PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Monday, October 8, 2012

PERCUBAAN KELANTAN 2012 - GEOGRAFI KERTAS 2



1.      Jadual 1 menunjukkan jumlah penduduk  dan keluasan tiap-tiap negeri di Malaysia pada
tahun 2008.
Negeri
Jumlah Penduduk (‘000 orang)
Keluasan(km²)
Johor
3312
18,985
Kedah
1958
  9,425
Kelantan
1595
14,931
Melaka
  753
  1,658
Negeri Sembilan
  995
  6,646
Pahang
1513
35,960
Perak
2391
21,005
Perlis
  236
      795
Pulau Pinang
1546
   1,033
Sabah
3131
73,613
Sarawak
2452
124,449
Selangor
5071
   7,956
Terengganu
1094
 12,955
WP  Kuala Lumpur
1629
      243
WP Labuan
     87
        91

(a) Berdasarkan jadual 1 di atas,
             (i)    hitung kepadatan  penduduk negeri-negeri di Malaysia pada tahun 2008. [4]
(ii)  berdasarkan hitungan yang telah anda buat pada soalan (i), gunakan peta 1, 
      untuk melukis peta koroplet bagi menunjukkan kepadatan penduduk negeri-negeri 
      di Malaysia pada tahun 2008.  [9]
(b) Berdasarkan kepada peta yang telah dilukis, perihalkan faktor yang  mempengaruhi 
      ketidakseimbangan taburan penduduk mengikut wilayah di dalam negara Malaysia.[6]
(c)  Jelaskan kesan tumpuan dan kepadatan penduduk terhadap sumber alam 
      di sesebuah kawasan.   [6]

2. Rajah 1 di bawah menunjukkan Piramid Penduduk bagi negara Malaysia dan Singapura  pada  
    tahun 2010.
Piramid Penduduk Malaysia, 2010
Piramid Penduduk Singapura, 2010


  
(a)    Berdasarkan rajah 1, namakan bentuk piramid penduduk bagi Malaysia dan Singapura. [2]             
(b)   Bezakan ciri-ciri demografi antara Malaysia dengan Singapura pada tahun 2010. [12]
(c)    Jelaskan kesan negatif  lebihan penduduk terhadap sosio ekonomi sesebuah negara   
      yang anda kaji [11]

3. (a) (i)   Namakan tiga kawasan hutan  simpan yang terdapat  di Malaysia  [3] 
         (ii)  Jelaskan bagaimanakah  fenomena  penyahutanan  berlaku di kawasan tropika lembap.[10]
(iii)  Huraikan langkah-langkah yang boleh  dijalankan  untuk memelihara  dan memulihara
               kepelbagaian  sumber biologi  hutan di Malaysia  [12]

                                ATAU

3. Berdasarkan kajian luar yang telah anda jalankan terhadap satu jenis ekonomi primer,   
  (b) (i)  sebutkan satu aktiviti ekonomi yang dikaji dan namakan kawasan kajian anda.[2]
       (ii)  nyatakan kaedah kajian yang telah anda gunakan. [3]
(iii)  jelaskan kesan negatif kegiatan ekonomi tersebut terhadap alam sekitar fizikal kawasan
        kajian anda.[10]
(iv)  huraikan langkah-langkah bukan perundangan yang boleh diambil untuk    
        mengurangkan kesan negatif di kawasan tersebut. [10]

4. (a)  Apakah yang dimaksudkan dengan sumber tenaga alternatif?  [3]
(b) Mengapa sumber tenaga alternatif semakin penting di Malaysia pada masa kini?  [8]    
(c)  Merujuk kepada penerokaan dan penjanaan tenaga hidroelektrik di Malaysia,
(i) Huraikan faktor-faktor  fizikal yang mempengaruhi penerokaan sumber tenaga tersebut [6]        
(ii) Huraikan masalah yang dihadapi untuk membangunkan sumber tenaga hidro elektrik 
     di Malaysia. [8]

5.  Jadual 2 di bawah menunjukkan komponen perbelanjaan pelancong domestik di Malaysia pada tahun  2010.

Kompenan
Perbelanjaan
Jumlah perbelanjaan (RM juta)
Membeli belah
8,914
Pengangkutan
8,098
Makan dan minum
7,975
Penginapan
6,130
Perbelanjaan sebelum perjalanan
/ bayaran masuk
   894
Aktiviti-aktiviti lain
2,667
Jumlah
34,679

 (a) Berdasarkan jadual 2 di sebelah, lukiskan carta pai untuk menunjukkan komponen 
  perbelanjaan pelancong  domestik di Malaysia pada tahun 2010.  [10]
  (b) Nyatakan lima faktor fizikal yang  mempengaruhi  perkembangan industri pelancongan 
       di Malaysia.  [5]
  (c) Huraikan sumbangan industri pelancongan kepada pembangunan ekonomi dan sosial
       negara Malaysia . [10]

6.  (a)  Apakah yang dimaksudkan dengan proses pembandaran ?  [5]
(b)  Huraikan ciri-ciri utama sesebuah bandar raya global.    [10]  
(c)  Huraikan kesan negatif akibat aktiviti pembandaran terhadap persekitaran fizikal.[10]

7.  (a) (i)  Berikan takrifan konsep Pertumbuhan Segitiga di dalam ASEAN . [2]
          (ii) Namakan tiga kawasan Pertumbuhan Segitiga di dalam ASEAN dan nyatakan bidang
               utama  kerjasama ekonomi bagi setiap kawasan Pertumbuhan Segitiga tersebut. [6]
(b)  Pilih sebuah pakatan Pertumbuhan Segitiga  ASEAN, huraikan kelebihan yang dimiliki 
      oleh  pakatan Segitiga tersebut berbanding dengan pakatan Segitiga ASEAN yang lain. [9]
 (c) Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mempercepatkan pembangunan 
      ekonomi di kawasan Pertumbuhan Segitiga ASEAN.[8]

8.   (a)  Nyatakan kegiatan manusia yang menyebabkan kerosakan sumber tanih di sesebuah
            kawasan.     [5]
(b)  Huraikan impak kerosakan sumber tanih terhadap kesejahteraan hidup manusia. [8]
      (c)  Jelaskan langkah yang diambil untuk mengurangkan kerosakan sumber tanih di kawasan 
             bercerun curam. [12]

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...