PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Monday, July 23, 2012

LANJUTAN KULIAH 6 - PROSES GELINCIRAN


Konsep gelinciran

Gelinciran merujuk kepada retakan dan rekahan pada kerak bumi atau plat tektonik akibat pergerakan arus perolakan dari dalaman bumi menyebabkan berlakunya mampatan atau tegangan pada kerak bumi palat tektonik sehingga berlakunya anjakan pada lapisan kerak bumi atau plat  tektonik  sama ada secara mendatar, menegak, dan menggelongsor.

Kata kunci
  • retakan atau rekahan pada kerak bumi
  • akibat pergerakan arus perolakan dalam bumi atau plat tektonik
  • berlakunya mampatan atau tegangan pada kerak bumi atau plat tektonik
  • berlakunya anjakan pada lapisan kerak bumi atau plat tektonik
  • secara mendatar, menegak, dan menggelongsor
 
Jenis-jenis Gelinciran

Gelinciran biasa [Normal Fault ]

  • Terjadi apabila berlakunya daya tegangan pada kerak bumi
  • Bahagian kerak bumi kemudiannya menjadi retak
  • Satu bahagian kerak bumi akan tergelincir ke bawah
  • Satah gelinciran berkeadaan curam atau hampir tegak.
  • Contoh gelinciran biasa yang menghasilkan bentuk muka bumi Horst dan Graben seperti Lurah Gelinciran Afrika yang menganjur sepanjang  6 000 kilometer.

Gelinciran songsang [ Reverse Fault ]

Gambar Gelinciran
  • Terjadi apabila berlakunya mampatan pada kerak bumi.
  • Bahagian kerak bumi kemudiannya menjadi retak
  • Satu bahagian kerak bumi akan tertolak atau terjulang ke atas menjadi lebih tinggi daripada bahagian kerak bumi yang lain.
  • Satah retakan biasanya condong dan kurang daripada 45ยบ

Gelinciran rabak [Lateral Fault ]

  • Terjadi apabila berlakunya daya mampatan dan tegangan pada kerak bumi.
  • Bahagian kerak bumi kemudiannya menjadi retak
  • Bahagian kerak bumi bergerak secara melintang dari kedua-dua arah yang bertentangan.
  • Pergerakan ini tidak melibatkan kenaikan atau penurunan kerak bumi.
  • Gelinciran rabak tidak melibatkan kewujudan cerun pada kerak bumi.
  • Contoh gelinciran rabak ialah Gelinciran San Andreas di California, Amerika Syarikat.


Bentuk muka bumi Gelinciran

Gunung bongkah ( horst )
  • Merujuk kepada bahagian kerak bumi yang tertolak ke atas.
  • Daya mampatan menyebabkan berlakunya retakan dan rekahan pada kerak bumi
  • Satu bahagian kerak bumi akan tertolak atau terjulang ke atas menjadi lebih tinggi daripada bahagian kerak bumi yang lain lalu membentuk gunung bongkah ( horst )
  • Contoh horst ialah Gunung Hunsruck, Vosges dan Black Forest di Eropah.

Lurah gelinciran  ( graben )
  • Merujuk kepada bahagian lurah atau  kerak bumi yang tergelincir ke bawah.
  • Daya tegangan menyebabkan berlakunya retakan dan rekahan pada kerak bumi
  • Satu bahagian kerak bumi kekal dan sebahagian lagi akan tergelincir ke bawah lalu membentuk graben.
  • Contoh graben ialah Lurah Gelinciran Afrika Timur yang terbentuk apabila Plat Arab dan Plat Afrika bergerak meninggalkan antara satu sama lain.


Pembentukan Bentuk Muka Bumi Gunung Bongkah (horst) dan Lurah Gelinciran (graben) di sebabkan daya tegangan dan mampatan.
 


Laut Merah adalah satu contoh Lurah Gelinciran.  Bertempat di Lembah Gelinciran Besar. Luasnya sekitar 450,000 meter persegi. Panjangnya 1900 km dan lebarnya lebih 300 meter. Kedalaman laut mencapai 2500 meter di bahagian tengah. Purata dalam laut ini ialah 500 m

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...