PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Wednesday, July 18, 2012

KULIAH 6 - PROSES ENDOGENIK & LIPATAN

Konsep endogenik
Proses endogenetik merujuk kepada tenaga yang wujud dan berpunca dari lapisan mantel seperti tenaga graviti, dan tenaga haba yang menghasilkan pelbagai fenomena di lapisan kerak bumi seperti gempa bumi, letusan gunung berapi, lipatan, gelinciran ,gerakan tektonik dan pembentukan batuan metamorfosis. 

Kata kunci
  • tenaga yang wujud dan berpunca dari lapisan mantel
  • seperti tenaga graviti, dan tenaga haba
  • menghasilkan pelbagai fenomena di lapisan kerak bumi
  • seperti gempa bumi, letusan gunung berapi, lipatan, gelinciran ,gerakan tektonik
  • dan pembentukan batuan metamorfosis.
 Proses  endogenik
Berasal daripada tenaga dalaman bumi seperti tenaga tarikan graviti dan tenaga radiogenetik seperti pereputan nukleus ataom uranium dan kalium. 
Proses ini terdiri daripada gerakan-gerakan bumi, kegiatan igneus dan metamorfosis.
Proses- proses tersebut ialah :-
i.     Gelinciran   ( pengangkatan dan penurunan kerak bumi daratan dan dasar laut )
ii.    Lipatan ( pembentukan banjaran-banjaran gunung yang dikenali sebagai orogenesis )
iii.   Gempa bumi ( melibatkan gerakan secara kuat dan tiba-tiba hasil daripada
              pergerakan dan  penyesuaian  lapisan-lapisan batuan pada kerak bumi )


PROSES LIPATAN

Konsep Lipatan
Lipatan merujuk kepada proses lenturan dan kedutan kerak bumi hasilkan tindakan kuasa-kuasa dalaman bumi ( proses endogenik ) yang menyebabkan berlakunya pertembungan plat-plat lalu menghasilkan berlakunya lipatan pada kerak bumi.

Kata kunci
  • proses lenturan dan kedutan kerak bumi
  • hasilkan tindakan kuasa-kuasa dalaman bumi ( proses endogenik )
  • menyebabkan berlakunya pertembungan plat-plat
  • berlakunya lipatan pada kerak bumi.
gunung lipat
 Proses lipatan
Di lapisan astenosfera yang terletak di atas mantel bumi wujud pergerakan arus perolakan magma yang sangat panas.
  • Arus perolakan ini mempunyai daya yang kuat untuk pergerakan plat-plat ( kerak bumi ) yang terapung di atas lautan magma tersebut.
  • Plat-plat bergerak dalam tiga cara iaitu pertembungan, pemisahan ( pencapahan ) dan perselisihan plat.
  • Pergerakan plat-plat berlaku secara perlahan dan berbeza-beza antara satu kawasan dengan kawasan yang lain.
  • Lipatan kerak bumi terjadi apabila plat-plat bertembung antara satu sama lain khususnya antara plat benua dengan plat benua.
  • Contoh, pertembungan plat Indo-Australia dengan plat Eurasia ( plat benua ) menghasilkan Banjaran Himalaya.
Jenis-jenis lipatan
jenis-jenis lipatan

Lipatan Monoklin
Lipatan yang cembung di atas dan cekung di bahagian bawah.

Lipatan Simetri
Mempunyai cerun yang seimbang di kedua-dua belah.
Terjadi disebabkan tindakan daya mampatan yang sama kuat di kedua-dua belah kerak bumi.

Lipatan Asimetri
Merujuk kepada lipatan yang mana salah satu daripada cerunnya lebih curam berbanding dengan cerun bersebelahannya yang lebih landai.

Lipatan Lampau
Lipatan Lampau
Terbentuk apabila lipatan itu retak , bertindih dan terlipat di atas kerak bumi.

Lipatan Rebah
Mempunyai dua cerun yang tidak seimbang.
Terjadi akibat tindakan daya mampatan yang lebih kuat di satu bahagian berbanding bahagian sebelahannya.

Lipatan Nappe
Lipatan bertindih antara satu lain.

                                                                
Bentuk muka bumi lipatan

Gunung lipat dan lurah
  • Bahagian kerak bumi yang lemah dipaksa naik ke atas dikenali sebagai antiklin membentuk kemuncak gunung lipat.  
  • Bahagian batuan lemah yang dipaksa ke bawah pula dikenali sebagai sinklin membentuk lurah gunung lipat.
  • Terdapat dua jenis system gunung lipat iaitu lipat muda dan lipat tua. 

JENIS-JENIS SISTEM GUNUNG LIPAT DI DUNIA.
                       
Jenis
Huraian
Gunung lipat tua kalidonia
Terbentuk lebih 350juta tahun dahulu. Meliputi kawasan
di benua Eropah barat.
Gunung lipat tua hercynia
Terbentuk lebih 270 juta tahun dahulu. Meliputi kawasan tanah tinggi Appalachian ,banjaran pemisah Australia.
Gunung lipat muda alps-himalaya
Terbentuk lebih 35juta tahun dahulu . Meliputi kawasan sekitar mediterannean, banjaran himalaya, banjaran besar Malaysia.
Gunung lipat muda lingkaran pasifik
Terbentuk lebih kurang 35 juta tahun dahulu. Meliputi kawasan dari Amerika Selatan sehingga ke Alaska sehingga ke Jepun dan Filipina

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...