PROSES PEMENDAPAN
PINGGIR PANTAI
Konsep pemendapan pinggir pantai
Proses pemendapan merujuk kepada bahan-bahan yang diangkut oleh agen-agen
pengangkutan pinggir pantai telah dimendapkan di pantai atau berhampiran pantai
oleh agen-agen pemendapan pinggir laut seperti ombak, angin, arus dan pasang
surut lalu membentuk bentuk-bentuk muka bumi pinggir pantai seperti anak
tanjung, beting pasir dan pantai.
Kata kunci
-
bahan-bahan yang diangkut
oleh agen-agen pengangkutan pinggir pantai telah dimendapkan
-
di pantai atau berhampiran
pantai
-
oleh agen-agen pemendapan
pinggir laut seperti ombak ,angin, arus dan pasang surut
-
membentuk bentuk-bentuk
muka bumi pinggir pantai seperti anak tanjung, beting pasir dan pantai
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMENDAPAN PINGGIR
PANTAI
Ombak dan arus
o
Hakisan pinggir berlaku
dengan giat sekiranya ombak yang menyerang pinggir pantai adalah jenis ombak
pembinasa atau ombak yang lebih bertenaga seperti ombak ribut dan tsunami
o
arus bergerak selari dengan pantai.
o
bahan-bahan seperti pasir, kelikir, tanah liat,
kelodak dan sebagainya akan diseret
selari dengan pantai.
o
berupaya untuk menghakis dan memindahkan bahan
dari satu tempat ke tempat yang lain.
Kecerunan
o
pantai yang bercerun curam biasanya mengalami
hakisan yang lebih giat. Bahan-bahan pinggir pantai lebih mudah diangkut ke
laut oleh agen-agen hakisan pinggir pantai.
Angin
o
angin monsum yang melanda pantai timur Semenanjung
Malaysia membawa angin yang kuat yang boleh mengcorakkan pantai
o
angin bayu kurang kuat untuk mencorakkan pantai.
Pasang surut
o
Air Pasang surut besar / purbani lebih kuat untuk
mencorakkan pantai.
o
Air pasang biasa kurang kesannya.
Tumbuhan
o
tumbuhan ( pokok bakau ) boleh menghalang serangan
terus ombak ke atas pinggir pantai melalui peranan akarnya.
o
sekiranya tiada pokok bakau, ombak akan menyerang
secra terus pinggir pantai dan kesannya pantai terhakis.
Orientasi pantai
o
Pantai yang terdedah tanpa perlindungan sama ada
oleh pulau, beting, tanjung ataupun benteng akan mengalami kadar hakisan yang
giat berbanding pantai yang terlindung.
Jenis dan saiz bahan Bahan muatan
o
beban yang mengandungi batuan kelikir lebih senang
dimendapkan dan digulingkan ke depan berbanding batuan tanah liat yang mudah
dihakiskan.
o
mendakan batuan kelikir akan membentuk pantai yang
lebih luas dan lebar.
Halangan
o
pulau, benting tembolo tanjung dan tertanjung
merupakan halangan kepada ombak untuk membina pantai.
o
Kawasan pantai yang terdedah kepada ombak lebih
mudah dan banyak membina pantai.
BENTUK MUKA BUMI PEMENDAPAN PINGGIR PANTAI
Pantai
Konsep pantai
Pantai merujuk kepada pemendapan bahan mendak peroi seperti pasir, kelodak.
tanah liat, kerangan dan sebagainya di kawasan pinggir pantai iaitu antara
tikas air surut dengan tikas air pasang termasuk pantai hadapan dan pantai belakang
hasil tindakan agen-agen pemendapan pinggir pantai seperti ombak dan arus.
Kata kunci
-
pemendapan bahan mendak peroi seperti pasir,
kelodak. tanah liat, kerangan dan sebagainya
-
di kawasan pinggir pantai
-
antara tikas air surut dengan tikas air pasang
-
termasuk pantai hadapan dan pantai belakang
- hasil tindakan agen-agen pemendapan pinggir
pantai seperti ombak dan arus
Proses pembentukan
-
bentuk muka bumi yang
terdapat di garisan pinggir pantai.
-
mengandungi bahan mendak peroi seperti pasir,
kelodak. tanah liat, kerangan
-
bahan-bahan yang berasal dari daratan atau dari
laut akan dimendapkan oleh agen-agen pemendapan pinggir pantai seperti ombak,
arus, angin dan aktiviti pasang surut.
Tetanjung / anak tanjung
-
merujuk kepada permatang
yang rendah dan sempit hasil pemendapan bahan-bahan seperti pasir ,kelikir dan
lumpur di kawasan pinggir pantai
terutamanya di muara teluk atau muara sungai.
-
satu hujungnya bercantum
dengan daratan dan satu hujung lagi menganjur ke laut.
-
dibentuk oleh hanyutan pesisir pantai.
-
proses pembentukannya bermula dengan adanya
tempat-tempat yang sesuai bagi membolehkan pasir, kelikir dan lumpur tersebut
dilonggokkan.
-
pembentukannya sacara berperingkat-peringkat dan
mengambil masa yang lama.
Bentuk Muka Bumi Pemendapan.
KEPENTINGAN BENTUK MUKA
BUMI PEMENDAPAN PINGGIR PANTAI KEPADA
AKTIVITI MANUSIA
Bentuk muka bumi hakisan
Teluk - pembinaan pelabuhan,ekopelancongan,
akuakultur
Gua , gerbang laut, dan batu bonjol -
pelancongan
Geo dan gloup – pelancongan, perikanan
Tanjung – pelancongan, perikanan
Bentuk muka bumi
pemendapan
Pantai – ekopelancongan, rekreasi
Beting pasir – perikanan, perlombongan pasir
Anak tanjung – perikanan dan perlombongan pasir
PERUBAHAN ARAS LAUT
Konsep perubahan
aras laut
Perubahan aras laut merujuk kepada kejatuhan atau
kenaikan aras laut yang diukur secara perbandingan dengan daratan
sama ada dalam skala kecil ( tempatan ) atau skala besar ( dunia ).
Kata kunci
- kejatuhan atau kenaikan aras laut
- diukur secara perbandingan dengan daratan
- sama ada dalam skala kecil ( tempatan ) atau skala besar ( dunia )
TEORI PERUBAHAN ARAS LAUT
Perubahan aras laut tektonik
- Peningkatan aras laut yang disebabkan oleh pergerakan –pergerakan endogenetik ( dalaman bumi ) terutama di dasar laut seperti letupan gunung berapi, gelinciran dan sebagainya.
- Hanya melibatkan kawasan yang kecil atau kawasan-kawasan yang tertentu sahaja.
Perubahan aras laut
mendapan
- berpunca daripada pertambahan bahan-bahan mendapan di dasar laut atau lautan.
- mendapan ini berasal daripada kawasan-kawasan daratan seperti mendapan oleh sungai dan glasier.
- berlaku secara tidak menyeluruh atau secara terhad.
Perubahan aras laut eustatik
- merujuk kepada kenaikan aras laut secara besar-besaran di bahagian pinggir laut seluruh dunia.
- diakibatkan oleh pencairan glasier dan ais secara besar-besaran pada masa lampau.
Perubahan isostatik
- Isostatik di maksudkan bumi berada terapung di atas lapisan lautan magma yang panas dan cair.
- Blok-blok bumi yang lebih berat akan jatuh / turun menyebabkan peningkatan aras air laut.
- manakala blok-blok bumi yang lebih ringan ( kurang berat beban ) akan terangkat ( pemulihan isostatik ) penurunan aras air laut.
BUKTI PERUBAHAN ARAS LAUT
Kenaikan
aras laut.
1. Bukti yang
menyokong tentang aras laut yang ada pada masa kini lebih tinggi berbanding
masa lampau adalah:-
a. Wujud pinggir
pantai tenggelam dan hutan pantai yang tenggelam sepertimana delta dan muara sungai
tenggelam di Lancashire, Utara Wales, England. Kesannya pada masa kini akibat
tenggelam ianya membentuk paya, dataran berlumpur serta anak-anak teluk. Hutan
juga tenggelam membentuk hutan paya air masin.
b. Wujudnya pelbagai
jenis pantai iaitu;
i.
Pantai Ria – pantai sebenar tenggelam
menyebabkan gigi ombak mengentam cenuram yang merupakan lanjutan banjaran yang
menganjur kelaut.
ii. Pantai Fiord –
aras air laut meningkat lalu menenggelamkan lurah-lurah sungai glasier yang
berada di pinggir pantai seperti Fiord Segne, Norway
iii. Pantai Dalmatia
– aras air laut meningkat lalu menenggelamkan pinggir laut yang terdiri
daripada banjaran yang selari dengan pantai. Membentuk garis pantai yang selari
dan memanjang serta selat-selat yang lurus seperti di Yugoslavia yang selari
dengan laut Adriatik.
c. Kewujudan terumbu karang (pinggir pantai, penghalang dan pulau cincin /
atol ) – jelas amat dipengaruhi oleh kenaikan aras air laut.
Penurunan
Aras Laut.
Bukti yang menunjukkan aras air laut kini
lebih rendah berbanding aras air laut masa lalu adalah:-
a. Kewujudan pantai timbul / pantai terangkat
- bentuk pantai yang bertingkat dengan lekukan, gua dan teluk berada di aras air pasang besar malah lebih tinggi.
- Pentai hakis ombak berada di atas tikah air pasang.
b. Kewujudan teres enapan dan teres hakisan
bertingkt-tingkat menunjukkan aras air laut telah jatuh beberapa kali. Contoh
di Pulau Langkawi ada teres enapan bertingkat setinggi 3 meter daripada aras
air laut sekarang.
c. Kewujudan likuan mendalam pada bahagian tengah dan
hilir sungai di mana muara sungai dulunya telah menjalankan balik proses hakisan ( rejuvanisasi )
KESAN KENAIKAN ARAS LAUT
- Kawasan daratan mengecil
- Kawasan lautan semakin luas.
- Pulau yang rendah dan kecil akan tengelam
- Kawasan rendah berada di bawah aras air laut seperti dataran tanah pamah rendah, delta dan kawasan paya bakau serta nipah yang berhampiran laut tengelam.
- Muara sungai tengelam dan mempunyai keratan rentas yang lebih luas dan panjang.
- Aktiviti ombak dan arus akan masuk kedalam daratan.
KESAN KEJATUHAN ARAS
LAUT
- Daratan semakin meluas
- Kawasan lautan mengecil
- Pulau semakin membesar dan tinggi.
- Aktiviti sungai berubah, kawasan pemendapan bertukar kepada hakisan pula ( sungai balik muda / rejuvanisasi sungai )
- Kawasan delta akan semakin membesar.
- Aktiviti ombak dan arus lautan turun jauh ke laut.
Thanks for the one who created this blog.......it help me to finish my homeworks easier^-^!!!!!!!!!!!!!!
ReplyDelete