PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Friday, July 13, 2012

KULIAH 4 - TABURAN DARATAN DAN LAUTAN


 DARATAN

  • Daratan merujuk kepada semua jenis tanah atau daratan yang timbul dari permukaan aras laut termasuk bahagian daratan berhampiran yang cetek dan tenggelam yang dinamakan pentas benua.
  • Pulau-pulau dan gugusan pulau termasuk dalam istilah daratan atau benua ini.
  • Terdapat tujuh kawasan daratan yang diistilahkan benua di permukaan bumi iaitu Afrika, Amerika Utara, Amerika Tengah dan Selatan, Asia, Eropah, Australia ( termasuk New zealand ), dan Antartika.

BENTUK MUKA BUMI DARATAN


Dataran tinggi
Tanah Pamah, Daratan Beralun dan Tanah Tinggi


  • Merujuk kepada kawasan tanah tinggi yang mempunyai puncak agak rata dan luas.
  • Mempunyai bahagian tepi yang bercerun curam dan bertebing tinggi.
  • Jenis-jenis dataran yang utama ialah dataran tinggi tektonik seperti dataran Tinggi Deccan, dataran Tinggi Arab, dataran tinggi antara gunung seperti daratan Tinggi British Columbia, Colorado dan Tibet , dataran tinggi sisa seperti Dataran Tinggi Rhine Tengah dan dataran tinggi gunung berapi seperti Dataran Tinggi Columbia –Snake.

Sistem gunung lipat dan banjaran gunung

  • Melibatkan kedutan lapisan kerak bumi akibat daripada kuasa tekanan dan asakan terhadap kerak bumi.
  • Berlaku sejak 600 juta tahun yang lalu yang menghasilkan gunung lipat muda dan gunung lipat tua.
  • Proses pembentukannya dikenali sebagai orogenesis.    

Tanah Pamah
  
  • Tanah Pamah atau dataran adalah merupakan kawasan tanah rendah yang rata atau beralun tetapi jarang melebihi beberapa ratus kilometer dari aras laut. Tanah pamah merupakan kawasan yang paling subur di sesebuah negara dan selalunya digunakan sebagai kawasan petempatan, pertanian dan perindusterian. Tanah pamah boleh dibahagi kepada tiga jenis yang utama iaitu berdasarkan kepada asal kejadiannya :
1. Dataran beralun
  • Ia merupakan kawasan yang telah terlekuk dari segi bentuk muka buminya lalu menjadi kawasan dataran semula jadi yang paling luas di dunia. Dataran ini terbentuk daripada batu-batan yang mendatar dan boleh dikatakan tidak tersentuh oleh pergerakan kerak bumi.
2. Dataran mendap
  • Dataran jenis ini terbentuk daripada bahan-bahan mendapan yang dibawa oleh     berbagai-bagai anasir pengangkutan. Dataran ini boleh dikatakan rata tetapi semakin meninggi hala ke kawasan tanah tinggi. Kesuburan dan perkembangan ekonomi kawasan ini banyak bergantung kepada jenis-jenis mendapan yang terkumpul. Beberapa dataran mendap yang paling luas dibentuk oleh sungai-sungai yang besar. Hakisan yang pesat di bahagian hulunya menyebabkan sungai-sungai  itu banyak membawa lanar ke bahagian hilirnya. Lanar itu dimendapkan sehingga menjadi dataran lanar, dataran mendap dan dataran delta yang Iuas. Kawasan ini merupakan kawasan yang paling subur di dunia dan digunakan untuk pertanian secara giat. Penduduknya juga sangat padat.
  • Glasier dan litupan ais juga dapat memendapkan lapisan pasir dan batu kelikir yang bercampur-aduk   lalu membentuk dataran lanar ais.  Glasier juga dapat menimbunkan lanar batu tongkol, iaitu campuran di antara batu-batu tongkol yang berbagai-bagai rupa dengan lanar lalu membentuk satu dataran lanar batu tongkol. Dataran lanar ais selalunya merupakan kawasan yang tidak mempunyai tumbuh-tumbuhan tetapi lanar batu tongkol pula mungkin merupakan satu kawasan pertanian .
  • Angin mungkin membawa butir-butir halus yang dinamakan loes. Bahan ini dibawa dari kawasan gurun pedalaman atau kawasan tandus dan ditimbunkan di bukit-bukit, lembah-lembah atau di dataran-dataran hingga membentuk dataran tinggi loes, seperti di barat laut negara China dan tanah pamah loes, seperti di kawasan Pampas di Argentina. Tanah loes ini meratakan kawasan yang beralun dengan cara     menimbunkan kawasan-kawasan lurah dan lekukan. Kebanyakan kawasan yang diliputi oleh bahan loes  di dunia ini merupakan kawasan pertanian yang subur.
 
3. Dataran hakis
  • Dataran ini dibentuk oleh agen-agen hakisan. Hujan, sungai, ais dan angin dapat meratakan permukaan bumi yang tidak rata. Dalam jangka masa yang panjang iaitu berjuta juta tahun lamanya, gunung yang tinggi sekali pun akan diruntuhkan hingga menjadi satu dataran rendah yang beralun. Dataran gondolan ini dinamakan peneplain yang hampir menyerupai dataran.
  • Sungai yang mengalir dari hulu ke hilir akan memperdalam lembah dan melebarkan tebingnya. Susuh-susuh bukit yang menganjur ke sungai akan terpenggal dan ini meluaskan lagi kawasan rata di tebing sungai itu hingga menjadi rendah. Di samping itu tanah tinggi yang terletak di antara sungai itu    lama-kelamaan akan menjadi rendah.
  • Bagi kawasan yang telah mengalami tindakan glasier, dan litupan ais telah menggesel dan meratakan muka bumi dan membentuk dataran hakis ais. Sekarang lekukan-lekukan yang dibentuk oleh glasier itu telah menjadi tasik-tasik.  Di kawasan kontang dan hampir kontang, sebahagian besar daripada bahan  yang telah terhakis diterbangkan oleh layangan angin. Oleh kerana itu aras kawasan itu menjadi rendah lalu  membentuk dataran luas, umpamanya dataran kontang berbatu kelikir atau berbatu-batu yang disebut reg di Afrika. Luluhawa mekanikal di kawasan kontang dan hampir kontang telah meluruhkan cerun-cerun  yang tinggi hingga menjadi pediplain

Dataran pantai

  • Terbentuk daripada enapan sedimen seperti pasir , kelodak, lempung, batu lada dan sebagainya yang berasal dari laut.
  • Bahan-bahan ini dimendapkan di dataran pantai dan  terbentuklah paya masin, kukup, tanah pamah pasang surut dan tanah pamah muara. Penimbulan bumi mungkin meninggikan sedikit kedudukan pinggir pantai dan membentuk dataran pantai timbul.


TABURAN LAUTAN

  • 70% permukaan bumi terdiri daripada laut dan lautan
  • Lautan utama ialah lautan Pasifik, lautan Atlantik, lautan Hindi, lautan Artik dan laut-laut lain yang lebih kecil saiznya.
 
BENTUK MUKA BUMI LAUTAN

Pentas benua

Bentuk Muka Bumi Dasar Lautan Utama
  • Pentas benua merupakan lapisan kerak bumi yang terdapat di pinggir benua, bercerun landai  hingga ke  tubir benua.
  • Cetek dengan kedalamannya kurang daripada 180 meter.   
  • Lebar dan panjangnya berbeza antara satu kawasan dengan kawasan yang lain iaitu antara 80 hingga 1500 kilometer.
  • Terdiri daripada pelbagai jenis bahan mendapan laut seperti tanah lanar, liat, kelodak, pasir dan sisa hidupan yang mati seperti cengkerang.
  • Terbahagi kepada dua zon yang berlainan iaitu zon litoral dan zon neritik.
  • Zon litoral terletak antara aras air pasang dangan aras air surut meliputi pantai-pantai dan muara-muara sungai. Zon ini sangat sesuai untuk pembiakan hidupan laut seperti ikan dan tumbuhan.
  • Zon neritik merupakan bahagian pentas benua yang paling hampir dengan tubir benua dan terbentuk daripada mendapan laut seperti pasir, lumpur dan batu kapur.
 
Tubir benua
    
1.      Tubir benua atau zon batial merujuk kepada bahagian dasar laut yang bercerun curam dan terletak antara pentas benua dan zon laut dalam.
2.      Kecuramannya antara 5 º hingga 27 º dan menganjur ke laut hingga sedalam 3 700 meter.
3.      Permukaannya mempunyai pelbagai bentuk yang kompleks sperti jurang, bukit-bukit dan permatang-permatang dasar laut.


Jurang lautan

  • Merupakan bahagian lautan yang paling dalam iaitu antara 7000 meter hingga 11 000 meter. Terbentuk akibat pergerakan bumi dasar laut seperti gerakan tektonik yang  menyebabkan   satu bahagian dasar laut mengalami pengantaman dan seterusnya terjatuh jauh ke dalam  kerak bumi.
  • Terdapat beberapa jurang yang terkenal seperti Jurang Mariana dan Jurang Mindanao yang terletak berhampiran perairan Filipina.
  • Jurang-jurang lain ialah Jurang Jawa, Jurang Puerto Rico dan Jurang Jepun.
  
Permatang dan Rabung dasar laut

  • Terbentuk akibat  daripada gelinciran,lipatan ,aktiviti gunung berapi dasar laut dan proses orogenik..
  • Kejadian geliciran menghasilkan gunung bongkah dasar laut, proses lipatan di dasar laut Mmenghasilkan rabung dasar laut dan pengeluaran lava gunung berapi  dan proses orogenik akan menghasilkan banjaran-banjaran gunung spertimana di daratan.
  • Satu contoh permatang dan rabung dasar laut ialah Permatang Tengah yang menganjur dari timur laut ke tenggara . Terdapat puncak-puncak yang ketinggiannya melebihi 1,000 meter, lurah dan teres-teres.

 Dataran tinggi dasar laut

Pelantar Benua, Jurang Dan Pematang Tengah Lautan
  • Merujuk kepada kawasan-kawasan tanah tinggi di dasar laut yang mempunyai puncak yang agak rata dan luas
  • Di puncak dataran tinggi ini terdapat gunung-gunung brapi perisai,gunung dasar dasar laut dan gunung datar dasar laut.
  • Contoh, Dataran Tinggi Albatross di Lautan Pasifik, Dataran Tinggi Syechelles di Lautan Hindi dan Dataran Tinggi Azores di Lautan Atlantik Utara. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...