PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Wednesday, June 20, 2012

AWAN MENAUNGI PULAU SEPERTI TOPI

Litla Dimun adalah sebuah pulau kecil di antara pulau-pulau Suouroy dan Dimun Stora di Kepulauan Faroe dalam pemerintahan kerajaan  Denmark. Ia adalah yang terkecil daripada 18 pulau-pulau utama, menjadi kurang daripada 100 hektar (250 ekar) di kawasan, tidak berpenghuni kecuali bebiri dan burung. Salah satu ciri yang paling menonjol pulau ini adalah bahawa ia sering diliputi  awan jenis  lenticular  kerana ianya berbentuk seperti kanta. Awan lenticular sentiasa bergerak dan apabila terbentuk di puncak gunung atau pulau-pulau, seperti Litla Dimun, kelihatan seperti topi Hakim.

Ketika musim sejuk
Ketika musim panas

Pemandangan dari Jeti Smyril Ferry

Friday, June 15, 2012

KULIAH 2 - SISTEM SURIA


Objektif Pengajaran dan Pembelajaran:

(a) Menerangkan sistem suria dalam Galaksi Bima Sakti, dan sistem bumi sebagai satu  
      planet yang memperoleh tenaga dari matahari.
(b) Menyatakan bumi sebagai satu planet berbentuk sfera; 
(c) Menerangkan putaran bumi di atas paksinya yang condong dan peredarannya 
      mengelilingi matahari; 
(d) Menjelaskan kesan putaran dan peredaran bumi; 
(e) Menjelaskan kejadian empat musim dan pengaruhnya terhadap unsur fizikal dan 
      aktiviti manusia.

KONSEP SISTEM SURIA
1. NEBULA
Nebula (Latin: “awan”) merupakan awan antara bintang yang terdiri daripada debu, gas, dan plasma. Pada awalnya nebula merujuk pada nama umum yang diberikan untuk semua objek astronomi yang terbentang di langit, termasuk galaksi di luar Bima Sakti (beberapa contoh penggunaan nama lama masih digunakan seperti Galaksi Andromeda dirujuk sebagai Nebula Andromeda sebelum galaksi ditemui oleh Edwin Hubble).
Antara nebula yang wujud ialah:
NEBULA MATA KUCING
1. Cat’s Eye Nebula (Nebula Mata Kucing).
2. Horse Head Nebula (Nebula Kepala Kuda).
3. Crab Nebula (Nebula Ketam).
4. Ant Nebula (Nebula Semut).
5. Eagle Nebula (Nebula Elang).
6. Tarantula Nebula (Nebula Kala Jengking).
7. Orion Nebula (Nebula Orion).
8. Eskimo Nebula (Nebula Eskimo).
9. Rosette Nebula (Nebula Bunga Mawar).
10. Red Square Nebula (Nebula Segi Empat Merah).
11. Ring Nebula (Nebula Cincin)
12. Eyes Of God Nebula
13. Barnard’s Loop.
14. Boomerang Nebula atau banyak disebut kupu-kupu galaksi.
15. Hourglass Nebula.

2. BIMA SAKTI
Galaksi Bima Sakti (Milky Way - terjemahan daripada Bahasa Latin: berasal daripada Bahasa Greek: Γαλαξίας (Galaxias) kadang kala merujuk kepada "the Galaxy"), adalah galaksi pilin berpalang yang merupakan sebahagian galaksi Kumpulan Tempatan dan terletaknya Sistem Suria. Satah galaksi Bima Sakti dapat dilihat dari Bumi sebagai jalur cahaya di langit malam dan rupa jalur cahaya berkenaan merupakan inspirasi kepada nama galaksi ini.

3. SISTEM SURIA
Sistem suria merujuk kepada salah satu daripada sistem-sistem yang terdapat di dalam Galaksi Bima Sakti yang terdiri daripada planet-planet dan bintang-bintang yang mengelilingi matahari mengikut orbit yang berbeza pada satah yang rata.

Matahari dan 8 planet dlam sistem suria
Sistem Suria terdiri dari Matahari dan objek selestial yang terikat kepadanya dengan graviti. Objek ini adalah lapan planet dan 166 bulan mereka yang diketahui, empat planet kerdil dan berbillion dari anggota kecil, termasuk asteroid, objek berais jalur Kuiper, komet, meteroid, dan debu antara planetari.
Secara umum, rantau bercarta dari Sistem Suria ialah Matahari, empat planet terestrial dalaman, jalur asteroid, empat planet gas gergasi luaran, jalur Kuiper, cakera bertaburan, dan yang unggulnya kemungkinan hipotesisnya awan Oort. Mengikut susunan dari jarak mereka dari Matahari, lapan planet ialah Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun.
Kata kunci
-          salah satu daripada sistem-sistem
-          terdapat dalam Galaksi  Bima Sakti
-          terdiri daripada planet-planet dan bintang-bintang
-          mengelilingi matahari mengikut orbit yang berbeza pada satah yang rata.

KEDUDUKAN BUMI DALAM SISTEM SURIA
1   A.  Bumi sebagai planet berbentuk sfera
     Ciri-ciri bumi berbentuk sfera
-       Bumi berbentuk sfera iaitu rata pada kedua-dua kutub.
-       Jejari bumi pada garisan khatulistiwa sepanjang 6357 km  dan di kutub sepanjang 
     6357 km.
-       Memerhatikan kaki langit yang melengkung dari jarak jauh.
-       Memerhatikan kapal yang muncul di kaki langit akan didapati tiang layar terlebih dahulu kelihatan daripada bahagian-bahagian yang lain.
-       Semasa kejadian gerhana bulan, bayang-bayang bumi yang terdapat di permukaan bulan berbentuk sebahagian garis lengkung sesuatu bulatan.

2   B.  Kecondongan paksi bumi dan kesannya
     Konsep kecondongan paksi bumi
Kecondongan paksi bumi merujuk kepada satu garisan condong sebanyak 23½o daripada satah tegak yang di lukis dari utara ke selatan melalui bahagian tengah bumi di mana paksi ini sentiasa bekeadaan selari pada setiap kedudukan ( lokasi ) yang menyebabkan kejadian empat musim dan panjang siang dan malam yang tidak sama di permukaan bumi.

Kata kunci
  • satu garisan condong sebanyak 23½o daripada satah tegak. 
  • dilukis dari utara ke selatan melalui bahagian tengah bumi 
  • sentiasa bekeadaan selari pada setiap kedudukan ( lokasi ) 
  •  menyebabkan kejadian empat musim dan panjang siang dan malam yang tidak sama  di permukaan bumi
Penerangan konsep
  • Paksi bumi merujuk kepada garisan yang dilukis secara menegak melalui bahagian tengah bumi iaitu dari utara ke selatan. 
  • Paksi bumi berkeadaan condong sebanyak 23 ½o daripada satah tegak. 
  • Kecondongan ini sentiasa dalam keadaan yang sama di atas orbitnya pada semua tempat semasa bumi beredar mengelilingi matahari. 
  • Paksi tersebut berkeadaan selari bagi setiap lokasi dalam peredaran mengelilingi matahari tersebut. 
  • Kecondongan paksi ini telah menyebabkan berlakunya berberapa kesan di permukaan bumi seperti kejadian empat musim,  panjang siang dan malam yang tidak sama antara kawasan.
Kesan-kesan kecondongan paksi bumi
1. Kejadian empat musim
  • Pada 21 Mac ( ekuinoks musim bunga di hemisfera utara dan ekuinoks musim luruh di hemisfera selatan ) , matahari tengah hari tegak di atas kepala di garisan khatulistiwa.  Kawasan sederhana dunia di hemisfera utara mengalami musim bunga dan kawasan sederhana dunia hemisfera selatan mengalami musim luruh. 
  • Pada 21 Jun ( Solstis musim panas di hemisfera utara dan solstis musim dingin di hemisfera Sartan ) , matahari tengah hari tegak di atas kepala di garisan  sartan.  Kawasan sederhana dunia di hemisfera utara mengalami musim  panas dan kawasan sederhana dunia hemisfera selatan mengalami musim dingin 
  • Pada 23 September ( ekuinoks musim bunga di hemisfera utara dan ekuinoks musim luruh di hemisfera selatan ) , matahari tengah hari tegak di atas kepala di garisan khatulistiwa.  Kawasan sederhana dunia di hemisfera utara mengalami musim luruh dan kawasan sederhana dunia hemisfera selatan mengalami musim bunga. 
  • Pada 22 Disember ( solstis musim sejuk di hemisfera utara dan soltis musim luruh di hemisfera selatan ) , matahari tengah hari tegak di atas kepala di garisan  jadi.  Kawasan sederhana dunia di hemisfera utara mengalami musim sejuk dan  kawasan sederhana dunia hemisfera selatan mengalami musim panas.
 2. Perbezaan panjang siang dan malam
  •  Pada 21 Jun ( soltis musim panas di hemisfera utara dan solstis musim dingin di hemisfera selatan ) , matahari tengah hari tegak di atas kepala di garisan sartan.  Kawasan sederhana dunia di hemisfera utara mengalami siang lebih panjang daripada malam dan kawasan sederhana dunia hemisfera selatan mengalami panjang malam melebihi siang.
  • Pada 22 Disember ( soltis musim dingin di hemisfera utara dan solstis musim panas di hemisfera selatan ) , matahari tengah hari tegak di atas kepala di garisan jadi.  Kawasan sederhana dunia di hemisfera utara mengalami malam lebih panjang daripada siang dan kawasan sederhana dunia hemisfera selatan mengalami panjang malam melebihi malam.
  • Pada 21 Mac dan 23 September ( ekuinoks ) , matahari tengah hari tegak di atas kepala di garisan khatulistiwa.  Semua kawasan di permukaan bumi mengalami panjang siang dan malam yang hampir sama.   
 
PUTARAN BUMI DAN KESANNYA
Konsep putaran bumi
Putaran bumi merujuk kepada putaran bumi di atas paksinya yang condong sebanyak  23 ½º daripada satah tegak dan dalam keadaan selari pada semua tempat dari arah barat ke timur dengan mengambil masa 23 jam 56 minit ( 1 hari ) bagi melengkapkan satu pusingan.
Kata kunci
-       putaran bumi di atas paksinya yang condong sebanyak 23 ½º daripada satah tegak
-       dalam keadaan selari pada semua tempat
-       dari arah barat ke timur
-       mengambil masa 23 jam 56 minit ( 1 hari ) bagi melengkapkan satu pusingan.

Kesan-kesan putaran bumi
1.  Kejadian siang dan malam
     Putaran bumi menyebabkan hanya satu bahagian bumi sahaja yang mengadap cahaya matahari manakala satu bahagian lagi membelakangi matahari.
-       Bahagian yang mengadap matahari akan mengalami waktu siang.
-       Bahagian yang membelakangi matahari akan mengalami waktu malam.
   
Bahagian Bumi yang mengadap matahati siang bahagian bumi terlindung malam












2.    Kejadian pasang surut air laut
     -       Berlaku dua kali dalam tempoh 24 jam.
     -       Disebabkan oleh tarikan graviti bulan dan matahari
     -       Tarikan graviti bulan yang kuat terhadap air yang berhampiran dengannya   
          menyebabkan  aras air naik lalu terjadilah air pasang.
     -       Kawasan yang terletak jauh daripada bulan pula akan mengalami air surut kerana 
          air dari kawasan ini telah tertarik ke kawasan berhampiran bulan.
3.    Perbezaan waktu tempatan
Waktu Tempatan Dunia
    -       Satu putaran lengkap bumi ( 360 O) mengambil masa 24 jam.
    -       Bumi berputar sebanyak 15 O longitud dalam masa 24 jam iaitu kira-kira 4 minit 
         bagi 1O longitud. 

                4.   Pembiasan angin dan arus lautan
    -       Bumi berputar dari barat ke timur
    -       Di hemisfera utara angin dan arus terbias ke arah kanan.
    -       Di hemisfera selatan angin dan arus terbias ke arah kiri.

PEREDARAN BUMI DAN KESANNYA
Konsep peredaran bumi
Peredaran bumi merujuk kepada peredaran bumi di atas orbitnya yang elips ikut arah lawan jam dengan mengambil masa 365 ¼ hari ( 1 tahun ) bagi melengkapkan satu peredaran.
Kata kunci
-       peredaran bumi di atas orbitnya yang elips
-       ikut arah lawan jam
-       mengambil masa 365 ¼ hari ( 1 tahun ) bagi melengkapkan satu peredaran.

Kesan-kesan peredaran bumi
1.    Kejadian empat musim
-       Pada 21 Mac ( ekuinoks musim bunga di hemisfera utara dan ekuinoks musim luruh di hemisfera selatan ) , matahari tengah hari tegak di atas kepala di garisan khatulistiwa.  Kawasan sederhana dunia di hemisfera utara mengalami musim bunga dan kawasan sederhana dunia hemisfera selatan mengalami musim luruh.
-       Pada 21 Jun ( Solstis musim panas di hemisfera utara dan solstis musim dingin di hemisfera Sartan ) , matahari tengah hari tegak di atas kepala di garisan  sartan.  Kawasan sederhana dunia di hemisfera utara mengalami musim panas dan kawasan sederhana dunia hemisfera selatan mengalami musim dingin.
-       Pada 23 September ( ekuinoks musim bunga di hemisfera utara dan ekuinoks musim luruh di hemisfera selatan ) , matahari tengah hari tegak di atas kepala di garisan khatulistiwa.  Kawasan sederhana dunia di hemisfera utara mengalami musim luruh dan kawasan sederhana dunia hemisfera selatan mengalami musim bunga.
-       Pada 22 Disember ( solstis musim sejuk di hemisfera utara dan soltis musim luruh di hemisfera selatan ) , matahari tengah hari tegak di atas kepala di garisan  jadi.  Kawasan sederhana dunia di hemisfera utara mengalami musim sejuk dan  kawasan sederhana dunia hemisfera selatan mengalami musim panas.

2.    Perbezaan panjang siang dan malam antara kawasan
-       Pada 21 Jun ( soltis musim panas di hemisfera utara dan solstis musim dingin di hemisfera selatan ) , matahari tengah hari tegak di atas kepala di garisan sartan.  Kawasan sederhana dunia di hemisfera utara mengalami siang lebih panjang daripada malam dan kawasan sederhana dunia hemisfera selatan mengalami panjang malam melebihi siang.
-       Pada 22 Disember ( soltis musim dingin di hemisfera utara dan solstis musim panas di hemisfera selatan ) , matahari tengah hari tegak di atas kepala di garisan jadi.  Kawasan sederhana dunia di hemisfera utara mengalami malam
-       lebih panjang daripada siang dan kawasan sederhana dunia hemisfera selatan mengalami panjang malam melebihi malam.
-       Pada 21 Mac dan 23 September ( ekuinoks ) , matahari tengah hari tegak di atas kepala di garisan khatulistiwa.  Semua kawasan di permukaan bumi mengalami panjang siang dan malam yang hampir sama.   

3.    Kejadian gerhana
Konsep gerhana
-       Gerhana merujuk kepada gerhana matahari atau bulan di mana kedudukan bulan, bumi dan matahari berada dalam satah mendatar yang sama.
-      Jika semasa bumi beredar
    mengelilingi matahari , bumi berada
    pada kedudukan di Antara matahari dan
    bulan maka bayang bumi akan jatuh
    pada bulan dan keadaan ini akan
    menyebabkan berlakunya gerhana bulan.
-  Sekiranya semasa peredaran bumi
   mengelilingi matahari tersebut bulan
   berada  antara bumi dengan matahari
   maka bayang bulan akan jatuh ke permukaan bumi dan keadaan ini akan menyebabkan berlaku gerhana matahari. 

4.    Perubahan kedudukan ketinggian matahari
-       Kedudukan matahari tengah hari berubah-ubah seiring dengan perubahan musim.
-       Pada 21 Jun ( soltis musim panas di hemisfera utara dan solstis musim dingin di hemisfera selatan ) kedudukan matahari tengah hari tegak di atas kepala pada garisan  sartan.  
-       Pada 22 Disember ( soltis musim dingin di hemisfera utara dan solstis musim panas di hemisfera selatan ) kedudukan matahari tengah hari tegak di atas kepala pada garisan  jadi.  
-       Pada 21 Mac dan 23 September ( ekuinoks ) , matahari tengah hari tegak di atas kepala pada garisan khatulistiwa.

5.    Kejadian perihelion dan afelion
Konsep perihelion dan afelion 
Perihelion dan aphelion merujuk kepada jarak bumi dengan matahari ketika bumi berada orbitnya yang elips di mana perihelion merujuk kepada jarak bumi dengan matahari yang paling hampir iaitu kira-kira 147 juta km yang berlaku pada bulan Julai manakala aphelion pula merujuk kepada jarak bumi dengan matahari yang paling jauh iaitu kira-kira 152 juta km yang berlaku pada bulan Januari.

Kata kunci
-          jarak bumi dengan matahari ketika bumi berada orbitnya yang elips
-          perihelion merujuk kepada jarak bumi dengan matahari yang paling hamper
-          aphelion pula merujuk kepada jarak bumi dengan matahari yang paling jauh
   
   Penerangan konsep
-          Orbit bumi yang elips mengakibatkan bumi tidak sentiasa berada pada jarak yang sama dengan matahari sepanjang peredarannya mengelilingi matahari.
-          Kedudukan bumi yang paling hampir dengan matahari ( 147 juta km ) dikenali sebagai perihelion yang berlaku pada bulan Julai.
-          Kedudukan bumi yang paling jauh  ( 152 juta km) dikenali sebagai afelion berlaku pada bulan Januari.

FAKTOR BERLAKUNYA KEJADIAN EMPAT MUSIM DI KAWASAN SEDERHANA DUNIA
1.       Kecondongan paksi bumi
-       Paksi bumi merujuk kepada satu garisan yang melalui bahagian tengah bumi dari utara ke selatan.
-       Kecondongan paksi bumi sentiasa berada dalam keadaan yang sama bagi semua tempat dalam orbit bumi.
-       Istilah keselarian digunakan untuk menerangkan fenomena paksi tersebut kerana paksi tersebut berada dalam keadaan selari bagi setiap lokasi dalam peredaran bumi mengelilingi matahari.
-       Keselarian paksi inilah yang menyebabkan berlakunya kejadian empat musim dalam setahun bagi kawasan-kawasan tertentu.
2.      Peredaran bumi mengelilingi matahari
-    Menyebabkan kedudukan matahari tengah hari sentiasa berubah-ubah mengikut musim.
-    Pada 21 Mac ( ekuinoks musim bunga di hemisfera utara dan ekuinoks musim luruh di
      hemisfera  selatan ) , matahari tengah hari tegak di atas kepala di garisan khatulistiwa.
-  Kawasan sederhana dunia di hemisfera utara mengalami musim bunga dan kawasan sederhana dunia hemisfera selatan mengalami musim luruh. 
-       Pada 21 Jun ( soltis musim panas di hemisfera utara dan solstis musim dingin di hemisfera selatan ) kedudukan matahari tengah hari tegak di atas kepala pada garisan  sartan.  
-  Kawasan sederhana dunia di hemisfera utara mengalami musim  panas dan kawasan sederhana dunia hemisfera selatan mengalami musim dingin.
-       Pada 23 September ( ekuinoks musim bunga di hemisfera utara dan ekuinoks musim luruh di hemisfera selatan ) , matahari tengah hari tegak di atas kepala di garisan khatulistiwa.  Kawasan sederhana dunia di hemisfera utara mengalami musim luruh dan kawasan sederhana dunia hemisfera selatan mengalami musim bunga.
-       Pada 22 Disember ( soltis musim dingin di hemisfera utara dan solstis musim panas di hemisfera selatan ) , matahari tengah hari tegak di atas kepala di garisan jadi.  Kawasan sederhana dunia di hemisfera utara mengalami malam lebih panjang daripada siang dan kawasan sederhana dunia hemisfera selatan mengalami panjang malam melebihi malam.
3.      Putaran bumi atas paksinya
-       Putaran bumi menyebabkan hanya satu bahagian bumi sahaja yang mengadap cahaya matahari manakala satu bahagian lagi membelakangi matahari.
-       Bahagian yang mengadap matahari akan mengalami waktu siang.
-       Bahagian yang membelakangi matahari akan mengalami waktu malam.
4.      Keselarian paksi bumi ketika beredar mengelilingi matahari
-       Istilah keselarian digunakan untuk menerangkan fenomena paksi tersebut kerana paksi tersebut berada dalam keadaan selari bagi setiap lokasi dalam peredaran bumi mengelilingi matahari.
-    Keselarian paksi inilah yang menyebabkan berlakunya kejadian empat musim dalam setahun bagi kawasan-kawasan tertentu. 
5.      Kesferaan bumi
-       Bumi berbentuk sfera dengan permukaan yang rata pada kedua-dua kutub.
-       Bahangan matahari lebih tertumpu di kawasan tropika kerana lengkungan permukaan yang lebih sempit dan menjadikan kawasan tersebut sentiasa panas.
-       Bahangan matahari akan disebarkan dengan lebih luas di kawasan berlatitud tinggi kerana lengkungan bumi yang lebih luas menyebabkan kawasan tersebut lebih sejuk daripada kawasan tropika.

DAYA KORIOLIS
Daya koriolis merujuk kepada satu objek yang seolah-olah dipesongkan semasa objek ini bergerak dalam lingkungan satu koordinat yang sedang berputar menyebabkan berlakunya pembiasan objek tersebut ( contohnya angin )  di mana daya biasannya lebih tinggi di latitud tinggi dan sifar di latitud rendah.   

Thursday, June 14, 2012

KULIAH 2 - TABURAN PENDUDUK


A.  KONSEP TABURAN PENDUDUK.
1. Bermaksud sebaran penduduk di permukaan bumi yang tidak sekata. Ianya boleh dikategorikan     
    kawasan padat, sederhana padat dan kawasan jarang penduduk.
2. Kepadatan penduduk ialah nisbah antara  jumlah penduduk di sesuatu kawasan berbanding 
    keluasannya.
3. Fomula kepadatan penduduk:-
Buat latihan dibawah.
Negeri
Keluasan(km2)
Jumlah Penduduk(Orang)
Kepadatan
(Orang/kml)
Tafsiran Penduduk
Sarawak
124 450
2 009 893
16
Jarang
Johor
18 987
2 584 997
136
Sederhana
WP  Kuala Lumpur
243
1 305 792
5 374
Padat
Pulau Pinang
1 031
1 313 500


Melaka
1 650
635 800


Pahang
35 965
1 288 400


Sarawak
124 450
2 071 500


Selangor
7 936
4 188 900


Singapura
616
3 900 000



B.  TABURAN PENDUDUK DUNIA MENGIKUT WILAYAH
a)    Berdasarkan peta di bawah kelaskan penduduk dunia mengikut wilayah.
       Bincangkan taburan penduduk tersebut dari segi kawasan padat, sederhana padat  dan 
       kurang padat,

Taburan Kepadatan Penduduk Dunia

Negara paling padat dengan
penduduk di dunia.

Bil
Negara
Orang/
km2
1
Singapura
5195
2
Bangladesh
887
3
Korea Selatan
475
4
Belanda
384
5
Jepun
342
6
Belgium
334
7
India
315
8
Filipina
256
9
United Kingdom
242
Semua Negara diatas adalah Negara kecil kecuali India, mempunyai jumlah penduduk yang padat.  Singapura adalah pulau kecil dengan jumlah penduduk seramai 3 juta orang.
       
Jadual; Penduduk bandaraya mega di Asia, 2000
Negara
Bandaraya
Penduduk (juta orang)
China
Beijing
14.0
Shanghai
17.0
Tianjin
12.7
India
Delhi
13.2
Bombay
15.4
Calcutta
15.7
Bangladesh
Dhaka
12.2
Filipina
Manila
11.8
Pakistan
Karachi
11.7
Indonesia
Jakarta
13.7
Thailand
Bangkok
10.3
Korea Selatan
Seoul
12.7
Jepun
Tokyo
19.0
Sumber. United Nations, World Urbanization Prospects 1990
                 (New York, 1991).


C.  FAKTOR-FAKTOR KEPADATAN PENDUDUK DUNIA.

a.   Tumpuan penduduk di Asia adalah di kawasan tanah pamah dan juga di lembah-lembah sungai utama. Hal ini menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada penduduk di Asia terdiri daripada golongan petani. Contohnya, di negara China dan India,
i.      kawasan lembah sungai utama seperti Hwang Ho, Sungai Xi Jiang, Sungai Chang Jiang dan Sungai Ganges merupakan kawasan padat penduduk.
ii.  Dataran Indo- Ganges  di India dengan kawasan di pedalaman semenanjung benua kecil itu.
iii. Bangladesh, Pakistan dan Sri Lanka merupakan negara yang padat penduduk di Asia Selatan.
iv. Kawasan timur dan barat Ural di CIS.
v.  Indonesia, khususnya di Pulau Jawa dan beberapa buah pulau lain seperti Madura dan Bali.

b.   Kini penduduk Asia bertumpu di kawasan perbandaran yang merupakan pusat perindustrian dan perkhidmatan. Oleh sebab jumlah penduduk di bandar-bandar ini besar, maka bandar tersebut dikenali sebagai bandar raya mega. Kepadatan penduduk di bandar-bandar ini juga amat tinggi (Jadual di atas.)

c.  Faktor penjajahan dimana pihak penjajah orientalis barat lebih memunpukan kawasan yang mempunyai banyak sumber dimajukan.

d.  Dasar kerajaan yang lebih kepada menumpukan pembangunan dan melengkapkan infrastruktur di kawasan yang maju dan ramat penduduk menambah lagi jumlah migrasi penduduk dari kawasan perdalaman ke Bandar-bandar besar.

e.  Faktor sejarah di mana tamadun manusia bermula seperti diChina, Benua Kecil India, Mesir Purba dan Eropah.

D. KEPADATAN PENDUDUK MALAYSIA.
Taburan Penduduk Malaysia
 
1.  Faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di Malaysia.
i.       Faktor Fizikal  - Tanah pamah, Tanah tinggi.
ii.      Faktor Ekonomi  - Peluang pekerjaan, Kawasan Perusahaan, Pusat Pentadbiran, dan Pusat 
                                Pertumbuhan Baru.
iii.     Faktor Sosial – Pembandaran dengan keperluan utiliti, pengangkutan dan perhubungan,
                           pendidikan dan kesihatan.
iv.     Sejarah dan Dasar Kerajaan- pembangunaan wilayah dan tanah baru, kemudahan sosial.

2. Faktor ketidakseimbangan penduduk di pantai barat dan pantai timur Semenanjung Malaysia.

Faktor
Pantai Barat
Pantai Timur
i-  Keluasan tanah pamah Kesuburan tanih
  • luas & lebar + 50 km 
  • mudahkan pembangunan
  • sempit
  • banyak tanih subur spt Dataran Kedah, Dataran Tjg Karang
  • tanah subur terhad, banyak kawasan hutan & paya (Tasik Bera, Tasik Cini)
ii- Ekonomi
  • Banyak peluang pekerjaan dlm perindustrian. 
  •  ZPB diwujudkan spt Bayan Lepas, Johor, Klang
  • Kawasan perindustrian bertumpu di bandar besar shj spt Kota Bharu, Kuantan & Kuala Trengganu

iii-Sejarah
  • lebih awal dimajukan penjajah (British) akibat penemuan bijih timah
  • tiada penemuaan awal sumber mineral
iv-Sosial
  • banyak institusi pendidikan sbg satu tarikan.
  • pusat pelancongan, perkhidmatan, pengankutan /perhubungan
  • kurang kemudahan2 sosial
v-Politik/ Governan
  •  Tumpuan lebih kpd Pantai Barat.
  •  Tarik pelabur. 
  • Pelabur lebih berminat di Pantai Barat krn banyak infrastruktur


LATIHAN KULIAH  2.
1.  Mengapakah taburan penduduk di Malaysia tidak seimbang?   [10 ]
2.  Jelaskan kesan-kesan akibat ketidakseimbangan taburan penduduk di Malaysia terhadap sumber-sumber alamnya. [10 ]
3. Cadangkan langkah-langkah jangka  panjang yang boleh diambil untuk menyeimbangkan tabu­ran penduduk di Malaysia.  [10 ]
4.  Tunjukkan bagaimana kepadatan penduduk sesebuah negara dihitung.  [10 ]
5.  Jelaskan pengaruh faktor-faktor fizikal terhadap taburan penduduk di Asia Pasifik.  [10 ]
6. Jadual di bawah  menunjukkan kepadatan penduduk bagi negeri-negeri di Malaysia pada tahun 2000.

Jadual 1.  Kepadatan penduduk bagi negeri-negeri di Malaysia pada tahun 2000
Negeri
Kepadatan(Orang Per Km2)
Negeri
Kepadatan(Orang Per Km2)
Johor
144
Pahang
36
Kedah
175
Perak
98
Kelantan
87
Perlis
257
Melaka
385
Pulau Pinang
1274
Negeri Sembilan
129
Sabah
35
Sarawak
17
Selangor
526
Terengganu
69
W.P. Kuala Lumpur
5676

a.  Berdasarkan Jadual 1, lukis satu peta kloroplet pada peta di bawah untuk menunjukkan kepadatan   penduduk bagi negeri-negeri di Malaysia pada tahun 2000.   [10 ]
b.  Mengapakah kepadatan penduduk di negeri-negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia lebih tinggi berbanding negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak?  [10]
 
Tajuk :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...