TEMA 5 - EKOLOGI
KONSEP
EKOLOGI
Hubungan
antara organisma hidup dengan alam persekitarannya.
KONSEP
EKOSISTEM
1. Hubungan
antara saling berinteraksi antara komponen biotik dan komponen abiotik.
2. Komponen
biotik / hidupan - pengeluar, pengguna dan pengurai.
3. Komponen
abiotik / bukan hidup - udara, air mineral, tanah, oksigen dan lain-lain.
KOMPONEN ASAS EKOSISTEM
Struktur
biotik
Benda
hidup terdiri drp 3 kompenan utama:-
1. Pengeluar - tumbuhan
hijau.
2. Pengguna - Herbivor
(haiwan yang memakan tumbuhan).
- Karnivor (haiwan yang memakan
daging).
- Omnivor
(haiwan yang memakan tumbuhan dan haiwan).
3. Pengurai - Organisma
yang menguraikan bahan organik yang mati.
- Terdiri
daripada bakteria, saprofit dan kulat.
Struktur
abiotik
Benda
bukan hidup yang boleh dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu:-
1. Sumber nutrien –
Cth: karbon dioksida, nitrogen, fosfat dan lain-lain.
2. Sumber tenaga –
Cth: matahari
EKOSISTEM
DARATAN
Komponen
biotik dan abiotik.
Komponen
biotik terdiri daripada:-
1. Komuniti tumbuhan
2. Komuniti haiwan
3. Komuniti mikroorganisma
Komponen
abiotik seperti kuantiti air, suhu, tanih, dan bentuk muka bumi kawasan
persekitarannya.
- Tumbuhan
adalah pengeluar utama dan membekalkan tenaga kepada haiwan dan tumbuhan
parasit.
- Hidupan sebagai pengguna
memperolehi makanan dan tenaga dari
tumbuhan.
- Tumbuhan
dan haiwan apabila mati akan menjadi punca bekalan tenaga utama kepada pengurai.
- Pengurai
menukar bahan mati menjadi humus yang kaya dengan mineral yang akan menjadi
unsur untuk tumbuhan membesar.
EKOSISTEM
AKUATIK
Komponen
abiotik (tenaga suria, air, tanih, lautan mineral, suhu)
Komponen
biotik (tumbuhan hijau, fitoplankton, zooplankton, ikan, udang, bakteria,
kulat)
Pengeluar - tumbuhan hijau
- fitoplankton
Pengguna
primer - zooplankton
Pengguna sekunder - ikan
Pengguna
tertier - kura-kura
Pengurai - bakteria dan kulat
RANTAIAN
MAKANAN DALAM EKOSISTEM
- Saluran / aliran tenaga dalam
ekosistem.
- Mempunyai peringkat-peringkat
pengguna.
- Makanan
digunakan oleh kompenan dalam ekosistem untuk meneruskan kehidupannya.
- Terdapat 5 peringkat iaitu :- i. Pengeluar
ii. Pengguna primer
iii. Pengguna sekunder
iv. Pengguna tertier
v. Peringkat puncak
SIRATAN
MAKANAN
- Gabungan beberapa rantaian
makanan.
- Pertalian makanan di antara
beberapa habitat.
ALIRAN
TENAGA SIRATAN MAKANAN
RANTAIAN
MAKANAN DALAM EKOSISTEM
- Saluran / aliran tenaga dalam
ekosistem.
- Mempunyai peringkat-peringkat
pengguna.
- Makanan
digunakan oleh kompenan dalam ekosistem untuk meneruskan kehidupannya.
- Terdapat 5 peringkat iaitu :- i. Pengeluar
ii. Pengguna primer
iii. Pengguna sekunder
iv. Pengguna tertier
v. Peringkat puncak
SIRATAN
MAKANAN
- Gabungan beberapa rantaian
makanan.
- Pertalian makanan di antara
beberapa habitat.
ALIRAN TENAGA YANG BERLAKU DALAM RANTAIAN
MAKANAN
1. Tenaga haba terus dari matahari kepada pengeluar /
tumbuhan hijau untuk proses fotosintesis.
Tenaga di simpan oleh tumbuhan dalam bentuk karbohidrat, protein, lemak, dan
asid tumbuhan
dalam daun, bunga, buah dan sebagainya.
2. Tenaga kimia dan haba dipindahkan
dari pengeluar / tumbuhan ke pengguna primer.
Contoh: beluncas.
3. Tenaga kimia (beluncas) dipindahkan
ke pengguna sekunder (burung pipit) ke pengguna tertier
(burung helang). Pada masa yang sama tenaga haba
akan dibebaskan.
4. Pengeluar dan pengguna mati dan
mereput - organisma pengurai (bakteria dan kulat) memperolehi
tenaga kimia dan disimpan
dalam nutrien tanah yang kelak akan digunakan kembali oleh pengeluar.
ALIRAN
TENAGA SIRATAN MAKANAN
KITAR
NITROGEN
1. Kitar nitrogen penting dalam
pertanian.
2. Bekalan
nitrogen dalam atmosfera yang diperlukan oleh organisma hidup dalam sesebuah
ekosistem datangnya dari 2 sumber penting iaitu bakteria dan alga pengikat
nitrogen.
3. Nitrogen
diperolehi daripada najis dan buangan organisma hidup (perkumuhan) dan
daripada
pereputan bangkai haiwan.
4. Gas
nitrogen memasuki rantaian makanan melalui akar-akar tumbuhan dalam bentuk ammonia
atau nitrat.
5. Nitrogen dikumuhkan keluar melalui air kencing haiwan
dan apabila hutan-hutan / tumbuhan
dibakar, di mana nitrogen akan dibebaskan ke
udara dalam bentuk gas nitrogen.
6. Hasil
perkumuhan haiwan mengandungi nitrogen boleh ditukarkan oleh organisma seni
menjadi
bentuk amino dan boleh diuraikan dari molekul-molekul organik lalu menghasilkan ammonia.
7. Bakteria
nitrosomonas boleh mengoksidakan ammonia menjadi nitrit. Tindak balas ini berlaku
di dalam tanah/di dalam air asalkan
terdapat ammonia dan oksigen.
8. Bakteria nitrobacter mencantumkan
nitrit dengan air dan menghasilkan nitrat.
9. Gas
nitrogen dalam udara ditukarkan kepada bentuk oksida melalui kilat. Apabila gas
nitrogen
terkena kilat ia menjadi nitrogen oksida dan bercantum dengan air
menghasilkan nitrat.
10. Bakteria,
kulat dan alga biru hijau berperanan penting untuk kitaran nitrogen. Mikoorganisma
ini berkeupayaan untuk
mendapatkan gas nitrogen dalam udara dan
mencantumkannya dengan
gas hidrogen menghasilkan ammonia.
11.Gas
amonia akan dikumuh keluar oleh mikroorganisma dan tertinggal di dalam tanah.
Ammonia
dan nitrat di dalam tanah mudah di larutkan di dalam air tanah dan
mengalir bersama-sama
aliran air bawah
tanah menuju ke sungai, tasik, kolam dan sebagainya..
KITAR OKSIGEN
DAN KITAR KARBON DIOKSIDA
1. Kitar
oksigen berlaku menerusi proses pernafasan / respirasi haiwan dan manusia
dengan
proses fotosintesis oleh
tumbuhan.
2. Oksigen
dibekalkan terus dari atmosfera untuk pernafasan haiwan dan manusia. Proses
pernafasan / respirasi haiwan dan manusia akan membebaskan karbon dioksida
ke atmosfera.
3. Karbon dioksida
dibebaskan oleh haiwan digunakan
tumbuhan hijau (fotosintesis) -
tumbuhan membebaskan kembali oksigen ke
atmosfera - digunakan oleh haiwan dan
manusia.
Proses ini berterusan /
berkitaran dan berlaku seimbang.
4. Okigen
terikat dalam karbon dioksida semasa pernafasan haiwan dan manusia. Dalam
fotosintesis
karbon dioksida diikat dan digunakan oleh tumbuhan untuk
membebaskan oksigen. Oksigen
digunakan dalam pembakaran bahan api fosil seperti
penggunaan petroleum dalam kenderaan
lalu membebaskan karbon dioksida.
PERANAN
DAN KEPENTINGAN EKOSISTEM HUTAN HUJAN TROPIKA
Kepentingan
kepada manusia
1. Ekonomi tradisional seperti
masyarakat orang asli.
2. Sektor pembalakan.
3. Sektor
pelancongan spt hutan lipur, air terjun dan kepelbagaian spesis flora dan
fauna.
4. Memajukan industri yg berkaitan
dengan sumber hutan.
5. Kawasan tadahan air.
Kepentingan
kepada alam sekitar
1. Habitat pelbagai spesis biologi.
2. Haiwan membentuk lingkungan
populasi dan meneruskan generasinya.
3. Mengawal rantaian makanan.
4. Perlindungan daripada hakisan
tanah.
5. Menyekat dan memperlahankan halaju
larian air permukaan.
6. Keseimbangan kitar hidrologi.
7. Storan air / kawasan tadahan air
yang paling berkesan.
8. Berlakunya
proses transpirasi yang berkesan untuk membebaskan wap-wap air ke udara.
9. Mengurangkan
kelajuan angin, mengekalkan kelembapan udara dan menyederhanakan suhu sekitar.
KEPENTINGAN
EKOSISTEM HUTAN PAYA BAKAU
1. Menstabilkan muara sungai dan
pesisir pantai.
2. Mengurangkan hakisan pantai iaitu
berfungsi sbg zon penampan semulajadi.
3. Menapis bahan pencemar.
4. Menjadi habitat pelbagai jenis
hidupan air dan daratan.
5. Mengekal keseimbangan oksigen dan
karbon dioksida.
6. Sumber ekonomi penduduk.
7. Ekopelancongan.
KAITAN
SISTEM EKOLOGI DENGAN MANUSIA
Bagaimana
ekosistem hutan hujan tropika terganggu :-
Penyahutanan
secara semulajadi
1. Kebakaran hutan.
2. Bencana alam seperti gempa bumi,
letusan gunung berapi.
Penyahutanan
oleh aktiviti manusia
1. Menerusi pembinaan empangan
hidroelekrik.
- Penebangan dan pembersihan hutan.
- Projek janakuasa
hidroelektrik.
2. Pembalakan tanpa kawalan.
3. Pertanian.
- Pembukaan tanah baru.
- Aktiviti pertanian pindah.
4. Pembinaan infrastruktur seperti
lebuh raya, kabel elektrik.
KESAN
KEMUSNAHAN EKOSISTEM HUTAN HUJAN TROPIKA
Kesan
terhadap alam sekitar fizikal
1. Kemusnahan habitat flora dan fauna.
- Penghijrahan spesis.
- Kerosakan ekosistem.
- Spesis flora dan fauna kepupusan
/ kemusnahan.
2. Peningkatan suhu mikro.
- Peningkatan suhu setempat.
- Pengurangan kelembapan udara.
- Tiupan angin yang lebih kencang.
3. Hakisan dan tanah runtuh.
- Percepatkan
proses luluhawa dalaman, hakisan percikan dan larian air permukaan.
4. Pencemaran air.
5. Banjir.
Kesan
terhadap manusia
1. Kekurangan sumber makanan.
- Masyarakat orang asli menghadapi
krisis bekalan makanan.
2. Mengurangkan sumber kayu balak.
3. Kemerosotan kesuburan tanih.
4. Mengurangkan bekalan oksigen.
5. Menjejaskan bekalan air.
LANGKAH-LANGKAH
PENGURUSAN HUTAN YANG BERKEKALAN
1. Pengurusan
hutan melalui konsep pembangunan lestari (kekal dalam keadaan asal).
- Adunan
pembangunan/kemajuan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
daripada musnah.
2. Langkah perundangan.
- Dasar Perhutanan Negara 1978.
- Mengisytiharkan hutan simpan kekal.
- Usaha-usaha penyelidikan dan
pembangunan (R&D).
- Melaksanakan program latihan
perhutanan.
KESAN
AKTIVITI MANUSIA TERHADAP EKOSISTEM TASIK
Bagaimana
ekosistem tasik terjejas
1. Penebusgunaan tasik- taman rekreasi
2. Pertanian dan penternakan iaitu
penggunaan racun kimia sektor pertanian.
3. Industri- pembuangan sisa toksid
4. Pelancongan- pembinaan chalet,
resort, hotel
5. Pembangunan pesat pembandaran- sisa
domestik
6. Pembangunan sektor perlombongan dan
tenaga- sisa perlombongan.
Langkah-langkah
bagaimana bagi mengatasi masalah kemerosotan ekosistem tasik
1. Perundangan – Akta Kualiti Alam
Sekitar 1974
2. Pengurusan – rawatan air dan sisa
kumbahan
3. Melaksanakan kempen dan pendidikan
alam sekitar
- Jabatan kerajaan, NGO, PBT,
Pihak swasta.
SOALAN
LATIHAN UNTUK PERBINCANGAN
1. (a). Nyatakan unsur biotik dan abiotik dalam ekosistem hutan hujan
tropika. [5]
(b). Dengan bantuan gambar rajah, huraikan
rantaian makanan bagi ekosistem hutan hujan tropika.[10]
(c ). Huraikan bagaimana aktiviti manusia
menjejaskan ekosistem hutan hujan tropika. [10]
2. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan autotrof? [5]
(b) Huraikan proses aliran tenaga dalam
siratan makanan bagi ekosistem tasik. [10]
(c) Jelaskan lima aktiviti manusia yang boleh mengganggu ekosistem tasik. [10]
TEMA 6
SALING BERGANTUNGAN ANTARA SISTEM
CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN.
1 a) Beri maksud konsep pemeliharaan alam sekitar. [5]
Pemeliharaan – usaha yang
dilakukan oleh kerajaan dan pertubuhan tertentu
bagi melindungi
alam sekitar yang sedia ada dari musnah demi
kepentingan generasi akan datang.
b)
Huraikan dua contoh kaedah pemeliharaan alam sekitar. [4]
i. Taman Negara
Taman Negara
telah diwartakan oleh kerajaan sebagai
rizab di mana aktiviti penebangan
pokok dan perburuan diharamkan sama
sekali di kawasan tersebut. Langkah ini diambil
bertujuan melindungi flora dan
fauna di kawasan tersebut. Contoh taman negara
yang terdapat
di Malaysia ialah Taman Negara Kinabalu.
ii. Hutan Simpan
Selain taman
negara kerajaan juga mewujudkan hutan simpan yang berfungsi mengekalkan
flora
dan fauna di kawasan tersebut Contoh hutan simpan ialah Hutan Simpan
Endau-Rompin
di Sempadan Pahang-Johor.
iii. Penebangan hutan secara
terpilih
Untuk
memastikan khazanah hutan kekal terpelihara proses penebangan secara terpilih
hendaklah dilaksanakan. Melalui kaedah ini hanya pokok yang matang sahaja
ditebang. Dengan
cara ini pokok yang belum matang berpeluang membesar menggantikan pokok yang telah ditebang.
c)
Hujan asid adalah salah satu fenomena yang wujud
akibat kegagalan manusia memelihara
sistem atmosfera. Jelaskan tiga kesan fenomena hujan asid terhadap alam
sekitar. [6]
Tiga kesan hujan asid
i. Kemusnahan ekosistem hutan
Kandungan hujan asid dengan
pH kurang dari 5 menyebabkan kemusnahan hutan. Hujan asid
menyebabkan pokok menjadi lemah kerana
akar pokok menjadi lemah dan tidak dapat meresap
nutrien.
ii.
Kemusnahan hidupan akuatik
Hujan asid yang masuk ke dalam sungai akan membunuh hidupan akuatik seperti udang dan ikan.
Ia pernah terjadi
di Sweden dan Finland.
iii. Aktiviti pertanian terganggu
Hujan asid menyebabkan tanih
berasid dan menjejaskan kesuburan tanih. Di India ladang gandum
yang berhampiran kawasan industri
mengalami penurunan pengeluaran.
d) Jelaskan langkah kaedah bukan
perundangan mendapat membendung masalah
hujan asid? [8]
Kaedah Bukan Perundangan
|
i. Penapis asap di cerobong asap kilang
-mengurangkan masalah
pencemaran.
-asap yang terbebas tidak mengandungi bahan pencemar
|
ii. Kempen Kongsi Kereta
-mengurangkan kenderaan di jalanraya.
- merendahkan kepekatan
bahan pencemar diruang atmosfera
|
iii. Penggunaan kenderaan awam
-LRT,
monorail, bas.
-megurangkan bahan pencemar
|
iv. Bina kawasan industri di kawasan luar bandar.
- kilang
Proton dipindahkan dari Shah Alam ke
Tanjung Malim
|
2 a) Beri maksud ‘saling
kebergantungan antara sistem.[5]
Definisi ‘saling kebergantungan antara
sistem’ ialah interaksi antara satu
sistem dengan sistem
yang lain. Ia
boleh mengubah dan mengganggu alam
sekitar fizikal dan alam sekitar manusia .
b) Jelaskan faktor yang memnyebabkan
kebakaran hutan. [6]
Faktor menyebabkan kebakaran hutan.
i- Faktor semulajadi
a. Fenomena El-Nino menyebabkan
cuaca panas berpanjangan lantas mewujudkan
masalah kemarau. Cuaca yang panas ini menyebabkan
daun kering di kawasan hutan
mudah terbakar. Kebakaran hutan secara meluas pernah terjadi
Kalimantan,Indonesia.
b. Letusan gunung berapi mengeluarkan
lava panas yang menyebabkan hutan mudah terbakar.
ii- faktor manusia
a. pertanian pindah - proses tebang
bakar oleh kaum asli.
-
dijalankan di kawasan pendalaman.
b. sektor perladangan - tanaman
berskala besar.
-
untuk tanaman getah, kelapa sawit.
- contoh di Indonesia.
c. kecuaian manusia - pembuangan
puntung rokok atau bahan mudah terbakar semasa musim kering.
-
api mudah merebak
c) Bagaimanakah kebakaran hutan mempengaruhi sistem atmosfera
dan sistem hidrologi? [8]
Kebakaran hutan mempengaruhi sistem:
i-
Atmosfera
a) jerebu - hutan terbakar
mengeluarkan asap dan partikulat terampai di atmosfera.
-
udara kering dan angin tenang membantu mengapungkan partikulat di ruang atmosfera.
b) hujan asid - komponen hasil
pembakaran hutan seperti karbon dioksida dan karbon monoksida
menyerap dalam wap
air.
- wap air mengalami
pengeluwapan dan membentuk hujan asid.
c) peningkatan suhu global -
pembebasan karbon dioksida meningkatkan kepekatan gas rumah hijau.
- gas rumah hijau penyumbang kepada pemanasan global.
ii- Sistem hidrologi
a) mengurangkan sumber air bawah tanah
- mengurangkan proses
susupan air bawah tanah.
- tiada akar pokok untuk meresap air ke bawah
tanah.
- air bawah tanah
berkurangan.
b) mengurangkan kerpasan
- tiada daun untuk proses sejatpeluhan.
- jumlah wap air di
atmosfera berkurangan.
- awan tidak
terbentuk dan sekaligus mengurangkan hujan.
d) Huraikan langkah mengurangkan masalah
kebakaran hutan? [6]
Langkah mengurangkan masalah kebakaran
hutan.
i- kerjasama antara negara
- kerjasama teknikal antara Malaysia,
Singapura dan Indonesia.
- Malaysia dan Singapura memberi
bantuan teknikal masa memadamka kebakaran di Indonesia.
- memadamkan api dari udara menggunakan
helikopter.
ii- hujan tiruan
- membuat hujan tiruan dengan
menyemburkan garam kepada awan komulonimbus.
- garam akan menarik wap air
membentuk awan dan bila awan berat, terjadilah hujan.
iii- perundangan
- tindakan perundangan kepada
pertani yang menjalankan pembakaran hutan secara terbuka.
- tujuan supaya tidak mengulangi
kesalahan tersebut.
- contoh : Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974
iv- kempen
- kempen untuk menyedarkan
masyarakat pentingnya hutan kepada manusia.
- antara kempen adalah ‘Hijaukan
Bumi’.
- media: tv, akhbar, majalah, NGO. anjuran: JAS, NGO.
v- pendidikan
- pendidikan formal dan tidak
formal.
- tujuan: mendidik pelajar tentang
pentingnya hutan dalam kehidupan manusia.
- pendidikan formal: Geografi,
Sains.
- pendidikan tidak formal: ceramah
Alam Sekitar.
3. a) Beri maksud gempa bumi. [4]
Gempa
bumi didefinisikan sebagai satu gegaran kerak bumi akibat pelepasan tenaga dari
dalam
bumi secara tiba-tiba
.
b) Nyatakan sistem yang berubah akibat gempa bumi. [5]
i) sistem-sistem yang berubah akibat gempa bumi. [2]
sistem yang berubah akibat gempa
bumi
- sistem geomorfologi
- sistem ekologi
ii) perubahan yang berlaku terhadap
sistem-sistem tersebut. [3]
Perubahan yang berlaku terhadap sistem
tersebut
a. sistem geomorfologi –
gelinciran/sesar
- tanah runtuh.
b. sistem ekologi – habitat
tumbuhan musnah
c) Huraikan kesan gempa bumi terhadap alam
sekitar manusia. [8]
kesan-kesan gempa bumi terhadap alam
sekitar manusia.
i- kehilangan nyawa
- bangunan runtuh menyebabkan
banyak kematian.
- contoh: di China.
ii- Kemusnahan harta benda
- rumah, bangunan perniagaan, pejabat runtuh.
iii- Kemusnahan infrastruktur
- tiang elektrik dan telefon
tumbang.
- jalanraya retak, terputus.
- jambatan runtuh.
iv- Kehilangan sumber rezeki
- premis perniagaan, industri dan kawasan
perlancongan musnah.
v- Trauma
- gangguan emosi akibat kehilangan
orang tersayang seperti ibu, bapa,
pasangan dan anak.
vi- Wabak penyakit
- taun kerana kurang bekalan air
bersih.
- bakteria dan virus dari bangkai
haiwan dan mayat manusia.
d) Jelaskan langkah-langkah yang perlu diambil untuk
mengatasi
kesan gempa bumi. (6m)
i- alat pengesan gempa bumi
(siesmograf)
- kemajuan teknologi dapat mengesan
kejadian gempa yang akan berlaku.
- diterokai oleh pengkaji dari
Amerika Syarikat dan Rusia.
ii- kejuruteraan bangunan yang tinggi
- membina bangunan yang kukuh dan
tahan gempa iaitu mempunyai ciri-ciri keselamatan
- sistem cerucuk yang kuat dan tahan
gegaran.
- contoh di Jepun dan Taiwan.
iii- kurangkan pembinaan di kawasan
lereng bukit
- petempatan dibina di kawasan
rata.
- mengurangkan risiko runtuhan bangunan.
iv- kerjasama antarabangsa
- bantuan dari PBB.
- sumbangan dari negara-negara
lain.
KAJIAN LUAR GEOGRAFI ALAM
SEKITAR FIZIKAL
Soalan 1.
Berdasarkan kajian
luar yang telah anda jalankan di lembangan saliran,
a)
Senaraikan jenis dan cara hakisan sungai di kawasan tersebut. [7]
Cadangan Jawapan:
Kajian luar dijalankan di Sungai Pahang, Pahang.
Jenis hakisan yang terdapat di kawasan kajian ialah
hakisan mendalam, hakisan menegak
dan hakisan mengundur. Cara berlakunya hakisan ialah lagaan, lelasan,
tindakan hidrual
dan larutan.
b) Huraikan bentuk muka bumi akibat proses hakisan di
kawasan tersebut. [8]
Cadangan Jawapan :
1.
Air terjun- di kawasan yang
mempunyai lapisan batuan yang tersusun dalam keadaan mendatar
antaran batuan
keras dan lembut. Batuan lembut akan mudah terhakis daripada batuan keras-
batuan
keras akan mengalami rekahan- lama ke lamaan membentuk air terjun-batuan
keras mampu menghalang
aliran air- pembentukan air terjun terjadi
2.
Jeram – air mengalir di
kawasan yang mempunyai batuan yang tersusun secara menegak dan berselang
seli
antara batuan lembut dank keras- batuan lembut lebih dahulu dan mudah dihakis-
batuan keras akan
tertonjol ke atas- aliran air tersekat dan melompat menuruni
bonjolan yang keras.
3.
Gaung - lurah yang dalam
terbentuk hasil dari hakisan menegak- bahagian hulu air deras dan batuan
jenis
batuan keras- hakisan menegak bertindak dengan berkesan di dasar alur dan
mendalamkan dasar
sungai sehingga membentuk gaung.
4.
Lubuk junam- lekukan yang dalam terbentuk di kaki air terjun –
tindakan air sungai melalui hakisan
mendalam dan tidankan pusaran air membentuk
lubuk tersebut.
c. Jelaskan kepentingan bentuk muka bumi hasil tindakan sungai terhadap kegiatan manusia.
[10]
Cadangan Jawapan :
1.
Pertanian - delta dan dataran banjir untuk penanaman padi sawah.
2.
Pelancongan- kawasan sekitar air terjun, jeram dan tasik ladam untuk
berkelah, mandi- manda dan
memancing serta berkayak.
3.
Menjana kuasa hidro elektrik – di kawasan air terjun dan jeram.
4.
Ternakan ikan air tawar – di kawasan tasik ladam dan muara sungai – habitat ikan
yang susuai
dan baik- tambah pendapatan nelayan.
5.
Petempatan - likuan sungai dan delta – mudah dibina kemudahan asas untuk
kelansungan hidup manusia
Soalan 2
Berdasarkan kajian luar yang anda jalankan di sebuah kawasan tanah tinggi,
a.
( i ) Nyatakan dua proses
geomorfologi yang berlaku di kawasan tersebut. [2]
Cadangan Jawapan :
Kawasan Kajian luar ialah
Tanah Tinggi Camaron, Pahang.
Dua proses geomorfologi ialah
tanah runtuh dan hakisan.
( ii ) Jelaskan maksud salah satu daripada proses
tersebut. [5]
Cadangan Jawapan:
1.
Tanah runtuh pula merupakan pergerakan tanih
ke bahagian bawah cerun yang berlaku secara
tiba-tiba dan dalam gerakan yang
cepat untuk dilihat kesannya disebabkan cerun yang curam atau
hampir
tegak disusuli dengan tarikan
graviti yang kuat dan tanih yang tepu dengan air akibat
hujan
yang lebat.
2.
Hakisan merupakan proses
penggondolan dan kikisan yang dialami oleh permukaan bumi akibat
tindakan
agen yang bergerak seperti air mengalir, angin dan ombak.
b. Jelaskan tiga faktor yang menpengaruhi proses geomorfologi tersebut. [6]
Cadangan Isi Jawapan :
1.
Kecerunan – kawasan antara 5° hingga 40°
berlaku tarikan gravity yang amat kuat menyebab terjadinya
tanah runtuh.-
hakisan juga meningkat dikawasan yang bercerun curam.
2.
Jumlah hujan – kawasan khatulistiwa
terutamanya, jumlah hujan banyak melebihi 2000 mm setahun-
tanih akan tepu
dengan air- air bertindak sebagai pelicin membantu pergerakan dan hakisan tanih
ke cerun bukit.
3.
Litupan tumbuhan – kurangnya litupan
tumbuhan meningkatkan lagi hakisan dan tanah runtuh-
tumbuhan bertindak sebagai
penghalang titisan air hujan terus meresapkan dalam tanah- akar
bertindak
sebagai pengikat dan mencengkam tanah.
4.
Tindakan manusia – aktiviti manusia seperti
pertanian,dan pertempatan dicerun bukit gaitkan lagi
pergerakan jisim-
penggunaan jentera dan penanaman cerucuk konkrit -tanih terdedah kepada air
hujan - air meresap dan basah - struktur tanih tidak stabil.
c.
Terangkan tiga
kepentingan kawasan tanah tinggi kepada manusia. [6]
Cadangan Isi Jawapan :
1. Ekopelancongan- tanah tinggi semula jadi- udara nyaman- tumbuhan semula
jadi yang menarik dan unik.
2. Pertanian – tanaman teh tanah tinggi dan tanaman udara sederhana seperti
buah-buahan dan bunga
bungaan-suhu sekitar 25°C- hujan berjumlah melebihi 2000mm.
3. Kawasan tadahan hujan – tanah tinggi berhutan tebal- punca sungai dan
membekal air untuk
kawasan sekitarnya-
empangan mudah dibina contoh Empangan Sultan Abu Bakar Tanah Tinggi Cameron.
d. Huraikan tiga kesan penerokaan tanah tinggi terhadap alam sekitar.
Cadangan Isi Jawapan:
1.
Tanah runtuh- tanah
kehilangan ikatan dan cengkaman- tepu dengan air hujan.
2.
Banjir – alur sungai
cetek-penuh dengan beban yang dibawa air hujan.
3.
Peningkatan suhu- tumbuhan
tiada sebagai penghalang matahari dan penyerap karbon dioksida di
udara semasa
proses fotosentisis.
Soalan 3
a)
Terangkan satu kaedah untuk
menyukat hujan. (5)
Cadangan Jawapan
1. Alat : Tolok hujan
2. Cara menyukat:
Satu silinder logam dengan satu corong bergaris pusat 20cm atau 13cm
diletakkan di kawasan lapang
dengan ketinggian rim corong 0.3 meter di atas
tanah. Ukuran dibuat pada masa yang tetap di
waktu pagi dengan menuangkan air hujan yang bertakung ke dalam satu silinder bersenggat
dan
diambil bacaannya. Jumlah hujan
dinyatakan dalam mm.
b) Huraikan faktor-faktor yang
mempengaruhi jumlah hujan penerimaan di kawasan tersebut [10]
Nyatakan kawasan/lokasi
kajian:
1. Tempoh masa hujan-samada hujan turun secara berterusan atau
sekejap-kejap tapi dalam
tempoh yang kerap, sangat mempengaruhi
jumlah hujan di kawasan ini.
2. Ciri hujan yang turun-Hujan renyai-renyai, lebat atau hujan batu.
3. Kedudukan tempat-Lokasi kajian berada samada berhampiran dengan lautan,
pedalaman
atau kaki bukit
4. Tiupan angin- Samada di pengaruhi oleh angin monsoon timur laut
atau tidak.
5. Musim basah atau kering-sangat mempengaruhi jumlah hujan, tempoh basah
hujan sangat
tinggi, tempoh kering sebaliknya.
c) Terangkan bagaimana perubahan
sumber air mengganggu aktiviti manusia [10 ]
1. Pertanian-Perubahan positif-tanaman tenggelam, rosak. Perubahan
negative-tanaman musnah
akibat tidak cukup air. Mengganggu aktiviti manusia.
2. IKS-Musim hujan menjejaskan aktiviti perjemuran seperti
batik, ikan, sotong dll.
3. Perindustrian-Musim hujan-banjir akan menjejas aktiviti
perkilangan-mesin rosak.
Mengganggu aktiviti manusia.
4. Akuakultur-Banjir memusnahkan sangkar dan menenggelamkan
kolam, ikan terlepas.
5. Perniagaan-Musim hujan atau banjir membantutkan aktiviti
perniagaan, proses jual beli
6. Pengangkutan-Musim banjir-jalan raya tenggelam. Musim
kemarau-sungai cetek-bot-bot dan
perahu tidak boleh bergerak.
Soalan 4
a) Jelaskan bagaimana anda mengukur
min suhu maksimum dan suhu minimum. [5 ]
1. Lokasi kajian/nama sekolah
2..Alat Termometer Sixes
3. Dapatkan bacaan suhu
maksimum dan suhu minimum
Kaedah mengukur suhu maksimum
dan suhu minim umm di stesen kaji cuaca SMK Labu Besar, Kulim
dalam tempoh 24 jam
Langkah 1 – Pengukuran suhu
dibuat-alat Termometer Sixes-diselaraskan pada suhu semasa
pada waktu pagi
(pada jam 7.30 pagi bertarikh 12 Jun 2008)
Langkah 2 – Termometer Sixes
diletakkan dalam rumah pelindung Stevenson yang ditempatkan
di kawasan lapang
di stesen mini kaji cuaca sekolah.
Langkah 3 – Bacaan diambil
selepas tempoh 24 jam (pada jam 7.30 pagi,13 Jun 2008).Mencatat nilai
suhu
maksimum dan minimum dalam Termometer Sixes.
b) Jelaskan kaedah pengiraan min suhu dan julat suhu
dalam tempoh 24 jam (suhu harian) [10]
Cadangan Jawapan
Suhu maksimum pada 13 Jun 2008
= 32˚C
Suhu minimum pada 13 Jun
2008 = 22˚C
Min suhu harian = 32 + 22
2
= 27˚C
Julat suhu harian =Suhu
maksimum – suhu minimum
= 32 – 22
= 10˚C
c) Huraikan perkaitan antara unsur-unsur cuaca
1. Unsur-unsur cuaca di kawasan tersebut sememangnya
saling berkait-suhu,
hujan, sinaran matahari/sejatan,kelembapan bandingan,
bahangan solar dan angin
2. Perkaitan antara suhu, tekanan udara dan angin.
Hukum Boyle-suhu tinggi, tekanan
rendah-angin bertiup dari kawasan tekanan
tinggi ke kawasan tekanan rendah-boleh dibuat
antara kawasan yang mengalami
pulau haba/kawasan bandar dengan kawasan pinggir Bandar
/luar Bandar yang
suhunya lebih rendah.
3. Perkaitan antara kelembapan udara, angina dan
hujan. Udara lembap lazimnya-banyak
wap air. Angin bertiup dari kawasan udara
lembap/tekanan tinggi ke kawasan udara kering/
tekanan rendah-udara kering
memudahkan wap-wap air yang dibawa oleh angin naik ke atas
mengalami penyejukan
adiabatik sehingga tepu-hujan turun.
4. Perkaitan antara kelembapan udara dengan suhu
sekitar-% kelembapan udara tinggi/
udara lembap akan menyebabkan suhu sekitar
rendah/lebih sejuk berbanding % kelembapan
udara rendah/udara kering, suhu sekitarnya adalah
lebih tinggi.
Soalan 5
Berdasarkan satu kajian luar terhadap ekosistem hutan
semulajadi pinggir pantai,
a)
.Nyatakan komponen biotik dan abiotik di kawasan
tersebut. [5]
Cadangan jawapan.
Kajian luar ini dijalankan di Kg. Teluk Bakau, Kuala Muda, Kedah.
Ia merupakan sebuah kawasan
hutan paya bakau .
Komponen biotik ialah tumbuhan seperti pokok bakau,parapet
dan nipah. Haiwan seperti ikan
belacak, udang, kerang dan biawak. Komponen
abiotik seperti udara,cahaya matahari,tanih lumpur,
air laut dan karbon dioksida
b) Huraikan ciri-ciri tumbuhan di kawasan tersebut. [6]
Cadangan Isi Jawapan:
1. Terdiri dari pokok berkayu keras yang hidup subur di
kawasan berlumpur. Pokok ini hidup
di
kawasan bersaliran buruk iaitu tanihnya sentiasa menakung air. Ia juga tahan
kepada
perubahan pasang surut. Contoh pokok bakau ialah pokok bakau minyak.
2. Pokok bakau mempunyai silara yang seragam (tidak
berlapis). terletak di kawasan.
3. Daunnya kecil dan masin yang menjadi kegemaran haiwan
ternakan seperti kambing.
4. Pokok bakau mempunyai mempunyai akar ceracak dan akar
jangkang. Akar ceracak
digunakan untuk tujuan pernafasan. Akar jangkang yang
berselirat mengukuhkan struktur
pokok
bakau apabila dilanda ombak kuat atau proses pasang surut yang berulang.
5. Pokok bakau mengeluarkan buah. Apabila matang anak
benih akin keluar dari bahagian
bawah bawah buah bakau. Apabila buah bakau
jatuh anak benih yang berbentuk tajam
dan tercacak ke dalam lumpur. Ini adalah
salah satu cara regenerasi pokok
bakau.
c)
Jelaskan kepentingan ekosistem tersebut kepada alam
sekitar kawasan kajian. [8]
Cadangan Isi Jawapan:
1. Hutan paya bakau berfungsi mengekalkan keseimbangan
ekosistem. Proses fotosintesis mengawal
pertukaran gas karbon dioksida
dan oksigen. Proses sejatpeluhan yang tinggi
menyebabkan
wujudnya kerpasan dan kelembapan yang tinggi.
2. Hutan paya bakau menjadi pusat persinggahan beberapa
jenis burung migratori. Kejadian musim
sejuk di kawasan hawa sederhana
di hemisfera utara memaksa hidupan jenis
ini berhijrah di
hemisfera selatan
yang mengalami musim panas.
3. Paya bakau menjadi sumber makanan kepada manusia. Ia
terdiri dari udang sotong,kerang dan
ikan yang membekalkan
sumber protin kepada manusia.
4. Kawasan paya bakau adalah sumber ekonomi iaitu pokok
bakau merupakan sumber bahan mentah
untuk industri arang kayu. Ia
juga adalah bahan utama untuk dijadikan cerucuk untuk pembinaan
rumah. Pokok
damar menghasilkan
bahan untuk dijadikan pencelup.
5. Hutan paya bakau menjadi pusat rekreasi yang menarik
untuk kunjungan pelancong asing dan tempatan.
Pelancong boleh melihat
monyet belanda, kelip-kelip di Kuala Selangor atau burung migaratori di Kuala
Gula dan Tanjung Tuan.
6. Hutan paya bakau menjadi pusat penyedikan saintifik.
Pengkaji datang ke kawasan ini untuk mengkaji
biodiversiti flora dan fauna
di kawasan ini. Kepelbagaian spisies tumbuhan dan haiwan menarik minat
para
pengkaji dari luar dan dalam negara.
d) Bagaimanakah rantaian makanan di kawasan tersebut
terjejas. [6]
1. Penerokaan hutan paya bakau untuk tujuan perusahaan
arang kayu telah memusnahkan pokok
bakau yang berfungsi
sebagai pengeluar.
2. Tebusguna tanah untuk tujuan pertanian dan petempatan
telah memusnahkan kawasan paya bakau.
Kawasan paya bakau
ditambak dengan pasir dan tanah untuk
dijadikan kawasan perumahan.
Keadaan ini secara tidak langsung men
jejaskan rantaian makanan di kawasan terebut.
3. Pembinaan kolam ternakan ikan di kawasan paya bakau
(marinkultur) telah memusnahkan
kawasan
semulajadi pokok
bakau. Hutan pokok bakau ditebang dan digantikan dengan kolam
ternakan
ikan dan udang,
4. Kegiatan manusia menangkap ikan,ketam dan udang untuk
dijadikan sumber makanan mengganggu
rantaian makanan.
Tindakan mengambil tumbuhan seperti pokok parapat dan nipah menjejaskan
rantaian makanan. Ini kerana proses
fotosintesis terjejas kerana pokok
tersebut membekalkan
oksigen kepada manusia.
5. Aktiviti
perlombongan pasir di pinggir pantai telah menjejaskan rantaian makanan ekosistem paya
bakau. Contohnya
hidupan seperti siput,kerang dan tiram akan terjejas kerana habitat mereka
telah
musnah. Aktiviti melombong
pasir mendalamkan dasar pinggir laut
dan sekaligus menggalakkan
proses hakisan ombak.
SOALAN 6
Berdasarkan kajian luar yang telah anda jalankan di
sebuah kolam :
a) i. Nyatakan
dua kitar nutrien yang terdapat dalam ekosistem tersebut. [2]
Cadangan jawapan.
Kajian luar ini dijalankan di sebuah kolam ikan di Kg. Ulu Riau, Sedim, Kulim
Dua kitar nutrien tersebut ialah kitar oksigen dan kitar
karbon
ii. Huraikan salah satu dari kitar nutrien
tersebut. [7]
Cadangan jawapan.
Kitar oksigen dalam ekosistem kolam.
1. Kitar oksigen berlaku melalui proses
fotosintesis,respirasi dan pereputan.
2. Dalam ketiga-tiga proses ini pengambilan,penggunaan
dan pengembalian oksigen ke ruang atmosfera
secara berterusan.
3. Semasa proses fotosintesis yang dijalankan oleh rumpai
air,alga dan lumut oksigen dibebaskan.
4. Semasa proses respirasi oleh rumpai
air,lumut,ikan,labi-labi dan cacing tanah oksigen digunakan.
5. Proses respirasi oleh tumbuhan berlaku apabila oksigen
diserap oleh liang stomata daun,liang
litensil pada batang dan akar
tumbuhan itu sendiri.
6. Haiwan seperti ikan,labi-labi dan cacing tanih
menyedut oksigen semasa proses respirasi
melalui
hidung dan mulut.
7. Semasa proses pereputan oleh bakteria dan kulat proses
pengambilan oksigen berlaku.
8. Bakteria dan kulat menggunakan bahan organik dan
oksigen untuk mengeluarkan karbon
dioksida
dan menghasilkan
nutrien dalam tanah.
b) .Jelaskan bagaimana keseimbangan ekosistem
kolam terganggu. [6]
Cadangan Isi Jawapan
Gangguan terdiri dari gangguan semulajadi dan aktiviti
manusia.
1. Gangguan semulajadi
i. Banjir
Banjir boleh menghanyutkan segala hidupan kolam ke tempat
lain. Banjir biasanya berlaku semasa
tiupan angin monsun Timur Laut yang menyebabkan intensiti hujan meningkat
secara mendadak. Hujan
yang turun dalam jangkamasa yang lama menyebabkan banjir
dan air kolam melimpah keluar membawa
bersamanya hidupan di dalamnya.
ii. Kemarau
Kemarau pula terjadi apabila hujan tidak turun dalam
jangkamasa yang lama. Keadaan menyebabkan
isipadu kolam menyusut dengan
banyaknya dan dalam keadaan kritkal boleh menyebabkan kolam
menjadi kering lalu
hidupan di dalamnya mati.
2. Aktiviti manusia
i. Kegiatan manusia yang sering mengganggu
ekosistem kolam biasanya berpunca dari
kegiatan pertanian
di sekitarnya yang menggunakan baja kimia secara
berlebihan disamping turut menyalirkan
sisa racun
serangga ke dalam kolam.
ii. Sektor perindustrian turut membuang sisa toksik ke
dalam kolam. Kilang kimia seperti kilang
baja, cat
dan racun yang dibina berhampiran kolam mengambil jalan mudah dengan membuang sisa buangan
kilang ke dalam
kolam.
c) Terangkan
kesan gangguan tersebut terhadap unsur biotik dan abiotik dalam ekosistem kolam
tersebut.[4]
Cadangan Jawapan
1.
Unsur biotik
Unsur biotik seperti rumpai
dan ikan akan mati apabila air kolam dicemari oleh sisa toksik atau racun
serangga. Sifat air yang
berasid dan kurang oksigen akan
menyebabkan hidupan dalam kolam mati.
2.
Unsur abiotik
Air kolam akan
tercemar dan berasid. Kandungan oksigen dalam kolam berkurangan kerana tumbuhan
kolam telah mati dan tidak
menjalankan proses fotosintesis. Saba liknya kandungan karbon dioksida
meningkat kerana tiada tumbuhan untuk menyerapnya untuk proses
fotosintesis.
d) Cadangkan langkah-langkah pemeliharaan
kawasan kolam tersebut agar keseimbangan
ekosistem kawasan tersebut
dapat dikekalkan. [6]
Cadangan Isi Jawapan:
1. Salah satu cara pemeliharaan ekosistem kolam ialah
dengan menjalankan pembangunan lestari.
Sebarang projek pembangunan
mestilah dirancang dengan sistematik di
mana kawasan industri
hendaklah dibina jauh dari kawasan kolam.
2. Pendidikan sama ada secara formal dan informal
merupakan langkah awal yang boleh memelihara
ekosistem kolam. Generasi muda
diperingkat sekolah rendah diterapkan
dengan pengetahuan
tentang pemeliharaan alam sekitar melalui
subjek kajian tempatan dan di peringkat
sekolah menengah
dalam subjek Geografi dan
Sains. Secara tidak langsung mereka
sedar pentingnya ekosistem kolam
dalam
kehidupan manusia.
3. Kempen juga boleh dijalan untuk memberi kesedaran tentang
pentingnya ekosistem kolam.
Kempen yang dianjurkan
oleh Jabatan Alam Sekitar dan NGO melalui media cetak dan elektronik
dapat
membantu pemeliharaan kawasan
kolam.