UMMU SULAIM BINTI MILHAN - IBU ANAS BIN MALIK
Ummu
Sulaim binti Milhan juga dikenali sebagai Ar-Rumaishaa’. Beliau
merupakan wanita solehah yang telah banyak meninggalkan contoh ikutan
kepada seluruh wanita Islam sehingga ke hari ini. Satu contoh unggul
dalam kehidupan rumahtangga Muslim dan kegigihan menyertai perjuangan Rasulullah. Beliaulah ibu kepada Anas bin Malik.
Sebelum
memeluk Islam, beliau telah berkahwin dengan Malik bin An Nadhr, bapa
Anas bin Malik. Ummu Sulaim telah memeluk Islam bersama-sama kaumnya.
Sedangkan suaminya Malik bin An Nadhr enggan memeluk Islam. Ketika itu
Anas bin Malik masih kecil dan baru saja berlajar bertutur, namun telah
boleh melafazkan kalimah syahadah.
Keengganan
suaminya memeluk Islam dan mengambil keputusan meninggalkan Ummu Sulaim
membesarkan Anas bin Malik sendirian tidak mematahkan semangatnya. Ummu
Sulaim cekal membuktikan cinta kasihnya hanya untuk Islam. Beliau lebih
mencintai kehidupan di jalan kebenaran Islam. Dia berazam tidak
berkahwin lagi selagi anaknya belum dewasa dan menumpukan sepenuh masa
mendidik Anas bin Malik menjadi seorang yang bertakwa dan berilmu. Juga
bertekad hanya akan berkahwin jika dipersetujui oleh anaknya Anas.
Sewaktu Rasulullah berhijrah ke Madinah, Anas bin Malik sudah berusia sepuluh tahun. Ummu Sulaim berkata kepada Rasulullah:
“Kebanyakan
kaum Ansar lelaki dan perempuan, menghadiahkan sesuatu kepada tuan.
Saya tidak punya apa-apa selain anak lelaki ini. Ambillah dia sebagai
budak suruhan, supaya dia berkhidmat dan belajar dari tuan.”
Ummu
Sulaim sebenarnya sangat berhajat anaknya Anas bin Malik menjadi
sebaik-baik manusia. Berkat kesungguhan ibunya dan doa-doa Rasulullah,
Anas bin Malik menjadi seorang alim yang banyak meriwayatkan hadis dan
memberi fatwa. Ketika Anas bin Malik telah menjangkau usia dewasa,
datanglah Abu Talhah melamar ibunya. Abu Talhah menawarkan mas kahwin
yang tinggi, untuk menarik perhatian Ummu Sulaim. Namun ketika itu Abu
Talhah masih lagi kufur.
Ummu sulaim yang begitu teguh pendirian dan mendalam kecintaanya kepada Islam dengan tegas menjawab:
“Wahai
Abu Talhah! Bagaimana boleh menjadi isterimu kerana engkau masih kufur.
Kau masih nmenyembah batu dan kayu. Aku tidak mengharapkan mahar yang
tinggi. Aku hanya menerimamu setelah engkau memeluk Islam. Memadai
keIslamanmu menjadi mahar paling mahal.”
Sekali
lagi terbukti cinta dan kasih Ummu Sulaim hanya untuk Islam. Permintaan
Ummu Sulaim begitu rupa menjadi tamparan hebat buat Abu Talhah. Tetapi
apabila difikirkan semula dengan mendalam, Abu Talhah telah rela memberi
persetujuan terhadap syarat yang diminta Ummu Sulaim. Abu Thalhah
segera menyatakan persetujuanya kepada permintan Ummu Sulaim dan
berharapan besar Ummu Sulaim akan menerimanya dengan senang hati.
Bagi
Ummu Sulaim sendiri, beliau masih berpegang kepada janjinya inginkan
persetujuan dari Anas bin Malik terlebih dahulu. Setelah Anas bin Malik
mepersetujui ibunya berkahwin dengan Abu Talhah, barulah Ummu Sulaim
menyatakan kesanggupannya menjadi isteri Abu Talhah. Mas kahwinnya cukup
dengan Abu Talhah mengucapkan dua kalimah syahadah. Itulah mas kahwin
termahal bagi Ummu Sulaim sebagai bukti cinta dan kasihnya hanya untuk
Islam. Bagaimana jika hal demikian dibawa ke dalam kehidupan kita pada hari ini?
Memang
ramai yang akan merasa aneh; bagaimana seorang perempuan rela berkahwin
dengan mas kahwin semudah itu? Tiada emas, permata dan wang hantaran
beribu-ribu juga pelamin bertingkat-tingkat. Berbanding dengan kebiasaan
hari ini setiap majlis perkahwinan diraikan dalam majlis gilang
gemilang dan besar-besaran. Namun kebahgian dalam rumah tangga Ummu
Sulaim dan Abu Talhah telah diasaskan dengan kecintaan
sepenuhnya untuk Islam. Abu Talhah sendiri tealh mengorbankan
kekufurannya semata-mata mengharapkan beroleh kehidupan yang diredai
Allah.
Segala
pengorbanan mereka seisi keluarga yang diikhlaskan untuk Islam, tidak
Allah sia-siakan. Mereka telah dikurniakan anak-anak yang soleh. Salah
seorang diantaranya, Abdullah bin Abu Talhah.Abdullah pula beroleh anak
lelaki bernama Ishaq bin Abdullah bin Abu Talhah yang merupakan tokoh
ilmu fiqh yang terkenal. Terbukti segala pengorbanan demi kecintaan
kepada Islam tidak sia-sia.
ANAS BIN MALIK.
Beliau lahir di Yatsrib (Madinah) 8 tahun sebelum Hijriah. Nama
lengkapnya Anas bin Malik bin an-Nadhar bin Dhomdhom al-Anshory
al-Khazrojy. Biasa dipanggil Abu Hamzah, juga digelari ‘Khodim ar-Rasul’
(Pembantu Rasul). Anas diserahkan oleh ibunya Ummu Sulaim, kepada
Rasulullah di kala Rasulullah datang dari Mekah setelah perintah hijrah
dari Allah SWT. Penduduk Madinah saat itu benar-benar mengalu-alukan
kedatangan Rasulullah, termasuk Anas yang masih kecil dan Ibunya Ummu
Sulaim. Ummu Sulaim telah menanamkan di hati Anasyang masih kecil rasa
cinta terhadap Rasulullah, sehingaa dia tidak sabar untuk bertemu
Rasulullah SAW.
Ayah Anas sempat menentang Ummu Sulaim memeluk agama Islam, namun
tentangan dari ayah Anas tidak menggentarkan sedikitpun hati Ummu Sulaim
dalam memeluk Islam sebagai sebuah kepercayaan yang mencerahkan
peradaban manusia kala itu, agama samawi yang diajarkan Muhammad
Rasulullah SAW. Ayah Anas dikabarkan meninggal dalam sebuah perselisihan
ketika dia sedang berada di luar rumah, sehingga akhirnya Anas hidup
sebagai seorang yatim.
Akhirnya tiba masa hijrahnya Rasulullah SAW dari Mekkah. Mendengar
hal ini Anas dan Ummu Sulaim sangat bahagia seperti halnya apa yang
dirasakan oleh penduduk Madinah lainnya yang telah memeluk Islam. Katika
Rasulullah tiba di Madinah, penduduk berbondong-bondong menyambut
beliau. Mereka memberikan hadiah kepada Rasulullah, hingga akhirnya
sampailah giliran Anas dan Ummu Sulaim bertemu dengan beliau.
Ummu Sulaim berkata, ”Ya Rasulullah, orang-orang Ansar baik lelaki
mahupun perempuan telah memberikan hadiahnya kepada tuan. Tetapi saya
tidak memiliki apa-apa untuk saya hadiahkan kepada tuan kecuali anak
saya ini. Maka ambillah dia berkhidmat kepada tuan untuk membantu apa
yang tuan mahukan.” Rasulullah pun menerima hadiah Ummu Sulaim dengan
senang hati. Sejak saat itu Anas bin Malik yang berusia 10 tahun hidup
bersama Rasulullah dalam bingkai rumah Rasulullah.
Dalam rumah Rasulullah inilah Anas belajar dan menangkap perilaku
Rasulullah yang mulia. Anas menyaksikan perilaku Rasulullah SAW dan
berinteraksi secara langsung dengannya. Hampir segala perilaku atau
sikap Rasulullah SAW diperhatikan dan kemudian diamalkan olehnya. Abu
Hurairah berkata, “Saya belum pernah melihat orang yang menyerupai
solatnya Rasulullah kecuali Ibn Ummu Sulaim (maksudnya Anas). Sealain
itu, Ibnu Sirin berkata, “Anas adalah sahabat yang solatnya paling
bagus, baik di rumah maupun pada waktu Safar.”
Anas menyaksikan secara langsung bagaimana mulianya akhlak Rasulullah
dalam kehidupan sehari-hari. Anas pernah berkata, “Saya berkhidmat
kepada Rasulullah selama sepuluh tahun. Tidak pernah sekalipun
Rasulullah berkata: “Mengapa kamu buat begitu…” jika saya melakukan
sesuatu. Apabila saya tidak melakukan sesuatu perkara, Baginda tidak
pernah beberkata: “Mengapa kamu tidak lakukannya…””
Anas bercerita, “Suatu hari Rasulullah menyuruhku untuk suatu
keperluan. Saya pun keluar rumah. Dan jalan berjumpa dengan anak-anak
sedang bermain. Saya pun ikut bermain bersama mereka. Saya malah tidak
memenuhi perintahnya. Selesai bermain dengan mereka, tiba-tiba saya
merasa ada orang berdiri dibelakang saya. Setelah saya menoleh, ternyata
Rasulullah sambil memagang bajuku. Sambil tersenyum Rasulullah berkata,
“Wahai Anas, Apakah kamu sudah kerjakan perintahku?” Saya merasa
bersalah. Saya pun menjawab, “Baiklah, saya pergi sekarang.”
Rasulullah SAW memanggil Anas dengan pangilan kasih sayang, Unais,
dan terkadang Beliau memanggil “Anakku”. Rasulullah sering memberikat
nasihat-nasihat kepadanya. Seperti nasihatnya kepada Anas berikut
ini, “Anakku, bila kau mampu berada di pagi dan petang hari tanpa ada
dengki di hatimu pada siapapun, maka lakukanlah…! Anakku, yang demikian
adalah termasuk sunnahku, barang siapa yang menghidupkan sunnahku maka
ia telah mencintaiku… barang siapa yang mencintaiku maka ia akan berada
di surga bersamaku…Anakku, jika kau masuk ke dalam rumah ucapkanlah
salam karena itu akan membawa keberkahan bagimu dan juga bagi penghuni
rumahmu.”
Rasulullah pernah mendoakan atas Anas bin Malik, “Allahumma
Urzuqhu Maalan wa Waladan, wa Baarik Lahu (Ya Allah, berikanlah
kepadanya harta dan keturunan, dan berkatilah hidupnya).” Doa Rasulullah
SAW tersebut dikabulkan oleh Allah, Anas dikurniakan usia yang panjang.
Anas bin Malik hidup selama 103 tahun lamanya, ketika Rasulullah
meninggal, Anas masih melanjutkan perjalanan hidupnya hingga 80 tahun
kemudian. disebabkan anugerah usianya yang panjang Anas bin Malik
berkata, “Tidak ada orang yang tersisa (dari sahabat) yang dapat solat
di masjid Qiblatain (dua qiblat) kecuali saya.”Anas juga dikurniakan
keturunan yang banyak oleh Allah SWT, iaitu tidak kurang dari 100 orang
anak serta cucu beliau. Apabila mengkhatamkan al-Qur’an, beliau
mengumpulkan isteri dan anak-anaknya dan kemudian berdoa. Anas juga
dikarunia oleh Allah harta yang cukup. Sehingga beliau menjadi salah
seorang pemuda terkaya dari kalangan Ansar.
Bagi kita doalah seperti dibawah,
Allahumma aksir maali wawaladi, wawasi' li fii daari, wabarikli fima a'atoitani,
waahsin aamali, waghfirli.
waahsin aamali, waghfirli.
Maksudnya:
Ya Allah banyakkanlah hartaku dan anak-anakku,
luaskanlah rumahku,berkatikanlah semua yg Kau beri kepadaku,
perbaiki amalanku, dan ampunkan untukku.
TIPS
TARIK REZEKI....
1) Solat berjemaah
2) Solat dhuha
3) Tadabbur al Quran
4) Sedekah1) Solat berjemaah
2) Solat dhuha
3) Tadabbur al Quran
5) Jaga muamalah
6) Perbanyakkan zikir
7) Bersilaturahim
Anas adalah muslim yang soleh, dan taat terhadap perintah Rasulullah.
Anas bin Malik tidak berperang dalam perang Badar Akbar, karena usianya
masih muda. Tetapi beliau banyak mengikuti peperangan lainnya sesudah
itu. Anas bin Malik turut serta ikut dalam perang Yamamah, di mana
perang ini hampir saja jiwanya terenggut saat terkena kait dari besi
panas yang dilempar dari benteng musuh. Namun atas izin Allah beliau
berhasil diselamatkan oleh saudaranya sendiri Baro’ bin Malik.
Beliau adalah seorang Mufti, Qori, Muhaddith, dan Perawi Islam.
Beliau mendapatkan banyak ilmu dari Rasulullah SAW, Abu Bakar, Umar,
Usman, Mu’ad, Usaid Al Hudair, Abu Tholhah,iIbunya sendiri Ummu Sulaim
putri Milhan, ibu saudaranya Ummu Haram dan suaminya Ubadah bin Shamit,
Abu Dzar, Malik bin Sha’sha’ah, Abi Hurairah, Fatimah dan masih banyak
lainnya.Pada waktu Abu Bakar meminta pendapat Umar mengenai pelantikan
Anas bin Malik menjadi pegawai di Bahrain, Umar memujinya :” Dia adalah
anak muda yang cerdas dan boleh membaca dan menulis, dan juga lama
bergaul dengan Rasulullah”.
Dalam perjalanan 10 tahun bersama Rasulullah Anas bin Malik telah
meriwayatkan ribuan hadis. Anas bin Malik merupakan sahabat ketiga
terbanyak meriwayatkan hadis, iaitu sebanyak 2.286 hadits . Hal yang
paling membuat sedih Anas bin Malik adalah saat-saat Rasulullah wafat.
Jika ia terkenang kepergian Rasulullah maka ia akan sangat bersedih hati
hingga orang-orang disekelilingnya juga turut bersedih. Anas bin Malik
berkata, “Aku melihat Nabi SAW saat Baginda datang kepada kami, dan
akupun melihatnya saat Baginda wafat. Sampai kini aku belum menemukan
hari lain seperti kedua hari tersebut. Pada hari Baginda datang ke
Madinah, Baginda mampu menerangi semuanya… dan pada hari hampir Baginda
melangkah menuju sisi Tuhannya, maka seolah semuanya menjadi gelap.
Kali terakhir aku melihat Baginda adalah hari Isnin di saat tirai kamar
Baginda di buka. Aku melihat wajah Baginda seolah lembaran kertas. Saat
itu semua orang berdiri di belakang Abu Bakar seraya memandang ke arah
Baginda. Hampir saja mereka tak kuasa menahan diri. Lalu Abu Bakar
memberi isyarat kepada mereka untuk tenang. Lalu wafatlah Rasulullah SAW
di penghujung hari itu. Kami belum pernah melihat pemandangan yang
lebih pelik pada kami melebihi wajah Baginda saat kami mengubur jasad
Baginda dengan tanah.”
Saat-saat yang paling membahagiakannya adalah saat pertama beliau
bertemu Rasulullah SAW, dan saat yang paling membuatnya sedih adalah
saat dimana Rasulullah pergi ke pangkuaan Allah. Sepeninggalan
Rasulullah SAW Anas pergi ke Damaskus. Dari Damaskus beliau pindah ke
Basrah. Dengan bekal pelajaran langsung dari kekasih Allah, Rasulullah
SAW Anas bin Malik mengamalkan setiap pelajaran beharga yang beliau
dapati selama 10 tahun bersama orang yang menjadi qudwah bagi umat
muslim di seluruh dunia saat ini.
Setelah menjalani hidupnya sekitar satu abad beliau wafat pada tahun
91 Hijrah. Saat terakhirnya ia jatuh sakit dan pada saat tersebut dia
berpesan kepada keluarganya, “Ajarkan aku kalimat La ilaha illahu,
Muhammadun Rasulullah.” Dia terus mengucapkan kalimat tersebut hingga
pada akhirnya dia meninggal dunia. Pada wafatnya Muwarriq berkata: “
Telah hilang separuh ilmu. Jika ada orang suka memperturutkan
kesenangannya bila berselisih dengan kami, kami berkata kepadanya,
marilah menghadap kepada orang yang pernah mendengar dari Rasululah
SAW.”
Anas bin Malik pembantu Rasulullah yang senantiasa mencintai
Rasulullah SAW hingga akhir hayatnya adalah salah satu sahabat yang
patut kita teladani kesetiaannya. Anas senantiasa berkeinginan untuk
berjumpa dengan Rasulullah SAW saat di akhirat, Anas bin Malik sering
berkata, “Aku berharap dapat berjumpa dengan Rasulullah Saw pada hari
kiamat sehingga aku dapat berkata kepada Beliau: “Ya Rasulullah, inilah
pembantu kecilmu, Unais.”
No comments:
Post a Comment