PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Tuesday, July 17, 2012

KULIAH 5 - BATUAN


Konsep
Huraian
1.  Geologi atau
     batuan

Komponen semulajadi mineral spt mika, kuartza, feldsfar, kalsium, karbonat yg terikat secara langsung menerusi pembekuan magma atau diikat oleh bahan perikat spt koalin, kapur, oksida menerusi proses simentasi/penyimenan.

2. Batuan Igneus
Terbentuk hasil pembekuan magma didlm rekahan kerak bumi (igneus rejahan) cth, granit atau di permukaan bumi (igneus terobosan) cth, Basalt.
3. Batuan Enapan
Batuan yg terbentuk hasil pemendapan  bahan-bahan mendapan sungai, ais dan angin yg mengalami proses pemadatan dan simentasi. Cth, batu kapur, batu arang, batu garam, syal
4.  Batuan Metamorfosis
Batuan jelmaan yg mungkin berasal dari batuan igneus atau batuan enapan yg mengalami tekanan dan suhu yg tinggi. Cth, batu marmar
 
Konsep batuan

Batuan merujuk kepada himpunan galian-galian dalam kumpulan-kumpulan batuan seperti batuan igneus, enapan dan metamorfosis yang membentuk bahagian kerak bumi atau litosfera yang biasanya dalam keadaan padu, padat dan keras.

 Kata kunci
  • himpunan galian-galian dalam kumpulan- kumpulan batuan seperti batuan igneus, enapan
  • membentuk bahagian kerak bumi atau litosfera
  • dalam keadaan padu, padat dan keras
Jenis batuan
  • Batuan ingeus
  • Batuan enapan
  • Batuan metamorfosis

BATUAN IGNEUS

Konsep batuan igneus
Batuan igneus merujuk kepada batuan yang terhasil daripada penyejukan dan pemejalan magma dan lava hampir permukaan ataupun di permukaan bumi.

Kata kunci
  • kepada batuan yang terhasil daripada penyejukan dan pemejalan magma dan lava
  • hampir permukaan ataupun di permukaan bumi

Proses pembentukan batuan igneus
  • Batuan igneus berasal daripada penyejukan dan pemejalan magma dan lava.
  • Suhu magma yang tinggi ( dalam lingkungan 700 ºC – 1 200 ºC ) dalam kerak bumi menyebabkan batuan sentiasa dalam tekanan yang tinggi.
  • Apabila tekanan berkurangan secara tiba-tiba, batuan yang cair akan menular keluar melalui celah-celah kerak bumi sebagai magma dan lava.
  • Penyejukan dan pemejalan magma dan lava akan menghasilkan pelbagai jenis batuan igneus.
  • Penyejukan dan pemejalan magma dalam rekahan batuan akan menghasilkan batuan igneus rejahan manakala penyejukan dan pemejalan lava di permukaan bumi akan menghasilkan batuan igneus terobosan. 

Jenis-jenis batuan igneus

Batuan igneus rejahan
  • Magma yang mengalir keluar daripada lapisan mantel memasuki rekahan dan retakan batu.
  • Magma ini menyejuk dan membeku pada struktur rekahan dan retakan ini sebelum sampai ke permukaan bumi.
  • Batuan igneus rejahan terbentuk dalam kerak bumi dalam dua keadaan iaitu jauh di dalam kerak bumi dan berhampiran permukaan bumi..
  • Batuan igneus rejahan yang terletak amat jauh di dalam kerak bumi dikenali sebagai batuan pluton.
  • Batuan igneus yang terletak berhampiran permukaan bumi dikenali sebagai batuan hipabis.
  • Batuan pluton biasanya bersaiz besar seperti granit dan gabro manakala batuan hipabis mempunyai tekstur yang lebih kasar seperti diorit.
  • Batuan igneus rejahan akan muncul ke permukaan bumi akibat tindakan luluhawa dan hakisan.

Batuan igneus terobosan
  • Terbentuk daripada lava yang menyejuk dan memejal dengan cepat di permukaan bumi.
  • Batuan igneus terobosan bersifat licin dan berkaca kerana lava terlalu cepat menyejuk sehingga hablurnya tidak sempat terbentuk.
  • Contoh batuan igneus terobosan ialah riolit, basalt dan pumis.
  • Batuan igneus terobosan juga terbentuk apabila aliran lava membentuk dataran tinggi lava, contohnya dataran Tinggi Deccan di India, dan Dataran Tinggi Columbia-Snake di Amerika Syarikat.

BATUAN ENAPAN

Konsep batuan enapan
Batuan enapan merujuk kepada batuan yang terbentuk secara berlapis-lapis akibat daripada proses pemendapan, perekatan dan pemampatan serpihan batuan, kelodak, pasir, lumpur dan cengkerang  oleh agen-agen seperti air, angin dan gasier.

Kata kunci
  • batuan yang terbentuk secara berlapis-lapis
  • akibat daripada proses pemendapan, pemekatan dan pemampatan
  • serpihan batuan, kelodak, pasir, lumpur dan cengkerang 
  • oleh agen-agen seperti air, angin dan gasier
Pembentukan batuan enapan
  • Bahan-bahan yang terdapat di dalam batuan enapan terhasil melalui peluluhawaan batuan.
  • Bahan-bahan ini kemudiaannya diangkut dan dimendapkan di kawasan tertentu oleh agen-agen pengangkutan seperti air yang mengalir, angin dan glasier.
  • Bahan-bahan ini kemudiaannya dimendapkan secara lapisan demi lapisan.
  • Lapisan ini menjadi mampat melalui proses pemadatan dan perekatan.
  • Dalam proses pemadatan, lapisan enapan di lapisan atas akan menekan turun lapisan bawah.
  • Akibat tekanan yang tinggi dari lapisan atas, bahan enapan yang halus seperti pasir dan lempung akan melekat lalu membentuk batuan.
Jenis-jenis batuan enapan

Batuan enapan klastik
  • terbentuk daripada bahan-bahan enapan seperti pasir, kelikir, kelodak dan lempung.
  • Tekanan ( bebanan ) daripada atas akan memadatkan bahan enapan tersebut.
  • Bahan-bahan ini kemudiaannya berpadu menjadi batuan enapan melalui proses perekatan
  • Contoh batuan batuan enapan klastik ialah konglomerat, batu pasir dan syal.
Batuan enapan kimia
  • Batuan enapan jenis ini berasal daripada bahan mineral yang dilarutkan oleh air semasa proses penguraian dan pemecahan batuan.
  • Garam batu terbentuk daripada proses sejatan tasik garam atau daripada lautan yang cetek.
  • Stalaktit dan stalagmit di dalam gua batu kapur merupakan contoh batuan enapan yang terbentuk secara kimia.  
Batuan enapan organik
  • Batuan enapan ini berasal daripada sisa-sisa hidupan seperti cengkerang haiwan dan terumbu karang yang hidup berjuta tahun yang lampau.
  • Sisa-sisa bahan ini akan termendap dan kemudiaannya mengalami proses pemadatan dan perekatan. 

BATUAN METAMORFOSIS

Konsep batuan metamorfosis
Batuan metamorfosis merujuk kepada batuan yang asalnya batuan igneus atau enapan yang telah mengalami perubahan sama ada daripada segi tekstur dan komposisi kimia atau kedua-duanya akibat daripada tekanan yang tinggi, dan suhu yang tinggi.

Kata kunci
batuan yang asalnya batuan igneus atau enapan
telah mengalami perubahan
sama ada daripada segi tekstur dan komposisi kimia
akibat daripada tekanan yang tinggi, dan suhu yang tinggi

     Proses pembentukan batuan metamorfosis
  • Berasal daripada batuan igneus atau enapan yang bertukar kepada batuan jenis lain melalui proses metamorforsis.
  • Batuan bertukar kepada batuan lain akibat daripada haba dan tekanan yang tinggi serta perubahan dalam susunan mineral batuan berkenaan.
  • Batuan metamorfosis berbeza daripada batuan-batuan lain dari segi struktur, tekstur, warna dan kandungan mineral.
  • Terdapat dua cara proses metamorfosisma berlaku iaitu metamorfosisma serantau dan metamorfosisma sentuhan.
        Metamorfosisma serantau 
  • Terbentuk akibat tekanan ( himpitan ) dan suhu yang tinggi semasa berlakunya proses tektonik seperti lipatan kerak bumi.
  • Akibatnya batuan asal akan berubah menjadi padat dan keras lalu membentuk batuan metamorfosis.
         Metamorfosisma sentuhan
  • Terbentuk apabila batuan asal dalam kerak bumi bersentuhan dengan magma atau lava. Suhu magma atau lava yang tinggi akan memanaskan batuan tersebut lalu menjadikan lembut.
  • Tindak balas kimia serta perubahan kandungan mineral batuan tersebut menjadikan batuan tersebut kepada batuan metamorfosis.
Pengaruh batuan terhadap pembentukan konfigurasi bentuk bumi
  • Kumpulan batuan metamorfik seperti batu marmar, gneiss dan batuan igneus seperti riolit, gabro yang teguh dan tahan kepada kegiatan luluhawa dan hakisan akan menghasilkan bentuk-bentuk muka bumi yang menonjol seperti banjaran gunung, bukit dan permatang.
  • Batuan mendak seperti syal, batu kapur, gipsum dan kaolin lebih lembut dan mudah terluluwa dan dihakis oleh agen-agen hakisan akan menghasilkan bentuk muka bumi yang melekuk seperti lurah dan lembah.

KEPENTINGAN BATUAN TERHADAP AKTIVITI MANUSIA

Batuan igneus
  • Granit digunakan sebagai asas pembinaan bangunan dan jalan raya
  • Basalt akan membentuk tanah yang subur apabila terluhawa- tanah lava bes yang
  • subur untuk tanaman padi.
  • Granit apabila terluluhawa akan membentuk tanah aluvium – sesuai untuk tanaman padi.
  • Bijih timah dan bijih besi sumber perlombongan terhasil dari batu granit ( batuan igneus )
Batuan enapan
  • Petroleum, gas asli dan batu arang – digunakan sebagai bahan api.
  • Batu kapur – untuk membuat simen. Digunakan di dalam pertanian sebagai agen menutralkan keasidan tanah.
  • Pasir – industri membuat kaca.
  • Kaolin – industri tembikar.
  • Tanah liat – industri  batu bata, pasu dan periuk.
  • Fosfat – industri baja
  • Natrium klorida ( garam batu )- mengawet makanan.
  • Gua batu kapur / karst tujuan pelancongan
Batuan metamorfosis
  • Batu marmar – kepingan lantai.
  • Grafit – membuat dakwat dan mata pensil.
  • Slat – membuat genting atap.
  • Batu permata, berlian, delima dan zamrud dijadikan barang kemas.
  • Antrasit – sebagai bahan bakar di kilang dan rumah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...