PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Showing posts with label ATMOSFERA. Show all posts
Showing posts with label ATMOSFERA. Show all posts

Sunday, June 29, 2014

KEADAAN PANAS SEKARANG DI MALAYSIA ADALAH FENOMENA MONSUN BARAT DAYA


KUALA LUMPUR:  Cuaca panas dan kering yang melanda Malaysia ketika ini tiada kaitan langsung dengan fenomena El Nino, kata Pengarah Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan (Narc) Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah.
    
Sebaliknya beliau berkata keadaan itu berlaku disebabkan Monsun Barat Daya yang berlangsung dari pertengahan Mei lalu dan dijangka berlarutan sehingga September ini.
    
"Jadi, apa yang kita hadapi sekarang ialah fenomena cuaca lazim yang seringkali dikaitkan dengan Monsun Barat Daya iaitu kita akan mengalami musim yang lebih kering daripada biasa," katanya sambil menambah El Nino belum bermula lagi dan tiada tanda-tandanya setakat ini.
    
Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas menjadi tetamu khas untuk rakaman program Ruang Bicara terbitan Bernama TV di Wisma Bernama di sini.

    
Pada awal Mei lalu, Pejabat Kaji Cuaca United Kingdom meramalkan kemungkinan besar fenomena El Nino, yang mengakibatkan peningkatan suhu dan taburan hujan, akan melanda rantau Asia Tenggara pertengahan tahun ini.
    
El Nino adalah fenomena pemanasan suhu permukaan laut yang berlaku dalam tempoh enam bulan berturut-turut setiap dua hingga empat tahun di timur Lautan Pasifik.
    
Ia boleh menyebabkan rantaian perubahan iklim berlaku di seluruh dunia dan antara kesannya ialah hujan lebat di sesetengah kawasan sementara di kawasan lain, berlaku kemarau berpanjangan.
    
Menurut Azizan, berdasarkan 'kitaran angin' di Malaysia, musim panas dan kering itu biasa berlaku antara Jun dan Julai setiap tahun, sebelum monsun perantaraan bermula menjelang Oktober.
Sumber Berita Harian 28 Jun 2014

Catatan lanjutan fenomena panas sekarang di Malaysia.


Angin monsun di Asia dan Australia adalah sistem yang unik yang bergerak dari Kutub Utara sehingga Kutub Selatan dalam satu musim dan kemudian membalik arah pada musim berikutnya Sistem angin monsun tersebut tidak bersamaan dengan pola atmosfera global yang umum dan itulah sebabnya sifatnya unik Kajian ilmiah dewasa ini menunjukkan bahawa gelombang angin kutub yang sejuk memulakan kitaran angin monsun dalam dua jalur .

Angin Monsun Barat Daya   [ Jun - September] 
Selama tempoh ini , di hemisfera selatan adalah musim sejuk dan gelombang angin sejuk bergerak di atas Australia dan di lautan sekitarnya Berlaku sel tekanan tinggi di Australia dan angin bertiup ke arah khatulistiwa Angin ini mengumpul kelembapan dan panas ketika bertiup ke Asia Tenggara. Bahang panas dipermukaan laut di kawasan garisan lintang rendah menyebabkan angin yang bergerak ini akan kurang kelajuannya , menyebabkan Asia Tenggara kawasan keluatan mengalami suhu panas tinggi dan kering .  Di Asia musimnya adalah musim panas dan kawasan ( zon ) antartropis bergerak ke sebelah utara India, melalui China Selatan, ke Filipina Utara.  Kawasan panas maksimum ( kira-kira 40 ° C) merentang dari bahagian barat laut sub- benua India ke Timur Tengah.  Suatu sel tekanan rendah berkembang di sebelah utara India .
Pada Garis Khatulistiwa , angin yang berada di bawah pengaruh Kesan Koriolis , bertiup ke kanan dan tertarik ke arah sel tekanan rendah dan menjadi angin monsun barat-daya yang kuat dan yang membawa hujan lebat ke selatan , ke Asia Tenggara dan Timur pada masa angin itu bergerak ke arah utara Di Jepun , angin tersebut berayun ke arah timur laut dan bergerak ke arah kawasan kutub .
Angin Monsun Timur Laut [November - Februari ]
Saat ini musim sejuk di Asia Utara dan kawasan yang sangat sejuk sekali ( di bawah -40 ° C) berkisar di Siberia.  Terbang kutub yang sejuk dan sel tekanan tinggi merentang di atas sebahagian besar Asia yang bertiup ke arah khatulistiwa . Utara. Di Australia terjadi musim panas , yang dalam suatu kawasan panas maksimum ( di atas 40 °
Angin monsun yang kuat juga mempengaruhi kawasan Asia Tenggara.  Jadi , angin barat daya menyebabkan arus yang kuat di Lautan Arab dan Teluk Benggali , yang mengakibatkan arus samudera bergerak mengikut arah jam selama bulan Jun hingga September sedangkan angin timur laut menyebabkan gerak berlawanan dengan arah jarum jam di lautan ini selama bulan November hingga Februari Arus yang mengalir antara Korea dan Jepun mengalir ke arah utara selama angin monsun panas dan berbalik arah pada musim sejuk .

Saturday, January 11, 2014

CIRI-CIRI / UNSUR CUACA DAN IKLIM

 CIRI-CIRI / UNSUR CUACA DAN IKLIM

( i )    Bahangan suria ( bahangan matahari )
  • dipancarkan oleh matahari ke permukaan bumi dalam bentuk tenaga sinaran. Bekal kira-kira 99.97 % daripada jumlah tenaga yang terdapat dalam sistem atmosfera bumi
  • melalui satu siri gelombang yang dikenali sebagai gelombang elektromagnet dengan kelajuan 300 000 km sesaat.
  • mengambil masa 9.33 minit untuk sampai ke permukaan bumi 
  • dalam bentuk gelombang pendek ( 0.2 – 0.4 mikron ) yang lebih kuat. 
  • 20 kali lebih kuat daripada gelombang panjang yang dikeluarkan oleh sinaran bumi.
  • Perbezaan penerimaan tenaga matahari dari segi masa dan kawasan menyebabkan wujudnya cuaca dan iklim.



( ii )   Bahangan bumi ( bahangan terestrial )
  • merujuk kepada pembalikan semula bahang matahari oleh sebarang permukaan di bumi ke angkasa lepas.
  • dibalikkan dalam bentuk gelombang panjang yang sifatnya lebih lemah.
  • mudah untuk diserap oleh bahan-bahan yang terampai di atmosfera terutamanya wap-wap air.
  • bahang bumi yang diserap, dipantul dan disebarkan semula ke permukaan bumi akan mewujudkan  kesan rumah hijau.
  
      ( iii )  Suhu  
  •       Merujuk kepada darjah kepanasan udara di sesuatu tempat atau kawasan.
  •     Darjah kepanasan udara ini datangnya dari sinaran matahari/ bahangan                 matahari yang mempunyai tenaga haba  di dalamnyn. 
  •        Diukur dalam unit darjah celcius ( 0C ).
  •        Alat pengukurannya ialah Termometer biasa dan Termometer Six.



       ( iv )  Kerpasan 
  •     Merujuk kepada wap-wap air yang telah terpeluwap di atmosfera dan bertukar menjadi cecair atau pepejal, kemudiannya jatuh kepermukaan bumi  melalui atmosfera sama ada dalam bentuk cecair  ( hujan ) atau pepejal  ( salji, hujan batu, hujan beku ).
  •    Unit ukuran jumlah kerpasan millimeter ( mm ) alat mengukur jumlah hujan ialah Tolok Hujan.



         ( v )   Kelembapan
  •    Merujuk kepada kandungan wap air dalam udara sama ada kelembapan mutlak atau kelembapan  bandingan.     
  •     unit ukuran ialah gram per meter padu ( g/m3  ) untuk kelembapan mutlak dan peratus atau nisbah untuk  kelembapan bandingan.
  •      alat mengukur kelembapan udara ialah higrometer.



     

       








  ( vi)   Tekanan udara / atmosfera
  •   Tekanan udara merujuk kepada pengukuran beratnya atmosfera di atas satu titik pemerhatian yang  diukur dengan menggunakan Barometer dalam unit milibar  ( mb )  Tekanan atmofera disebabkan oleh udara juga mempunyai berat. Ini bermakna tekanan atmosfera berbeza mengikut lokasi dan masa kerana jumlah udara (dan beratnya) di permukaan bumi berbeza mengikut tempat dan masa. Secara kasarnya, tekanan atmosfera jatuh kira-kira 50% pada ketinggian altitud 5 km (ataupun jumlah berat atmosfera di bawah 5 km adalah separuh daripada jumlah berat keseluruhan atmosfera).



           Jenis-jenis tekanan udara
a.      Tekanan udara rendah       
  •       dikenali juga sebagai siklon / udara tidak stabil.
  •    terbentuk di kawasan yang menerima bahang matahari secara maksimum seperti  kawasan tropika lembab, sub tropika dan kawasan sederhana dunia semasa musim  panas. 
  •     udara bergerak masuk daripada sel tekanan tinggi ke kawasan sel tekanan udara  rendah ini. 
  •       garisan setekanan untuk sel tekanan udara rendah adalah lebih rapat.
  •   kawasan khatulistiwa yang menerima pancaran matahari sepanjang tahun akan mengalami tekanan udara rendah sepanjang tahun dikenali doldrum.


b.      Tekanan udara tinggi
  •   dikenali juga sebagai antisiklon / udara stabil.terbentuk di kawasan yang menerima bahang matahari secara minimum seperti kawasan sederhana dunia semasa musim dingin.
  •       Udara bergerak keluar daripada sel tekanan ini ke sel tekanan udara rendah.  
  •       Garisan setekanan untuk sel tekanan udara tinggi lebih jarang.



         
   
( vii )  Angin
  • Angin merujuk kepada udara yang bergerak akibat terdapatnya perbezaan tekanan udara antara dua tempat  dan disebabkan daya kariolis ( akibat putaran bumi di atas paksinya ) yang diukur dengan menggunakan  penunjuk arah tiupan angin untuk arah dan  anemometer untuk halaju.


         Proses pembentukan angin  
  •      terbentuk apabila terdapatnya perbezaan tekanan udara antara dua tempat atau  lebih.   
  •      apabila terdapatnya satu kawasan yang bertekanan udara rendah dan satu kawasan bertekanan udara tinggi maka akan wujud satu cerun antara kedua-dua  tempat tadi.
  •      berlaku pergerakan udara antara ke dua-dua kawasan tersebut di mana udara bergerak keluar dari kawasan bertekanan udara tinggi ke kawasan  yang bertekanan  udara rendah. Pergerakan udara antara kedua-dua tempat inilah yang menghasilkan angin.




( viii ) Litupan awan
  •      merujuk kepada titisan air halus  ( diameter 0.02 – 0.06 mm ) yang terapung di atmosfera pada masa dan kawasan yang tertentu. 
  •      terbentuk akibat daripada proses penyejukan udara di bawah takat beku ( takat mengembun ), menyebabkan wap-wap air di atmosfera terpeluwap.
  •      awan dibahagikan kepada empat jenis mengikut ketinggian atau bentuknya iaitu awan tinggi, awan pertengahan , awan rendah dan awan tegak.
  •      contoh awan ialah awan sirus ( awan tinggi ), awan altokumulus ( awan pertengahan ),  awan stratus ( awan rendah ), dan awan kumulonimbus ( awan tegak ). 



KONSEP CUACA DAN IKLIM
















Konsep cuaca dan iklim

Cuaca   :  Keadaan atmosfera di sesuatu tempat yang      
                tertentu ( terhad ) dalam  masa yang    
                tertentu ( 24 jam ).

Iklim  :     Keadaan atmosfera di sesuatu tempat / kawasan 
                yang luas dan dalam jangka masa yang  panjang
                iaitu dalam masa 30 atau 35 tahun.


Perbezaan iklim dan cuaca dari segi masa dan ruang keluasannya.


            Cuaca dilihat dalam tempoh masa yang pendek dan ruang yang kecil (kawasan setempat seperti cuaca di Bandar KL) manakala iklim dilihat dalam tempoh masa yang panjang dan ruangnya adalah luas (seperti iklim sebuah Negara, Wilayah, Benua).

Penggunaan ungkapan Cuaca.
  1. Ramalan cuaca semua negeri-negeri di Malaysia hari ini seperti di dalam radio maupun TV. 
  2. Laporan cuaca beberapa ibunegara dunia. 
  3. Bagaimana cuaca ditempat awak sekarang?

Penggunaan ungkapan Iklim.
  1. Iklim di benua Asia adalah pelbagai dari iklim tropika hinggalah ke Tundra.
  2. Iklim negara Turki adalah jenis Mediterranean sederhana panas.
  3. Apakah iklim negara Malaysia? jawapannya adalah iklim tropika lembap dimana Malaysia mengalami iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...