PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Monday, November 12, 2012

KEKERINGAN LAPISAN AIR BAWAH TANAH ANTARA PUNCA GEMPA BUMI BESAR

Kawasan gempa bumi

Antara kemusnahan teruk apabila gempa bumi adalah disebabkan oleh ruang kosong yang wujud akibat air bawah tanah telah diterokai. 

Para saintis yang mengkaji jatuhan kulit bumi di bawah bandar Lorca, Sepanyol, mengatakan habisnya air bawah tanah kemungkinan menyebabkan gempa fatal tahun 2011. Peta permukaan yang diambil dari satelit dipelajari oleh para saintis untuk mengetahui bahagian mana dari perut bumi yang bergerak.   Laporan yang diambil dari jurnal Nature Geoscience menyebutkan pergerakan itu berkaitan dengan lokasi air bawah tanah yang telah lama  kering.

Runtuhan bangunan di Lorca, Sepanyol
Kajian itu mendedahkan bahawa aktiviti-aktiviti manusia seperti penggerudian air bawah tanah boleh mempunyai kesan seismik yang cukup besar. Begitu juga dengan penggerudian telaga minyak dan gas di perut bumi juga berkemungkinan boleh meningkatkan kesan buruh apabila belakunya gempa bumi.

Pablo Gonzales dari Universiti Western Ontario dan ilmuwan lain menggunakan data radar satelit untuk mengesan gerakan bawah tanah di Lorca.  Mereka mencari gempa terjadi akibat pergeseran kecil jatuhan dan kenaikan bumi yang terletak di dekat tasik besar di selatan bandar itu.


" Namun bukti yang kami kumpulkan kemungkinan penting untuk memperluaskan kajian di kemudian hari atas bencana di  kawasan berdekatan empangan, gunung ais yang mencair, di mana ada lipatan tektonik. " Pablo Gonzales.  Pergerakan plat itu berlaku pada kedalaman kira-kira tiga kilometer di bawah tanah dan menyebabkan gempa berkekuatan 5,1 pada skala Richter.  Gempa Lorca yang terjadi bulan Mei 2011 menyebabkan sembilan orang meninggal dan menimbulkan kerosakan besar di kawasan tersebut.


Pasukan saintis itu mengkaji punca pergerakan patahan itu dan mereka mendapati bahawa paras air di dekat tasik Alto Guadalentin turun sekitar 250 meter dalam jangka masa 50 tahun kerana digunakan untuk pengairan.  Hal ini menyebabkan tekanan pada patahan bumi yang menyebabkan gempa pada skala sebesar itu.  Kawasan Lorca terletak di kawasan yang disebutkan sebagai kawasan  seismik aktif.  Data yang dikumpulkan para saintis menunjukkan kekeringan air bawah tanah itu mempercepat proses gempa.  

Namun Gonzales menekankan kajian itu hanya khusus untuk gempa Lorca. 

"Kami tidak dapat menetapkan satu kesimpulan hanya berdasarkan satu kes. Namun bukti yang kami kumpulkan kemungkinan penting untuk memperluaskan kajian di kemudian hari atas bencana di dekat empangan, gunung es yang mencair, di mana ada patahan tektonik," kata Gonzales.
sumber BBC news.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...