PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Tuesday, February 28, 2012

SKEMA PERCUBAAN GEOGRAFI KERTAS 2 NEGERI PAHANG 2011


Soalan 1
a)         Takrifkan maksud lebihan penduduk                                                [ 5 Markah ]

Judul Isi Jawapan
Markah
Konsep Lebihan Penduduk : Suatu keadaan dimana jumlah penduduk melebihi daya tampung sumber alam yang ada di sesebuah Negara/kawasan.

2
Terbahagi kepada 2 iaitu:
·      lebihan penduduk mutlak yang bermakna sumber alam yang amat sedikit atau sudah habis digunakan.
·      lebihan penduduk relatif iaitu  sumber alam masih ada/masih banyak tetapi keupayaan teknologi untuk membangun/menjana  sumber tersebut adalah rendah sehingga aras dan keperluan penduduk tidak boleh ditampung.



2

Contoh Negara:
·      Lebihan mutlak: Afrika Utara, Sudan, Ethopia, Swaziland dll
·      lebihan relatif: Indonesia, Filipina, India, Bangladesh dll.

2

JUMLAH
MAX 5

(b)        Mengapakah sesetengah negara mengalami lebihan penduduk?. [ 10 Markah ]

Sebab-sebab berlakunya lebihan penduduk:
Judul Isi Jawapan
Markah
a)     Kadar Kelahiran yang tinggi dan Kadar Kematian yang rendah disebabkan oleh:

1.   Peningkatan kemudahan kesihatan (hospital/klinik) , sistem dan peralatan perubatan moden serta doktor. Menyebabkan kadar kematian bayi menurun –pelbagai penyakit dapat diubati seperti hepatitis B.

2.   Kegagalan/kurang berkesan program perancangan keluarga untuk menjarakkan kelahiran – akibat taraf pendidikan yang rendah, status ekonomi, pemikiran (konservatif) di sesetangah masyarakat.

3.   Faktor sosial – agama, adat, status quo masyarakat (kebanggaan dan kekuasaan memiliki bilangan anak ramai atau saiz keluarga besar)

4.   Kahwin awal. Perkahwinan pada usia muda meningkatkan kadar fertiliti. Tahap kesuburan wanita ialah antara umur (15 – 45 tahun). Amalan kahwin awal, kecenderungan untuk kelahiran bertambah sebelum tamat kesuburan.

5.   Keperluan buruh/tenaga manusia. Di sesetangah negara seperti India tenaga buruh untuk sektor pertanian datangnya daripada ahli keluarga. Anak yang ramai kos buruh menjadi lebih murah.

6.   Kualiti hidup penduduk disesetangah negara meningkat. Pendapatan perkapita meningkat mampu untuk menyara keluarga yang ramai. Amalan pemakanan berzat/seimbang dan penjagaan kesihatan yang baik meningkatkan jangka hayat penduduk – mengurangkan kadar kematian.


2



2



2



2



2



2
b)     Teknologi pengeluaran masih rendah dan faktor kerajaan/Governan.

7.   Di sesetengah negara teknologi untuk meneroka,menjana dan mempelbagaikan sumber pengeluaran yang ada bagi menampung keperluan penduduk  masih rendah. Sumber terbiar sebagai stok atau diguna secara membazir. Keperluan makanan, tempat tinggal dan pekerjaan penduduk tidak dapat dipenuhi. Banyak berlaku di negara yang mengalami lebihan penduduk mutlak.

8.   Kelemahan kerajaan/faktor politik. Ketidakcekapan kerajaan untuk mengawal kelahiran,menyebarkan inovasi/pendidikan kekeluargaan,masalah ketidakstabilan politik/negara bergolak yang menyebabkan dasar kependudukan tidak dapat dilaksanakan. Contoh di Sudan.



2





2
Pemarkahan: open marking, max 10 Markah
MAX 10

(c)    Jelaskan kesan negatif  lebihan penduduk terhadap sosio ekonomi sesebuah negara.                                                                                                        [ 10 Markah ]

Kesan negatif lebihan penduduk  terhadap sosio ekonomi :
Isi Utama
Huraian dan contoh
Markah

1.     Kadar pengganguran yang tinggi
·      Aras penduduk tidak boleh ditampung dengan kemampuan sumber  pekerjaan yang terhad/tidak dipelbagaikan.
·      Persaingan tinggi dan ini akan menyebabkan pengganguran ketara – mendorong kepada masalah sosial dan migrasi.
·      Disesetengah negara kadar pengganguran melebihi 3% seperti di Indonesia




2

2.   Fenomena kemiskinan dan kemunduran
·      Lingkaran kemiskinan – Berpunca daripada pendapatan perkapita yang rendah ekoran penduduk yang terlalu ramai.
·      Pendapatan keluarga menjadi kecil - kesannya kuasa beli dan tabungan menjadi rendah.
·      Ini menyebabkan kemunduran/taraf hidup penduduk yang rendah.
·      Ekonomi secukup hidup – hanya memenuhi keperluan asas sahaja.




2

3.     Masalah perumahan
·      Keupayaan pemilikan rumah amat terhad , hartanah mahal, kos rumah tinggi, fenomena setinggan.
·      perumahan/setinggan, kesesakan, pencemaran alam sekitar, wabak penyakit yang menjejaskan kesihatan penduduk dll indeks kualiti hidup yang merosot.



2

4.     Masalah kekurangan bekalan makanan
·      Bekalan sumber makanan seperti sumber pertanian, perikanan,penternakan tidak sepadan dengan jumlah penduduk yang terlalu ramai.
·      Sumber makanan terhad boleh menyebabkan fenomena kebuluran/kelaparan.
·      Produktiviti pertanian rendah – apabila tanah terlalu kerap digunakan untuk pertanian – bekalan makanan berkurangan. Contohnya di Pulau Jawa.



2

5.      Taraf pendidikan yang rendah.
·      Kadar buta huruf dan buta ICT yang tinggi, ekoran daripada kemiskinan keluarga yang tidak mampu menyekolahkan anak-anak mereka.
·      Pendidikan tertiari – seperti universiti,kolej,institut kemahiran dll terhad.
·      Teknologi dan R&D lambat berkembang - Inovasi pembangunan berkurangan.
·      Daya saing sumber manusia lemah.




2

6.       Taraf kesihatan yang rendah
·      Penularan wabak penyakit yang sukar dikawal seperti taun,denggi H1N1 dll begitu cepat kerana kesedaran penjagaan kesihatan yang rendah.
·      Kemudahan kesihatan, ubat dan doktor masih ketinggalan.
·      Kadar kematian tinggi terutamanya di kawasan pedalaman khususnya kematian di kalangan bayi.
·      Amalan perubatan tradisional masih berleluasa di kalangan masyarakat.




2

7. Masalah sosial bertambah.
·      Kadar jenayah seperti mencuri,merompak,samun meningkat demi survival kehidupan.
·      Gejala sosial seperti pengedaran dan penyalahgunaan dadah,pelacuran juga meningkat bagi meringankan beban hidup.
·      Kewujudan masyarakat merempat/gelandangan – golongan miskin dalam bandar.





2

8.    Bebanan kerajaan sangat besar.
·      Peruntukan kerajaan terpaksa diberikan kepada kemudahan asas seperti pendidikan, kesihatan, jaringan perhubungan dll untuk menampung jumlah penduduk yang ramai.
·      Beban kerajaan bertambah – terpaksa berhutang dengan bank dunia dan IMF.



2
PEMARKAHAN :   open marking, max 10 Markah
MAX 10

Soalan 2:

Rajah 1 di bawah menunjukkan Piramid Penduduk bagi negara Malaysia dan Singapura pada tahun 2010.

Piramid Penduduk Malaysia, 2010
Piramid Penduduk Singapura, 2010



(a)  i. Berdasarkan rajah 1, namakan bentuk piramid penduduk bagi Malaysia dan Singapura  
    dan,  [ 2 Markah]             
ii. Bezakankan ciri-ciri demografi antara Malaysia dengan Singapura pada tahun 2010.                                                                                    [ 8 Markah ]

Bentuk Piramid Tahun 2010
Markah
Malaysia = Progresif
Singapura = Regresif
1
1

Max 2

Perbezaan Ciri Demografi:

Judul Isi Jawapan
Malaysia 2010
Singapura 2010
Markah

1.Kadar Kelahiran dan Kadar Kematian
Kadar kelahiran tinggi dan kadar kematian rendah. Dibuktikan dengan saiz tapak piramid yang lebar.Kelompok 0 – 9 tahun paling ramai.
·      Dikaitkan dengan taraf kesihatan yang bertambah baik – mengawal penyakit di kalangan bayi dan ibu yang mengandung.
·      Kemudahan kesihatan/bilangan doktor dan perubatan yang baik. Kadar mortaliti rendah dan kelahiran hidup tinggi.
·      Dasar 70 juta penduduk menjelang tahun 2100.
Kadar kelahiran  dan kadar kematian  rendah. Tapak piramid kecil – golongan muda sedikit.
·      Dikaitkan dengan kesan dasar saiz keluarga kecil era 1970-an.
·      Tahap pendidikan tinggi, keberkesanan program perancangan keluarga, gaya hidup masyarakat moden (kosmopolitan) teknologi perubatan yang canggih dan lalin-lain.                                                







2-4



2. Jangka Hayat/Penuaaan penduduk.
Jangka hayat masih rendah berbanding Singapura terutama golongan lelaki.
Walaupun berlaku proses penuaan penduduk (ageing population) tetapi kadarnya masih perlahan.
·      Dikaitkan dengan kesedaran penjagaan kesihatan dikalangan warga tua, kemudahan rawatan untuk golongan tua masih terhad berbanding Singapura.
·      Amalan pemakanan kurang  seimbang terutamanya dikalangan lelaki, gaya hidup tidak sihat seperti budaya merokok dll yang mengurangkan jangka hayat.
Jangka hayat yang tinggi terutamanya perempuan. Golongan tua yang melebihi 70 tahun adalah ramai/mengalami proses penuaan penduduk.
·      Dikaitkan dengan peningkatan taraf kesihatan/ kemajuan dalam bidang perubatan,
·      Kesedaran tinggi dalam amalan penjagaan kesihatan serta pemakanan/diet yang seimbang dikalangan penduduk








2-4

3. Nisbah Tanggungan
Kumpulan umur di bawah tanggungan (0 – 19 tahun) masih lagi tinggi berbanding dengan kumpulan umur dewasa yang produktif (20 hingga 59 tahun). Kumpulan umur di bawah tanggungan sebahagian besarnya berada di alam persekolahan.

Namun begitu nisbah tanggungan ini tidaklah terlalu besar dan masih boleh ditanggung oleh kumpulan dewasa. Ini disebabkan oleh peningkatan kualiti hidup penduduk khususnya daripada segi pendapatan perkapita
Nisbah tanggungan rendah – kerana golongan dewasa yang produktif  daripada segi ekonomi adalah lebih ramai berbanding dengan golongan muda.

Tetapi nisbah tanggungan menjadi tinggi apabila  golongan tua bertambah (melebihi 60 tahun) – seperti kos rawatan, penjagaan, hak istimewa warga emas dll.





2-4

4. Ciri Jantina dan Struktur Umur

Secara keseluruhannya jumlah penduduk lelaki dengan perempuan hampir seimbang di peringkat umur muda dan dewasa. Tetapi kumpulan umur tua (60 tahun dan ke atas) wanita lebih ramai berbanding lelaki.Kadar kematian lelaki lebih tinggi apabila mencecah umur tua.
Ini disebabkan oleh kesedaran penjagaan kesihatan dikalangan penduduk lelaki lebih rendah berbanding wanita.

Pada keseluruhannya jumlah penduduk perempuan lebih ramai berbanding lelaki.
Diperingkat umur muda menunjukkan keseimbangan antara lelaki dan perempuan. Tetapi di peringkat umur dewasa (25 tahun dan ke atas) serta umur tua, golongan  wanita lebih ramai berbanding lelaki. Proses penuaan penduduk perempuan lebih tinggi berbanding lelaki.                                        




2-4


(b)        Apakah yang dimaksudkan dengan penuaan penduduk ?               [ 5 Markah ]
MAKSUD: Penuaan penduduk ialah proses peningkatan jangka hayat penduduk sesebuah negara yang melebihi 60 tahun.

CIRI:   Peningkatan golongan warga emas, menggambarkan peningkatan kualiti hidup,peningkatan taraf kesihatan dan perubatan serta kesedaran amalan penjagaan kesihatan yang tinggi.

CONTOH:  Jangka hayat penduduk Malaysia pada tahun 2005 ialah 75 tahun manakala jangka hayat penduduk Jepun ialah 85 Tahun.
Markah
2


2


1
MAX 5

(c)        Jelaskan kesan penuaan penduduk di sesebuah negara sedang membangun.  [1
Judul Isi Jawapan
Markah
1. Peningkatan kos untuk menampung sistem sokongan warga emas
·      Penyediaan rumah kebajikan, kos pengurusan, kos rawatan dan penjagaan yang sempurna oleh kerajaan, swasta dan NGO.
·      Penyediaan perkhidmatan pengangkutan dan kemudahan awam yang khusus.


2
2.  Beban kewangan kerajaan bertambah
·      Bayaran pencen, KWSP, ganjaran dll
·      Hak keistimewaan warga emas diberikan – rebat perkhidmatan/peningkatan subsidi.

2
3. Nisbah tanggungan semakin meningkat.
·      Golongan tua sudah tidak produktif.
·      Golongan dewasa terpaksa menanggung khususnya kos perubatan.
·      Kadar pencen tidak cukup untuk menanggung kos hidup yang semakin bertambah.



2
4. Kemerosotan nilai murni masyarakat.
·      merosotnya nilai tanggungjawab sosial golongan muda terhadap warga emas disebabkan oleh tekanan hidup.
·      Golongan tua dibiarkan di rumah-rumah kebajikan.
·      Nilai murni hidup merosot.




2
5. Tenaga profesional meningkat.
·      Tenaga profesional di peringkat pengurusan tertinggi masih lagi ramai.
·      Tempoh perkhidmatan dilanjutkan.
·      Contoh pensyarah universiti – sehingga 65 tahun.
·      Ekonomi di peringkat kuarterner dan kuiner boleh dibangunkan.




2
6. Perubahan ciri demografi dan struktur umur dalam jangka masa panjang.
·      Peningkatan kumpulan umur tua (60 tahun ke atas) –puncak piramid penduduk semakin melebar.
·      Menggambarkan kualiti hidup semakin meningkat.
·      Dalam jangka masa panjang bentuk piramid boleh berubah dari progresif kepada refresif dan stabil sepertimana yang dialami oleh Singapura dan Jepun.



2

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...