     Urusan seharian menjadi lebih mudah.
·     Menjimatkan kos – jika ada pengangkutan awam.




2
3. Pergerakan barangan dan perluasan pasaran.
·     Pengedaran barangan menjadi lebih cepat.
·     Kawasan pasaran menjadi lebih luas.
·     Memudahkan pengguna/ penduduk untuk memperolehi barangan dan perkhidmatan.
·     Penghantaran barangan ke pelabuhan/lapangan terbang untuk eksport menjadi lebih cepat. (just in time delivery)



2
4. Memajukan rantaian ekonomi yang berkaitan.
·     Sektor pertanian,perindustrian,perniagaan, perdagangan dan perkhidmatan berkembang pesat – mudah didatangi pembeli/pengguna.
·     Menjadi produk pelancongan seperti LRT dan Monorel, bot/feri,beca dll.
·     Perkembangan sektor perniagaan perkhidmatan contoh pusat latihan memandu, courier/ekspress/pos laju, insurans kenderasan dll


2
5. Peluang pekerjaan kepada penduduk.
·     Pekerjaan sebagai pengurus,pemandu, buruh am, perkhidmatan kaunter dll
·     Meningkatkan pendapatan perkapita penduduk dan taraf hidup penduduk.
·     Mengelakkan pengganguran


2
6. Mempercepatkan pembangunan kawasan.
·     Pembangunan fizikal  seperti bangunan, utiliti (air dan elektrik) pejabat, pasaraya, hotel, ruang niaga dll berkembang pesat kerana ketersampaian tinggi.
·     Input pembinaan mudah di bawa masuk.
·     Kos pembinaan dijimatkan.


2
7. Pembauran inovasi.
·     Penyebaran maklumat khususnya media cetak seperti surat khabar menjadi lebih cepat kekawasan sekitar.
·     Idea dan inovasi baru boleh disebarkan dengan mudah melalui rangkaian pengangkutan.


2

 
D.                         SOALAN  KESAN

CONTOH SOALAN.

1.    Huraikan kesan kegiatan perlombongan terhadap alam sekitar fizikal.[10]
2.    Huraikan kesan positif transformasi desa terhadap pembangunan sosioekonomi
di sesebuah kawasaan.[10]
3.    Jelaskan bagaimana aktiviti manusia mempengaruhi kemerosotan sumber tanih.[10]


CONTOH SKEMA JAWAPAN

1.    Jelaskan  kesan negatif ke atas alam sekitar fizikal dan manusia   akibat aktiviti pengangkutan yang dijalankan di kawasan tersebut.  [8]

Isi Utama
Huraian dan contoh
Markah
1. Pencemaran udara
·     Pembebasan asap oleh kenderaan
·     Pembebasan karbon monoksida dan plumbum oleh kenderaan akibat pembakaran bahan api yang tidak lengkap.
·     IPU meningkat – cenderung terjadinya jerebu.


2
2. Pencemaran bunyi dan bau
·     Bunyi bising dari injin kenderaan – kereta, lori,motorsikal dll
·     Bau busuk asap yang dikeluarkan oleh kenderaan.

2
3. Pemanasan setempat.
·     Peningkatkan suhu sekitar
·     Akibat haba yang dikeluarkan oleh injin kenderaan.

2
4. Kesesakan lalu lintas.
·     Traffic jam terutamanya dikawasan persimpangan dan lampu isyarat.
·     Traffic jam pada waktu puncak.
·     Kerugian kos masa


2
5. Risiko kemalangan
·     Kesesakan kenderaan – risiko kemalangan bertambah.
·     Jarak penglihatan terhad – jika berlaku pencemaran udara dan jerebu.
·     Ancaman nyawa
·     kos baik pulih meningkat.


2
6. Gangguan kesihatan penduduk.
·     Pelbagai jenis penyakit yang berkaitan dengan pernafasan akibat pencemaran udara dari asap yang dikeluarkan oleh kenderaan.
·     Bunyi bising – tekanan psikologi kepada penduduk.
·     Peningkatan suhu - Menggangu keselesaan dan kualiti hidup penduduk.


2





E.                          SOALAN  LANGKAH  MENGATASI

CONTOH SOALAN.

1.    Huraikan langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kesan kemerosotan kualiti sumber tanih di sesebuah kawasan.   [10]
2.    Cadangkan langkah yang boleh dilakukan untuk memajukan lagi kawasan pelancongan
tersebut. [6]
3.      Cadangkan lima langkah bukan perundangan yg boleh di ambil bagi menjamin daya tampung sumber alam yg berterusan di sesebuah negara. [10]


CONTOH SKEMA JAWAPAN.

1.    Jelaskan langkah  yang boleh diambil untuk mengurangkan kesan kerosakan  sumber tanih  di kawasan bercerun curam. [10]
                                                                                                                   
Judul Isi Jawapan
Huraian dan Contoh
Markah


1.Langkah Perundangan.
·      Menguatkuasakan Akta Pemuliharaan Tanah 1960. Garis  Panduan  Pembangunan Di Kawasan Tanah Tinggi (2005) dan Garis Panduan Penyelengaraan Cerun (2006) oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).
·      Mengharamkan penggunaan jentera berat di kawasan tanah tinggi dan cerun curam berkontor melebihi 300  meter dari aras laut dan kecerunannya melebihi 15°. Juga mengharamkan sebarang bentuk pembangunan di kawasan cerun berkelas IV pada ketinggian melebihi 1000 meter dari aras laut.
·      Pemantauan berterusan unit kawal selia cerun terhadap aktiviti pembangunan di kawasan cerun dan menyediakan laporan resiko dari masa ke semasa.
·      Hukuman dan denda oleh PBT terhadap aktiviti yang boleh merosakkan cerun bukit atau yang melanggar Laporan EIA

 2


 2




 2


 2
MAX 4

2. Amalan Pengurusan Strategik/Langkah Kestrukturan
·      Pembinaan sungkupan plastik/daun sebagai langkah jangka pendek di kawasan yang telah dikenalpasti berisiko tinggi untuk runtuh.
·      Membina benteng dan tembok penahan (Retaning Wall) dengan menggunakan batu yang diikat antara satu sama lain.

·      Membina gabion (sangkar dawai yang diisi batu) dan groin di kaki cerun  dan meletakkan cerucuk kayu/besi/konkrit.
·      Membina sistem longkang/parit di permukaan cerun untuk mengurangkan limpahan larian air permukaan.
·      Konkrit cerun/simen cerun.
·      Jaringan besi/dawai menyaluti cerun.
·      Tanaman tutup bumi dipermukaan cerun seperti tanaman rumput dan buluh.
·      Amalan pertanian berteres/berkontor


 2

 2


 2

 2

 2

 2

 2
MAX 4
3. Kempen Kesedaran dan Pendidikan Alam Sekitar
·      Kempen pemuliharaan cerun seperti menanam pokok peneduh di kawasan cerun.
·      Pendidikan alam sekitar menerusi matapelajaran Geografi tentang penggunaan cerun yang lestari.
2

2
MAX 2

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...