PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts
Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts

Friday, May 1, 2015

KHASIAT BUAH ZAITUN

BUAH ZAITUN: KHASIAT DAN KEISTIMEWAANNYA - INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA - IKIM

"Demi buah tiin dan zaitun. Dan Gunung Tursina". (Surah at Tiin ayat 1 dan 2). Allah telah menyebut di dalam Al Quran berkenaan dengan buah zaitun. Ini menunjukkan buah zaitun juga memiliki banyak keistimewaan tersendiri yang jarang diketahui dan diselidiki. 
Di dalam Al Quran, buah zaitun disebut sebanyak 7 kali di mana sebanyak 2 kali, ia di sebut bersendirian dan 5 kali lagi ia digambarkan dalam Al Quran bersama dengan buah- buahan lain seperti tamar, delima, anggur dan buah tiin.
Gambaran ini menunjukkan betapa banyaknya khasiat buah zaitun sepertimana buah- buahan lain yang mendatangkan kebaikan kepada kehidupan manusia sejagat. Buah zaitun atau nama botaninya dikenali sebagai olea europea ditanam di kawasan Meditranean tetapi tempat penanaman yang paling utama ialah Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia dan Morocco.
Di dalam surah an Nur ayat 35 juga Allah menyebut tentang buah zaitun yang mana ulama seperti Maulana Majid, Maulana Maudoodi, Maulana Usmani, Maulana Haqqani dan Abdullah Yusuf Ali memberi pentafsiran dan pandangan yang sama merujuk kepada tempat dan taburan penanaman buah zaitun. Dunia moden pada hari ini, melalui kajian- kajian sains semasa mengiktiraf khasiat buah zaitun. Minyak zaitun mempunyai nilai yang tinggi dalam bidang perubatan.Seandainya minyak zaitun diambil sebagai bahan makanan, ia bertindak sebagai penambah zat makanan, mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun. Ia akan membantu pesakit gastrik dan juga yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang. Jika minyak zaitun diambil sebagai sapuan luaran, ia bertindak sebagai pelicin dan pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis seterusnya dapat meremajakan kulit.
Menurut Tarmizi dan Ibn Majah, Nabi Muhamad SAW bersabda, " Makanlah minyak zaitun, dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati".Dari sudut pandangan sains pemakanan, minyak zaitun mengandungi asid lemak tidak tepu yang dikelaskan sebagai "monounansaturated" yang mampu merendahkan kolesterol berbahaya di dalam darah.
Satu kajian yang telah dijalankan oleh pakar- pakar kesihatan di Institut Sains Kesihatan, Universiti Oxford melihat perkaitan antara kanser dan pemakanan seseorang. Didapati bahawa negara yang mengamalkan pengambilan daging yang kerap dan rendah dalam pengambilan sayur- sayuran mempunyai risiko dan kes penyakit kanser yang tinggi tetapi pengambilan minyak zaitun akan mengurangkan kadar kes tersebut.
Dalam Annals of Oncology (10 Januari 2005) menyatakan pakar- pakar sains mendapati diet Meditranean yang kaya dengan minyak zaitun akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser payudara kerana kandungan ‘oleic acid' yang terdapat didalamnya.

Menurut Imam Ibn Qayyim Al Jauziyyah, mutu minyak zaitun adalah bergantung kepada pokok yang mengeluarkannya. Sebagai contoh, jenis yang terbaik adalah minyak zaitun yang dikeluarkan daripada buah yang masak, manakala minyak daripada buah zaitun yang belum masak adalah bersifat sejuk dan kering. Buah zaitun yang telah masak ranum, lebih cenderung menjadi panas dan mengurai. Oleh itu, jika ia diproses menggunakan air akan menjadikannya kurang panas, bertindak dengan lembut dan lebih berkhasiat. 

Walaubagaimanapun, semua jenis minyak zaitun akan melembutkan kulit serta melambatkan proses penuaan. Di samping itu, minyak zaitun dapat melawan racun di dalam badan dengan bertindak sebagai ‘laxative' dan menyingkirkan cacing di dalam badan.
Melihat kepada keadaan dan tahap kesihatan masyarakat kita sekarang, penyakit jantung yang dikenali sebagai pembunuh secara senyap semakin meningkat. Namun begitu, pengambilan minyak zaitun mungkin dapat mencegahnya kerana ia kaya dengan bahan ‘phenol'.

Bahan ini mempunyai bahan antioksidan yang tinggi di samping mampu mencegah proses radang dan pembekuan darah. Oleh itu, pengambilan minyak zaitun amat bermanfaat untuk mencegah seseorang daripada menghidapi penyakit jantung. Di samping itu, mutakhir ini, manfaat minyak zaitun untuk kecantikan seringkali dihebahkan di dada akhbar mahupun media elektronik. Ini kerana, banyak syarikat kosmetik yang menggunakan minyak zaitun sebagai bahan asas ramuan dalam pembuatan barangan kecantikan. 
Oleh itu, sememangnya kelebihan minyak zaitun tidak dapat dinafikan lagi.Kelebihan minyak zaitun boleh dilihat dalam situasi yang paling dekat dengan kehidupan kita di mana penggunaannya sebagai minyak masak. Walaupun banyak pendapat mengatakan bahawa makanan yang dimasak atau digoreng menggunakan minyak zaitun tidaklah sesedap makanan yang digoreng dengan menggunakan minyak kelapa sawit, namun ia ada kelebihan tersendiri dari sudut kesihatan. 
Minyak masak selain yang berasaskan buah zaitun apabila digunakan berulang kali menyebabkan jumlah kolesterol teroksida dan menjadi tepu serta tidak elok untuk kesihatan. Kesannya dapat dilihat apabila minyak tersebut memerangkap sisa makanan dan berubah warna dan bau. Namun berbeza dengan minyak zaitun kerana ia boleh digunakan berulangkali, tidak akan mengalami proses pengoksidaan dan menjadi tepu serta tidak akan berubah dari segi warna dan bau. Setelah makan makanan yang digoreng menggunakan minyak zaitun, perut akan terasa ringan dan puas sehingga seseorang akan berhenti makan sebelum kenyang. Ini adalah kerana kesan daripada penguraian tenaga di hati oleh minyak zaitun yang mempunyai banyak kandungan zat yang bermanfaat.
Oleh itu, tidak dapat disangkal lagi akan keistimewaan buah zaitun yang daripadanya boleh menghasilkan pelbagai jenis barangan dengan teknologi yang ada pada masa kini untuk kegunaan ramai. Sehubungan dengan itu, daripada Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda " Ambillah minyak zaitun dan sapulah ke kulitmu. Ia membantu mengubat tujuh puluh (beberapa) penyakit dan juga Juzam (kusta). 
Dengan ini, tidak hairanlah, ramai yang mengetahui akan kelebihan buah zaitun, memanfaatkannya sebagai bahan untuk kegunaan asas seperti minyak masak, minyak rambut, barangan kecantikan, sabun dan juga dijadikan sebagai makanan tambahan. Justeru, khasiat yang terdapat pada buah zaitun merupakan anugerah Allah ke atas hamba- hambaNya yang amat bernilai untuk dimanfaatkan kerana bukan sahaja buah zaitun disebut di dalam Al Quran, malah pakar- pakar sains dunia juga mengiktiraf akan keistimewaannya.
 Ditulis oleh Norkumala binti Awang. 

Tuesday, March 25, 2014

WHO - PENCEMARAN UDARA MENYEBAB 7 JUTA KORBAN PADA TAHUN 2012

Fail gambar menunjukkan pencemaran udara di Seoul, Korea Selatan.
Fail gambar menunjukkan pencemaran udara di Seoul, Korea Selatan.
Pencemaran udara menyumbang kepada tujuh juta kematian di seluruh dunia pada tahun 2012, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata.
Dalam laporan yang diterbitkan pada hari Selasa, agensi kesihatan PBB berkata bahawa udara tercemar adalah punca kira-kira satu dalam lapan kematian dan kini telah menjadi risiko kesihatan alam sekitar yang terbesar di dunia.

Kematian yang biasa dengan pencemaran udara, penyakit jantung, strok atau penyakit kronik pulmonari obstruktif.  Ia juga dikaitkan dengan kematian akibat kanser paru-paru dan jangkitan pernafasan akut, tambahnya.

Maria NEIRA, ketua jabatan kesihatan awam alam sekitar dan sosial WHO, memberi amaran terhadap risiko daripada pencemaran udara, berkata mereka kini jauh lebih besar dari yang difikirkan. "Bukti-bukti yang mengisyaratkan keperluan untuk tindakan bersepadu untuk membersihkan udara yang kita semua bernafas," tambah beliau.

Negara-negara di Asia Selatan, Asia Tenggara dan Asia Timur kebanyakannya terjejas, dengan 3.3 juta kematian dikaitkan dengan pencemaran udara dalaman dan 2.6 juta kematian kepada pencemaran udara luar pada tahun 2012. WHO menyalahkan dasar tidak mapan dalam sektor pengurusan pengangkutan, tenaga dan bahan buangan, termasuk industri.

Badan kesihatan PBB telah menggesa kerajaan dan agensi-agensi kesihatan untuk merangka dasar-dasar yang sesuai untuk mengurangkan risiko disebabkan oleh pencemaran udara, terutama bagi kanak-kanak  dan warga tua. Pencemaran dalaman kebanyakannya disebabkan oleh penggunaan bahan untuk memasak seperti arang batu, kayu dan biojisim dapur, manakala pencemaran luar adalah disebabkan oleh pengangkutan, penjanaan tenaga, pelepasan industri, pertanian dan pemanasan kediaman.

Sumber PressTV.
.

Thursday, October 3, 2013

Kisah Ilmuan Peluk Islam Setelah Mengetahui Bakteria Dalam Air Liur Anjing


Setelah Mengetahui Bakteria Dalam Air Liur Anjing, Seorang ilmuan besar yang mendalami bidang bakteria berkunjung ke Mesir untuk mensekolahkan anaknya dan dia sendiri memperolehi pekerjaan dalam bidangnya tersebut. Pada suatu hari dia membaca buku hadith yang berkaitan dengan masalah kesihatan. Tiba-tiba dia tidak percaya ketika membaca hadis Nabi saw,

“Jika seekor anjing menjilat perkakas rumah salah seorang di antara kamu, maka cucilah alat (tempat) itu tujuh kali, satu kali di antara yang tujuh itu dicampur dengan tanah ..”

Sejenak dia berdiam menatap hadis itu. Dalam dirinya mula timbul soalan-pert anyaan: Perintah mencuci tujuh kali itu memang perlu dilakukan, dan merupakan kewajipan, namun mengapa Nabi masih menyuruh membasuh tempat itu satu kali dengan tanah? Tidakkah dengan memakai air sahaja sudah cukup?

Soalan itu terus mengganggunya. Kemudian dia mengambil sebuah alat rumah dan membiarkannya dijilati anjing. Lalu mencucinya dengan air tujuh kali. Selepas itu ia teliti dengan menggunakan mikroskop, dan yang terlihat: Berjuta-juta bakteria masih melekat di tempat itu. Bermakna mencuci dengan air tidaklah cukup untuk menghilangkan bakteria atau kuman-kuman penyakit anjing yang melekat ditempat tersebut.

Sekarang dia cuba sekali lagi, mencuci tempat itu dengan debu tanah. Dan setelah diteliti, ternyata, kuman-kuman telah hilang seluruhnya.

Louis Pasteur
Soalan yang timbul dibenaknya sekarang: Siapa yang memberitahu hal ini kepada Muhammad? Padahal penemuan rahsia bakteria baru diketemukan oleh Louis Pasteur (27 Disember 1822 – 28 September 1895) ialah seorang ahli kimia berbangsa Perancis yang masyhur kerana kejayaan cemerlang beliau dalam mikrobiologi. Eksperimen-eksprimen beliau mengesahkan teori kuman penyakit, yang juga mengurangkan kematian akibat demam kelahiran anak. Selain itu beliau mencipta vaksin pertama untuk penyakit anjing gila. Beliau paling dikenali ramai kerana menunjukkan cara menghalang susu dan wain daripada menjadi masam - maka nama proses ini dinamakan pempasteuran. Beliau dianggap sebagai salah seorang daripada tiga orang pelopor bakteriologi, bersama dengan Ferdinand Cohn dan Robert Koch. Beliau juga melakukan banyak penemuan dalam bidang kimia, terutamanya ketidaksimetrian hablur.



Bukankah jauh sekali jarak antara Muhammad dengan Pasteur? Bermakna penemuan Pasteur hanyalah mengulang penemuan lama, di mana Muhammad telah mengetahui bahawa bakteria atau kuman penyakit itu ada pada anjing dan dapat dihilangkan hanya dengan menggunakan debu dan dibasuh dengan air enam kali. Siapa yang memberitahu hakikat ilmiah ini kepada Muhammad?

Subhanallah, Allah SWT lah yang memberi petunjuk kepada Nabi Muhammad SAW, segala hal yang bermanfaat bagi umatnya.

Dan akhirnya keyakinan ilmuan tersebut mengukuhkannya untuk masuk Islam bersama puterinya yang kala itu ikut bersamanya ke Kaherah.

Maha Suci Allah, yang atas kurnia dan rahmatNya terbukalah setiap jalan kebaikan ..

Wallahu a’lam bishawab

sumber: halimislam.com

Tuesday, July 2, 2013

KEPENTINGAN DAN PENGGAJAAN BUAH PINGGAN

Gray1120-kidneys.png
Buah pinggang atau ginjal merupakan organ rumit yang memiliki pelbagai peranan biologi. Peranan utamanya adalah bagi mengekalkan imbangan homeostatik cecair badan dengan penapisan dan penyingkiran metabolit (seperti urea) dan galian dari darah dan menyingkirkannya, bersama air, sebagai kencing. Oleh kerana buah pinggang bersedia untuk mengesan kepekatan ion seperti sodium, potasium, hidrogen, oksigen, dan sebatian seperti asid amino, kreatinina, bikarbonat, dan glukos dalam plasma ia merupakan pengawal penting bagi tekanan darah, metabolite glukos, dan eritropoiesis (poiesis - di mana sel darah merah (eritrosit) dihasilkan).

Secara umumnya, manusia mampu hidup normal dengan hanya satu buah pinggang, kerana setiap satu memiliki tisu renal berfungsi lebih dari yang diperlukan bagi terus hidup. Hanya apabila fungsi atau tisu buah pinggang menurun dengan banyaknya Sakit Buah Pinggang Kronik Tahap 5 akan terbentuk. Jika kadar penapisan glomerular (ukuran fungsi ginjal) jatuh amat rendah ( Sakit Buah Pinggang Kronik Tahap 5), atau jika kegagalan fungsi renal mendorong kepada simptom teruk, kemudian rawatan penggantian renal diindikasikan, sama ada melalui rawatan dialisis atau pemindahan buah pinggang.

ISU YANG DIBINCANGKAN.
Hari ini saya nak kongsikan menganai kesihatan buah pinggang di mana buah pinggang adalah salah satu organ dalam tubuh yang sangat penting dan organ ini juga adalah organ yang mudah rosak biarpun hanya meminum minuman yang berperisa.di bawah ini merupakan tips atau cara penjagaan buah pinggang.dan itu pun kalau anda nak buah pinggang anda sihat kalau tak sila abaikan ok!..

Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram, buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.

Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei).

Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick, dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.

Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

Tuesday, June 18, 2013

KELEBIHAN DAGING KAMBING






















































Kambing dipelihara di seluruh Malaysia sebagai haiwan ternakan. Terdapat juga kambing yang tinggal di kawasan berbukit yang dikenali sebagai kambing gurun. Kambing gurun merupakan haiwan dilindungi.

Kambing merupakan haiwan pemakan daun atau maun. Makanan utama kambing adalah rumput, kekacang, daun-daun dan pucuk pokok. Seekor kambing dewasa memerlukan 4 - 5 kg rumput segar sehari. Penjagaan makanan yang betul perlulah diberikan, ia kerana kebanyakan penyakit yang menghidap pada kambing adalah berpunca daripada makanannya sendiri. Oleh yang demikian, pemberian makanan yang seimbang perlulah difahami agar kesihatan dan kecergasan kambing dapat sentiasa dikekalkan. Jenis-jenismakanan yang boleh diberikan perlulah dirujuk terlebih dahulu dengan penternak yang telah sedia ada. Ia kerana, makanan yang diberikan oleh setiap penternak dan kandang adalah berbeza.

Entah mengapa ramai kalangan kita memilih untuk menolak sajian daging kambing yang sering dipersalahkan sebagai penyebab masalah kolestrol dan darah tinggi yang kemudian membawa kepada penyakit jantung. Sedangkan pada masa kini, kambing merangkumi 63 peratus daging yang dimakan di seluruh dunia, termasuk menjadi sumber protein utama di banyak negara Arab dan Afrika Utara, selain penting di rantau Asia Tenggara, kepulauan Caribbean dan kawasan tropika yang lain. 


Di Barat pula, daging kambing makin mendapat publisiti meluas sebagai sumber protein yang lebih menyihatkan berbanding daging lembu, malah terdapat kajian yang menyatakan ia lebih sesuai untuk dimakan oleh penghidap masalah berkaitan jantung. 
Kumpulan penyelidik dari Sistem Kerjasama Pendidikan Lanjutan Alabama (Alabama Cooperative Extension System-ACES) yang terdiri daripada Universiti Alabama dan Universiti Auburn misalnya, turut mengadakan program pendidikan awam yang mempromosi daging kambing sebagai makanan yang lebih sihat.

KOMPOSISI KHASIAT
Kajian ACES berkenaan khasiat daging kambing matang berbanding lembu, kambing muda, bebiri, khinzir dan ayam mendapati bahawa daging yang dihasilkan oleh kambing adalah lebih pejal dan mengandungi komposisi khasiat yang lebih baik.
Kesimpulan utama yang mereka dapati ialah kambing mengandungi paras kolestrol dan lemak tepu yang jauh lebih rendah berbanding daging lain, menjadikan ia sebagai pilihan makanan alternatif daging merah terbaik.
Dengan menggunakan potongan daging seberat tiga auns atau 85 gram, didapati kambing hanya mempunyai 2.6 gram kandungan lemak berbanding lembu yang mempunyai 7.9 gram lemak, kambing muda (lamb) (8.1 gram), khinzir (8.2 gram) dan ayam (6.3 gram). 
Melihat dari segi kalori pula, kambing mempunyai 122 kalori (kal), berbanding lembu (179 kal), kambing muda (175 kal), khinzir (180 kal) dan ayam (162 kal).
Selain itu, kandungan lemak tidak tepu kambing jauh lebih tinggi berbanding daging jenis lain, ini adalah baik untuk pemakanan manusia memandangkan lemaktak tepu membantu merendahkan risiko penyakit jantung dan strok. 
Kebaikan lain yang menjadikan daging kambing sebagai sumber protein ideal ialah ia mengandungi semua jenis asid amino yang diperlukan tubuh serta kandungan zat besi yang tinggi dan mampu membantu penghidap anemia. 

BAIK UNTUK JANTUNG
Kajian klinikal oleh Universiti Harvard pula, mengesahkan bahawa lemak tepu adalah lemak tidak sihat yang meningkatkan risiko pelbagai penyakit kardiovaskular, sedangkan lemak tidak tepu bagus untuk membantu membaiki paras kolestrol, melegakan keradangan, menstabilkan rentak jantung dan banyak lagi kebaikan yang lain. 
Mereka turut mendapati bahawa lemak tepu menyebabkan paras kolestrol tidak baik meningkat dalam darah sedangkan lemak tidak tepu pula membantu mengurangkan keburukan itu dengan menaikkan paras kolestrol baik. 
Keburukan utama kolestrol tidak baik dalam darah ialah kemampuannya untuk melekat di dinding salur arteri dan menyebabkan plak yang menjadikan ruang salur darah sempit atau tersekat, yang seterusnya menyebabkan serangan jantung atau strok. 
Lantas penemuan itu mengukuhkan lagi keyakinan ACES bahawa daging kambing membantu mengurangkan paras kolestrol dalam darah, mengurangkan risiko atherosklerosis dan penyakit jantung menjadikannya sesuai dimasukkan ke dalam diet jantung sihat. 
Sebagai galakan pemakanan daging kambing, ACES turut menggaris dua peraturan asas menyediakan masakan berasaskan kambing. 
"Ini termasuk gunakan suhu rendah kerana suhu yang terlalu panas akan menyebabkan daging kambing cepat liat, peraturan kedua pula ialah memasak daging di dalam kelembapan seperti peraman (marinade) basah sebelum dimasak ataupun masakan berkuah seperti kari atau stew," lapor mereka. 

SUSU BERKHASIAT
Semua kelebihan daging kambing dari segi kesihatan itu turut diakui oleh penyelidik dari Jabatan Pertanian Universiti Bab*****, Nigeria. 
Malah, kumpulan penyelidik itu menekankan kepentingan nilai nutrisi kambing dalam aspek pengurusan kesihatan manusia sebagaimana yang dilaporkan menerusi artikel mereka yang diterbitkan dalam Jurnal Pertanian dan Kajihayat Amerika Utara. 
Antara lain, artikel itu menyebut bahawa di Okinawa Jepun misalnya, ibu hamil dan yang baru bersalin digalakkan memakan daging kambing untuk menguatkan fizikal dan mengatasi keletihan. 
Ia turut membincangkan kepentingan susu kambing yang mempunyai komposisi yang lebih unik iaitu globular lemak yang lebih kecil dan mudah dihadamkan berbanding susu lembu. 
"Sifat itu membolehkan susu kambing digunakan untuk merawat masalah alergi pada susu lembu, menjadikannya susu alternatif terbaik dan sangat penting kepada bayi, orang dewasa dan juga ibu yang menyusukan bayi," tambah laporan itu.
Selain itu, mereka mendapati kandungan zat mineral susu kambing adalah lebih tinggi berbanding mamalia lain menjadikannya amat berguna untuk merawat penyakit anemia yang diakibatkan oleh kekurangan zat besi dan penyakit tulang rapuh selain dilaporkan berguna dalam rawatan kencing manis.
Artikel itu turut menjelaskan kebaikan susu kambing untuk kesihatan kulit, khususnya untuk membantu merawat penderita masalah seperti psoriasis, ek zema atau jerawat.
" Pakar dermatologi biasanya menggalakkan pesakit menggunakan sabun pembersih berpelembab berasaskan susu kambing untuk membantu melegakan kulit kering dan gatal dan seterusnya menyembuhkan penyakit kulit," lapornya. 

POTENSI PENTERNAKAN
Memandangkan terdapat banyak bukti saintifik berkaitan khasiat dan kebaikan daging serta susu kambing yang semakin diketahui ramai, maka tidak mustahil permintaan bekalan global akan melonjak naik dalam waktu terdekat. 
Malaysia dilihat amat berpotensi untuk muncul sebagai pengeluar kambing bagi memenuhi permintaan itu berdasarkan kesesuaian keadaan iklim negara yang panas dan lembab sepanjang tahun. 
Penternakan kambing meskipun dimulai secara kecil-kecilan tetap mampu mencapai kejayaan yang tinggi memandangkan kambing matang dengan cepat dan membiak seawal usia lapan bulan. 
Lagipun, pemakanan kambing tidak cerewet dan boleh dibiarkan bebas meragut rumput dan tumbuhan renek belukar di kawasan kampung selain najisnya yang lebih kecil dan tidak sebusuk najis lembu.
Walaupun satu ketika dulu, penternakan kambing di Malaysia lebih sinonim dengan kaum India yang memang gemarkan sajian kambing terutamanya masalla, trend itu mula berubah kebelakangan ini. 


Kini, semakin ramai pengusaha muda Melayu termasuk lepasan ijazah yang menjadikan kambing sebagai sumber rezeki khususnya bagi memenuhi permintaan untuk majlis akikah dan Hari Raya Aidiladha. 
Tambahan pula, kerajaan telah banyak mengadakan pelbagai galakan untuk pengusaha muda membangunkan diri menjadi usahawan kambing yang berjaya sekaligus memajukan industri penternakan kambing untuk membantu menjana ekonomi kawasan luar bandar. I
ni sekaligus menggalakkan percambahan ladang penternakan dari pelbagai baka dan hibrid kambing, menyediakan pelbagai peluang kerja kepada anak muda dan membantu menjana ekonomi luar bandar tanpa banyak risiko.

Wednesday, January 9, 2013

KELEBIHAN GARAM

Garam bukit dilombong di Banjaran Himalaya.
Garam, juga dikenali sebagai garam makan atau garam batu, ialah sejenis galian yang komponen utamanya ialah natrium klorida. Ia penting untuk kehidupan manusia dan haiwan dalam kuantiti kecil, namun berbahaya jika berlebihan. Rasa garam (masin) merupakan salah satu daripada rasa asas manusia. Garamlah yang menyebabkan laut terasa masin.

Garam dari sejatan air laut oleh pemanasan matahari di Thailand
Terdapat pelbagai jenis garam, ada garam dari penyejatan air laut ( garam putih yang biasa digunakan oleh manusia ), terdapat juga garam bukit  atau garam batu ialah bentuk galian natrium klorida (NaCl). Ianya membentuk hablur kiub. Biasanya tidak berwarna atau putih, galian ini boleh juga berwarna biru, ungu, merah, merah jambu, kuning, jingga dan kelabu bergantung kepada jenis dan jumlah bendasing. Ada juga garam kristal yang dilombong di bawah tanah seperti di Poland dan beberapa negara Arab.

 Kebanyakan garam digunakan sebagai garam makan, dan berfungsi sebagai penyedap makanan namun sejak akhir-akhir ini garam juga digunakan dalam industri perubatan. Sebagai contoh, kebanyakan garam digunakan untuk menawarkan sesuatu komposisi kimia yang berlebihan dalam badan pesakit.
Garam Bukit @ Batu
Garam juga merupakan satu komposisi kimia yang berupaya untuk dijadikan sebagai bahan dagangan. ini adalah kerana garam pada masa kini merupakan satu bahan yang amat diperlukan sama ada digunakan dalam bidang perubatan, pertanian mahupun dalam bidang pembuatan makanan.
Pada masa dahulu iaitu pada zaman Yunani, Tentera Yunani ( askar Greek ) dibayar gaji menggunakan garam kerana harga garam adalah sangat mahal. Tradisi Yunani inilah yang mula membayar gaji tentera dari situlah kata nama 'gaji' dalam bahasa Inggeris dicipta iaitu 'salary' yang diambil daripada perkataan Latin yang bermaksud 'garam'
Selain itu, pada zaman penjajahan Jepun ke atas Tanah Melayu pada awal 1940-an, garam juga boleh dikategorikan sebagai barang mewah. Ini adalah sesebuah rumah ataupun keluarga boleh dianggap mewah dan berada jika mempunyai garam kerana pada masa itu garam amat sukar untuk diperolehi. 
Garam Kristal

Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun. 

.Apabila dipenjarakan, mereka ( penentang ) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam. Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan. 

Dari Abdullah Bin Umar ” Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam” Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda ” Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam .

Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam.  Antaranya:

1. Penyakit Ghaut – timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut ( tepi pantai ) 1 – 2 jam kemudian mandi air laut.

2. Kalau tinggal di bandar seperti , goreng 1 – 2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam di bahagian yang bengkak atau sakit. Garam itu dibungkus dengan kain.

3. Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh sendi, sakit kepala, senggugut. Kalau sakit lelah demah/tuam pada tapak kaki.

4. Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan

5. Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat seperti bertani, bersukan dan seumpamanya – minum air suam dan sedikit garam.

6. Cuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi. 


Petua berdasarkan kajian

1.  Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).

2.  Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

3.  Merawat cirit-birit. Ia boleh diubati dengan meminum air yang dicampur sedikit garam.

4.  Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

5.  Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa / angin. Pengembara atau pelancong yang akan berjalan jauh terutama ke negara-negara beriklim sejuk atau panas akan mengalami alahan terhadap hawa / angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.

Tuesday, December 18, 2012

SAFRON @ ZAFARAN

Stigma yang warna merah yang paling berharga
Ramai orang tertanya, apakah itu zafaran / Safron?

Seingat saya datuk saya pernah menggunakan safron untuk mengubati orang yang sakit akibat hasutan Jin /Syaitan, atau orang mula-mula nak jadi gila atau bodoh. Beliau menggunakan air safron ini untuk menulis ayat-ayat AlQuran di atas pinggan tembikar putih, dan dibaca ayat-ayat Al Quran. Kemudian dituang dengan air bacaan Yassin @ Air zam-zam dan diberi minum kepada orang yang sakit. 

Safron @ Zafaran atau koma-koma merupakan sejenis rempah (Crocus sativus). Safron merupakan antara rempah yang termahal di dunia. 
Macam pokok bawang
Safron berasal dari perkataan Arab bermaksud kuning, sejenis tumbuhan herba daripada kumpulan eloridaccesi adalah antara khazanah alam termahal di dunia. Herba yang digelar 'Emas Padang Pasir' ( Gold of the Desert ) juga dikenali sebagai 'Spice King', 'Spice Queen', 'Vegatable Gold', dan 'Flower of Love'. Ianya memang terkenal dengan khasiat serta kuasa pengubatnya sejak dari dulu lagi. Justeru itu disamping warnanya yang cukup menarik serta baunya yang harum maka ianya digunakan secara meluas dalam pemakanan, kecantikan dan perubatan.
Safron berwarna kuning keemasan dan diambil dari sekuntum bunga yang berwarna ungu. Pokoknya berasal dari Timur Tengah, Greece, Turki, Iran dan Kashmir. Biasanya safron boleh didapati di pasar-pasar di Morocco, Iran dan semasa saya di Mesir banyak terdapat jualan safron di sana.

Stigma Safron bernilai ribuan ringgit sekilo
Sehektar tanah hanya mampu menghasilkan lima hingga tujuh kilogram safron kering.  Oleh sebab itu, safron sangat tinggi nilainya. Safron ini juga telah digunakan pada zaman Rasulullah lagi bagi menguatkan daya ingatan. Iran merupakan pengeluar terbesar dan paling berkualiti. Stigmanya yang berwarna merah adalah paling berharga. Lebih 200,000 ulas stigma diperlukan untuk menghasilkan 1kg dan harganya mencecah berpuluh ribu bagi sekilo. Ia digunakan dengan meluas dalam bidang perubatan, masakan, perusahaan minyak wangi, alat solek, bahan pewarna dan dakwat. Safron kaya dengan karbohidrat, minerals, mucilage serta vitamin B1 dan B2 (riboflavin dan tiamin), disamping banyak lagi bahan lain yang berkhasiat farmaseutikal. Struktur asas saintifik safron, crocin menghasilkan warna, picrocrocin menghasilkan citarasa dan safranal menghasilkan aroma.

CARA PENYEDIAANNYA:-

  • MASUKKAN SEDIKIT/SECUBIT KEDALAM AIR YANG TELAH DIMASAK DALAM JAG DAN BOLEH DIMINUM OLEH SEISI KELUARGA. JADIKAN AMALAN HARIAN.
  • MASUKKAN KEDALAM NASI YANG SEDANG DITANAK UNTUK MENDAPAT WARNA DAN AROMANYA.
  • BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI PEWARNA ASLI UNTUK KUIH-MUEH, KEK, ICECREAM DLL.
  • BOLEH DIGUNA UNTUK APA SAHAJA YANG BERSESUAIAN.


KHASIAT2 ZAFRAN ADALAH SEPERTI BERIKUT :
  • Untuk orang yang mengalami strok atau lumpuh. (sakit baru atau lama)
  • Untuk orang yang tiada selera makan. (sakit baru atau lama)
  • Wanita Iran menuai bunga safron.
    Untuk orang menghidap lelah (asma) yang sentiasa bergantung pada penyedut gas. (sakit baru atau lama.
  • Untuk orang yang mengalami masalah penghadaman.
  • Untuk orang yang kebas-kebas hujung jari dan tapak kaki dan lenguh-lenguh sendi.
  • Amat baik untuk orang menghidap penyakit gout. (sakit baru atau lama)


  • Untuk orang yang susah bangun pagi, malas bangun dan badan rasa berat sewaktu bangun dari tidur.
  • Amat baik untuk wanita selepas bersalin, mengembalikan tenaga dan keremajaan dalaman.
  • Untuk orang yang sering sakit kepala atau migrain. (sakit baru atau lama)
  • Untuk orang yang menghidap sakit-sakit sendi atau rheumatism. (sakit baru atau lama)
  • Untuk orang yang menghidap diabetis. (peringkat awal atau peringkat kritikal)
  • Untuk orang lelaki yang mengalami penyakit mati pucuk. (sakit baru atau lama)
  • Untuk orang yang alah kepada makanan laut. (seafood)
  • Bersin dan selsema setiap kali bangun tidur dan banyak lagi penyakit lain akan dibongkar selepas pengambilan  zafaran ini.
  • Mampu merawat jerawat dan penyakit kulit.
  • Mengandungan antioksida yang tinggi.
  • Melembutkan kulit dan mencegah jeragat.
  • Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan (dengan meletakkan 2 atau 3 urat filamen safron ke dalam susu-kepercayaan rakyat India.)
  • Merangsang pertumbuhan sel-sel otak manusia.
  • Menurunkan tekanan darah.
  • Merawat bengkak hati atau hepatitis A dan B.
  • Menambah tenaga dan meningkatkan daya imunisasi badan.
  • Mengatasi masalah kitaran haid yang tidak teratur.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...