KOMPONEN EKOSISTEM
Komponen
biotik
Konsep
Komponen
biotik kepada hidupan yang terdapat di dalam sesebuah ekosistem. Susunan
komponen biotik di dalam sesebuah ekosistem seperti berikut :-
A. KOMPONEN PENGELUAR
–
merujuk
kepada tumbuhan yang terdapat dalam sesebuah ekosistem yang berupaya untuk
membuat makanan sendiri melalui proses fotosentesis seperti tumbuhan, alga, plankton,
lumut dan sebagainya.
B. KOMPONEN PENGGUNA
–
merujuk
kepada haiwan seperti serangga, burung, ikan, katak dan sebagainya yang makan organisma pengeluar dan organisma
pengguna lain untuk hidup. Komponen
pengena dalam sesebuah ekosistem dapat di bahagikan kepada tiga bahagian iaitu
:-
i.
Penguna primier ( herbivor )
-
Pengguna
primier merujuk kepada pengguna herbivor yang
makan tumbuh-tumbuhan sahaja untuk hidup , bergerak dan membesar seperti
belalang, ulat, pelanduk, ikan kecil, zooplankton dan sebagainya.
ii.
Penguna sekunder ( karnivor )
-
Pengguna
sekunder merujuk kepada pengguna karnivor yang
makan organisma haiwan yang lain sahaja untuk hidup , bergerak dan
membesar seperti ikan besar,
harimau, singa, dan sebagainya.
iii.
Penguna tertier ( omnivor )
-
Pengguna
tertier merujuk kepada pengguna karnivor yang
makan
tumbuh-tumbuhan
dan haiwan untuk hidup , bergerak dan
membesar seperti manusia.
C. KOMPONEN PENGURAI
–
Merujuk
kepada organisma pengurai yang berfungsi menjalankan proses pereputan organisma
yang telah mati kepada bentuk nutrient atau bahan kimia yang kemudiaannya dapat
digunakan semula oleh pengeluar. Contoh
organisma pengurai ialah bakteria, kulat, protozoa dan sebagainya.
RANTAIAN DAN SIRATAN MAKANAN
Konsep
Rantaian Makanan
Rantaian
makanan merujuk kepada pemindahan tenaga, elemen-elemen kimia dan beberapa
sebatian jenis sebatian daripada satu organisma kepada organisma yang lain di
sepanjang aliran tersebut. Pemindahan/Aliran tenaga dalam konteks hubungan
mangsa dengan pemangsa.
Gambar rajah : Rantaian makanan dalam ekosistem tasik
Konsep
Siratan Makanan
Merupakan
pemindahan tenaga secara bersilang/berjaring dan kompleks. Sesuatu organism itu
boleh menjadi mangsa atau pemangsa bukan kepasa satu organism sahaja tetapi
kepada banyak organism.
Siratan / Jaringan Makanan
A.
EKOSISTEM TASIK
PROSES PEMINDAHAN / ALIRAN TENAGA DALAM EKOSISTEM
TASIK
Aliran Tenaga Dalam Siratan Makanan Ekosistem Tasik.
Aliran tenaga dalam siratan makanan tasik berkenaan berlaku seperti berikut:-
a) Tenaga dari matahari
terus ke tumbuhan hijau seperti lumut dan alga yang ada di permukaan
tasik atau tebing tasik. Tumbuhan ini
memperoses makanannya sendiri menerusi proses fotosintesis setelah memperolehi tenaga secara langsung
dari matahari. Tumbuhan
ini akan menyimpan tenaga kimia di dalam klorofiInya. Dalam konteks ini tumbuhan hijau bertindak
sebagai pengeluar Justeru matahari berfungsi
membekalkan tenaga asas kepada semua hidupan di dalam tasik tersebut.
b)
Tenaga
kimia yang disimpan oleh tumbuhan hijau seperti lumut dan alga akan dipindahkan pula kepada hidupan zooplankton
apabila hidupan
tersebut memakan tumbuhan berkenaan. Pada aras trofik ini zooplankton bertindak sebagai pengguna primer.
c)
Tenaga kimia dalam zooplankton pula akan berpindah pengguna sekunder seperti ikan kecil dan
cacing apabila haiwan tersebut memakan zooplankton. Tenaga kimia yang dipindahkan
diguna untuk tumbesaran,
bergerak dan membiak.
d) Seterusnya tenaga
kimia di dalam pengguna sekunder akan dialirkan/berpindah pula ke
pengguna tertier seperti ikan yang lebih besar apabila ikan tersebut memakan
ikan kecil dan cacing untuk bergerak, membesar dan membiak.
e) Akhirnya tenaga akan berpindah kepada penghurai
yang terdiri daripada bacteria dan fungi apabila ia menghurai segala pengeluar
dan pengguna yang mati dan reput. Bahan organic yang mati dan reput akan
meningkatkan kadar nutrient dalam tasik yang seterusnya digunakan kembali oleh
tumbuhan hijau untuk tumbuhbesaran.
No comments:
Post a Comment