PENYELIDIKAN PRA-U 2011

SELAMAT DATANG. ANDA SEDANG MENGIKUTI BLOG PAGAR MUSEH

Thursday, January 17, 2013

KULIAH 6 - TEKANAN UDARA DAN ANGIN



a)             Tekanan Udara
Merujuk kepada daya yang terdapat pada sesuatu turus udara terhadap kawasan di bawahnya. Tekanan ini berubah mengikut ketinggian. Biasanya tekanan udara akan berkurangan apabila semakin jauh ke troposfera dari permukaan laut.Ini adalah disebabkan kira-kira setengah daripada jisim atmosfera berada di bawah daripada 18,000 kaki.
Tekanan udara sedunia adalah tidak sama antara satu tempat dengan tempat yang lain  dan juga  antara satu masa dengan masa yang lain. Ini kerana taburan  tenaga dan lembapan global adalah tidak sama. Terdapat satu perkaitan  antara taburan tenaga dengan taburan tekanan. Kawasan yang berlebihan tenaga adalah kawasan bertekanan udara rendah manakala kawasan yang kekurangan tenaga merupakan kawasan bertekanan udara tinggi. Tekanan udara di dunia di pengaruhi oleh 3 faktor utama iaitu taburan daratan dan lautan, taburan suhu global dan latiud (garis lintang).
            Dalam konteks edaran umum atmosfera, sebahagian besar tenaga haba yang diangkut oleh tropika ke kutub adalah dalam bentuk haba rasa dan selebihnya dalam bentuk haba pendam yang bergerak dalam bentuk wap-wap air yang diporolehi dari proses sejatan. Akibat putaran bumi yang mewujudkan daya korolis maka edaran umum atmosfera menjadi lebih kompleks. Ini kerana arus-arus udara yang bergerak ke kutub dan ke kawasan tropika akan dipengaruhi oleh daya korolis tersebut yang menyebabkan pergerakan angin menjadi terbias.

 
         b)            Jenis-jenis  Angin

 Angin Dunia/Global/Monsun/ Wilayah
           
Edaran Angin Secara  Global

Ø  Punca edaran angin global adalah perbezaan tenaga haba yang diterima di bumi. Keadaan ini menwujudkan perbezaan tekanan udara. Maka berlakulah pergerakan angin dari kawasan tekanan tinggi ke kawasan tekanan rendah sama ada secara melintang maupun menegak.
Ø  Umunnya, kawasan G.L. Rendah menerima haba suria yang tinggi mewujudkan tekanan rendah, manakala di G.L. Tinggi menerima haba suria yang sedikit mewujudkan tekanan tinggi. Kawasan yang mengalami tekanan rendah akan belaku sejatan udara secara menegak dan keadaan vacuum ini akan diisikan oleh udara dari kawasan tekanan tinggi melalui pergerakan melintang
Ø  Haba yang banyak diterima di kawasan G.L. Rendah  dipindahkan secara haba rasa melalui pergerakan arus lautan panas ke kawasan G.L. Tinggi dan yang selebihnya akan berpindah melalui sejatan secara haba pendam dan akan turun kembali sebagai kerpasan melalui proses perluwapan (pembezaan haba pendam).
Ø  Sebenarnya tidak mudah untuk menyatakan pergerakan angin. Ianya lebih kompleks dari yang dijangkakan dengan adanya daya koroilis ( pemesongan pergerakan angin akibat putaran bumi pada paksinya ) dan juga pengaruh tempatan seperti halangan dan sebagainya.
Ø  Kawasan tekanan rendah dunia sepanjang tahun ( khatulistiwa ) dikenali sebagai  doldrum. Daerah tekanan rendah dipanggil lekukan / siklon manakala daerah tekanan tinggi dipanggil antisiklon.
Ø  Daerah tekanan tinggi dunia adalah kutub utara dan kutub selatan, serta kawasan di latitud 30O Utara dan Selatan.
Ø  Daerah tekanan rendah dunia adalah di sekitar garisan khatulistiwa dan kawasan latitud 60O Utara dan Selatan.
Ø  Daya koroilis menyebabkan angin terbias mengikut Hukum Ferrel ( semua bendalir akan terbias apabila bergerak mendatar ), di hemisfera utara angin dibias ke kanan manakala di hemisfera selatan angin terbias ke kiri.
Ø  Angin dunia terbahagi kepada dua jenis yang utama mengikut punca arahnya iaitu timua atau barat.
o   Angin timuran ( bertiup daripada arah timur benua ).
o   Angin baratan ( bertiup daripada arah barat benua )


ANGIN MONSUN

Ø  Merupakan sistem angin yang mempunyai pertukaran haluan di antara musim sejuk dan musim panas.
Ø  Pertukaran angin disebabkan oleh pemanasan dan penyejukan benua pada musim panas dan pada musim sejuk yang seterusnya menghasilkan pertukaran corak taburan tekanan udara di kawasan ini.
Ø  Pada musim panas di Hemisfera Utara satu kawasan tekanan rendah terbentuk di barat laut benua India, manakala di Hemisfera Selatan terbentuk tekanan tinggi hampir tropika dan terhasil satu kecerunan tekanan yang menyeberang khatulistiwa hingga ke barat laut India.
Ø  Pada musim sejuk di Hemisfera Utara, keadaan yang amat sejuk terjadi ti tengah Asia akibat pembentukan tekanan udara tinggi yang hebat, manakala di Hemisfera Selatan pula terdapat tekanan udara rendah menyebabkan angin sejuk dan kering bertiup keluar dari barat laut mempunyai tekanan udara rendah dan terbias oleh daya koriolis.

Konsep Angin Monsun
         Istilah  Monsun berasal daripada perkataan arab yang bermaksud musim . Angin monsun merujuk kepada perubahan tiupan angin lazim yang berlaku dua kali setahun di kawasan benua dan lautan yang berhampiran kawasan tropika lembab. Secara umumnya monsun digunakan bagi sistem angin yang mengalami perubahan yang jelas dari segi musim.  Kawasan yang mengalami angin monsun amat luas dan kebanyakannya terdapat di kawasan tropika lembab.

Jenis-jenis angin monsun di Malaysia
       
1. Angin Monsun Timur Laut

ANGIN MONSUN TIMUR LAUT
    Angin monsun timur laut bertiup semasa hemisfera utara mengalami musim sejuk iaitu dari bulan November hingga Mac. Angin monsun timur laut juga dikenali sebagai “ angin monsun musim dingin”.  Pada bulan November hingga Mac hemisfera utara mengalami musim sejuk di mana nilai suhunya terlampau sejuk ( di bawah 0  C ). Oleh itu, akan wujud  sel-sel tekanan udara tinggi di sekitar pedalaman Asia khususnya di kawasan Dataran Tinggi Tibet, Siberia dan Mongolia.  Pada masa yang sama, hemisfera selatan mengalami musim panas dan nilai suhunya kadangkalanya melebihi 30 C. Keadaan suhu yang tinggi akan mewujudkan sel- sel tekanan udara rendah yang biasanya terjadi di sekitar benua Austaralia dan lautan sekitarnya. Perbezaan tekanan udara antara dua kawasan ini akan mewujudkan satu cerun tekanan dari arah pedalaman Asia menuju ke benua Australia dan laut sekitarnya. Akibatnya akan wujud satu pola pengaliran udara dari pedalaman Asia menuju ke benua Australia. Apabila kumpulan udara ini bergerak keluar daripada sel tekanan tinggi di pedalaman Asia, ianya akan dibiaskan ke kanan oleh daya koriolis dan seterusnya menghasilkan sistem angin monsun timur laut. Angin monsun ini kemudiannya akan dibiaskan ke kiri setelah merentasi khatulistiwa dan memasuki hemisfera selatan akibat daripada tindakan daya koriolis dan kemudiannya akan menjadi angin monsun barat laut.  Angin monsun timur laut ini mempengaruhi suhu kawasan yang dilaluinya.  Umumnya angin ini berasal dari kawasan pedalaman benua yang merupakan angin kering. Oleh itu kebanyakan kawasan yang dilalui terutama India, Pakistan , Bangladesh, Myanmar, Thailand , Vietnam , Kampuchea dan Laos , akan mengalami musim panas yang teruk. Walau bagaimana pun , di tempat yang angin ini merentasi lautan sebelum sampai ke tempat tersebut angin tersebut akan membawa hujan yang lebat. Contohnya di Semenanjung Thai dan di Pantai Timur Semenanjung Malaysia yang menerima hujan melebihi1500mm kerana angin tersebut merentasi Teluk Siam dan Laut China Selatan.  

2. Angin Monsun Barat Daya

ANGIN MONSUN BARAT DAYA
Angin monsun barat daya bertiup semasa hemisfera utara mengalami musim panas iaitu dari Mei hingga September. Pada masa ini kawasan pedalaman Asia akan wujud sel- sel tekanan udara rendah akibat daripada keadaan suhunya yang tinggi. Sebaliknya pada masa yang sama di benua Australia dan lautan sekitar akan wujud sel-sel  sel tekanan udara tinggi akibat daripada keadaan suhunya yang rendah. Abibat perbezaan tekanan antara kedua-dua tempat ini akan menyebabkan wujudnya satu cerun tekanan antara kedua-dua tempat tersebut. Kumpulan udara sejuk dari benua Australian dan lautan sekitarnya akan bergerak keluar menuju kawasan sel tekanan udara rendah pedalaman Asia. Kumpulan angin ini pada asalnya merupakan sistem angi monsun tenggara kerana dibias kekiri oleh daya koriolis. Sebaik sahaja angin tersebut merentasi khatulistiwa kumpulan angin ini akan terbias ke kanan oleh daya koriolis yang sama di hemisfera utara.  Angin ini dikenali sebagai monsun barat daya. Angin ini agak kurang membawa hujan ke Pantai Barat Semenanjung Malaysia kerana tiupannya dihalang oleh banjaran gunung di Pulau Sumatera.
                                                                                                                               
PENGARUH ANGIN MONSUN TERHADAP AKTIVITI MANUSIA DI ASIA    

Pertanian
 Angin monsun membawa hujan yang berbeza mengikut musim. Semasa Monsun timur laut ( November- Mac )  kawasan-kawasan di Pantai Timur Semenanjung Malaysia akan menerima  hujan yang lebat. Hujan yang lebat akan membekalkan air yang banyak untuk tanaman padi contohnya di Delta Kelantan.  Semasa Monsun barat daya ( Mei – Sept ) Pantai Barat Semenajung Malaysia menerima hujan yang agak lebat. Oleh itu kegiatan penanaman padi di Pantai Barat Semenanjung dapat dijalankan dengan giat. Pada masa yang sama Pantai TimurSemenanjung kurang menerima hujan, tanaman yang kurang memerlukan air seperti tembakau ditanam.

Perikanan  
Angin monsun timur laut ( Nov- Mac ) bukan sahaja membawa hujan yang lebat ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia malah membawa bersamanya angin yang kencang. Angin yang kencang ini boleh menyebabkan laut bergelora dan berbahaya kepada bot-bot nelayan yang kecil. Semasa tiupan angin monsun timur laut, kegiatan perikanan di Pantai Timur Semenanjung Tergendala dan menjejaskan tangkapan nelayan. Walau pun begitu semasa monsun barat daya keadaan laut di pantai Timur Senanjung agak tenang. Pada masa ini nelayan akan turun ke laut dan ini akan menambahkan hasil tangkapan nelayan. Di Pantai Barat Semenanjung kegiatan perikanan dapat dijalankan sepanjang tahun kerana tiupan angin monsun barat daya tidak kencang kerana dihalang oleh banjaran gunung di Kepulauan Sumatera.   

Pembalakan
Kegiatan pembalakan akan dijalankan semasa musim kering kerana semasa musim hujan jalan-jalan menjadi licin dan berbahaya.  Kegiatan pembalakan di Thailand dan Myanmar ( di bahagian utara ) dilakukan semasa tiupan angin monsun timur laut kerana angin monsun timur laut yang berasal daripada pedalaman Asia kurang membawa hujan ke kawasan tersebut.  Ketika hujan lebat semasa monsun barat daya kegitan pembalakan dihentikan buat sementara.

Pelancongan/ Rekreasi
Kegiatan Pelancongan khususnya pelancongan pinggir pantai di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia akan terjejas semasa musim monsun timur laut ( Nov- Mac ). Angin yang kencang dan diikuti dengan laut yang bergelora  berbahaya kepada kegiatan air di kawasan pinggir pantai.  Pada musim monsun timur laut  permainan layang-layang  merupakan aktiviti yang penting bagi sebahagian besar penduduk. Angin yang kencang dan tetap merupakan faktor utama permainan layang-layang dapat dilakukan pada musim ini.

Pengangkutan    
Kegiatan pengangkutan air di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terhenti buat sementara semasa tiupan angin monsun timur laut.  Perkhidmatan bot-bot penumpang ke pulau-pulau seperti Pulau Tioman, Pulau Kapas dan sebagainya dihentikan kerana tiupan angin monsun timur laut menghasilkan ombak yang besar dan berbahaya kepada bot-bot kecil. Perkhidmatan bot di sungai-sungai utama sperti di Sungai Tembeling juga dihentikan kerana semasa tiupan angin monsun timur laut sungai ini akan mengalami banjir besar yang menghasilkan arus yang deras.  Banjir besar juga menyebabkan jalan raya utama dinaiki air . Keadaan ini akan menganggu pengangkutan darat.   

Musim Antara Monsun ( Peralihan Monsun )
Musim antara monsun atau lebih dikenali sebagai Peralihan Monsun merujuk kepada satu tempoh yang singkat di mana angin monsun bertukar arahnya. Tiupan angin semasa antara mosun tidak tepat arahnya dan keadaan udara sentiasa tenang.  Di Semenanjung Malaysia , terdapat dua musim antara monsun iaitu pada bulan April ( semasa angin monsun timur laut bertukar kepada monsun barat daya ) dan pada bulan oktober iaitu semasa angin monsun barat daya bertukar kepada monsun timur laut ). Semasa peralihan monsun, kebanyakan hujan yang turun adalah dalam bentuk ribut petir yang berasal daripada hujan perolakan.


Angin Tempatan.
 Angin Fohn Dan Cinuk, Angin Katabatik, Angin Anabatik, Bayu Laut Dan Bayu Darat  Serta Angin Badai Selari. Angin bersifat local hanya berlaku di sesuatu tempat.
                       
PEMBENTUKAN ANGIN TEMPATAN DAN KESAN-KESANNYA.

 Ø  Angin Bayu Laut
 o  Belaku pada waktu siang bila bumi lebih 
      cepat menyerap haba berbanding laut
 o  Bumi jadi lebih cepat panas menyebab-
      kan belakunya tekanan rendah di daratan. 
      Angin menjadi kering dan ringan lalu naik 
      ke atas meninggalkan permukaan bumi vaccum.
 o Keadaan vaccun ini akan diganti oleh angin 
      dari lautan yang mengalami tekanan tinggi 
      kerana ianya lebih sejuk.
 o  Pergerakan angin dari laut ke darat ini 
      dipanggil bayu laut.


Ø Angin Bayu Darat
o  Belaku pada waktu malam bila mana daratan 
    lebih cepat membebaskan haba berbanding 
    laut.
o    Permukaan air laut yang lebih 
     panas mewujudkan tekanan rendah.
Laut membebaskan wap air melalui 
    kenaikan keatas meninggalkan permukaan 
    laut yang vaccum lalu diganti oleh angin 
   dari daratan  yang bertekanan tinggi.
o  Pergerakan angin dari darat ke laut ini dipanggil bayu darat.

Ø Kesan Angin Bayu.
o  Kawasan pinggir laut suhunya lebih seragam di mana pada waktu siang suhunya direndahkan oleh bayu laut, manakala pada waktu malam suhunya lebih tinggi daripada sepatut kerana dipanaskan oleh kepanasan wap air laut.
o  Sesuai untuk tujuan pelancongan kerana suhunya lebih selesa dan nyaman.
o  Nelayan pinggir pantai yang masih mengguna perahu layar menggunakan pengaruh bayu darat untuk keluar ke laut di awal pagi dan balik dengan bayu laut.

Ø Angin Katabatik.
o  Pada waktu malam cerun gunung cepat menjadi sejuk menyebabkan udara di atas cerun menjadi lebih sejuk berbanding dilurah.
o  Keadaan ini menyebabkan udara dari atas cerun akan turun pelahan-lahan ke lurah dan menolah udara dilurah naik ke atas ( fenomena olak suhu tempatan )
o  Di sesetengah tempat, ketumpatan angin sejuk yang tinggi bergabung dengan pengaruh kuasa tarikan graviti menyebabkan angin katabatik bertiup meneruni cerun dengan halaju yang kencang
o  Di kawasan pergunungan Perancis angin ini dikenali sebagai Mistral, di Yugoslavia sebagai Boreal.
o  Kesan yang nyata kejadian fros di kawasan iklim sederhana dunia yang boleh merosakkan tanaman dan meragut nyawa manusia kerana kedinginan malam di lurah pergunungan. Bagi kawasan tropika boleh menyebabkan kejadian kabus tebal dan angin sejuk yang agak kencang pada waktu malam.



Ø Angin Anabatik / Angin Lembah.
o  Belaku pada siang hari semasa matahati terbit hingga waktu tengahari.
o  Kawasan atas cerun yang berdekatan dengan cerun pergunungan yang menghadap matahari ( di kawasan iklim sedarhana ) akan lebih cepat dipanas oleh pemindahan haba panas oleh cerun dan juga pemanasan matahari berbanding kawasan yang jauh dari cerun.
o  Kawasan di bawah cerun dan yang berjauhan daripada cerun yang lebih sejuk akan menolak udara panas di cerun naik ke atas.
o  Bila matahari telah naik seluruh cerun telah dipanaskan maka tiada lagi pergerakan angin sejuk untuk menolak angin panas naik.
o  Kesan angin ini akan menwujudkan awan komulus di kawasan pergunungan. Manakala kawasan pergunungan di pinggir pantai akan menggalakkan tiupan bayu laut dengan lebih kencang dan menyederhanakan suhu pinggir pantai.



Ø Angin Cinuk /Fohn
o  Berasal dari angin lazim laut yang lembap bergerak menuju ke daratan. Lalu terpaksa mendaki cerun kerana dihalang oleh gunung atau banjaran.
o  Proses pendakian ini mengakibatkan penurunan suhu yang lebih cepat daripada kadar adiabatik kering dan menghasilkan udara tidak stabil.
o  Penyejukan udara lembap menyebabkan kelembapan bandingannya bertambah sehingga mencapai takat tepu lalu menghasilkan awan komulusnimbus sehingga menurunkan hujan di kawasan cerun hadap angin.
o  Udara yang telah mengalami pemeluwapan membebaskan haba pendam dan bergerak terus menyeberangi tanah tinggi mengakibatkan menjadi kering dan bergerak ke kawasan lindungan hujan  menjadi angin cinuk / fohn.
o  Kesan utama angin ini akan memanaskan kawasan lindungan hujan yang dilaluinya dan boleh mencairkan fros serta meningkatkan suhu musim sejuk di kawasan sederhana dunia. Ini menyebabkan masa penananam akan lebih panjang.
o  Selain daripada itu angin tidak membawa hujan malah boleh mengeringkan lagi kawasan-kawasan yang dilaluinya seperti di Prairie. Pertanian yang sesuai adalah tanaman jenis kontang  atau dengan bantuan sistem pengairan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...