PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Wednesday, July 25, 2012

LANJUTAN KULIAH 7 -TEORI PEREBAKAN DASAR LAUTAN & PLAT TEKTONIK

(ii)               TEORI PELUASAN / PEREBAKAN DASAR LAUTAN 

-  Teori yang dikemukakan oleh ahli geoglogi berdasarkan penemuan permatang dan lurah di 
   dasar laut.
-  Magma yang panas  daripada bahagian mantel sentiasa tertolak naik ke bahagian kerak
   bumi didasar lautan.
-  Dasar lautan kemudiannya akan mengalami retakan dan retakan ini dikenali sebagai 
   sempadan pencapahan.
-  Arus perolakan dari lapisan mantel terus menolak magma secara berterusan menyebabkan 
Rajah : Perluasan / Perebakan Dasar Lautan
   magma tersebut memenuhi retakan atau 
   rekahan tersebut lalu membeku dan 
   membentuk permatang dasar laut. 
Pergerakan magma yang berlaku secara 
   berterusan menyebabkan retakan menjadi 
   semakin  membesar.
-  Dasar laut lama akan tertolak kearah 
    kedua-dua belah bagi membolehkan dasar 
    laut baru yang lebih besar terbentuk.  
-  Ianya di buktikan dengan mengkaji batuan di 
   dasar lautan di mana batuan berdekatan 
   dengan permatang lautan adalah lebih muda 
   berbanding batuan yang jauh daripada 
   permatang lautan. 
-    Ini menunjukkan magma baru telah mengalir 
   keluar dan membeku di zon permatang dasar
   lautan.
Batuan yang lebih jauh telah lama terbentuk.
             
(iii)             TEORI TEKTONIK PLAT

-  Mengikut teori ini kerak bumi terdiri daripada kepingan-kepingan atau plat-plat. 
-  Terdapat dua jenis plat iaitu plat benua dan plat lautan.
-  Plat-plat ini terapung di atas lapisan mantel dan arus perolakan daripada bahagian 
   mantel  ini akan menggerakkan plat-plat tersebut.
Rajah: Sel-sel Arus Perolakan Magma di Bawah Kerak Bumi
-  Pergerakan plat-plat dalam 
   pelbagai arah sama ada 
   mewujudkan pertembungan 
   plat, pencapahan plat atau 
   perselisihan plat.
-  Daya mampatan ( 
   pertembungan plat ) akan 
   menyebabkan kerak bumi 
   terlipat lalu menghasilkan   
   gunung lipat dan daya 
   tegangan ( pencapahan plat ) 
   akan menghasilkan lurah.  

     
Peta : Sempadan Plat-plat Tektonik Sekarang
 
JENIS SEMPADAN PLAT TEKTONIK

  • Pergerakan plat-plat ke arah yang sama menghasilkan pertembungan. Kejadian ini mewujudkan sempadan pertembungan.
  • Manakala pergerakan plat-plat  ke arah yang bertentangan menyebabkan terjadinya sempadan pencapahan / pemisahan.


Pergerakan Plat Secara Pertembungan
Pertembungan Plat Benua Dengan Plat Lautan

Perhatikan Rajah  di atas Plat Benua bertembung dengan Plat Lautan diatas menunjukkan pertembungan antara plat benua dengan plat lautan. Kejadian ini menyebabkan plat lautan menjunam ke bawah plat benua. lni berlaku kerana plat lautan lebih tumpat. Di kawasan junaman, terbentuk jurang lautan yang dalam. Misalnya pertembungan Plat Pasiflk dengan Plat Filipina menghasilkan Jurang Mariana yang merupakan jurang terdalam di dunia.
Pertembungan Plat Benua Dengan Plat Benua
Apabila Plat Benua bertembung dengan Plat Benua seperti rajah di bawah, mampatan benua akan berlaku. Batuan yang termampat menghasilkan banjaran gunung lipat muda. Kebanyakan banjaran gunung utama di dunia terbentuk dengan cara ini. Dalam pertembungan ini, pinggir plat benua akan terlipat. Kejadian ini menghasilkan banjaran gunung di sepanjang sempadan pertembungan
                                             
Pertembungan Plat Lautan Dengan Plat Lautan
Apabila plat lautan bertembung dengan plat lautan seperti di rajah di atas, salah satu daripadanya akan menjunam ke bawah dan membentuk jurang lautan yang dalam. Plat yang menjunam itu akan tertolak ke dalam mantel yang lebih panas. Pinggir plat berkenaan menjadi cair akibat suhu yang tinggi. Batuan yang lebur itu naik dan membentuk gunung berapi di dalam laut
Peta : Plat Tektonik Asia Tenggara

Peta: Plat-plat Tektonik Yang Utama Di Dunia
KEJADIAN GEMPA BUMI
  • Gempa Bumi ialah pergerakan atau gegaran kerak bumi secara tiba-tiba di kawasan sempadan plat tektonik. Ia berlaku di pinggir plat apabila dua plat bertembungan, berselisih atau berpisah dan tergelincir. Tenaga yang dihasilkan terkumpul di dalam kerak bumi kerana tidak dapat keluar ke permukaan bumi.
  • Akibatnya gelinciran berlaku dan tenaga yang terpendam itu akan terlepas secara tiba-tiba.
  • Ini menyebabkan  bahagian  bumi berkenaan bergegar dan berlakunya kejadian gempa bumi.
  • Mengikut pengkaji, gempa bumi berlaku setiap hari tetapi kerana gegarannya kecil dan berlaku di kawasan yang  tiada penduduk, maka tiada belaku banyak kerosakan dan tiada mangsa.
  • Titik dimana sempadan plat yang pecah dipanggil focus gempa bumi, manakala titik yang terletak di atas permukaan bumi iaitu yang secara menegak di atas focus dipanggil epicenter. Apabila sesuatu plat pecah dan putus ia akan mengeluarkan gegaran seismik yang boleh membawa kerosakan beribu-ribu km dari epicenter.
  • Kekuatan gempa bumi bergantung kepada jenis-jenis pergerakan seperti;-
1.      gempa bumi di sempadan perpisahan plat  lebih lemah biasanya bawah daripada magnitud lapan dan focusnya sedalam  25 km.
2.      gempa bumi disempadan perselisihan bermagnitud kurang daripada 8.3
3.      gempa bumi disempadan pertembungan boleh sampai sedalam 700 km dan bermagnitud melebihi 9. Tenaga yang dibebaskan boleh bertukar  bentuk pergerakan gelombang.
  • Bagaimanapun gempa bumi yang besar berlaku sekali sekala yang boleh membawa kemusnahan dan mengorbankan ramai penduduk.
  • Ukuran kekuatan gempa bumi diukur dengan alat Seismograf  dalam bacaan skala ritcher diperkenalkan oleh Charles Ritcher 1935. ( Bacaan kurang daripada 2 tidak dirasai oleh manusia, manakala bacaan lebih daripada  6 dianggap sebagai gempa bumi yang serius.)
  • Laporan Gempa Bumi besar dalam sejarah yang dicatatkan adalah di China 1976 ( kematian 255 000 orang ), Jepun 1923 ( kematian 143 000 orang ),  Peru 1970 ( kematian 66 000 orang ) dan Iran 1990 ( kematian 50 000 orang ).
  • Lokasi kawasan aktif gempa bumi adalah
1.      Sekitar Lautan Pasifik ( Lingkaran Api Pasifik )
2.      Permatang Tengah Atlantik.
3.      Kawasan Hotspots ( Hawaii, Valles, Yellowstone dan Lembah Long Island.
4.      Jaluran Kawasan Mediterranean.
Rajah. : Keratan rentas kerak bumi Asia Tenggara yang menggambarkan proses-proses Plat Tektonik( Gempa Bumi ) dalam zon pertembungan plat.


 Peta Dunia : Taburan gunung berapi, penara basalt dan kawasan gempa bumi yang utama


Gempa Bumi Di Aceh

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...