PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Wednesday, September 12, 2012

SKEMA PERCUBAAN STPM KEDAH-GEOGRAFI 942/2 - [ SOALAN 4 - 8]



SOALAN 4

4     Dengan merujuk kepada negara Malaysia,

      (a)    Nyatakan ciri-ciri perikanan pinggir pantai?                       [ 5 ]

Isi utama
Huraian
Markah
A1 Lokasi
Tidak melebihi 32km dari pinggir pantai dengan kedalaman air tidak kurang 180m.
1
A2 Teknologi
Alatan tradisional seperti pukat tangkul, kelong, pompang dan kail oleh nelayan tradisional.

1
A3 Skala
Kecil - Untuk keperluan keluarga
1
A4 Orientasi pengeluaran
Pasaran tempatan. Untuk dijual secara harian. Hasil yang lebih akan digunakan untuk keperluan keluarga.

1
A5 Modal
Kecil dan milik persendirian
1
A6 Jangkamasa operasi
Harian (satu hari) ke laut pada waktu pagi dan pulang pada waktu petang.

1
A7 Jenis tangkapan
Ikan kecil seperti selar, gelama, parang, kembung, ketam
1
A8 Penggunaan buruh
Tenaga buruh sedikit. Kalangan ahli keluarga sahaja.


1
Pemarkahan   : 5 X 1 = 5 markah
    (b)   Jelaskan mengapa sumber perikanan pinggir pantai semakin merosot.  [10]

Isi utama
Huraian
Markah
B1 Kekurangan modal
Kebanyakan nelayan miskin tidak ada modal memiliki sampan.
Sukar memperolehi pinjaman dan kurang berpengetahuan

2
B2 Kekurangan teknologi dan kepakaran
Teknologi tradisional menyebabkan tangkapan sedikit.
Tahap pendidikan dan kemahiran yang rendah menyebabkan nelayan tidak mampu mengendalikan alat berteknologi tinggi.

2
B3 Tenaga buruh
Ramai anak-anak muda berhijrah ke bandar dan tertarik kepada peluang ekonomi sektor sekunder dan tertier.
Generasi muda tidak berminat.


2
B4 Masalah cuaca
Musim tengkujuh menyebabkan nelayan tidak dapat turun ke laut. Banjir yang berlaku menyebabkan muara sungai menjadi cetek menyukarkan nelayan untuk menangkap ikan. 

2
B5 Kepupusan sumber perikanan
Penangkapan ikan berlebihan akan menjejaskan hasil tangkapan nelayan. Penggunaan pukat harimau / pukat jerut akan mengakibatkan kepupusan sumber kerana semua ikan tidak kira saiz kecil atau besar akan ditangkap bersama-sama.  


2
B6 Kerosakan habitat ikan
Aktiviti pembangunan pinggir pantai akan memberi kesan terhadap habitat pinggir pantai.
Pembinaan kawasan perlancongan serta pemlombongan akan memberi impak terhadap habitat di pinggir pantai.

2
B7 Ancaman lanun
Berlaku pencerobohan kawasan di sempadan perairan.
Ancaman keselamatan oleh lanun-lanun.

2
B8  Masalah orang tengah
Hasil tangkapan oleh nelayan akan dijual terus kepada pelanggan tetapi dengan adanya orang tengah mereka akan menawarkan harga yang lebih murah.
Ini akan menjejaskan mata pencarian nelayan tradisional. 



2
Pemarkahan   : 5 X 2 = 10 markah
     (c)    Huraikan langkah untuk memajukan sektor perikanan pinggir pantai.  [10]

Isi utama
Huraian
Markah
C1 Memodenkan infrastruktur
Infrastruktur perikanan perlu dimodenkan seperti kemudahan penyimpanan sampan-sampan atau bot-bot kecil. Jeti-jeti kecil perlu disediakan bagi memudahkan pendaratan bot-bot kecil.



2
C2 Bantuan modal /subsidi /pinjaman
Kerajaan perlu memberi bantuan modal, subsidi dan merendahkan syarat untuk pinjaman kepada nelayan.
Nelayan kebanyakannya hanya mampu memiliki sampan yang uzur. Sampan perlu diganti dengan bot.



2
C3 Memberi latihan
Latihan perlu diberikan kepada nelayan termasuk kemahiran untuk kendalian bot dan peralatan moden.

2
C4. Kukuhkan rantaian pasaran.
Tidak ada lagi orang tengah yang menjual dengan harga yang murah. Kawalan harga penting.

2
C5 Menubuhkan agensi penyelaras
LKIM dan MAJUIKAN perlu ditubuhkan bagi menyelaras semua aktiviti perikanan.
Seperti penyelarasan bantuan dan subsidi harga diesel.

2
C6  Meningkatkan kawalan
Meningkatkan kawalan keselamatan nelayan. Rondaan perairan oleh polis marin, tentera laut dan jabatan laut.

2
C7 Kerjasama serantau
Kerjasama antara negara jiran perlu dikukuhkan bagi menjamin kemakmuran negara.

2
Pemarkahan   : 5 X 2 = 10 markah

SOALAN 5

5.  Berdasarkan kajian luar yang telah anda lakukan di sebuah 
      kawasan ekopelancongan,

a)    i) Namakan kawasan pelancongan yang dikaji.                                      [ 1 ]

   Menamakan kawasan pelancongan                                                                       1

ii)Huraikan kaedah pemerhatian dan soal selidik yang dijalankan.     [ 4 ]

Isi Utama
Huraian
Markah
Pemerhatian
Digunakan untuk meninjau lokasi kawasan pelancongan di kawasan kajian. Pemerhatian dibuat ialah terhadap kepentingan, bagaimana pelancongan membangun ekonomi & sosial setempat. Aktiviti merakam dan merekod
2
Soal selidik
Digunakan untuk memperoleh data dan maklumat  dari pekerja kedai dan pekerja kilang. Seramai 20 responden telah dipilih secara rawak dan setiap responden telah diberikan borang soal-selidik masing-masing. Dapatan dari soal selidik telah dikumpul dan dianalisis.
2


b)    Jelaskan kelebihan-kelebihan fizikal dan manusia setempat yang
  mempengaruhi kegiatan pelancongan di  kawasan   tersebut.    [ 6 ]

Isi Utama
Tarikan-tarikan  kawasan pelancongan
Markah
B1.Tarikan Fizikal
1.Pantai bersih,berair jernih,kewujudan batu karang,taman laut / maritim.
2.Tanah tinggi,pemandangan cantik,suhu sejuk.
3.Hutan lipur,hutan bakau.,kepelbagaian flora dan fauna,udara nyaman.
4,Gua batu kapur
5.Jeram,air terjun,sungai,tasik semulajadi
2

2

2
2
2
B2. Tarikan manusia
1.kemudahan pengangkutan & perhubungan
2.kemudahan penginapan, hotel & resort
3.kemudahan rekreasi
4.kemudahan pusat membeli-belah
5.kemudahan pusat teknologi & telekomunikasi
2
2
2
2
2
Pemarkahan :   Menjelaskan  2 (fizikal) + 1(manusia) @ 1+2   = 6 markah
                                       
c) Jelaskan bagaimanakah kegiatan pelancongan membantu 
    pembangunan ekonomi dan sosial penduduk setempat.    [ 8 ]

Isi Utama
Huraian
Markah
C1.Peluang pekerjaan
-peluang pekerjaan sebagai pengusaha gerai,chalet,resort,pengangkutan dan perkhidmatan di kawasan pelancongan.
-Membantu meningkatkan pendapatan penduduk setempat.
2
C2. Wujudkan rantaian ekonomi berkaitan
-Perkembangan pelancongan telah membantu mewujudkan aktiviti ekonomi berkaitan seperti penyediaan aktiviti rekreasi,pengangkutan,hotel,chalet,perhubungan.
-Mempelbagaikan kegiatan ekonomi kawasan sekitar.
-Pemasaran hasil pertanian dan kraftangan setempat.
2
C3.
Pembangunan kawasan
-Pembinaan jalan raya,perhubungan,kemudahan asas, bekalan air, elektrik,pusat perniagaan dll telah membangunkan kawasan sekitar.
-Penduduk sekitar menikmati kemudahan yang disediakan.
2
C4.Persekitaran yang selesa / kondusif
-Kawasan pelancongan dijaga dan dipelihara kebersihan/keindahan .Kawasan tidak tercemar.
-Penduduk sekitar dapat nikmati kehidupan yang lebih selesa.
2
C5. Tingkatkan taraf hidup
-Pelbagai peluang pekerjaan yang wujud telah meningkatkan taraf hidup pendudk setempat.
-Mendapat pendapatan yang baik.
-Tidak terlalu bergantung kepada sektor tradisional/pertanian semata-mata.
2
Pemarkahan : Mana-mana 4 isi x 2 markah. Maksimum 8 markah.
Nota :  Calon perlu menjelaskan ’bagaimana’  / proses untuk dapat  2m  - jika tiada  1m.

d) Cadangkan langkah yang boleh dilakukan untuk memajukan
                 lagi kawasan pelancongan tersebut.                            [ 6 ] 
          
Isi Utama
Huraian
Markah
D1.Promosi
-Mempromosikan kawasan dan produk pelancongan kawasan melalui media massa
dengan lebih meluas.
2
D2.Menaiktarafkan kemudahan.
Menambah dan memperbaiki mutu perkhimatan yang disediakan seperti chalet,resort,restoran,jalan perhubungan,telekomunikasi dan sebagainya agar memenuhi kehendak pelancong.
2
D3.Mewujudkan aktiviti rekreasi yang menarik.
Menambah dan mewujudkan aktiviti rekreasi laut,pantai,taman tema,pameran dan sebagainya mengikut keadaan semasa.
2
D4.Mewujudkan landskap fizikal yang menarik./bersih.
-Mewujudkan taman,landskap flora yang menarik bagi memikat palancong.
-Memberikan tumpuan aspek meningkatkan kebersihan kawasan.
2
D5.Pakej pelancongan yang menarik
-Mewujudkan pakej pelancongan yang menarik/murah bagi memikat pelancong.
2
Pemarkahan : Mana-mana 3 isi x 2 markah = maksimum 6 markah.

Skema Jawapan
Soalan ini adalah soalan kajian lapangan / luar,oleh itu jawapan calon mestilah memenuhi syarat-syarat berikut.
1.  Skala jawapan mestilah kecil dan khusus sifatnya. Merujuk kepada satu kawasan pelancongan yang kecil sahaja.Jawapan tidak boleh merujuk kepada banyak kawasan pelancongan.
2.  Jawapan tidak boleh merujuk kepada kawasan pelancongan yang terlalu luas/besar seperti daerah yang besar atau sebuah negeri.
3. Jawapan tidak boleh bersifat umum tanpa merujuk mana-man kawasan pelancongan.
4. Setiap jawapan calon hendaklah merujuk kepada lokaliti secara tepat

(Jika jawapan calon tidak memenuhi syarat 1, 2 dan 3 di atas,markah maksimum adalah 8/25 sahaja.)


SOALAN 6
6.   a)   Namakan lima contoh  landskap budaya yang wujud akibat  proses
            transformasi desa.                                                                                   [ 5 ]
                      i.        Pembinaan perumahan-taman perumahan
                     ii.        Pembinaan sekolah,klinik,hospital,bagunan kedai,bangunan
pentadbiran,dewan orang ramai
                    iii.        Pasaraya,market mini,pasar
                   iv.        Infrastruktur telekomunikasi,bekalan elektrik,bekalan air,jalan berturap
                    v.        Ladang,pertanian berkelompok
                   vi.        Pusat pengumpulan hasil,pusat khidmat masyarakat
[ Terima mana-mana contoh 5 x1 =5 m ]

          ( b)  Mengapa kadar transformasi sesebuah petempatan desa di Malaysia
                  tidak seimbang?                                                [10]
Isi utama
huraian
contoh
B1 Kedudukan dan keadaan tapak petempatan yang tidak sama.
Tapak yang strategik dan tidak strategik.Kawasan tanah pamah dan tanah tinggi.Contoh kawasan luar bandar pantai barat semenanjung mempunyai banyak kelebihan tapak berbanding pantai timur dan Malaysia timur
2
B2Ketersampaian
Kawasan yang mudah dihubungi dan banyak mod  pengangkutan akan lebih cepat mengalami transformasi berbanding kawasan yang sukar dihubungi
2
B3 Potensi sumber alam
Kawasan yang banyak sumber alam seperti minyak,mineral dan pertanian akan lebih cepat membangun berbanding kawasan yang kurang sumber alam
2
B4 Fizikal yang menarik
Kawasan yang mempunyai tarikan fizikal seterti tanah tinggi,pantai yang cantik akan menjadi tumpuan pembangunan.
2
B5 Polisi kerajaan
Polisi kerajaan yang menumpukan pembangunan di kawasan tertentu seperti pembangunan koridor perindustrian,pertanian,pelancongan dan pendidikan.
2
B6  Perluasan bandar yang tidak sama
Bandar besar dan bandar utama akan mengalami rebakan yang besar ke kawasan sekitarnya.Lingkungan bandar yang besar akan mempercepatkan pembangunan kawasan sekitar.


2

B7 Perkembangan kegiatan ekonomi moden yang tidak seimbang
Kawasan luar bandar yang berdekatan kawasan yang pesat mengalami pertumbuhan ekonomi sekunder dan tertier akan lebih cepat mengalami transformasi berbanding kawasan yang masih giat dalam kegiatan pertanian.
2
Pemarkahan : mana-mana 5 isi x 2 markah =10 m 

(c)     Huraikan kesan positif transformasi desa terhadap pembangunan 
        sosioekonomi penduduk di sesebuah kawasan.          [10]
Isi utama
Huraian
Markah
C1  Taraf hidup meningkat
Banyak peluang kerja baru  dan pendapatan tetap
2
C2Peluang pekerjaan
Mengatasi masalah pengaggguran di luar bandar
2
C3 Mudah milik rumah
Kawasan perumahan moden yang lebih selesa
2
C4 kemudahan pendidikan
Sekolah,IPT,kolej
2
C5 Kemudahan perubatan
Hospital,klinik,pusat rawatan swasta
2
C6 Ketersampaian tinggi
Kemudahan perhubungan dan pengangkutan memudahkan maklumat sampai dan mobiliti tinggi
2
C7 Sekat migrasi keluar
Peluang pekerjaan baru dapat kurangkan emigrasi
2
C8 Kemasukan inovasi
Maklumat dan teknologi baru masuk dari bandar dan memajukan kawasan luar bandar
2

Pemarkahan : mana-mana 5 isi x 2 markah = 10 m


SOALAN 7
   a)   Apakah yang dimaksudkan dengan ASEAN?                  [ 5 ]

Isi Utama
Markah
Konsep :
Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (Association of Southeast Asian Nations) yang ditubuhkan melalui Deklarasi Bangkok 1967
             
Anggota ASEAN :
10 buah negara iaitu  Thailand, Indonesia,Singapura, Filipina, Malaysia, Brunei, Myanmar, Kemboja, Laos dan Vietnam.

Tujuan penubuhan :
Menjayakan kerjasama serantau dalam pelbagai bidang seperti kemajuan
sosioekonomi, keamanan dan   kestabilan  serantau, dan kerjasama dengan
negara dan pertubuhan antarabangsa yang lain. Mengamalkan konsep ZOPFAN            
1



2

2

       (b)    Huraikan kepentingan kerjasama ASEAN kepada pembangunan ekonomi    
              Malaysia.          [10]
   
Isi Utama
Huraian
Markah
B1 Meluaskan pasaran
·      Peluasan pasaran dan perdagangan yang dicapai menerusi Perjanjian Keutamaan Perdagangan (PTA) menyebabkan barangan Malaysia boleh menembusi pasaran ASEAN dengan lebih mudah tanpa sekatan atau dasar perlindungan yang ketat.


2
B2 Perkongsian tenaga buruh
·      Masalah kekurangan buruh dan kepakaran dapat diatasi dengan kemasukan tenaga buruh dari Negara jiran.
·      Contohnya tenaga buruh dari selatan Thailand telah menampung kekurangan buruh dalam sektor pertanian di negeri Kedah dan Perlis.
·      Kekurangan buruh dalam sektor pembinaan,  perladangan dan pembantu rumah ditampung oleh tenaga buruh dari Indonesia.



2
B3
Pemindahan
Teknologi,R&D dan
inovasi
·      Berlaku perkongsian dalam semua bidang  iaitu perindustrian, tenaga, pertanian, perikanan, perhutanan, telekomunikasi, pengangkutan dan kewangan melalui lima jawatankuasa ekonomi yang dibentuk dalam Kerjasama Ekonomi ASEAN.
·      Contohnya Malaysia berkongsi kemahiran teknologi automatif dan telekomunikasi manakala Thailand menawarkan kemahiran dalam teknologi pertanian dan perlombongan.




2
B4 Meningkatkan
pendapatan negara
·      Melalui pelaburan di negara anggota Asean yang lain. Contohnya Malaysia banyak melabur di Indonesia khususnya dalam sektor penanaman kelapa sawit.
·      Di bawah IMT-GT  kawasan seperti Pulau Langkawi, Utara Kedah- Perlis seperti Bukit Kayu Hitam mengalami pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat.



2
B5 Bekalan bahan
mentah
·      Sumber alam  seperti sumber hutan, sumber pelancongan , sumber air, sumber tenaga dan sumber manusia dapat dibangunkan tanpa pembaziran. Wujud keadaan saling melengkapi antara negara anggota ASEAN.
·      Malaysia bergantung kepada Thailand untuk bekalan beras, sumber perikanan, sayur-sayuran dan lain-lain bagi menampung kekurangan sumber makanan dalam negara.



2
B6 Perkongsian modal
·      Konsep pelaburan bersama , pelaburan silang, Koperasi kewangan ASEAN dan lain-lain. Negara yang teguh keadaan ekonomi akan melabur di negara-negara yang agak mundur.
·      Contohnya yang dilaksanakan antara Malaysia dan Singapura di bawah projek IMT-GT bagi menyiapkan Projek Link Kedua yang menghubungkan Malaysia –Singapura.
·      Kejayaan projek ini  memberi keuntungan kepada kedua-dua negara melalui kutipan tol, pertambahan aliran barangan dan perkhidmatan  dan mempercepatkan pergerakan penduduk.




2


B7 Kerjasama menjaga
alam sekitar
·      Negara anggota ASEAN iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura  bersetuju secara bersama menjaga perairan Selat Melaka dengan membuat pengesanan, rondaan, kawal selia, pengawasan dan pemuliharaan jika berlaku kes pembuangan enap cemar oleh kapal-kapal dagang yang melalui Selat Melaka.


2
 Pemarkahan : mana-mana 5 isi x 2 markah = 10 m
 
     (c)    Jelaskan masalah yang dihadapi dalam kerjasama ekonomi ASEAN.    [10]
Isi Utama
Huraian
Markah
C1 Kegawatan
ekonomi
serantau
·      Kejatuhan nilai matawang telah menjejaskan banyak projek pembangunan
·      Kos operasi projek telah meningkat.
·      Projek terhenti kerana pelabur tempatan kekurangan modal.
·      Contohnya Indonesia yang masih berhadapan dengan kegawatan ekonomi hingga ke hari ini.


2
C2 Masalah fizikal
·      Bentuk muka bumi yang bergunung-ganang dan berpulau, cuaca dan bencana alam menyukarkan pembangunan ekonomi serantau.
·      Sukar untuk dihubungi (Darjah Ketersampaian rendah)
·      Contohnya bentuk muka bumi yang bergunung-ganang telah menghalang pembinaan Lebuh Raya Trans Borneo dalam kawasan BIMP-EAGA


2
C3 Masalah
teknologi dan
kepakaran
yang rendah.
·      Sukar untuk menjalankan projek secara besar-besaran.
·      Tahap kemajuan teknologi dan kepakaran yang berbeza antara negara Asean.
·      Terpaksa mengimport teknologi dari Negara maju.
·      Kemudahan infrastruktur  yang tidak cukup menyukarkan pemindahan teknologi moden dan teknologi maklumat (IT).
·      Sukar menghasilkan produk yang berkualiti & berdaya saing.


2
C4 Konflik politik
dan
keselamatan.
·      Ancaman lanun dan keselamatan di sempadan.
·      Pergolakan politik wilayah dalam Negara anggota ASEAN.
·      Contohnya masalah ancaman lanun di Filipina dan konflik politik di Selatan Thai.
·      Konflik  pertindihan tuntutan wilayah atau kawasan sempadan bersama. Contohnya Kepulauan Spratly yang menjadi tuntutan antara anggota ASEAN iaitu Vietnam, Filipina, Brunei dan Malaysia serta Negara bukan ASEAN iaitu China dan Taiwan.



2
C5 Masalah kuasa
beli dan
pasaran.

·      Kuasa beli yang rendah dalam kalangan penduduk ASEAN jika dibandingkan dengan Negara maju.
·      Contohnya Indonesia dan Filipina walaupun mempunyai penduduk yang ramai tetapi kuasa beli penduduknya rendah kerana rakyat miskin. Manakala Singapura mempunyai kuasa beli yang tinggi tetapi penduduknya kurang.
·      Keadaan ini menyukarkan peluasan perdagangan antara Negara ASEAN.


2
C6 Keluaran
barangan yang
homogeneus
·      Persaingan antara kepentingan negara dan kepentingan serantau.
·      Berlaku persaingan sesama negara pengeluar kerana mempunyai sumber yang sama.
·      Kesannya berlaku lambakan di pasaran dan kejatuhan harga komoditi.
·      Contohnya :komoditi getah, kelapa sawit dan bijih timah antara Malaysia, Indonesia dan Thailand.           


2
C7 Perbezaan
ekonomi antara
negara anggota
·      Tahap kemajuan dan pembangunan ekonomi yang tidak sama antara negara ASEAN.
·      Pembangunan ekonomi di Malaysia dan Singapura lebih pesat dibandingkan dengan Negara Laos dan Myanmar.
·      Contohnya  dalam kerjasama AFTA, penghapusan tarif tidak dapat dilaksanakan serentak di semua negara anggota ASEAN.
·      Syarikat tempatan yang tidak cekap dan bergantung kepada perlindungan kerajaan akan muflis jika wujudnya pasaran bebas melalui kerjasama AFTA.


2
Pemarkahan : mana-mana 5 isi x 2 markah = 10 m

SOALAN 8
8     a)   Senaraikan lima aktiviti ekonomi yang menjejaskan kualiti sumber tanih di   
              sesebuah kawasan.                                                                                    [ 5 ]

-       Pertanian – penggunaan racun                                                             1
-       Pembalakan – penebangan hutan                                                        1
            -   Pembinaan – petempatan/kondominium/hotel  di cerun bukit           1
            -   Pembangunan tanah untuk pertanian secara besar-besaran            1
            -   Perlombongan – ku ari,bijih timah, emas dll.                                       1
            -   Perikanan – akuakultur                                                                           1

     b)    Jelaskan bagaimana aktiviti manusia mempengaruhi kemerosotan sumber
     tanih.      [10]
Isi Utama
Huraian
Markah
B1 Pertanian
-di kawasan cerun curam tanpa teres/kontor, tanpa tanaman tutup bumi, tanaman sejenis – menyebabkan gangguan kepada sumber tanih
2
B2 Pembalakan
- kegiatan penebangan hutan/pembalakan tanpa kawalan / pembalakan haram – tiada usaha tanam semula hutan – berlaku kemerosotan sumber tanih
2
B3 Pembinaan
-pembinaan petempatan/resort/hotel dll. Yang melibatkan kerja memotong dan meneres cerun bukit tanpa spesifikasi.
-pembinaan infrastruktur – lebuh raya, L. terbang, empangan dll. melibatkan kerja tanah – memotong dan merata cerun bukit
2

2
B4 Pembangunan Tanah
-pembangunan tanah secara besar-besaran dalam bidang pertanian – penerokaan hutan secara besar-esaran menjejaskan kualiti sumber tanih – rancangan pembangunan tanah (FELDA)
2
B5 Perlombongan
-pelombongan kuari, emas, bijih besi, dan bijih timah yang melibatkan kerja-kerja mengorek tanah dan meletup bukit – kualiti sumber tanih merosot.
2
                                                                                                Pemarkahan : 5 x 2 = 10 markah

   (c)    Huraikan langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kesan kemerosotan 
          kualiti sumber tanih di sesebuah kawasan.                   [10]                                         
Isi Utama
Huraian
Markah

1.Langkah perundangan



·      Menguatkuasa Akta Pemuliharaan Tanah 1960. Garis Panduan Pembangunan di kawasan Tanah Tinggi 2005.             Garis Panduan Penyelenggaraan Cerun 2006 oleh Jabatan Kerja Raya
·      Mengharamkan penggunaan jentera berat di kawasan tanah tinggi dan cerun curam berkontor melebihi 300 meter dari aras laut dan kecerunannya melebihi 15°
·      Mengharam pembangunan di kawasan cerun berkelas IV pada ketinggian melebihi 1000 meter dari aras laut
·      Pemantauan dan kawal selia aktiviti pembangunan di kawasan cerun
·      Hukuman dan denda oleh PBT terhadap aktiviti yang merosakkan cerun bukit atau yang melanggar Laporan EIA
2



2


2

2

2
2. Langkah pengurusan strategik





·      Pembinaan sungkup plastik/daun sebagai langkah jangka pendek di kawasan berisiko tinggi untuk runtuh
·      Membina benteng dan tembok penahan
·      Membina gabion (sangkar dawai yang diisi batu) dan groin di kaki cerun
·      Membina longkang/parit dipermukaan cerun bagi mengurangkan limpahan air hujan/ larian
·      Konkrit cerun / simen cerun
·      Jaringan besi/dawai menyaluti cerun
·      Tanaman tutup bumi – rumput/buluh
·      Amalan pertanian berkontor
2

2
2

2

2
2
2
2

3.Kempen kesedaran dan Pendidikan Alam Sekitar

·      Kempen pemuliharaan cerun – menanam pokok peneduh di kawasan cerun
·      Pendidikan alam sekitar melalui mata pelajaran Geografi tentang pelestarian kawasan cerun
2

2
                                                                        Pemarkahan : 4 + 4 + 2 =Max 10 markah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...