PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Saturday, November 10, 2012

SAMBUNGAN PECUTAN TERAKHIR GEOGRAFI ALAM SEKITAR FIZIKAL STPM [942/1]


A) KONSEP ATMOSFERA
KONSEP
HURAIAN
.Atmosfera
Atmosfera ialah satu lapisan nipis gas tanpa bau, warna dan rasa yang  berada di atas permukaan bumi disebabkan oleh tarikan daya graviti bumi.”

B) STRUKTUR ATMOSFERA  
Struktur
Ciri
Termosfera
 / ionosfera
Suhu meningkat mengikut ketinggian sehingga 1000˚C.Lapisan paling bawah dipenuhi dengan gas nitrogen dan molekul oksigen. Berlaku pemisahan electron bercas negative daripada atom oksigen dan molekul nitrogen. Penting untuk telekomunikasi.
Mesosfera
Ketinggian sehingga 80 km, suhu berkurangan mengikut ketinggian sehingga -90˚C. Di kawasan ini wujud awan noktilusen. Bahan meteor mula terbakar di sini
Stratosfera
Ketinggian sehingga 50 km, suhu bertambah secara perlahan-lahan mengikut ketinggian. Lapisan ini sangat kering, tidak mengandungi awan atau cuaca. Mengandungi gas ozon.Kebanyakkan bahan meteor memasuki lapisan ini.
Troposfera
Ketebalan kira-kira 8 km, meliputi 25 % daripada jisim bumi. Pengurangan suhu 6.5˚C bagi setiap 1000m.Kawasan terdapatnya perubahan iklim dan cuaca.
 

C) KANDUNGAN ATMOSFERA

KANDUNGAN
HURAIAN
KESAN
1. Gas
    kekal
Gas yang tetap di atmosfera seperti Nitrogen ( 78.09%), Oksigen (20.95%) dan Argon (0.93%).


2. Gas
     berubah
Gas yang kandungannya tidak tetap di atmosfera. Contohnya :
 a.Karbon dioksida :     sentiasa bertambah
i.  memasuki atmosfera melalui tindakan organisma hidupan  
    lautan dan  daratan.
ii. peningkatan penggunaan bahan api fosil oleh manusia
 b.Ozon :      sentiasa berkurangan
    - melalui kitar fotokimia iaitu melibatkan percantuman  
      semula  dengan atom oksigen menyebabkan  kehilangan  
      bersih oksigen ganjil.  O3 + O = 2O2
 c.Klorofluorokarbon (CFC) :     sentiasa bertambah
    i.  punca: bahan-bahan aerosol, bahan penyejuk (freom) ,  
        bahan pencuci dan penyaman udara  
    ii. terlerai dan membebaskan klorin  yang juga terlibat dalam
        pemusnahan lapisan ozon.
  d.Nitrogen Oksida (NOX) :     sentiasa bertambah
i.           mekanisme biologi di lautan dan juga dalam tanah.
ii.          pembakaran industri, kenderaan, biojisim, dan
         penggunaan baja   kimia.
  e.Sulfur dioksida (SO2) :      sentiasa bertambah
pembakaran arang batu dan minyak serta peleburan tembaga.

Penambahan dan pengurangan kumpulan gas ini akan mempengaruhi :

i. pencemaran 
    udara
ii.peningkatan gas
          rumah hijau
iii .hujan asid
iv. penipisan   
    lapisan ozon
v. pemanasan
    global
3. Juzuk bukan gas
Dikenali sebagai bahan aerosol termasuk habuk, asap, zarah garam, zarah tanah, dan habuk galian daripada pembakaran kering, karbon dan habuk gunung berapi.
Mengakibatkan fenomena jerebu

D) PERANAN ATMOSFERA
Isi
Huraian
Biologi
Oksigen - penyokong kepada semua kehidupan di permukaan bumi.
Mencorakkan kontur permukaan bumi
Kejadian cuaca seperti angin, hujan dan larian air. Tindakan unsur-unsur cuaca ini telah mewujudkan pelbagai bentuk permukaan bumi yang sentiasa berubah tanpa mengira masa dan tempat.
Kekayaan semula jadi
Perlombongan logam dan simpanan bijih dikaitkan dengan pengumpulan bahan logam melalui tindakan kimia air hujan ke dalam batuan.
Perdagangan / rekreasi
Pedagang pada zaman dahulu menggunakan kapal layar yang memerlukan tiupan angin. 
                                                          
Membentuk dan menpengaruhi cuaca
Atmosfera bumi sentiasa mengalami perubahan secara berterusan. Manusia perlu menyesuaikan diri dengan setiap perubahan yang ekstrem agar tidak mengalami kesan perubahan tersebut.


UNSUR-UNSUR CUACA DAN IKLIM
A) IMBANGAN BAHANGAN.

KONSEP
HURAIAN
Imbangan bahangan
Jumlah bahangan yang diterima oleh bumi daripada matahari melalui gelombang-gelombang pendek sama dengan jumlah bahangan yang dibebaskan oleh bumi melalui gelombang-gelombang panjang.

B)    FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TABURAN SUHU MENDATAR

FAKTOR
HURAIAN
1.Tumbuhan   semulajadi
Kawasan yang banyak tumbuhan - suhu lebih rendah. Mengurangkan bahangan matahari yang sampai ke permukaan bumi.

2. Awan
Kawasan yang banyak dilitupi awan – suhu lebih rendah. Awan akan membalikkan dan menyerap sebahagian bahangan matahari.

3. Arus lautan
Arus lautan mempunyai kebolehan memindahkan haba – jenis arus akan mempengaruhi suhu pinggir pantai. Contohnya Arus Telukan membawa haba daripada kawasan tropika ke kawasan sederhana.
4.Perbezaan permukaan bumi
Albedo permukaan bumi menentukan jumlan bahangan yang diserap oleh bumi. Albedo yang tinggi akan menyebabkan suhu di kawasan itu rendah.
5.Ketinggian
Kawasan yang tinggi akan mengalami suhu yang semakin rendah.


C) LEMBAPAN ATMOSFERA

KONSEP
HURAIAN
1.Lembapan     
  Atmosfera
Kandungan wap air yang terdapat di atmosfera.
2.Kelembapan mutlak
Jumlah wap air dalam sesuatu isipadu air. (g/m3)
3. Kelembapan
    Tentu
Jisim wap air bagi setiap kilogram udara.
4. Kelembapan
    Bandingan
Nisbah jumlah wap air yang sebenar terdapat di udara berbanding dengan jumlah wap air yang boleh ditampung oleh udara tersebut pada suhu yang tertentu.


 D) PROSES-PROSES LEMBAPAN ATMOSFERA

PROSES
HURAIAN
1.Sejatan
Proses cecair atau ais bertukar menjadi wap air. Ia adalah proses yang berlaku secara berterusan daripada permukaan air, tanah dan salji.
2. Pepeluhan/
   Transpirasi
Air yang hilang daripada permukaan tanaman dan tumbuhan. Ia berlaku apabila tekanan wap dalam sel daun adalah lebih besar daripada tekanan wap atmosfera.
3. Sejatpeluhan
   
Air yang hilang ke atmosfera melalui pepeluhan tumbuhan dan sejatan dari tumbuhan dan tanah.

        E) FAKTOR YANG MEMPENGARUHI SEJATAN

FAKTOR
HURAIAN
1. Tekanan wap
Tekanan wap yang tinggi di atmosfera akan menyebabkan kadar sejatan menjadi rendah.

2. Suhu permukaan
Suhu permukaan sejat yang tinggi akan meningkat kadar sejatan .

3. Angin
Angin yang kencang dapat membaurkan wap air dan meningkatkan sejatan.

4. Kandungan air
Kadar sejatan lebih tinggi bagi air bersih berbanding dengan air masin.

5. Luas permukaan
    Sejat
Sejatan lebih mudah berlaku di permukaan air yang terdedah berbanding permukaan air yang terlindung.


       F) FENOMENA PERUBAHAN CUACA DAN IKLIM

I. PEMANASAN GLOBAL
KONSEP/ISI
HURAIAN
Konsep
Pemanasan atmosfera bumi yang menyebabkan peningkatan suhu global kesan daripada aktiviti manusia.
II. MEKANISME KEJADIAN
1. Kesan rumah
    Hijau
Peningkatan gas-gas rumah hijau seperi CO2, Metana telah menyebabkan bahangan bumi terperangkap dan dibalikkan semula ke permukaan bumi. Gas rumah hijau ini membenarkan bahangan matahari masuk ke atmosfera bumi tetapi menghalang bahangan bumi keluar ke ruang angkasa.
2. Penipisan lapisan
    ozon
Penipisan dan kebocoran lapisan ozon telah menyebabkan lebih banyak bahangan (UV) matahari sampai ke permukaan bumi.
III. PUNCA/FAKTOR
1. Penyahutanan
Penyahutanan menyebabkan ketidakseimbangan antara gas CO2 dengan O2. Kehilangan tumbuhan menyebabkan proses fotosintesis yang menyerap CO2 terhenti.
2. Pembakaran
    Terbuka
Pembakaran terbuka membebaskan partikel dan gas rumah hijau ke atmosfera dan bertindak menghalang bahangan bumi.
3. Pembakaran
    Bahan api
Pembakaran bahan api fosil seperti arang batu dan minyak untuk penjanaan kuasa akan membebaskan gas rumah hijau seperti CO2, NO2,SO2.
4. Perindustrian
   
Pembebasan gas CFC dalam industri penyejukan (Freon), bahan pencuci, aerosol akan menghakis lapisan ozon.
Industri peleburan seperti tembaga akan membebaskan gas SO2.
5. Pereputan organik
Pereputan sisa tanaman dan najis haiwan membebaskan gas metana.
IV.KESAN PEMANASAN GLOBAL TERHADAP ALAM SEKITAR FIZIKAL
1. Suhu meningkat
   
Penerimaan gelombang suria dan gelombang bumi yang lebih banyak telah menyebabkan suhu dunia meningkat.
2. Pencairan ais

Suhu yang lebih tinggi telah menyebabkan pencairan ais dan meningkatkan aras laut.Banyak kawasan rendah tenggelam.
3.Proses hakisan
   meningkat
Pencairan ais gunung meningkatkan hakisan dalam alur . Kenaikan aras laut menyebabkan hakisan ombak juga meningkat.
4. Perubahan unsur
    iklim
Peningkatan  fenomena ribut, taufan, banjir dan kemarau.
5. Gangguan
    ekosistem
Peningkatan suhu menyebabkan kehidupan organisma terganggu maka menyebabkan kemusnahan sesuatu ekosistem. Contohnya plakton dan terumbu karang.

V.KESAN PEMANASAN GLOBAL TERHADAP ALAM SEKITAR MANUSIA
1. Penyakit/kematian
Suhu yang tinggi menyebabkan penyakit seperti strok haba, dehidrasi, kanser kulit dan penyakit pernafasan.
2. Ekonomi
Menjejaskan pengeluaran / produktiviti sektor ekonomi seperti pertanian , pelancongan, perikanan dll.

3. Kebuluran
Pengeluaran sumber makanan yang berkurangan menyebabkan malnutrisi dan kebuluran.

VI. LANGKAH MENGURANGKAN KESAN PEMANASAN GLOBAL
1. Sumber
    alternatif
Mengurangkan penggunaan bahan api fosil dan menggunakan sumber alternatif seperti tenaga suria, angin, ombak dan hidro.
2. Menggunakan  bahan
   yang mesra  alam
Mengurangkan penggunaan bahan yang berasaskan aerosol dan menggantikan dengan bahan yang berasaskan air dalam industri.
3. Perundangan
Menguatkuasakan undang-undang seperti akta kualiti alam sekeliling 1974 .

4. Kerjasama
    antarabangsa
Mewujudkan kerjasama antara negara-negara dalam menangani masalah pemanasan global seperti Protokol Montreal 1987 dan Deklarasi Langkawi.
5. Kempen/
    pendidikan
Mendidik rakyat melalui media massa seperti kempen kesedaran misalnya  “Kempen Kitar Semula”.


 SOALAN  ATMOSFERA.

1.     a)     Apakah yang dimaksudkan dengan atmosfera?                                                                                             [5]
                ______________________________________________________________
                ______________________________________________________________
                ______________________________________________________________


b)       Terangkan mekanisme yang menyebabkan berlakunya peningkatan suhu dunia.
                                                                                                                                                                                     [10]
 Kesan rumah
 Hijau






 Penipisan lapisan
 Ozon










        c)     Jelaskan kepentingan atmosfera terhadap alam sekitar.                                                                           [10]

Isi
Huraian
Biologi



Mencorakkan kontur permukaan bumi




Kekayaan semula jadi



Perdagangan / rekreasi



Membentuk dan menpengaruhi cuaca






2.     a)     Terangkan dengan ringkas kandungan atmosfera.                                                                                        [5]

ISI
HURAIAN
Gas tetap



Gas berubah 



Juzuk bukan gas




        b)    Mengapakah kerap berlaku hujan asid di bandar-bandar besar?                                                            [10]

ISI
HURAIAN
Penjana kuasa
Penggunaan arang batu sebagai bahan bakar untuk menjana kuasa elektrik membebaskan gas sulfur dioksida.
Perindustrian
Industri pemerosesan seperti baja kimia  dan racun serangga akan membebaskan gas nitrogen dan sulfur dioksida.
Asap kenderaan
Pembebasan asap kenderaan yang banyak membebaskan gas karbon monoksida.
Pembakaran terbuka
Aktiviti pelupusan sampah dan pembakaran sampah terbuka akan membebaskan gas pencemar ke atmosfera.
Struktur bandar
Bangunan yang tinggi dan padat menghalang pengaliran udara menyebabkan gas-gas pencemar terkumpul di atmosfera bandar.

        c)     Huraikan kesan hujan asid terhadap alam sekitar.                                                                                      [10]

ISI
HURAIAN
Pencemaran air
Hujan asid mencemarkan sumber air seperti air tasik dan air sungai.

Pencemaran tanah
Hujan asid menyebabkan tanah menjadi berasid menyebabkan kesuburan tanah menurun.
Kemusnahan hidupan
Akuatik
Hujan asid meneybabkan air berasid dan mengancam kehidupan akuatik seperti ikan, katak . Jika nilai pH kurang daripada 3 semua jenis organisma akuatik akan pupus.
Kemusnahan tumbuhan
Hujan asid akan memusnahkan tumbuhan dengan  melarutresap potasium, kalsium dan magnesium daripada daun-daun pokok

Kehidupan manusia
Hujan asid boleh menyebabkan penyakit kulit. Cat bangunan luntur.


3.     a)     Apakah yang dimaksudkan dengan Imbangan Bahangan?                                                                           [5]
                ________________________________________________________________
                ________________________________________________________________
                ________________________________________________________________


        Jadual : Taburan Bahangan di Pemukaan Bumi (Wm2)

Tarikh
Garis lintang
90oU
70oU
50oU
30oU
0o
30oS
50oS
70oS
90oS
21 Mac
0
153
287
387
447
387
287
153
0
22 Dis
0
0
88
233
421
520
528
540
40
       
bahangan mengikut kedudukan garis lintang.                                                                                               [10]

Contoh jawapan :


        c)     Jelaskan  mengapa taburan suhu berbeza-berbeza dari satu kawasan dengan kawasan               
      yang lain.                                                                                                                                                                  [10]  
                                                                                                                                                                                                       
Tumbuhan   semulajadi




 Awan




 Arus lautan




Perbezaan permukaan bumi




Ketinggian







SKIMA PEPERIKSAAN STPM.

1.  ( a )   Nyatakan lima unsur cuaca dan iklim.                                                            (  5  )
                a1 – suhu
                a2 -  hujan
                a3-   angin
                a4 -  bahang matahari
                a5-   awan
                a6 -  kelembapan                                                                                           5 unsur x 1 markah =  5 markah   

     ( b )   Jelaskan empat faktor fizikal yang boleh mempengaruhi cuaca dan iklim
              di sesuatu tempat.                  ( 8 )
   
1.       Latitud
-          Suhu semakin berkurangan bermula dari latitud Khatulistiwa ( 0 º  ) ke arah kedua-dua kutub.
-          Sebab-sebab perbezaan suhu antara latitud disebabkan oleh:-
i.                     Bahangan matahari lebih tertumpu ke kawasan khatulistiwa kerana kawasan khatulistiwa lebih dekat dengan matahari. Permukaan bumi kawasan khatulistiwa terdedah secara tegak ( 90 º ) kepada sinaran matahari. Oleh itu,  keamatan tenaga matahari yang diterima oleh kawasan latitud Khatulistiwa sentiasa tinggi. Kesannya suhu permukaan kawasan Khatulistiwa tinggi sepanjang tahun.
ii.                    Kawasan latitud  tinggi ( kedua-dua kutub ) , sudut pancaran matahari lebih jauh dan condong.  Kesannya keamatan tenaga matahari yang diterima rendah.Oleh itu, suhu permukaan di kedua-dua kutub sentiasa rendah. 

2.       Pengaruh kebenuan dan lautan
-          Daratan lebih cepat menjadi panas berbanding lautan pada waktu siang. Oleh itu, kawasan tengah benua ( daratan ) lebih panas berbanding dengan kawasan berhampiran dengan laut pada waktu siang.  
-          Pada waktu malam air masih lagi membebaskan habanya dan keadaan ini menyebabkan kawasan pinggir laut  menjadi lebih panas pada waktu malam berbanding dengan kawasan tengah benua yang lebih cepat menjadi sejuk.

3.       Pengaruh badan-badan air yang besar
-          Tasik-tasik yang besar dapat mempengaruhi bezantara suhu kawasan yang terletak lebih kurang satu kilometer darinya .
-          Badan-badan air seperti tasik dapat mengurangkan suhu sekitarnya pada musim panas dan menambahkan suhu  sekitarnya pada musim sejuk.
-          Contohnya kawasan Tasik-Tasik Besar St. Lawrence di Amerika Utara. 

4.       Pengaruh arus lautan
-          Arus lautan dunia dapat menyederhanakan suhu musim dingin dan musim panas kawasan-kawasan yang dilaluinya.
-          Arus lautan sama ada arus panas atau sejuk dapat memindahkan haba dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
-          Pengaliran arus lautan dari kawasan Khatulistiwa ke arah kutub dapat memanaskan udara di kawasan kutub dan sebaliknya. 
-          Contoh Hanyutan Atlantik Utara  ( arus panas ) yang bergerak dari kawasan latitud rendah mengalir kearah kutub utara telah meningkatkan suhu kawasan pinggir pantai Kepulauan British dan Eropah pada musim dingin. Arus Sejuk Labrador yang mngalir dari kutub utara ke Khatulistiwa telah mengurangkan suhu udara di kawasan Khatulistiwa.

5.    Pengaruh angin lazim

-          Angin yang bertiup seringkali dapat menyederhanakan suhu kawasan yang dilaluinya.    
-          Contoh Angin Baratan ( angin lazim ) yang panas bertiup kearah pantai barat Eropah telah
      meningkatkan suhu kawasan pinggir pantai barat Eropah tersebut. Manakala pantai   timurnya lebih
      sejuk kerana menerima   angin sejuk dari kawasan pedalaman  benua tersebut.
-          Angin Cinuk ( angin panas ) yang bertiup daripada lautan Pasifik telah meningkatkan suhu dan mencairkan salji dan mempercepatkan kedatangan musim bunga di Dataran tinggi Amerika Syarikat dan Prairie Kanada.

       6.     Pengaruh banjaran gunung
-          Banjaran  gunung  (aspek ) termasuk arah dan darjah kecerunan amat berkesan mempengaruhi suhu di kawasan-kawasan di laitud sederhana.
-          Di hemisfera utara, cerun yang mengadap ke selatan menerima lebih banyak bahang matahari berbanding cerun yang mengadap utara. Oleh itu, di hemisfera utara cerun yang mengadap selatan suhu lebih tinggi berbanding cerun yang mengadap utara ( kutub utara ).
-          Di hemisfera selatan, cerun yang mengadap ke utara menerima lebih banyak bahang matahari berbanding cerun yang mengadap Selatan. Oleh itu, di hemisfera selatan cerun yang mengadap utara suhu lebih tinggi berbanding cerun yang mengadap selatan ( Antartika ).

       7.    Pengaruh tumbuhan
-          Tumbuh-tumbuhan semulajadi berperanan penting dalam mengurangkan suhu sesuatu kawasan.
-          Kawasan yang mempunyai tumbuhan semulajadi yang banyak suhu persekitarannya lebih rendah berbanding kawasan lapang.
-          Tumbuhan dapat mengurangkan kepekatan gas karbon dioksida diudara sesuatu kawasan melalui proses fotosentesis- dapat mengatasi masalah kesan rumah hijau.
-          Melalui proses perpeluhan, tumbuhan mengeluarkan manik-manik air yang dapat menyederhanakan suhu persekitaran.  
-          Tumbuhan juga mempunyai nilai albedo yang tersendiri, contohnya rumput mempunyai nilai albedo antara 10 -15 %. Kesannya sebahagian bahang matahari dapat dipulangkan ke ruang angkasa dan sekaligus mengurangkan suhu kawasan tersebut.

8.    Faktor albedo
-          Atmosfera dan permukaan bumi mempunyai nilai albedo yang berbeza-beza.
-          Salji membalikkan lebih kurang 80% - 90% bahangan matahari yang diterimanya,
Awan pula dapat membalikkan dan menyerap sebahagian bahangan matahari yang diterima pada waktu siang.
-         Perlindungan awan dan pembalikan bahang matahari oleh permukaan bersalji akan mengurangkan suhu pada waktu siang.
-       Kawasan gurun panas yang tidak berawan menerima banyak  sinaran  matahari secara terus menerus pada waktu siang menyebabkan suhu di kawasan tersebut tinggi pada waktu siang.
Mana-mana 4 faktor x 2 markah = 8 markah


     ( c )   Huraikan pengaruh cuaca dan iklim terhadap aktiviti manusia di kawasan  tropika lembap.  [ 12 ]
               i- Pengaruh Musim tengkujuh di pantai barat Malaysia - terhadap aktiviti perikanan, 
                   pertanian, industri IKS.
             ii-  Musim panas dan kering  terhadap kegiatan pertanian - padi, getah,  
                   kegiatan rekreasi dan pelancongan, sukan. 

3.  ( a )(i).   Apakah yang dimaksudkan dengan taburan suhu secara mendatar ?       ( 5 )

-  garis sesuhu / isotherm yang menyambung secara mendatar dan memanjang dari barat ke timur yang mempunyai purata suhu bulanan atau tahunan yang sama. Garisan ini diandaikan berdasarkan kawasan daratan yang tidak mengambil kira kawasan tanah tinggi atau lurah.


    ( a )(ii)   Apakah yang dimaksudkan dengan taburan suhu secara menegak ?         ( 5 )

- Suhu berkadar songsang mengikut ketinggian, di mana suhu akan menurun apabila kenaikan latitut bertambah. Purata suhu berkurangan sebanyak 0.65oC bagi kenaikan 100 meter. Perbezaan taburan ini sering di dapati di kawasan pergunungan dunia seperti pergunungan Himalaya, Alps, Andes dan Rocky

     ( b )   Jelaskan faktor yang mempengaruhi  taburan suhu secara mendatar yang tidak   seragam di permukaan bumi.                                                                                                                                                                                                                                                                          ( 10 )
                                Bi   - Latitud
Bii   -Pengaruh kebenuan dan lautan
                                Biii  - Pengaruh badan-badan air yang besar
Biv  - Pengaruh arus lautan
                                Bv   - Pengaruh angin lazim
Bvi  - Pengaruh banjaran gunung
                                Bvii -  Pengaruh tumbuhan
Bviii- Faktor albedo                                              Mana-mana 5 faktor x 2 markah = 10 markah


4.( a ). Nyatakan jenis-jenis kerpasan.                                                                                                                              ( 5 )

          Di antara jens-jenis kerpasan ialah Hujan, Salji ,Gerimis, Hujan batu  ( hail ), Hujan beku  
          ( sleet ) dan Embun                                                                                                                                


     ( b ). Jelaskan Jenis-jenis kerpasan.            ( 10 )

i.                     Hujan
-          Merujuk kepada kerpasan dalam bentuk cecair.
-          Diakibatkan oleh proses pemeluwapan dan pembentukan titik-titik air dalam awan yang diikuti dengan pertumbuhan titik-titik air ini ke satu saiz yang tertentu dan dapat mengatasi pengaruh daya pengapungan udara di dasar awan.
-          Secara umumnya hujan yang lebat mengambil tempoh yang singkat manakala hujan gerimis memakan masa yang lama.
    
ii.                    Salji
                -    Salji merujuk kepada hablur-hablur ais yang pelbagai bentuk yang terjadi
                      apabila paras beku terlalu hampir dengan permukaan bum menyebabkan
                      hablur-hablur ais tidak sempat mencair sebelum sampai ke permukaan bumi.

iii.                  Gerimis
-          Merujuk kepada titik-titik air yang kecil iaitu kurang daripada 20 mikron yang tidak tidak akan bercantum malah ditolak ke tepi oleh titik-titik air yang besar.
-          Apabila  diameter titik-titik air mencapai 7 mm, ia akan berpecah kepada titik-titik yang lebih kecil.
-          Proses perlanggaran dan pemecahan akan berlaku secara berulang kali.
-          Titik-titik air yang kurang daripada 0.5 mm akan turun ke permukaan bumi sebagai gerimis.

iv.                  Hujan batu  ( hail )
-          Hujan batu merupakan sejenis kerpasan berbentuk pepejal yang besar dan berat.
-          Hujan batu terhasil apabila terjadinya ribut yang mengakibatkan berlakunya pergerakan udara menegak yang kuat di dalam awan.
-          Pergerakan udara menegak yang kuat ini akan menolak titik-titik hujan ke atas sehingga ke satu paras di bawah paras beku.
-          Titik-titik hujan ini akan membeku dan menjadi bertambah besar apabila berlakunya penimbunan salji dan air pada paras-paras yang berbeza.
-          Apabila arus perolakan ( pergerakan udara menegak ) menjadi perlahan maka titik-titik air beku ini akan jatuh ke permukaan bumi dalam bentuk hujan batu.

v.         Hujan beku ( sleet )
                  -    Merupakan hujan yang bercampur dengan salji.
                  -    terbentuk apabila suhu di dalam awan hampir beku manakala suhu
                       di bawah awan suhu beku.
                  -     titik-titik air yang jatuh dari awan akan merentasi lapisan suhu beku di bawah awan maka 
                       titik air ini akan membeku menjadi bintik-bintik ais yang kecildan jernih.

vi.         Embun
             -  Embun biasanya terbentuk apabila berlakunya pemeluwapan di permukaan
                objek-objek yang bersuhu di atas takat beku ( 0 º ).
             - Udara yang lembap apabila tersentuh dengan objek-objek yang sejuk ( suhu pada takat  
               embun ), wap-wap air yang melekat pada objek tersebut akan dukarkan kepada cecair  
               ( embun ).
Mana-mana 5 faktor x 2 markah = 10 markah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...