PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Saturday, October 22, 2011

PERCUBAAN GEOGRAFI KERTAS 2 STPM TERENGGANU 2011


SKEMA PERCUBAAN TERENGGANU 2011

1 (a) Nyatakan bentuk piramid penduduk yang dialami oleh negara X pada tahun 2000  [12]
            Negara X  = Piramid Progresif            2                                  [2]
(Pernarkahan:  Nama piramid penduduk mesti betul untuk diberi markh)

ii).  Huraikan empat ciri demografi yang boleh ditafsirkan berdasarkan bentuk piramid di atas.
Ciri Demografi
Negara X
M
ii1.  Kadar  kelahiran dan kadar kematian
Kadar kelahiran tinggi dan kadar kematian rendah – sebab kegagalan program perangcangan keluarga, taraf pendidikan rendah, kahwin awal, keperluan buruh keluarga dll.
2
ii2.  Jangka hayat
Jangka hayat rendah – kadar kematian golongan tua tinggi. Teknologi perubatan masih rendah untuk mengawal penyakit
seperti kencing manis, darah tinggi, jantung, barah dll termasuk amalan penjagaan kesihatan yang masih rendah.
2
ii3. Struktur umur
Tidak seimbang. Golongan muda mengatasi golongan dewasa dan tua yang berpunca daripada kadar kelahiran yang tinggi.
2
ii4. Nisbah tanggungan
Sangat besar – Golongan produktif daripada segi ekonomi (golongan dewasa) adalah sedikit untuk menanggung golongan muda khususnya di bawah umur yang sangat ramai. Keperluan asas kehidupan sangat tinggi.
2
ii5. Nisbah jantina.
Hampir seimbang antara lelaki dan perempuan bagi setiap kumpulan umur yang sama. Ini bermakna kadar kelahiran dan kematian antara lelaki dan wanita adalah hampir sama.
2

b). Jelaskan empat kesan buruk terhadap sosio-ekonomi negara-negara yang memiliki piramid penduduk seperti negara X .                                                                                                      [8]
Isi Jawapan
Huraian
M
B1. Kadar pengganguran yang  tinggi
Aras penduduk tidak boleh ditampung dengan kemampuan sumber alam yang ada / Peluang pekeriaan yang disediakan tidak sepadan dengan jumlah penduduk.  Ini akan menyebabkan pengangguran.
2
b2.   Masalah      
kekurangan
makanan
Bekalan sumber makanan seperti sumber pertanian, perikanan,penternakan tidak sepadan dengan aras penduduk dalam tempoh tertentu menyebabkan fenomena kebuluran.

b3. Kemiskinan dan kemunduran
Pendapatan perkapita yang rendah, kuasa beli dan tabungan yang rendah menyebabkan kemunduran / taraf hidup penduduk yang rendah.
( Lingkaran kemiskinan )
2
b4. Taraf pendidikan yang rendah
Kadar buta huruf/buta ICT yang tinggi
2
b5.Taraf kesihatan yang rendah
Penularan wabak penyakit dan kadar kematian tinggi terutamanya di kawasan pedalaman.

2
b6.Bebanan kerajaan sangat besar
Peruntukan kerajaan terpaksa diberikan kepada kemudahan asas seperti pendidikan, kesihatan, jaringan perhubungan dll untuk menampung jumlah penduduk yang ramai.
2
b7.Kualiti hidup yang rendah
pemilikan barangan dan perkhidmatan berkualiti terhad, masalah perumahan, pencemaran alam sekitar yang inenjejaskan kesihatan penduduk dll, indeks kualiti hidup yang merosot.
2
PEMARKARAN-. Mana-mana 4 isi x 2 Markah = MAX 8 Markah.

c) Cadangkan langkah untuk mengurangkan kadar kelahiran yang tinggi di negara negara
     sedang membangun [7]
Isi Jawapan
Huraian
M
C1. Dasar Governan

Dasar saiz keluarga Kecil / mengehadkan bilangan anak; seperti 1keluarga 1 anak (China) atau 2 anak (Singapura). Mengenakan denda/kompaun, tidak memberikan keistimewaan seperti kemudahan pendidikan, kesihatan dll.
2
C2. Program perancangan keluarga
Pengurangan kelahiran dengan penggunaan pil perancang, menjarakkan kelahiran, teknik AUD, pengguguran, kempen saiz keluarga yang seimbang dll.
2
C3. Meningkatkan had umur perkahwinan
melewatkan usia berkahwin misalnya melepasi umur  20-an, bagi tujuan mengurangkan ferfiliti / kesuburan.
2
C4. Meningkatkan kerjaya wanita
Memperbanyakkan golongan wanita berkerjaya dan berpendidikan tinggi bagi tujuan melewatkan perkahwinan.
2
PERMARKARAN :Open Marking mana-mana 3 isi X 2 Markah = 6
          Markah + 1 Markah mana-mana huraian yang, baik = MAX 7 Markah.   

2. a) Apakah yang dimaksudkan dengan penuaan penduduk ?    [3]
Penuaan penduduk ialah peningkatan / pertambahan / pemaniangan, jangka hayat penduduk sesebuah negara yang melebihi 60 tahun.  1m
Ciri: Peningkatan golongan warga emas, menggambarkan peningkatan kualiti hidup, peningkatan taraf kesihatan dan perubatan, serta kesedaran amalan penjagaan kesihatan yang tinggi.  1m
Contoh: Jangka havat penduduk Malaysia pada tahun 2005 ialah 75      
tahun manakala jangka hayat penduduk Jepun ialah 85 tahun. 1m        [ MAX 3]

(b) Nyatakan tiga kesan penuaan penduduk terhadap ekonomi dan social sesebuah Negara [3]
Isi
Huraian Ringkas
M
B1. Peningkatan kos untuk menampung sistem sokongan warga emas
        Penyediaan rumah kebajikan, kos pengurusan, kos rawatan dan penjagaan yang sempurna oleh kerajaan, swasta dan NGO.
        Penyediaan perkhidmatan pengangkutan dan kemudahan awam yang khusus.
1
B2. Beban kewangan  
kerajaan bertambah

        Bayaran pencen, KWSP, ganjaran dll
    Hak keistimewaan warga emas diberikan – rebat  Perkhidmatan / peningkatan subsidi.
1
B3. Nisbah tanggungan semakin meningkat.
    Golongan tua sudah tidak produktif
    Golongan dewasa terpaksa menanggung khususnya kos perubatan.
    Kadar pencen tidak cukup untuk menanggung kos hidup yang semakin bertambah.
1
B4. Merosotnya nilai murni masyarakat
        Kemerosotan nilai tanggungjawab golongan muda terhadap warga emas disebabkan oleh tekanan hidup.
        Golongan tua dibiarkan di rumah-rumah kebajikan.
        Nilai murni hidup merosot.
1
B5. Tenaga profesional meningkat.
        Tenaga profesional di peringkat pengurusan tertinggi masih lagi ramai Tempoh perkhidmatan dilanjutkan.
        Contoh pensyarah universiti – sehingga 65 tahun.
        Ekonomi di peringkat kuarterner dan kuiner boleh dibangmikan
1
Mana-mana 3 isi terbaik  x1Markah = 3 M

c)         Dengan merujuk kepada sebuah negara sedang membangun, jelaskan mengapa negara tersebut mempunyai kadar kelahiran yang tinggi  [9M]
Isi
Huraian
M
Merujuk kepada sebuah negara membangun cth: Malaysia, Indonesia dll
C1.Kegagalan Program Perancangan Keluarga
Kegagalan amalam perancangan keluarga disebabkan oleh faktor pendididkan penduduk yang rendah sehingga tidak menerima amalan perancangan keluarga yang dirancang oleh kerajaan.
Ditambahi dengan fahaman sesetengah agama yang tidak menerima amalan perancangan keluarga menyebabkan kadar kelahiran menjadi tinggi

2
C2.Amalan Perkahwinan Awal
Taraf pendidikan penduduk yang rendah mendorong penduduk untuk berkahwin usia muda. Perkahwinan awal mendorong kadar kelahiran meningkat kerana kadar kesuburan wanita muda adalah tinggi .

2
C3.Taraf Pendidikan Rendah
Tahap pendidikan penduduk yang rendah (khususnya wanita) telah mendorong mereka berkahwin lebih awal. Disamping itu, tahap pendidikan yang rendah juga menyebabkan mereka sukar menerima idea-idea baru seperti program perancangan keluarga

2
C4.Agama
Terdapat sesetengah agama yang diamalkan mengalak kadar kelahiran penduduk. Contohnya agama Islam yang membenarkan amalan poligami di kalangan penganutnya di samping pengalakan penganutnya meramaikan umat

2
C5.Amalan Sosial
Amalan adat dan status quo yang diamalkan oleh sesetengah masyarakat turut menggalakan peningkatan kadar kelahiran. Contohnya "Status Quo" tentang saiz keluarga yang besar  merupakan satu kebangaan bagi sesetengah masyarakat yang diamalkan telah menggalakan peningkatan kelahiran.

2
C6. Dasar Kerajaan
Pelaksanaan pelbagai insentif seperti cuti  bersalin, rawatan percuina, rebat cukai pendapatan telah menggalakan kadar kelahiran

2
                             PEMARKAHAN =  4 ISI X 2M = 8 +1=  9M

d)   Jelaskan kesan-kesan akibat daripada kadar kelahiran yang tinggi terhadap ciri-ciri demografi dan sosial ekonomi negara tersebut.
Isi
Huraian
M
D1. Kemiskinan dan Kemunduran
Timbul akibat dumber ekonomi dan peluang pekerjaan yang ditawar kan adalah terhad relatif dengan bilangan penduduk yang ramai. Persaingan ekonomi yang hebat menyebabkan sesetengah penduduk dipinggirkan dan penganguran.

2
B2.Kejadian Jenayah
Tekanan untuk mendapatkan taraf hidup yang lebih baik Menyebab kan sesetengah penduduk mencari jalan mudah untuk mendapatkan kekayaan/ kesenangan hidup. Antara aktiviti yang dijalankan seperti mencuri, merompak, pelacuran.
2
D3.Pencemaran
Kadar kelahiran yang tinggi juga akan menyebabkan pencemaran                                                                       terhadap alam sekitar. Bagi menampung penduduk yang ramai akibat kelahiran, industri yang dibina melepaskan sisa kubahan ke sungai / asap keudara yang menyebabkan pencemaran air /tidara.

2
D4.Kesesakan Penduduk
Akibat kelahiran yang tidak terkawal menyebabkan  peningkatan jumlah penduduk. Ini  akan menimbulkan masalah kesesakan penduduk khususnya di kawasan bandar-bandar utama. Perkara ini sering dikaitkan dengan berlakunya kejadian kesesakan lalulintas.

2
D5.Setinggan
Akibat peningkatan jumlah penduduk kerana kadar  kelahiran yang tinggi menyebabkan kerajaan gagal menyediakan kawasan  perumahan.  Ini mendorong kepada pembinaan petempatan secara haram yang sering dikaitkan dengan masalah pencemaran, jenayah, pelacuran dll.

2
d6.Mempercepat proses pembangunan
Bekalan tenaga buruh yang banyak dan murah akan dapat mempercepatkan proses pembangunan negara.  Antaranya  pembangunan pertanian, perindustrian, perniagaan. Ini sekaligus mempercepat  pembangunan negara berkenaan

2
                            PEMARKAHAN   =  5 ISI X 2M  = 10M

3. (a) Dengan merujuk kepada sebuah Negara di Asia Tenggara,
          (i) Nyatakan empat ciri hutan hujan tropika di negara tersebut [5  M]
Ciri Hutan
Markah
Negara Malaysia                                                  
Malar hijau sepanjang tahun                               
Berakar banir                                                       
Terdapat pelbagai sepsis flora & fauna               
Mengandungi 4 lapisan pokok                             
Berdaun lebar, tinggi
1
1
1
1
1
1

(ii) Mengapakah hutan masih dianggap sebagai sumber ekonomi yang penting bagi Negara-
      negara  di Asia Tenggara.[10 ]
Faktor
Huraian dan Contoh
M
Ii1. Penting kepada sistem ekonomi tradisional
Masyarakat orang asli menjalankan aktiviti pertanian pindah, mengutip hasil hutan dan memburu. Ekosistem hutan dianggap sebagai tempat tinggal mereka, di samping menggunakan sumber-sumber hutan sebagai sumber makanan, menjual hasih-hasih hutan seperti damar, rotan dan akar kayu untuk perubatan tradisional.
2
ii2. Penting untuk sektor pembalakan
Menghasilkan sumber kayu dalam pelbagai bentuk untuk kegunaan tempatan dan eksport, contohnya Malaysia mengeksport kayu cengal, merbau dan papan lapis   ke Negara Jepun, Eropah.
2
ii3. Penting untuk sektor (eko pelancongan)
Kawasan hutan lipur, air terjun, kepelbagaian spesis flora dan fauna menjadi daya tarikan pelancong dan dapat menambahkan pendapatan penduduk dan negara, contohnya T.N. Endau Rompin, Royal Belum
2
ii4. Membantu memajukan industri yang berkaitan dengan sumber hutan
Industri pembuatan perabot, industri pembinaan     (perumahan) serta industri pengangkutan dapat berkembang pesat. Dengan adanya industri-industri yang berkaitan juga akan menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk dalam pelbagai sektor seperti pemprosesan kayu balak, pekerja kilang perabot
2
ii5. Sumber           
perubatan tradisional
Kawasan hutan kaya dengan pelbagai tumbuhan herba yang digunakan untuk perubatan tradisional seperti Tongkat Ali, Mas Cotek, Misai Kucing yang turut menyumbang kepada pendapatan Negara. 
2
                                    5 isi  x  2 m  =  10m
(iii) Jelaskan aktiviti manusia yang telah menyebabkan kemerosotan dan kepupusan
kepelbagaian biologi hutan di kawasan Tropika Lembap. [10]

Faktor
Huraian dan Contoh
M
iii(1).Aktiviti pertanian 
Aktiviti pertanian pindah oleh orang-orang asli memusnahkan pelbagai sepsis dan habitat hutan. Tebang bakar telah memusnahkan ekosistem hutan dalam jangkamasa yang panjang.
2
iii(2). Aktiviti pembangunan tanah
Penebangan, pembakaran dan pembersihan hutan secara besar-besaran untuk dijadikan kawasan pertanian perladangan menyebabkan kemerosotan dan kepupusan kepelbagaian biologi hutan secara rneluas contohnya SEGITIGA JENGKA, KESEDAR, KETENGAH.
2

iii(3). Pembinaan empangan kuasa Pembinaan empangan KEH
Empangan Elektrik Hidro (KEH) telah memusnahkan kepelbagaian biologi hutan. Melibatkan penenggelaman kawasan hutan bagi tujuan menakung air.  Ekosistem hutan akan musnah dengan cepat apabila kawasan hutan   ditenggelami air contohnya empangan Bakun, Empangan Kenyir
2
iii(4). Aktiviti pembalakan
Pembalakan tidak terkawal, kaedah  tebang bersih menyebabkan kemusnahan habitat, siratan makanan dan kepupusan kepelbagaian biologi hutan. Kerja-kerja pembinaan jalan pengangkutan kayu balak juga merosakkan kepelbagaian biologi hutan.
2
iii(5). Pembinaan infrastruktur
Pembinaan lebuh raya, jalan raya, kabel            elektrik, saluran paip turut memusnahkan kepelbagaian biologi hutan, contohnya projek mega pembinaan dan naik taraf lapangan terbang seperti KLIA, Bayan Lepas, Langkawi dan lain-lain.
2
iii(6). Pembinaan petempatan/perumahan/perindustrian
Pembinaan petempatan perumahan/estet perindustrian memusnahkan kepelbagaian kawasan hutan. Ekosistem hutan bertukar kepada ekosistem gunaan manusia-ekosi stem bandar

2
5 faktor X 2  m= 10 m

ATAU
(b) (i) Bezakan maksud industri pemprosesan dengan industri pembuatan. [6]
Industri Pemprosesan
Industri Pembuatan
M
·    Industri peringkat primer
·      Memproses bahan mentah berasaskan sumber alam
·    Industri peringkat sekunder
·    Menghasilkan barangan separa siap atau barangan siap.
2
2
Contoh industri :
1.    Kilang memproses kelapa sawit menjadi minyak kelapa sawit .
2.      Kilang memproses susu getah menjadi getah keping.
3.      Kilang pemprosesan petroleum dan gas asli.
Contoh industri:
1.     Kilang pembuatan tayar, kilang kasut  getah, sarung tangan berasaskan getah.
2.     Kilang pembuatan minyak masak, sabun marjerin berasaskan kelapa sawit .
3.     Kilang pembuatan bahan petrokimia eg. kilang plastic, polisterin, minyak pelincir.


2
                                                          
(ii) Huraikan faktor yang mempengaruhi kemajuan industri pembuatan di Malaysia. [10 ]
Faktor
Huraian dan Contoh
M
ii(1). Asas bahan
Industri pemprosesan menyediakan bahan mentah mentah dan sumber yang cukup untuk pembuatan/ penghasilan barangan tenaga yang  cukup siap dan separa siap.
Contohnya minyak sawit mentah untuk menghasilkan minyak masak, sabun, marjerin.
Bekalan tenaga elektrik hidro dan terma yang cukup dan murah

2
ii(2). Dasar dan galakan kerajaan
Galakan kerajaan melalui skim pelaburan dan promosi, pemberian taraf perintis, penyediaan kawasan perindustrian bebas cukai (FTZ) dan mewujudkan koridor industri.
2
ii(3). Faktor modal/ pelaburan yang tinggi
·       Adanya pelaburan asing (FDI) dari syarikat  multinasional (MNCs) seperti Panasonic, JVC. Nokia, Samsung.
·       Pelaburan tempatan -skim vendor dengan syarikat multinasional.
·       Pelaburan dari modal IKS -menghasilkan produk buatan Malaysia.
·       Sokongan perkhidmatan-kewangan/ kemudahan kredit, perbankan dan insurans.


2
ii(4). Kualiti sumber buruh
·      Mempunyai tenaga kerja terlatih dan berkemahiran.
·      Tenaga kerja berpendidikan-mobiliti buruh yang mudah dilatih dan dipindahkan.
2
ii(5). Sokongan kemudahan prasarana yang cukup.
·       Kemudahan asas yang mencukupi sebagai penyokong seperti bekalan air, elektrik, kemudahan pengangkutan seperti jalan raya, lebuh raya, pelabuhan dan pergudangan.
2
ii(6).Teknologi 
berkembang pesat
·      R&D dijalankan oleh kerajaan untuk menghasilkan teknologi baru bagi menghasilkan pelbagai produk.
·      Kewujudan industri berteknologi tinggi(Hitech), teknologi koinunikasi melalui MSC dan pemindahan teknologi dari luar.
2
ii(7). Pasaran yang luas
·      Mendapat pasaran yang luas dari dalam dan luar Negara seperti di rantau Asia Barat, Asia Timor, Asia Selatan, Eropah dan Amerika Syarikat contohnya barangan elektrik seperti alat penghawa dingin.
2
ii(8). Politik yang stabil dalam jangka masa panjang
·      Polisi governan yang stabil dan mantap kerana tidak berlakunya pertukaran kerajaan.
·      Keyakinan pelabur bertambah untuk melabur dalam jangka masa panjang
2
5 isi X2m = I0m

(iii) Jelaskan kesan negatif aktiviti industri pemprosesan terhadap alam sekitar fizikal. [9]
Faktor
Huraian dan Contoh
M
iii(1). pencemaran udara, jerebu dan hujan asid
·      Pelepasan bahan pencemar udara seperti karbon dioksida, karbon monoksida, hidrokarbon dan gas sulfur.
·      Pembebasan partikel terampai (PM10) seperti  asap, debu, habuk boleh menyebabkan jerebu.
·      Proses kondensasi wap air dengan bahan pencemar udara menyebabkan hujan asid.
2 / 3
iii(2). Pemanasan setempat
·      Kewujudan bahan pencemar di udara boleh memerangkap bahangan bumi-dikaitkan dengan kesan rumah hijau (Green House Effect).
·      Haba dikeluarkan oleh generator kilang juga menyebabkan pemanasan setempat.
2
iii(3). Pencemaran air

·      Pelepasan sisa toksid/enfluen ke dalam sumber-sumber air seperti sungai, tasik, laut dan kolam menyebabkan kualiti air terjejas, kadar BOD meningkat, keasidan air bertambah.
2
iii(4). Kemusnahan ekosistem akuatik
·      Pencemaran air menyebabkan pelbagai sepsis hidupan akuatik terjejas dan coati seperti ikan dan udang.
·      Rantaian makanan terjejas, habitat dan ekosistem akuatik mengalami kerosakan.
2
iii(5). Pencemaran bunyi dan bau
·      Bunyi bising daripada generator kilang yang beroperasi 24 jam menghasilkan getaran (60 – 70 dBA) Pencernaran bau daripada sisa kilang getah dan kelapa sawit yang berbau busuk mencemarkan alam sekitar

2
iii(6). Pencemaran tanih
·      Pelupusan sisa toksid oleh kilang-kilang haram menyebabkan tanih berasid dan merbahaya kepada sumber air tanih apabila berlaku proses larut resap.

2
iii(7). Pencemaran persekitaran
·      Pembuangan sisa pepejal seperti plastic, kotak, sisa kayu dan tandan kelapa sawit dari kilang menyebabkan pencemaran sampah sarap

2
    5 isi  + huraian + contoh  X 2 m  =  10 m,  Max = 9 m.

4.    (a) Apakah yang dimaksudkan dengan sistem pengangkutan awam bandar? [5 )
Huraian + contoh
M
Maksud bandar dari segi jumlah penduduk, pandang darat budaya, struktur masyarakat yang tersendiri serta fungsi bandar contohnya sebagai pusat pentadbiran.

Maksud pengangkutan awam ialah kenderaan yang boleh digunakan oleh orang ramai atau penghuni Bandar untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain dalam Bandar tersebut.
Contoh pengangkutan awam dalam Bandar seperti bas dalam Bandar, teksi, kereta sewa, komuter, LRT, Monorail di Kuala Lumpur
2


2

1

(b) Bagaimanakah sistem pengangkutan mempengaruhi perkembangan sesebuah Negara. [10]
Faktor
Huraian dan Contoh
M
Contoh Negara Malaysia
1
B1. Pengangkutan penumpang
Membolehkan perhubungan penduduk dalam jarak dekat, sederhana dan. jauh. Pergerakan harian ke tempat kerja, urusan lain atau antara bandar, wilayah, negeri, pergerakan buruh.
2
b2. Pembangunan kegiatan ekonomi
Menggalakkan perkembangan ekonomi pertanian, perlombongan,
perhutanan, perindustrian dan perdagangan.
2
b3. Kemudahan memasarkan hasil keluaran kilang
Memudahkan pemasaran barangan industri ke kawasan bandar, luar Bandar atau untuk di eksport melalui pelabuhan/lapangan pelabuhan/ lapanan terbang.

b4. Pembangunan tanah pertanian
Menggalakkan perkembangan tanah pertanian dan petempatan baru terutamanya yang terletak di kawasan pinggir jalan, memudahkan pergerakan buruh, alat jentera, bahan binaan dan input-input pertanian seperti biji benih, racun dan baja.
2
b5. Pembangunan wilayah
Kewujudan kemudahan pengangkutan akan wilayah menggalakkan pertumbuhan Bandar-bandar baru ryerutarrianya di akwasan pembangunan pengangkutan seperti jalan raya, lebuh raya LPT
seperti bandar Cheneh dan pusat pertumbuhan bandar Jengka
2
b6. Mengangkut bahan mentah dan barang-barang pukal
Pembangunan sistem pengangkutan yang cekap memudahkan pengangkutan bahan mentah dari desa ke bandar, bandar ke pelabuhan, mengangkut pelbagai komoditi dari kawasan pengeluaran ke kawasan pasaran untuk di proses, dipasarkan dan dieksport. Contohnya hasil getah dan kelapa sawit dari Segitiga Jengka di bawa untuk diproses dan dieksport ke Singapura.


2
b7. Menggalakkan interaksi antara kawasan dan wilayah
Dengan adanya sistem pengangkutan membolehkan berlakunya interaksi antara kawasan luar bandar dengan bandar, luar bandar ke luar bandar, bandar ke Bandar, bandar ke luar Bandar.
2

5 isi  X 2 m = 10 m

                                       
(c)     Jelaskan implikasi kekurangan sistem pengangkutan dalam pembangunan di sesebuah Negara [10]
Faktor
Huraian dan Contoh
M
C1. Kawasan pedalaman sukar berkembang
Kekurangan sistem pengangkutan terutamanya di kawasan pedalaman akan menyebabkan kawasan pedalaman akan terus tinggal sebagai kawasan tertutup, sukar dihubungi dan didatangi dan kekal terpencil seperti pedalaman Sabah dan Sarawak.

2
C2. Kesesakan lalu lintas di Bandar
Kekurangan sistem pengangkutan akan menyebabkan berlakunya tumpuan tertumpu kepada kawasan bandar yang akan membawa kepada berlakunya kesesakan lalu lintas di kawasan Bandar-bandar seperti bandarava Kuala Lumpur, Johor Bahru

2
C3. Penduduk di kawasan pedalaman dibelenggu taraf social ekonomi yang rendah
Taraf social ekonomi penduduk kawasan pedalaman sukar berkembang, rendah, miskin, berpendapatan kecil, pendidikan rendah kerana tidak berhubungan dengan kawasan luar.


2
C4. Potensi sumber alam di kawasan pedalaman tidak dieksploitasi
Sumber alam yang terdapat di kawasan pedalaman tidak dapat diteroka, dieksploilasi sepenuhnya, tidak dimajukan terutamanya sumber mineral, sumber hutan serta kawasan pelancongan.

2
C5. Mobiliti penduduk terhad
Mobiliti penduduk luar bandar terhad, tidak berkembang, berlegar dalam ruing persekitaran yang sama sahaja di kawasan pedalaman.

2
C6. Saiz pasaran terhad
Saiz pasaran bagi barangan keluaran kiling tidak dapat dipasarkan secara meluas ke kawasan pedalaman. Hasil perkilangan dari bandar dan bahan mentah dari kawasan luar bandar tidak dapat dipasarkan kerana ketiadaan system pengangkutan dan perhubungan.

2
C7. Penyediaan kemudahan asas terhad
Penyediaan kemudahan asas seperti kemudahan kesihatan, pendidikan, bekalan air, elektrik tidak dapat disediakan dan penyebaran maklumat juga terhad.

2

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...