LEMBANGAN SALIRAN.
Jawab soalan-soalan yang ditinggalkan sebagai latihan.
A) HAKISAN
Konsep/Tajuk
|
Huraian
|
Hakisan
|
Proses penghausan
atau pengukiran muka bumi dengan pemindahan keluar oleh agen-agen seperti air
mengalir dan ombak.
|
HAKISAN
PERMUKAAN
|
|
Hakisan permukaan
|
Proses penghausan
atau pengukiran muka bumi yang berlaku kerana pergerakan air di permukaan
sebelum masuk ke dalam alur.
|
JENIS
|
|
1. Percikan hujan
|
Pencungkilan
tanah di muka bumi yang disebabkan daya yang wujud dari titisan hujan.
|
2. Kepingan/Meluas
|
Kepingan tanah
yang terhakis di permukaan yang homogen oleh larian permukaan.
|
3. Galir
|
Hakisan dari atas
cerun ke bawah cerun dengan menghasilkan alur-alur yang kecil
|
4. Galur
|
Hakisan dari atas
cerun ke bawah cerun dengan menghasilkan alur-alur yang besar.
|
HAKISAN
DALAM ALUR
|
|
Konsep/Tajuk
|
Huraian
|
I.
JENIS
|
|
1. Mendalam
|
Hakisan oleh tindakan sungai ke dasar.
|
2. Melebar
|
Hakisan oleh tindakan sungai ke tebing/sisi.
|
3. Mengundur/
memanjang
|
Hakisan oleh tindakan sungai di hulu atau di bahagian
hilir semasa kejatuhan aras laut/ proses balik muda.
|
II.
CARA
|
|
1. Hidraul
|
Kuasa pencungkilan tanah dalam alur oleh kuasa air
mengalir itu sendiri tanpa bantuan beban.
|
2. Geseran/lelasan
|
Hakisan terhadap tebing dan dasar secara dilelas oleh
beban yang dibawa dalam sungai
|
3. Lagaan
|
Hakisan yang berlaku antara beban yang dibawa oleh
sungai apabila beban-beban itu berlaga antara satu sama lain.
|
4. Larutan
|
Hakisan dalam alur yang berlaku apabila tanah dalam
alur itu terlarut apabila air sungai mengalir terutamanya di kawasan batu
kapur atau kawasan tanah liat.
|
III.
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HAKISAN
|
|
1. Halaju air
|
Semakin deras /laju aliran air kadar hakisan
meningkat.
|
2. Kecerunan
|
Semakin curam, halaju tinggi maka kadar hakisan
meningkat
.
|
3. Bentuk alur /
Geometri sungai
|
Sungai semakin lurus kadar hakisan meningkat.
Bahagian cekung sungai , kadar hakisan meningkat.
|
4. Jenis batuan
|
Batuan yang keras seperti batuan igneus sukar
dihakis. Kawasan batuan kapur, kadar hakisan meningkat.
|
5. Bahan Muatan
|
Semakin banyak muatan dalam sungai kadar hakisan
secara lelasan akan meningkat.
|
IV.BENTUK
MUKA BUMI HASIL HAKISAN SUNGAI
|
|
1. Air terjun
|
Air terjun terbentuk apabila aliran air yang berubah
gradien secara tiba-tiba akibat daripada kadar hakisan yang berbeza dalam alur
tersebut.
|
2.Jeram
|
Bentuk muka bumi yang terhasil kerana hakisan di
dasar terhadap batuan yang berbeza kekerasan secara menegak . Batuan keras
yang tertonjol membentuk jeram di dasar sungai.
|
3. Lubuk sungai
|
Hakisan di dasar sungai melalui pusaran air terhadap
batuan yang merekah atau lembut di dasar sungai.
|
4. Lurah bentuk
“V”
|
Akibat sungai yang bersaliran deras di hulu
menjalankan hakisan mendalam / dasar membentuk lurah bentuk “ V “
|
B) PENGANGKUTAN
Konsep/Tajuk
|
Huraian
|
Pengangkutan
|
Pemindahan bahan-bahan terluluhawa/terhakis dari satu
tempat ke tempat yang lain oleh agen seperti air mengalir,sungai dan ombak.
|
PENGANGKUTAN
SUNGAI
|
|
I.
CARA PENGANGKUTAN SUNGAI
|
|
1. Golekan
|
Bahan –bahan yang
bundar dan besar yang digerakkan di dasar sungai.
|
2. Loncatan/seltasi
|
Butiran-butiran batuan yang kecil seperti batu lada
dan pasir kasar yang dijulangkan oleh
arus sungai sebelum jatuh semula akibat tarikan graviti dalam alur.
|
3. Ampaian
|
Bahan-bahan mendak yang halus dan ringan seperti
tanah liat dan kelodak digerakkan secara terampai-ampai dalam air.
|
4. Apungan
|
Bahan-bahan yang mempunyai ketumpatan yang rendah di
angkut di permukaan air secara terapung-apung.
|
5. Larutan
|
Batuan yang bersifat larut dalam air seperti batu
kapur dan garam batuan akan terlarut dalam sungai dan diangkut dalam bentuk
larutan.
|
II.
FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PENGANGKUTAN SUNGAI
|
|
1. Isipadu
|
Semakin banyak isipadu air semakin tinggi kadar
pengangkutan sungai, contohnya semasa banjir.
|
2. Saiz bahan
|
Batuan yang berat dan besar akan digerakkan secara
golekan, yang sederhana secara loncatan dan saiz halus secara ampaian.
|
3. Cerun
|
Semakin curam halaju tinggi dan kadar pengangkutan
juga tinggi.
|
4. Halangan
|
Halangan seperti akar atau binaan di sepanjang sungai
akan menyebabkan kadar pengangkutan sungai rendah.
|
5. Bentuk Alur
|
Alur berbentuk ‘V’, tumpuan tenaga yang kuat di dasar
maka kadar pengangkutan secara loncatan tinggi, alur berbentuk ‘ U’ tumpuan
tenaga berkurangan pengangkutan cara ampaian dan apungan banyak berlaku.
|
C) PEMENDAPAN
Konsep/tajuk
|
Huraian
|
Pemendapan
|
Proses yang berlaku apabila bahan - bahan muatan
menjadi pegun, terlonggok dan tidak diangkut lagi oleh agen-agen seperti air
mengalir, sungai dan ombak.
|
PEMENDAPAN
SUNGAI
|
|
I.
FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PEMENDAPAN SUNGAI
|
|
1. Isipadu
|
Peningkatan isipadu air, kadar pemendapan juga
meningkat di bahagian tebing sungai.
|
2. Bahan muatan
|
Jumlah bahan muatan yang banyak - menyebabkan
keupayaan mengangkut berkurangan dan kadar pemendapan meningkat.
|
3. Kecerunan
|
Semakin curam alur kadar pemendapan berkurangan,
semakin landai alur kadar pemendapan akan meningkat.
|
4. Bentuk alur
|
Kadar pemendapan tinggi di bahagian cembung sungai
kerana kuasa mengangkut terhalang.
|
5. Halangan
|
Semakin banyak halangan seperti akar pokok atau
binaan kadar pemendapan akan bertambah kerana proses pengangkutan terhalang.
|
II.
BENTUK MUKA BUMI HASIL PEMENDAPAN SUNGAI
|
|
1. Dataran Banjir/
Mendap
|
Bentuk muka bumi yang terhasil di tebing sungai
akibat longgokan bahan-bahan yang termendap akibat limpahan air sungai di
kedua-dua belah tebing sungai.
|
2. Tasik Ladam
|
Terbentuk kerana pemendapan di bahagian likuan sungai
yang terpenggal.
|
3. Tetambak
|
Longgokan bahan-bahan yang lebih kasar di bahagian
tebing sungai semasa limpahan sungai berlaku.
|
CONTOH
–CONTOH SOALAN HASIL TINDAKAN SUNGAI
1. a) Apakah yang dimaksudkan profil rentas sungai dan profil panjang
sungai? [5]
PROFIL
RENTAS SUNGAI
|
Bentuk sungai
yang dilihat dari tebing ke tebing sesebuah sungai dan dilihat dari pandang depan.
|
PROFIL
PANJANG SUNGAI
|
Bentuk sungai
yang dilihat dari hulu ke hilir sesebuah sungai dan dilihat dari pandang
sisi.
|
b) Huraikan faktor yang mempengaruhi halaju
sungai . [10]
Isi
|
Huraian
|
1. Kecerunan
|
Semakin curam -
halaju semakin tinggi.
|
2. Halangan
|
Halangan seperti
tumbuhan atau binaan akan memperlahankan halaju.
|
3. Isipadu
|
Hujan yang lebat
meningkatkan isipadu dan halaju air meningkat.
|
4. Beban
|
Jumlah beban yang
banyak akan mengurangkan halaju air.
|
5. Bentuk alur
|
Aliran sungai
yang lurus meningkatkan halaju air
|
c) Jelaskan kesan proses pemendapan sungai
terhadap aktiviti manusia. [10]
Kesan/bentuk
|
Aktiviti
|
1.Dataran mendap
|
Pertanian –tanih
alluvium – subur.
Akuakultur- buat
kolam ikan .
|
2. Tasik Ladam
|
Akuakultur –
ternak ikan dalam sangkar.
Rekreasi –
aktiviti air seperti kayak, memancing.
|
3. Tetambak
|
Petempatan –
untuk mendirikan rumah – bebas banjir.
Pengangkutan –
bina jalan raya – bebas banjir.
|
4. Delta
|
Pertanian – tanih
alluvium – subur - padi, kelapa.
|
5. Beting pasir
|
Perlombongan –
pasir
|
2. a) i) Apakah yang dimaksudkan dengan kepadatan saliran. [3]
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
ii)
Tunjukkan bagaimana kepadatan saliran dikira. [4]
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
b)
Mengapakah
kepadatan saliran berbeza-beza antara satu lembangan dengan
lembangan yang lain. [8]
Faktor/Isi
|
Huraian
|
1. Hujan/Isipadu
|
Hujan yang lebat
meningkatkan pembentukan alur-alur sungai. Kepadatan sungai tinggi
|
2.Tanah rata /
bukit bukau.
|
Kawasan yang
berbukit bukau menghasilkan banyak alur-alur sungai menuruni cerun- kepadatan
tinggi. Tanah pamah menghadkan pembentukan alur – kepadatan rendah.
|
3. Litupan
tumbuhan
|
Tumbuhan yang
padat mengurangkan larian permukaan , meningkatkan resapan – kepadatan
rendah.
|
4. Kekerasan
batuan
|
Batuan yang keras
sukar dihakis – kepadatan rendah
Batu yang telap
air resapan tinggi - kepadatan rendah
Batu yang lembut
mudah terhakis – kepadatan tinggi.
|
c) Jelaskan
bagaimana aktiviti manusia boleh mengubah kepadatan saliran di sesuatu kawasan. [10]
Aktiviti
|
Huraian
|
1. Pertanian
|
Pembinaan parit
/terusan – kepadatan meningkat
|
2. Pembalakan
|
Pendedahan
permukaan bumi – meningkatkan pembentukan alur – kepadatan meningkat.
|
3. Perlombongan
|
Mewujudkan
tasik/takungan air – timbus sungai – kepadatan menurun
|
4. Empangan
|
Alur sungai
tenggelam – kepadatan rendah
|
5. Kerja melurus
sungai
|
Alur sungai
menjadi pendek -kepadatan rendah.
|
3. Berdasarkan kajian yang dijalankan di
mana-mana bahagian sungai :
a) Terangkan
tiga cara mengesan pencemaran di sungai tersebut. [3]
Isi
|
Huraian
|
Tempat
|
|
1. Pemerhatian
|
Warna air sungai
|
2.
Pengukuran/
Ujian
|
-Kertas litmus –
pH – kesan asid atau alkali
-Kertas turas –
mengukur kelodak
|
3.Petunjuk
biologi
|
Kehadiran
kehidupan air – ikan
|
4. Deria
|
Bau air
|
b)
Namakan empat bahan
yang mencemarkan sungai tersebut. [4]
1.
sisa
organik – najis,
2.
sisa
toksik- logam
3.
bahan
enap cemar – kelodak,pasir ,liat
4.
mikrorgnisma –
e-coli, f-coli
5.
detergen-sabun
pencuci
c)
Huraikan tiga punca
yang menyebabkan pencemaran di tempat tersebut. [6]
Isi
|
Huraian/punca
|
1. Sisa organik
|
Punca dari
kawasan pertanian, ladang ternakan dan sisa domestik.
|
2. Sisa toksik
|
Kawasan industri
pemprosesan- kilang baja, kilang cat
|
3. Enap cemar
|
Pembalakan,
pertanian , perlombongan, pembinaan
|
4. Mikoroganisma
|
Kawasan pelupusan
sampah dan domestic
|
5.Detergen/ bahan
pencuci.
|
Aktiviti
pencucian
|
d)
Terangkan tiga kesan
pencemaran sungai terhadap alam sekitar di kawasan tersebut. [6]
Kesan
|
Huraian
|
1. Bekalan air
|
|
2.
Penangkapan
ikan
|
|
3. Banjir
|
|
4. Ekosistem
Akuatik
|
|
e)
Cadangkan tiga langkah
untuk mengurangkan kesan pencemaran sungai tersebut.[6]
Langkah
|
Huraian
|
1. Rawatan air
|
|
2. Kempen
kesedaran
|
|
3. Denda
|
|