PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Thursday, October 25, 2012

PECUTAN TERAKHIR [SOALAN DAN SKEMA GEOGRAFI - 942/1]



 SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN  TEMA 1 – SISTEM BUMI DAN SURIA

1.(a)

Apakah yang dimaksudkan dengan  tenaga?
[3]

(b)
Huraikan bagaimana penerimaan  tenaga suria  yang berbeza memberi kesan kepada :-



i.                     Kejadian empat musim di kawasan sederhana dunia
ii.                    Kejadian  siang dan malam
[8]
[4]

(c)
Jelaskan  peranan tenaga  suria terhadap aktiviti manusia di kawasan tropika lembap.
[10]




1
(a)
Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga?
[3]






Skema Pemarkahan



(1)                                                (2)
Tenaga ialah keupayaan/ untuk menghasilkan sebarang aktiviti atau kerja.
[3m]





(b)
Huraikan bagaimana penerimaan  tenaga suria  yang berbeza memberi kesan kepada :-



iii.                  Kejadian empat musim di kawasan sederhana dunia
iv.                  Kejadian  siang dan malam
[8]
[4]


Skema Pemarkahan


(b)i
Kejadian empat musim.
Pada 21 hb Mac (Ekuinoks Musim bunga) penerimaan pancaran matahari adalah tegak di atas garisan Khatulistiwa. Semua kawasan di dunia menerima bahangan matahari yang seimbang. Ini menyebabkan berlakunya musim bunga di HU dan musim luruh di HS.




 Pada 23 hb Sept (Ekuinoks Musim Luruh) penerimaan pancaran matahari adalah tegak di atas garisan Khatulistiwa. Semua kawasan di dunia menerima bahangan matahari yang seimbang. Ini menyebabkan berlakunya musim luruh di HU dan musim bunga di HS.



Pada 21 hb Jun ( Soltis Musim Panas ).penerimaan pancaran matahari adalah tegak di atas garisan Sartan. Ini menyebabkan HU lebih banyak menerima tenaga suria.  Ini menyebabkan berlakunya musim panas  di HU dan musim dingin di HS.



Pada 22 hb Dis (Soltis Musim Dingin )penerimaan pancaran matahari adalah tegak di atas garisan Jadi. . Ini menyebabkan HU lebih sedikit  menerima tenaga suria berbanding HS .Ini menyebabkan berlakunya musim dingin di HU dan musim panas di HS.



Catatan: Rajah tanpa huraian = 0 markah                                  4 isi x 2m  =                                                                        
[8m]


( b )
Kejadian siang dan malam
Putaran bumi menyebabkan sebahagian daripada permukaan bumi menghadap  matahari dan menerima pancaran tenaga matahari dan sebahagian lagi akan terlindung. Ini berlaku dalam tempoh 24 jam.
Bahagian yang menghadap matahari akan mengalami siang .Bahagian yang lindung matahari  akan  membelakangi matahari dan mengalami malam




[4m]





(c)
Jelaskan  peranan tenaga  suria terhadap aktiviti manusia di Kawasan tropika lembap
[10]


Skema Pemarkahan



C1- Aktiviti pertanian
       Dijalankan sepanjang tahun, kepelbagaian jenis tanaman , sumber air yang mencukupi melalui proses kitaran hidrologi.
C2- Aktiviti pembalakan
     Dijalankan sepanjang tahun, tenaga matahari menggalakkan  pertumbuhan hutan malar hijau/ kayu keras . Contoh cengal, meranti
C3 - Penternakan
        Dijalankan sepanjang tahun. tenaga matahari menggalakkan pertumbuhan rumput sebagai sumber makanan dan proses   kitaran hidrologi untuk sumber air.
C4 -Pelancongan/ rekreasi
      Dijalankan sepanjang tahun, menggalakkan pembentukan  bentuk muka bumi menarik seperti  kawasan karst, pertumbuhan hutan, penerimaan suria untuk aktiviti di pinggir pantai .
C5- Perikanan
     Dijalankan sepanjang tahun .tenaga matahari mencukupi  menggalakkan pertumbuhan plankton untuk pembiakan ikan.
C6 -Perindustrian
    Kegunaan untuk proses pengeringan seperti hasil laut, batik dan sebagainya.

Mana-mana 5 isi  X 2m = 10m






2
(a)
Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga endogenik ?                                 
[5 ]

(b)
Jelaskan pengaruh tenaga endogenik terhadap kejadian gempa bumi.       
[8 ]

(c)
Huraikan kesan gempa bumi terhadap alam sekitar fizikal dan aktiviti manusia.
[12]





(a)
Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga endogenik?
(5m)


Skema Pemarkahan



Tenaga endogenik merujuk kepada  tenaga( 1 ) yang dalam bentuk arus  perolakan( 2 )                              berpunca daripada dalaman bumi ( 3 )dan  bergerak ke permukaan bumi ( 4 )  lalu  menghasilkan pelbagai bentuk muka bumi di lapisan bawah atau atas kerak bumi  ( 5 )



(b)
Jelaskan pengaruh tenaga endogenik terhadap kejadian gempa bumi.      
(8m)


Skema Pemarkahan
Mana-mana
4 proses x 2 markah = 8 markah

b1
Di lapisan astenosfera yang terletak di atas mantel bumi, wujud pergerakan arus perolakan.

b2
Arus perolakan tersebut sentiasa tertolak ke permukaan bumi.

b3
Arus perolakan ini mempunyai daya yang kuat untuk mengerakkan  plat-plat ( kerak bumi ) yang terapung di atas lautan magma.

b4
Plat-plat bergerak dalam tiga cara; pertembungan, pemisahan pencapahan  dan perselisihan plat.

b5
Gerakan secara kuat dan tiba-tiba hasil daripada pergerakan dan penyesuaian tersebut pada   kerak bumi akan menghasilkan gempa bumi

b6
Gerakan secara kuat dan tiba-tiba hasil daripada pergerakan dan
Penyesuaian tersebut pada   kerak bumi akan menghasilkan gempa bumi


                                   


( c) 
  Huraikan kesan gempa bumi terhadap alam sekitar fizikal dan aktiviti Manusia.  
(12)



Skema Pemarkahan



Kesan kepada alam sekitar fizikal


cf1
Kejadian tsunami
Gegaran akibat gempa bumi di dasar laut berupaya untuk mewujudkan pergerakan ombak selaju 800 km/sejam. Pergerakan ombak akan menjadi semakin tinggi apabila memasuki kawasan pantai yang cetek. Akibat pergeselan akan mengurangkan pergerakan ombak. Tolakan ombak secara berterusan di bahagian belakang akan meninggikan ombak-ombak yang berada di hadapan.Kenaikan ketinggian ombak secara tiba-tiba akan menyebabkan air laut berhampiran pinggir pantai akan mengundur ke laut untuk tempoh beberapa minit sebelum ianya melanda semula pantai dalam bentuk ombak pembinasa.


cf2
Pergerakan jisim
 Gempa bumi telah menghasilkan gegaran yang kuat terhadap kerak bumi.  Gegaran tersebut boleh menyebabkan ketidakstabilan tanah di kawasan cerun dan seterusnya menyebabkan berlakunya gerakan jisim seperti tanah runtuh.


cf3
Kenaikan dan kejatuhan aras laut
 Gempa bumi boleh menyebabkan berlakunya gelinciran pada kerak bumi. Sekiranya gempa bumi tersebut menyebabkan berlakunya pengangkatan daratan, maka aras laut akan jatuh. Tetapi sebaliknya gempa bumi tersebut menyebabkan kejatuhan daratan maka aras laut akan meningkat.


cf4
Memusnahkan hutan pinggir pantai
 Tsunami yang terhasil akibat gempa bumi di dasar laut akan masuk ke dalam hutan- hutan pinggir pantai. Kesannya hutan-hutan pinggir pantai akan dicemari dengan air masin. Keadaan ini boleh menyebabkan kemusnahan hutan tersebut.



Kesan kepada aktiviti manusia


cm1
Kesan kepada sistem pengangkutan
 Kemusnahan jalan raya, jalan kereta api dan lapangan terbang – pengangkutan tergendala.


cm2
Kesan kepada aktiviti ekonomi  -
 Tanah runtuh akibat gempa bumi boleh menyebabkan kegiatan pertanian di cerun musnah, memusnahkan kawasan premis perniagaan penenggelaman kawasan pinggir pantai memusnahkan pertanian pinggir laut.


cm3
Kesan kepada bekalan air dan elektrik
Bekalan air dan elektrik terputus, aktiviti ekonomi manusia terganggu


cm4
Kesan kepada petempatan penduduk
Kemusnahan kediaman penduduk akibat tanah runtuh dan goncangan yang kuat, gangguan terhadap aktiviti harian.



maksimum 3 kesan fizikal dan 3 kesan kepada aktiviti manusia dan sebaliknnya x 2 markah 

=12m


3. a)        Bezakan maksud bahangan suria dengan bahangan terestrial.       [4]

Bahangan Suria
Bahangan Terestrial
Markah
  • Dikenali sebagai bahangan matahari. Dipancarkan waktu siang.
  • Dikenali sebagai bahangan bumi. yang dipantulkan waktu malam.
2
  • Dalam bentuk gelombang pendek
  • Dalam bentuk gelombang panjang
2
2 Markah
2 Markah
MAX 4


b)    Dengan bantuan gambarajah lakar, huraikan pengaruh tenaga suria terhadap struktur tumbuhan semulajadi di kawasan Tropika Lembab.          [13]

Penerimaan kadar tenaga suria yang berbeza menyebabkan struktur tumbuhan semulajadi (Hutan Hujan Tropika) boleh dibahagikan kepada empat iaitu :
 
Penjelasan:

Judul isi Jawapan
Huraian dan Contoh
Markah
1, Lapisan Emergen / Atas.
·       Intensiti tenaga matahari yang banyak membolehkan pokok menjulang tinggi (melebihi 55 meter) dan bersaiz besar. Susun lapis pokok  berbentuk payung.
·       Jarak antara pokok jauh.
·       Proses fotosistesis berlaku tanpa halangan.
·       Contoh pokok balak seperti tualang, meranti, seraya, cengal dll.



 3

2. Lapisan Kanopi
·       Kadar penembusan tenaga matahari semakin berkurangan akibat halangan lapisan emergen tetapi masih terdedah dengan banyak.
·       Menjadikan lapisan pokok padat, tebal, berbatang lurus dan bercabang dibahagian atasnya kerana sentiasa bersaing untuk mendapatkan cahaya matahari.
·       Jarak antara pokok dekat dan sederhana tinggi (antara 25 hingga 45 meter)
·       Contoh pelbagai jenis pokok balak yang masih muda.




3
3. Lapisan Tengah
·       Kadar penembusan cahaya matahari semakin sedikit. Cahaya matahari dipintas oleh lapisan kanopi dan memasuki di celah-celah daun.
·       Oleh itu tumbuhan di lapisan tengah hidup di bawah naungan, kurang mendapat cahaya matahari menyebabkan pokoknya rendah dan kecil.
·       Contohnya pokok palma. Terdapat juga pokok memanjat/liana seperti rotan bagi tujuan mendapatkan cahaya matahari.





 3

4. Lapisan bawah/Lantai Hutan.
·       Kadar penembusan cahaya matahari amat sedikit.
·       Tumbuhan yang tumbuh amat jarang dan berumpun mengikut penembusan cahaya matahari.
·       Terdiri dari paku pakis dan pakma, kulat dan organisma pengurai. Contohnya bunga Reflesia.



 3
Pemarkahan:
Melukis dan melabel rajah lakar/struktur hutan = 4 Markah
Huraian : Sekurang-kurangnya 3 lapisan x 3 Markah = 9 Markah
(Huraian : MAX 9 markah + Rajah MAX 4 markah )

MAX 13

c)         Jelaskan peranan tenaga suria terhadap aktiviti pertanian di kawasan Tropika Lembab.    [8]

Judul Isi Jawapan
Huraian dan Contoh
Markah

1. Produktiviti/hasil pertanian meningkat.
·       Tenaga suria yang cukup - Menjamin tumbesaran tanaman – proses fotosistesis sempurna.
·       Pengeluaran bunga dan buah yang baik dan berkualiti
·       Produktiviti hasil tanaman seperti  padi, kelapa sawit, susu getah, tembakau, buah-buahan dll meningkat




2

2. Membantu proses penanaman dan penuaian hasil.
·       Tenaga suria sepanjang masa menyebabkan proses penanaman dapat dijalankan sepanjang tahun. Tidak terggangu sepertimana kawasan empat musim.
·       Membantu aktiviti penuaian hasil – seperti penuaian padi, menoreh getah dsb.
·       Tenaga suria yang cukup/terik menjamin proses pengeringan hasil pertanian dengan sempurna seperti pengeringan padi, koko, kopi, kelapa (kopra) dll.





2

3. Mengawal bekalan air kepada tanaman.
·       Taburan tenaga suria yang tinggi di kawasan tropika meningkatkan kadar sejatan dan pepeluhan bagi membekalkan air hujan kepada tanaman seperti padi dan sayuran.
·       Tenaga suria yang terik juga meningkatkan proses sejat peluhan – mengeringkan air di kawasan sawah padi, mempercepatkan padi masak.




2


4. Mengekalkan kesuburan tanih.
·       Tenaga suria yang tinggi/cuaca panas memudahkan aktiviti pembakaran tapak pertanian seperti jerami padi, sisa ladang tebu, sisa ladang kelapa sawit bagi menghasilkan baja asli/organik untuk tanaman seterusnya.
·       Cuaca yang panas dan lembab juga mempercepatkan proses pereputan sisa organik untuk menghasilkan humus yang subur lepada tanaman.




2
Pemarkahan :   4 isi  x 2 Markah =  8  Markah
MAX 8

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...