PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Tuesday, November 8, 2011

PERGERAKAN BUMI- KAITAN DENGAN PEMBENTUKAN GUNUNG-GANANG, JURANG LAUTAN KEJADIAN GEMPA BUMI, LETUPAN GUNUNG BERAPI




Pembentukan Banjaran Pergunungan, jurang lautan,  mempunyai kaitan dengan kejadian gempa bumi dan letupan gunung berapi. Ini adalah kerana kerak bumi terdiri daripada kepingan-kepingan atau plat-plat.  Terdapat dua jenis plat iaitu plat benua dan plat lautan. Plat-plat ini terapung di atas lapisan mantel dan arus perolakan daripada bahagian mantel ini akan menggerakkan plat-plat tersebut.  

Pergerakan plat-plat  ini adalah dalam pelbagai arah sama ada mewujudkan pertembungan plat, pencapahan plat atau perselisihan plat. Daya mampatan ( pertembungan plat ) akan menyebabkan kerak bumi terlipat lalu menghasilkan  gunung lipat dan daya tegangan ( pencapahan plat ) akan menghasilkan lurah.   

Pergolakan Arus Magma Dalam Mantel
Pergerakan plat-plat ke arah yang sama menghasilkan pertembungan. Kejadian ini mewujudkan sempadan pertembungan. Manakala pergerakan plat-plat  ke arah yang bertentangan menyebabkan terjadinya sempadan pencapahan / pemisahan.


Pergolakan Arus Magma dalam Mantel telah mengerakan kerak bumi diatasnya. Ini secara langsung menyebabkan pergerakan plat-plat kerak bumi yang lemah mengikut arus magma dibawahnya.






Peta Pergerakan Plat-plat Dunia
Pergerakan arus secara pertembungan antara plat benua dengan plat benua akan menghasilkan banjaran-banjaran gunung lipat sepertimana banjaran Himalaya di utara India dan banjaran-banjaran pergunungan lain. Perbentukan banjaran Himalaya adalah pertembungan antara plat  India Australia dengan plat Eurasia. Ini dapat dilihat pada rajah dibawah.









Pertembungan Plat Benua dengan Plat Benua

Batuan yang termampat menghasilkan banjaran gunung lipat muda. Kebanyakan banjaran gunung utama di dunia terbentuk dengan cara ini. Dalam pertembungan ini, pinggir plat benua akan terlipat. Kejadian ini menghasilkan banjaran gunung di sepanjang sempadan pertembungan.



Pertembungan Plat Lautan dengan Plat Benua
Apabila plat lautan bertembung dengan plat benua seperti di rajah di sebelah, plat lautan akan menjunam ke bawah kerana plat ini terdiri daripada sima yang padat dan berat berbanding plat benua  yang terdiri daripada sial yang kurang padat  dan lebih ringan, dan membentuk jurang lautan yang dalam. Plat yang menjunam itu akan tertolak ke dalam mantel yang lebih panas. Pinggir plat berkenaan menjadi cair akibat suhu yang tinggi. Batuan yang lebur itu naik dan membentuk gunung berapi di kawasan gunung lipat. Ini dapat dilihat pada bahagian barat pulau Sumatra dan Jawa di Indonesia. Di samping kejadian ini juga terbentuk di pantai barat Benua Amerika Utara seperti di San Francisco dan California, USA. 
Jaluran Jurang Lautan dan Banjaran Gunung Berapi Di Sumatra dan Jawa, Indonesia.

Apabila plat lautan bertembung dengan plat lautan seperti di rajah di sebelah, salah satu daripadanya akan menjunam ke bawah dan membentuk jurang lautan yang dalam. Plat yang menjunam itu akan tertolak ke dalam mantel yang lebih panas. Pinggir plat berkenaan menjadi cair akibat suhu yang tinggi. Batuan yang lebur itu naik dan membentuk gunung berapi di dalam laut.

GEMPA BUMI
 
Gempa Bumi ialah pergerakan atau gegaran kerak bumi secara tiba-tiba di kawasan sempadan plat tektonik. Ia berlaku di pinggir plat apabila dua plat bertembungan, berselisih atau berpisah dan tergelincir. Tenaga yang dihasilkan terkumpul di dalam kerak bumi kerana tidak dapat keluar ke permukaan bumi. Akibatnya gelinciran berlaku dan tenaga yang terpendam itu akan terlepas secara tiba-tiba. ni menyebabkan  bahagian  bumi berkenaan bergegar dan berlakunya kejadian gempa bumi.

Mengikut pengkaji, gempa bumi berlaku setiap hari tetapi kerana gegarannya kecil dan berlaku di kawasan yang  tiada penduduk, maka tiada belaku banyak kerosakan dan tiada mangsa. Titik dimana sempadan plat yang pecah dipanggil focus gempa bumi, manakala titik yang terletak di atas permukaan bumi iaitu yang secara menegak di atas focus dipanggil epicenter. Apabila sesuatu plat pecah dan putus ia akan mengeluarkan gegaran seismik yang boleh membawa kerosakan beribu-ribu km dari epicenter. Kekuatan gempa bumi bergantung kepada jenis-jenis pergerakan seperti;-

  1. Gempa bumi di sempadan perpisahan plat  lebih lemah biasanya bawah daripada magnitud lapan skala ritcher dan focusnya sedalam  25 km.
  2. Gempa bumi disempadan perselisihan bermagnitud kurang daripada 8.3 skala ritcher.
  3. Gempa bumi disempadan pertembungan boleh sampai sedalam 700 km dan bermagnitud melebihi 9 skala ritcher. Tenaga yang dibebaskan boleh bertukar  bentuk pergerakan gelombang.
  • Bagaimanapun gempa bumi yang besar berlaku sekali sekala yang boleh membawa kemusnahan dan mengorbankan ramai penduduk. Gempa Bumi berskala rendah kurang daripada 3 skala ritcher tidak membawa apa kesan kepada muka bumi. Ianya sering belaku boleh dikata setiap masa dan setiap hari cuma tidak disedari oleh manusia.

2 comments:

  1. nooraini ahmad makriNovember 28, 2011 at 6:41 PM

    cikgu macam mana nak kaitkan aantara pembentukan gunung,gelinciran dan gempa bumi

    ReplyDelete
  2. 1. LAPISAN BUMI YANG BERLIPAT ITU ADALAH GUNUNG2 LIPAT
    2. LAPISAN BUMI YANG TERGELINCIR SATU BAHAGIAN NAIK DAN SATU BAHAGIAN JATUH ITU GELINCIRAN.
    2. GUNUNG2 YANG MENGALAMI KEGIATAN AKTIVITI GUNUNG BERAPI ADALAH GUNUNG BERAPI.
    NOTE. SEMUA DI ATAS BERASAL DARI PERBENTUKAN KERAK BUMI YANG SENTIASA BERGERAK. DIGERAKKAN OLEH LAPISAN MANTEL YANG BERGOLAK KERANA IANYA ADALAH CAIR.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...