PENYELIDIKAN PRA-U 2011

SELAMAT DATANG. ANDA SEDANG MENGIKUTI BLOG PAGAR MUSEH

Wednesday, October 19, 2011

PERCUBAAN STPM KEDAH 2011 GEOGRAFI KERTAS 1


1
(a)
Takrifkan konsep pergerakan bumi.
[5]

(b)
Lukis dan jelaskan tiga ciri perbezaan antara afelion dan perihelion.
[8]

(c)
Huraikan pengaruh bahangan suria terhadap flora dan fauna di kawasan Tropika Lembap
[12]

JAWAPAN.
1
(a)
Takrifkan konsep pergerakan bumi.
[5]


(i)                                   (ii)                           (iii)
Putaran bumi di atas/ paksinya sambil /mengelilingi matahari dan
            (iv)                                                  (v)
peredaran bumi mengelilingi matahari /di atas orbitnya.                               1 isi x 1m = 5m



(b)
Lukis dan jelaskan tiga ciri perbezaan  antara afelion dan perihelion.
[8]

                Afelion
           Perihelion
1.         Jarak  paling jauh dengan matahari iaitu 152 juta km
2.         Tarikh kejadian afelion ialah pada 4 April
3.         Musim panas
1.      Jarak paling dekat dengan matahari iaitu 147 juta km
2.      Tarikh kejadian perihelion ialah pada 3 Januari.
3.      Musim dingin


(c)
Huraikan pengaruh bahangan suria terhadap flora dan fauna di kawasan Tropika Lembap
[12]


(I)                 Terhadap flora.



CF1  - Menentukan jenis hutan di Tropika Lembap
           Tanah tinggi- bahangan rendah – hutan gunung.
           Tanah rendah – bahangan tinggi – hutan hujan tropika.



CF2 -  Menentukan jenis pokok.
           Suhu tinggi – tumbuh pelbagai jenis pokok/ tumbuhan – pokok saka, menjalar¸    
           memanjat, menumpang dan tumbuhan lantai.
           Pokok memanjat, menumpang – untuk mendapatkan cahaya  Matahari - pokok
           buah-buahan tropika.



CF3-  Mempengaruhi ciri-ciri daun - membentuk pokok berdaun lebat, lebar  dan malar hijau.


CF4-   Mempengaruhi ciri-ciri pokok - kayu keras, tinggi dan lurus.



CF5-   Merangsang proses transpirasi ( perpeluhan) pokok – Haba matahari  
           menyejat wap air (perpeluhan) di daun pokok melalui liang stoma.




(ii)Terhadap fauna



CN1-  Mempengaruhi sifat fizikal haiwan – haba tinggi – bulu haiwan nipis



CN2-  Mempengaruhi warna bulu atau kulit- Haba tinggi – warna kecoklatan
          atau kekuningan yang sesuai dengan suhu yang  tinggi



CN3-  Menyebabkan kewujudan pelbagai jenis haiwan- pelbagai jenis haiwan yang sesuai   
           dengan suhu tinggi – haiwan herbivor dan karnivor. Suhu persekitaran yang tinggi   
           mewujudkan habitat yang  sesuai bagi haiwan tropika.


2
(a)
Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga endogenik?
[5]

(b)
Jelaskan pengaruh tenaga endogenik terhadap kejadian gempa bumi.
[8]

(c)
Huraikan kesan gempa bumi terhadap alam sekitar fizikal dan aktiviti  anusia.
[12]


JAWAPAN
2
(a)
Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga endogenik?
[5]


(i)                                                                           (ii)
Tenaga endogenik merujuk kepada/ tenaga dalam bentuk arus perolakan / berpunca                                                                      
                                                        (iii)
daripada dalaman bumi /dan bergerak ke permukaan bumi /lalu menghasilkan
                                         (iv)                                                   (v)
pelbagai bentuk muka bumi /di lapisan bawah atau atas kerak bumi.



(b)
Jelaskan pengaruh tenaga endogenik terhadap kejadian gempa bumi.
[8]

B1

 Di lapisan astenosfera yang terletak di atas mantel bumi, wujud pergerakan  arus perolakan.


B2
Arus perolakan tersebut sentiasa tertolak ke permukaan bumi


B3
Arus perolakan ini mempunyai daya yang kuat untuk menggerakkan plat-plat (kerak bumi) yang terapung di atas lautan magma.


B4
Plat-plat bergerak dalam tiga cara iaitu pertembungan, pemisahan/ pencapahan dan perselisihan plat untuk mencapai keseimbangan.


B5
Gerakan secara kuat dan tiba-tiba hasil daripada pergerakan dan penyesuaian tersebut  pada kerak bumi akan menghasilkan gempa bumi.



                                                Mana-mana 4 proses X 2 m = 8 m



(c)
Huraikan kesan gempa bumi terhadap alam sekitar fizikal dan aktiviti  manusia.
[12]

CF1


                              Kesan terhadap  alam sekitar fizikal
Kejadian Tsunami
       Gegaran akibat gempa bumi di dasar laut berupaya untuk mewujudkan  pergerakan ombak selaju 800km sejam. Pergerakan ombak akan menjadi tinggi apabila memasuki kawasan pantai yang cetek. Akibat pergeselan akan mengurangkan pergerakan ombak. Tolakan ombak secara berterusan di bahagian belakang akan meninggikan ombak-ombak yang berada di hadapan. Kenaikan ketinggian ombak secara tiba-tiba akan menyebabkan air laut berhampiran pinggir pantai akan mengundur ke laut untuk tempoh beberapa minit sebelum ianya melanda semula pantai dalam bentuk ombak pembinasa.


CF2
Pergerakan jisim
      Gempa bumi menghasilkan gegaran yang kuat terhadap kerak bumi. Gegaran tersebut boleh menyebabkan ketidakstabilan tanah di kawasan cerun dan seterusnya menyebabkan gerakan jisim seperti tanah runtuh.


CF3
Kenaikan dan kejatuhan aras laut
       Gempa bumi boleh menyebabkan berlakunya gelinciran pada kerak bumi. Sekiranya gempa bumi tersebut menyebabkan berlakunya pengangkatan daratan, maka aras laut akan jatuh. Tetapi  sebaliknya gempa bumi tersebut menyebabkan kejatuhan  daratan maka aras laut akan meningkat.


CF4
Memusnahkan hutan pinggir pantai
        Tsunami yang terhasil akibat gempa bumi di dasar laut akan masuk ke hutan-hutan pinggir pantai. Kesannya hutan-hutan pinggir   pantai akan dicemari dengan air masin. Keadaan ini boleh menyebabkan kemusnahan hutan tersebut.


CF5
 Kemusnahan/ menjejaskan habitat hidupan laut.
       Kemusnahan hidupan laut seperti karang dan kemusnahan habitat.



                                 Kesan  terhadap  aktiviti manusia


CM1
Kesan kepada sistem pengangkutan.
     Kemusnahan jalan raya, jalan keretapi dan lapangan terbang – pengangkutan tergendala.


CM2
Kesan kepada aktiviti ekonomi
       Tanah runtuh akibat gempa bumi boleh menyebabkan kegiatan pertanian di cerun musnah, memusnahkan kawasan premis perniagaan , penenggelaman kawasan pinggir pantai-  memusnahkan pertanian pinggir laut.


CM3
 Kesan kepada bekalan air dan elektrik
       Bekalan air dan lektrik  terputus, aktiviti ekonomi manusia terganggu.


CM4
 Kesan kepada petempatan penduduk
      Kemusnahan kediaman penduduk akibat tanah runtuh dan goncangan yang kuat- gangguan terhadap aktiviti harian.



Maksimun 3 kesan fizikal dan 3 kesan kepada aktiviti manusia        [6  isi x  2m = 12m]                                                          


3
(a)
Berdasarkan kajian luar yang telah anda jalankan di lembangan saliran .


 (i)
Apakah yang dimaksudkan dengan lembangan saliran ?
[3]

 (ii)
Nyatakan tiga bentuk muka bumi lembangan saliran di kawasan kajian.
[3]

 (iii)
Huraikan kaedah mengukur kedalaman lembangan saliran tersebut.
[4]

(iv)
Jelaskan faktor yang mempengaruhi saiz dan kedalaman sesebuah lembangan saliran.
[8]

(v)
Huraikan langkah memelihara kualiti air di lembangan saliran yang telah anda kaji.
[7]

JAWAPAN

  i)
Apakah yang dimaksudkan dengan lembangan saliran ?
[3]


                           (i)                                                
Lembangan saliran merujuk kepada kawasan tadahan /bagi sesebuah
(ii)                                                                  (iii)
sungai yang mempunyai legeh /sebuah sungai induk dan cawangan-cawangannya.



 (ii)
Nyatakan tiga bentuk muka bumi lembangan saliran di kawasan kajian.
[3]


Peringkat hulu/ muda
a21-air terjun                            a22- Jeram                     
a23- Lubuk                               a24 – Gaung/Jurang
a25- Lurah                               a26 – Tebing tinggi

Peingkat hilir/tua
a27- Tetambak                        a28- Dataran banjir
a29 - Pulau                             a210- Delta
a211 – Beting pasir                a212 – Tasik ladam
Bentuk muka bumi mesti diambil dari mana-mana 1 kumpulan yang sama sahaja. (mana-mana 3 bentuk X 1m = 3m)



(iii)
Huraikan kaedah mengukur kedalaman lembangan saliran tersebut
[4]


  Kayu pancang                         Aras air sungai
         A              






   B

C


Dasar Sungai



D

E

Kayu Pancang

F
















Formula : 
   Purata kedalaman = A +B+C+D+E+F = Z meter = 1m
                                               6
1.  Bahagikan kawasan lembangan saliran  kepada beberapa bahagian
2.  Guna pancang jajar untuk mengukur bahagian-bahagian yang telah dibahagikan
3.  Campurkan kesemua bacaan kedalaman setiap bahagian mengikut formula.
4.  Dapatkan purata kedalaman tersebut.
                 Pemarkahan : Formula + mana-mana  3 isi x 1m(3m) = 4m.


(iv)
Jelaskan faktor yang mempengaruhi saiz dan kedalaman sesebuah lembangan saliran.
[8]

a41
Kecerunan- Di peringkat hulu sungai yang mempunyai topografi yang sangat curam menyebabkan halaju air sangat deras. Proses hakisan dasar sungai sangat dominan pada peringkat ini. Oleh itu sungai menjadi sangat dalam. Aliran air pada peringkat tengah sederhana - menyebabkan hakisan tebing lebih giat berbanding hakisan dasar sungai. Sungai di bahagian   ini bertambah luas.


a42
Bentuk alur – alur sungai yang lurus menyebabkan aliran sungai deras dan menggalakkan hakisan menegak- dasar sungai menjadi dalam. Bentuk alur yang bengkang bengkok menjadikan hakisan tebing bertambah- terutama di bahagian likuan sungai- alur sungai bertambah luas.


a43
Jenis batuan – sekiranya tebing dan dasar sungai terbentuk daripada batuan yang keras daripada kumpulan batuan igneus, maka kadar hakisan ke atas tebing dan dasar sungai menjadi kurang giat- sungai kurang dalam dan luas. Manakala bahagian dasar dan tebing sungai yang terbentuk daripada batuan yang lebih lembut daripada kumpulan batuan enapan seperti batu kapur dan dolomit maka kadar hakisannya adalah lebih giat Sungai menjadi lebih dalam dan luas .


a44
Bahan muatan- bahan  muatan (beban) yang diangkut oleh aliran sungai banyak membantu keberkesanan kerja-kerja hakisan yang dilakukan. Bahan-bahan yang diangkut oleh aliran  air sungai seperti serpihan batuan, batu tongkol dan lain-lain akan melakukan hakisan seperti geselan, lagaan dan lain-lain dengan giat. Sekiranya bahan-bahan tersebut bergesel (hakisan dengan tebing  atau dasar) – dasar menjadi semakin luas dan dalam.


a45
Isipadu – isipadu tinggi pada musim hujan, hakisan menegak giat- sungai bertambah dalam dan lebar. Isipadu rendah pada musim kemarau, - hakisan  kurang.


a46
Aktiviti manusia- kerja-kerja pengorekan dasar dan pelebaran sungai untuk mengatasi banjir- menyebabkan sungai bertambah dalam dan luas.



                                       Mana-mana 4 isi x 2m = 8 markah.



(v)
Huraikan langkah memelihara kualiti air di lembangan saliran yang telah anda kaji.
[7]

a51
Kaedah undang-undang – menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan- mengenakan denda dan hukuman kepada pihak-pihak yang mencemarkan sungai.


a52
Pemantauan kualiti-kualiti air sentiasa diperiksa dari semasa kesemasa- kualiti air dapat dipelihara oleh pihak JPS


a53
Perangkap sampah – memerangkap sampah sarap – mengurangkan masalah pencemaran.


a54
Pengekalan tumbuhan – pengekalan tumbuhan di kawasan tadahan- mengurangkan larian air permukaan – mengurangkan pencemaran air


a55
Pendidikan secara formal atau tidak formal


a56
Kempen melalui media massa sama ada media cetak atau elektronik.



            Mana-mana 3 isi X 2m + 1m = 7m


(b)
(i)
Nyatakan lima agen yang mempengaruhi proses hakisan dan pemendapan di pinggir pantai.
[5]

 (ii)
Jelaskan perbezaan  empat ciri ombak pembina dan ombak pembinasa.
[8]

 (iii)
Huraikan punca pencemaran air di perairan pinggir pantai.
[6]

(iv)
Huraikan kesan pencemaran air tersebut terhadap ekosistem pinggir pantai.
[6]

JAWAPAN.
(b)
(i)
Nyatakan lima agen yang mempengaruhi proses hakisan dan pemendapan di pinggir pantai.
[5]

b1
b2
b3
b4
b5
b6
Tsunami
Arus atau hanyutan pesisir pantai
Pasang surut
Angin
Bahang matahari ( luluhawa  kimia / fizikal)
Air hujan                                                                                   5 isi X 1m = 5m- maksimum 5m



 (ii)
Jelaskan perbezaan  empat ciri ombak pembina dan ombak pembinasa.
[8]









                Ombak pembina
          Ombak pembinasa

1.    Kekerapan berlaku – berlaku 7-8 kali dalam seminit
2.    Ketinggian – ombak rendah dan panjang
3.    Ombak limpah
4.    Unduran dan basuhan balik yang lemah
5.    Melakukan pemendapan

1.    Kekerapan berlaku – berlaku 12-15 kali dalam tempoh seminit.
2.    Ketinggian – ombak tinggi dan pendek.
3.    Ombak junam
4.    Unduran / basuhan balik kuat
5.    Melakukan hakisan.





 (iii)
Huraikan punca pencemaran air di perairan pinggir pantai.
[6]

b31
Perindustrian – pembuangan asid, bahan kimia organik dan pewarna.


b32
Pertanian- penyaluran  air beracun dari sawah padi , baja kimia dan lain-lain.


b33
Pembinaan – pembuangan sisa binaan


b34
Perikanan – tumpahan minyak dari bot, penggunaan bahan beracun


b35
PKS/ perniagaan - pembuangan sisa perikanan, sisa kraf tangan dan lain-lain.


b36
Bengkel kereta motor – penyaluran minyak kotor


b37
Kegiatan domestik / perumahan – pembuangan sampah sarap


b38
Pelancongan – pembuangan dari hotel, sampah sarap


b39
Pengangkutan- minyak dari feri, bot pengangkut dan sebagainya.



                          Mana-mana 3 isi x 2m = 6 Markah.



(iv)
Huraikan kesan pencemaran tersebut terhadap ekosistem pinggir pantai.
[6]

b41
Komponen fauna / plankton mati


b42
Komponen flora mati


b43
Sumber air menjadi keruh/ kehadiran partikel-partikel- BOD berkurangan


b44
Terumbu karang mati


b45
Tanah berasid


b46
Landskap fizikal kotor / tercemar



                                           Mana-mana  3 isi x 2m = 6 markah


4
(a)
Takrifkan konsep tekanan udara.
[5]

(b)
Jadual 1: Arah, halaju  dan kekerapan (%) angin di stesen kaji cuaca X
Arah/Halaju
U
TL
T
TG
S
BD
B
BL
TENANG
< 3.0m/s
6.2
8.2
5.4
3.3
4.8
7.5
7.9
3.8

25
>3.0 m/s
3.6
5.0
2.0
2.2
3.6
5.5
4.2
1.8

Berdasarkan jadual 1, lukiskan sebuah rajah tiupan angin untuk menunjukkan arah, halaju dan kekerapan (%) angin di stesen kaji cuaca X.





[10]

(c)
Huraikan kesan siklon tropika terhadap alam sekitar manusia.
[10]

JAWAPAN
4
(a)
Takrifkan konsep tekanan udara.
[5]


(i)                                          (ii)                      (iii)                                (iv)
Daya /yang dikenakan oleh / sesuatu jisim udara/  yang berada di atmosfera 
                        (v)
/ ke atas  permukaan bumi di bawahnya.



(b)
Jadual 1: Arah, halaju  dan kekerapan (%) angin di stesen kaji cuaca X
Berdasarkan jadual 1, lukiskan sebuah rajah tiupan angin untuk menunjukkan arah, halaju dan kekerapan (%) angin di stesen kaji cuaca X.

Skema pemarkahan :
Tajuk =1m ,      Skala = 1m,       Petunjuk = 1m,         Arah = 1m
Plotan = 6m (12-11 =6m,10-9 = 5m, 8-7 = 4m,6-5 = 3m, 4-3 = 2m, 2-1 = 1m)
 (sila rujuk rajah contoh. Pemeriksaan bergantung kepada skala yang dipilih oleh calon. Contoh jawapan hanya untuk rujukan, kerana ukuran mungkin tidak tepat.)





[10]

TAJUK : ARAH , HALAJU DAN KEKERAPAN (%) ANGIN DISTESEN KAJI CUACA  X




 
SKALA:
Skala angin tenang : 1 cm = 2.5 unit
Skala kelajuan: 1cm=2%
 






              


                                                                                 



 

                                                                                              25%








Petunjuk
>3.0m/s  <3.0m/s


 













(c)
Huraikan kesan siklon tropika terhadap alam sekitar manusia.
[10]

C1
Kemusnahan harta benda


C2
Kehilangan nyawa/ kematian


C3
Gangguan terhadap aktiviti/ kegiatan ekonomi


C4
Kemusnahan infrastruktur


C5
Kesan psikologi / trauma


C6
Wabak penyakit/ penyakit berjangkit merebak


C7
Aktiviti harian terjejas.



                  Mana-mana  5  isi x 2m = 10 markah


5
(a)
Apakah yang dimaksudkan dengan taburan suhu secara mendatar.
[3]

(b)
Jelaskan faktor fizikal yang mempengaruhi perbezaan taburan suhu secara mendatar di permukaan bumi.
[12]

(c)
Huraikan kesan peningkatan suhu terhadap sistem ekologi.
[10]

JAWAPAN
5
(a)
Apakah yang dimaksudkan dengan taburan suhu secara mendatar.
[3]



(i)                                  
Taburan suhu secara mendatar merujuk kepada/  perubahan suhu / antara
                        (ii)                                                                                            (iii)
satu kawasan dengan satu kawasan/  yang lain mengikut garis lintang ( latitud).



(b)
Jelaskan faktor fizikal yang mempengaruhi perbezaan taburan suhu secara mendatar di permukaan bumi.
[12]

B1
Latitud/ garis lintang-suhu semakin berkurangan bermula dari latitud Khatulistiwa ke arah kedua-dua kutub kerana bahangan matahari lebih bertumpu di kawasan khatulistiwa yang jaraknya lebih dekat dengan matahari. Sudut tegak matahari dengan garisan Khatulistiwa ialah 90 darjah membolehkan kawasan ini menerima bahangan yang lebih banyak berbanding dengan kawasan yang terletak di latitud Sartan dan Jadi di mana sudutnya condong dan pancaran matahari lebih jauh .


B2
Daratan dan lautan- daratan lebih cepat panas berbanding lautan pada waktu siang. Oleh itu kawasan daratan terutama di tengah benua suhunya lebih tinggi berbanding kawasan berhampiran laut.
Pada waktu malam lautan lebih tinggi suhu kerana air laut menyerap bahangan matahari pada waktu siang dan  membebaskan semula menyebabkan suhu di pinggir laut  lebih tinggi. Daratan akan menjadi lebih sejuk.


B3
Pengaruh badan-badan air- badan air yang besar dapat menyederhana suhu persekitaran  melalui proses penyejatan yang berlaku.  Ianya boleh mempengaruhi sehingga 1 kilometer dari sumber air tersebut. Pada musim panas badan air dapat mengurangkan suhu manakala pada musim sejuk dapat meninggikan suhu persekitaran.


B4
Pengaruh arus lautan- arus lautan dapat menyederhanakan suhu musim dingin dan musim panas kawasan-kawasan yang dilaluinya. Arus lautan sama ada arus panas atau arus sejuk dapat memindahkan haba dari satu tempat ke tempat yang lain. Pengaliran arus lautan dari kawasan Khatulistiwa (kawasan panas) ke arah kutub (kawasan sejuk) dapat memanaskan udara di kawasan kutub dan sebaliknya.


B5
Pengaruh angin lazim- Angin yang bertiup dapat menyederhanakan suhu kawasan yang dilaluinya. Contoh angin baratan yang panas bertiup ke arah pantai barat Eropah meningkatkan suhu kawasan pinggir pantai barat Eropah. Manakala kawasan pantai timurnya lebih sejuk  kerana menerima angin sejuk dari pedalaman benua tersebut.


B6
Aspek – Banjaran gunung termasuk arah dan darjah kecerunan – mempengaruhi suhu di kawasan latitud sederhana. Cerun  yang menghadap matahari akan menerima suhu yang lebih tinggi berbanding ceru yang  terlindung.


B7
Pengaruh tumbuhan – tumbuhan dapat mempengaruhi suhu persekitaran sesuatu kawasan -  kawasan yang mempunyai tumbuhan semulajadi yang banyak, suhunya lebih rendah berbanding kawasan lapang.-Tumbuhan dapat mengurangkan kepekatan gas-gas rumah hijau melalui proses fotosintesis -melalui proses perpeluhan tumbuhan mengeluarkan manik-manik air untuk menyederhanakan suhu- faktor albedo kerana kesan daripada faktor ini bahang matahari dapat di pulangkan ke ruang angkasa dan mengurangkan suhu kawasan tersebut.


B8
Faktor albedo -  atmosfera dan permukaan bumi mempunyai  nilai albedo berbeza-beza.- salji membalikkan  80 – 90 % bahangan matahari- Awan membalikkan  sebahagian bahangan matahari pada waktu siang - kawasan gurun panas yang tidak berawan menerima banyak sinaran secara terus pada waktu siang sehingga suhu menjadi tinggi.



                        Mana-mana 6 isi x 2m = 12 m



(c)
Huraikan kesan peningkatan suhu terhadap sistem ekologi.
[10]

C1
Kemusnahan ekosistem akuatik – suhu tinggi menyebabkan berlakunya fenomena kemarau- air permukaan kering- menjejaskan ekosistem akuatik seperti sungai, tasik dan kolam.


C2
Kepupusan flora/ pengeluar – suhu tinggi menyebabkan flora kekurangan air - mengganggu proses fotosintesis – tumbuhan mati.


C3
Kepupusan fauna/ pengguna- suhu tinggi menyebabkan berlakunya penghidratan yang tinggi ke atas haiwan  - haiwan mati.


C4
Penghijrahan fauna- haiwan yang mendiami sesuatu kawasan terutamanya dalam sistem akuatik akan berhijrah ke kawasan lain.


C5
Tanah kehilangan nutrien – tanah menjadi kering kontang- lama kelamaan tanah hilang kesuburan.


C6
Peningkatan perpeluhan tumbuhan – suhu yang tinggi merangsang pembukaan liang stoma daun - perpeluhan tumbuhan meningkat.


C7
Gangguan terhadap rantaian makanan – kemusnahan flora dan fauna menyebabkan aliran makanan  , tenaga terputus/ terjejas



           Mana-mana 5 isi x 2m = 10m


6
(a)
Apakah yang dimaksudkan dengan banjir monsun?
[3]

(b)
Huraikan faktor yang mempengaruhi kejadian banjir tersebut.
[10]

 (c)
Jelaskan kesan banjir monsun terhadap alam sekitar fizikal dan manusia.
[12]

JAWAPAN
6
(a)
Apakah yang dimaksudkan dengan banjir monsun?
[3]



(i)                                                                                               (ii)
Limpahan air / pada tebing badan air akibat / curahan hujan yang lebat/ 
                         (iii)                                                       
pada musim-musim tertentu dan menenggelamkan kawasan rendah
berhampiran badan-badan air tersebut.



(b)
Huraikan faktor yang mempengaruhi kejadian banjir tersebut.
[10]

B1
Hujan yang lebat dalam tempoh yang lama


B2
Saiz lembangan atau badan-badan air yang kecil


B3
Kekurangan tumbuhan -  serapan rendah- kadar air larian tinggi- masuk ke badan-badan air lalu berlakunya limpahan tebing.


B4
Faktor luahan. Air sungai lambat untuk mengalir ke laut.- terutama semasa air pasang besar


B5
Faktor manusia- aktiviti pertanian mengakibatkan proses hakisan seterusnya mencetekkan sungai


B6
Bentuk alur yang bengkang bengkok melambatkan pergerakan air ke badan-badan air yang utama.



               Mana-mana 5 isi x 2m = 10 markah.



 (c)
Jelaskan kesan banjir monsun terhadap alam sekitar fizikal dan manusia.
[12]


Fizikal


Cf1
Pencemaran sumber air


Cf2
Kemusnahan ekosistem


Cf3
Peningkatan kadar sejatan


Cf4
Peningkatan kandungan air tanah


Cf5
Peningkatan kadar pemendapan


Cf6
Peningkatan kadar kesuburan tanah



Manusia


Cm1
Kehilangan nyawa


Cm2
Kemusnahan harta benda


Cm3
Wabak penyakit


Cm4
Kesan kepada ekonomi manusia seperti pertanian, perlombongan,perindustrian dan sebagainya.


Cm5
Kesan terhadap sistem perhubungan




           Jawapan anda mesti meliputi kedua-dua kesan sama ada 2 fizikal ,   4 manusia atau sebaliknya.                                                                    6 isi x 2m = 12 markah.


7(a)

Apakah yang dimaksudkan  dengan piramid tenaga?
[3]
(b)
(i)
Lukiskan sebuah gambar rajah piramid tenaga.
[2]

 (ii)
Jelaskan faktor kehilangan tenaga pada setiap aras trofik dalam piramid tenaga
[8]
(c)

Jelaskan bagaimana ekosistem akuatik boleh diganggu oleh aktiviti manusia.
[12]

JAWAPAN
7
(a)
Apakah yang dimaksudkan  dengan piramid tenaga?
[3]


                                     (i)
Merujuk kepada aras trofik yang wujud dalam sesebuah ekosistem / yang
                 (ii)
disusun mengikut hirarki  bermula dari tapak – pengeluar, pengguna 1
                                                                                                                (iii)
pengguna  2 dan pengguna 3 di mana/ tenaga semakin berkurangan

apabila menuju ke puncak piramid.



(b)(i)
Lukiskan sebuah gambar rajah piramid tenaga.
[2]


Lukis rajah piramid tenaga = 2m
                                
                                                        Pengguna 3
                                                         Pengguna  2


                                                            Pengguna 1
                                                            Pengeluar

                       Rajah yang dilukis mestilah tanpa pengurai.



    (ii)
Jelaskan faktor kehilangan tenaga pada setiap aras trofik dalam piramid tenaga
[8]

 B21

 B22
 B23
 B24
Hanya sejumlah makanan tertentu sahaja yang dimakan disetiap aras trofik manakala sebahagian lagi tidak dimakan.
Tidak semua makanan yang dimakan dicernakan
Makanan yang dicernakan digunakan untuk tumbesaran organisme
Lebihan makanan yang dicernakan digunakan sebagai tenaga.



   4 isi X 2m = 8 markah






(c)
Jelaskan bagaimana ekosistem akuatik boleh diganggu oleh aktiviti manusia.
[12]


C1
Pertanian – penyaluran bahan kimia ke dalam sungai menyebabkan air tercemar.



C2
Perindustrian – pembuangan sisa asid  ke sungai dan laut


C3
Pembalakan – hakisan tanih di cerun menyebabkan air tercemar


C4
PKS – pembuangan sisa industri ke laut


C5
Petempatan – pembuangan sisa domestik seperti sampah sarap ke sungai.


C6
Perlombongan pasir dan mineral


C7
Perikanan – menuba dan meracun ikan


C8
Pelancongan / rekreasi


C9
Perniagaan



   Mana-mana 6 isi x 2 m = 12 Markah.


8
(a)
Apakah yang dimaksudkan dengan perubahan iklim?
[3]

(b)
Jelaskan kesan peningkatan unsur cuaca dan iklim terhadap kegiatan manusia.
[12]

(c)
Huraikan langkah untuk mengurangkan peningkatan suhu global.
[10]

JAWAPAN
8
(a)
Apakah yang dimaksudkan dengan perubahan iklim?
[3]



                                                              (i)
Perubahan iklim merujuk kepada peningkatan atau penurunanunsur-
                           (ii)
unsur cuaca dan iklim ( suhu,hujan ,kelembapan dan angin) di permukaan
                                    (iii)                                                                        
 bumi/ disebabkan oleh faktor fizikal dan aktiviti manusia.




(b)
Jelaskan kesan peningkatan unsur cuaca dan iklim terhadap kegiatan manusia.
[12]

B1
Peningkatan suhu - menyebabkan kemarau yang panjang – tanih menjadi kering dan gersang. Tidak subur  untuk kegiatan pertanian.


B2
Peningkatan suhu – pencairan ais kutub dan pencairan glasier. Pencairan akan menyebabkan berlakunya banjir dan banyak kawasan ditenggelami. Keadaan ini seterusnya memberi kesan kepada kegiatan perikanan dan akuakultur.


B3
Peningkatan suhu – peningkatan proses luluhawa melalui proses pengembangan dan pengecutan batuan. Mineral yang terdapat di dalam batuan akan terdedah – Menggalakkan aktiviti perlombongan


B4
Peningkatan suhu – Perusahaan  kecil dan  sederhana yang memerlukan sumber bahangan – proses pengeringan dan sebagainya . Contoh ikan kering, bilis dan batik.


B5
Angin kencang (ribut) – memusnahkan kawasan-kawasan pertanian.


B6
Angin kencang dan stabil – menggalakkan aktiviti sukan dan rekreasi (perahu layar, layang-layang , monsoon cup)


B7
Peningkatan jumlah hujan (banjir) – gangguan terhadap aktiviti harian/ pertanian dan sebagainya.


B8
Hujan yang lebat di kawasan yang kering –membantu kegiatan pertanian.

                                                                                   Mana-mana  6 isi X 2m = 12m





(c)
Huraikan langkah untuk mengurangkan peningkatan suhu global.
[10]

C1
Langkah perundangan
Penguatkuasaan undang-undang melalui Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 sama ada hukuman denda, kompaun mandatori kepada pesalah-pesalah jenayah alam sekitar.

[2]

C2
Langkah bukan perundangan



C21 – Kempen
           Kempen dijalankan melalui media massa dan media elektronik
C22 – Pendidikan secara formal dan tidak formal
C23 – Penanaman pokok – Kadar perpeluhan dan sejatan yang tinggi- 
           Suhu rendah – kurangkan gas rumah hijau.
C24 -  Penggunaan sumber alternatif yang  bersifat mesra alam. Contoh
          Ombak, angin dan KEH.
C25 – Pengurangan bahan api fosil
C26 – Kurangkan aktiviti pembakaran terbuka - kitar semula
C27 – Perancangan pembangunan – ketinggian bangunan, bahan binaan,
          landskap buatan dan ruang-ruang antara bangunan dan sebagainya.

                          Mana-mana 5 isi X 2m = 10 m


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...