PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Saturday, September 29, 2012

sambungan TEKNIK MENJAWAB SOALAN GEOGRAFI STPM KERTAS 1

TEKNIK MENJAWAB  SOALAN-SOALAN  KESANLANGKAH MENGATASI, KEMAHIRAN  DAN  KAJIAN LUAR GEOGRAFI STPM KERTAS 1   [942/1].




SOALAN KESAN

Kesan terbahagi  kepada;

( i )    Alam sekitar fizikal
( ii )   Aktiviti manusia
( iii)   Manusia
(iv )   Sistem yang lain. 

Contoh kesan kepada alam sekitar fizikal

Jelaskan kesan kenaikan aras laut ke atas alam sekitar fizikal.          (10 )

Skema Pemarkahan

-          banjir laut
-          pengurangan kawasan daratan
-          keluasan laut bertambah
-          peningkatan kadar hakisan ombak ke atas pinggir pantai.
-          Kemusnahan ekosistem hutan – hutan pinggir pantai
-          Kemusnahan karang

Contoh jawapan

Kenaikan aras laut akan menyebabkan kawasan  ( daratan semakin berkurangan. ) 
Keadaan ini berlaku apabila ( kawasan-kawasan rendah di pinggir laut  akan tenggelam.)

Contoh kesan kepada aktiviti manusia

Huraikan kesan banjir terhadap aktiviti manusia.                                 ( 8 )

Skema Pemarkahan

-          pertanian
-          perikanan
-          akuakultur
-          pelancongan
-          industri
-          bekalan air domestik
-          perlombongan
-          pengangkutan dan perhubungan


Contoh kesan kepada manusia

Huraikan kesan banjir terhadap manusia.                                                            ( 8 )

Skema Pemarkahan

-          kehilangan nyawa
-          kerosakan harta benda penduduk
-          trauma/fobia
-          wabak penyakit
-          kesan kepada perhubungan dan pengangkutan.
-          Kesan kepada kegiatan ekonomi ( pertanian, perlombongan, industri dan lain-lain)
-          Kesan kepada kegiatan domestik


Contoh kesan kepada sistem yang lain


Huraikan kesan kemusnahan hutan terhadap kitar hidrologi                          ( 10 )

Hutan ( sistem ekologi )
Kitar hidrologi ( sistem hidrologi )

Skema Pemarkahan

Sejatan – meningkat
Perpeluhan – berkurangan
Kerpasan – berkurangan
Aliran batang – berkurangan
Resapan – berkurangan
Larian air permukaan – meningkat
Air tanih - berkurangan


          SOALAN LANGKAH MENGATASI
 
 
Contoh soalan

Jelaskan bagaimana hakisan permukaan cerun dapat dikawal.                            ( 8 )
 Jelaskan langkah yang boleh diambil mengurangkan kesan akibat femonena kemarau.      
                                                                                                                                         ( 8 )
 Jelaskan langkah mengawal hakisan permukaan cerun.                                         ( 12 )
 Jelaskan kaedah mengurangkan pemanasan yang melampau di kawasan bandar. ( 8 )


Soalan latihan

Jelaskan bagaimana hakisan permukaan cerun dapat dikawal.      ( 8 )

Skema pemarkahan

a.       Kaedah perundangan
b.      Kaedah bukan perundangan
-  teres cerun
-  pembinaan parit/longkang              
-  sungkupan plastik
-  penanaman tumbuhan penutup bumi
-  pendidikan-mendidik
-  kempen kesedaran-menyedarkan

Contoh jawapan

( isi )  Pembinaan teres dapat mengawal larian air permukaan di mana  ( bagaimana ? )   
larian air tersebut dapat di perlahan dan sekali gus dapat mengurangkan tenaga 
kinetik pergerakan air tersebut- hakisan dapat dikurangkan.


Empat  jawapan yang sering diterima dalam jawapan kaedah mengatasi 

           Menguatkuasakan peraturan dan akta seperti Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, 
dengan mengenakan denda dan hukuman yang setimpal kepada …………………

          Melalui pendidikan sama ada pendidikan formal atau tidak formal iaitu mendidik 
pelajar dan orang ramai tentang kepentingan…………... Kepada alam sekitar fizikal
dan manusia.


         Melalui kempen kesedaran iaitu memberi kesedaran kepada orang ramai tentang
kesan ………. Kepada alam sekitar fizikal dan manusia 

         Menanam tumbuhan penutup bumi - mengurangkan hakisan percikan, 
mengurangkan air larian permukaan- Akar tumbuhan tersebut dapat memegang 
dan mencengkam tanah di cerun daripada jatuh akibat tarikan gravit.     



SOALAN KEMAHIRAN AMALI
 
 
1.      Soalan berkaitan dengan kemahiran amali yang dipelajari seperti graf bar, graf garis,
      Carta pai, rajah arah tiupan angin, peta isoplet.
2.      Calon mestilah melukis graf atau peta yang diminta dan tidak boleh 
       menukarkannya dengan graf yang lain.


Kaedah menjawab soalan pola

Contoh soalan

Huraikan pola hujan bulanan dan suhu di stesen x bagi tahun 2004.                      ( 5 m )

-          Hujan paling lebat  ( 1 )
-          Hujan paling kurang  ( 1 )
-          Hujan agak seimbang  ( 1 )
-          Suhu paling tinggi  ( 1 )
-          Suhu paling rendah  ( 1 )
-          Suhu sekata   ( 1 )


Tajuk-tajuk kemahiran amali

Sistem geomorfologi

-          mengira kecerunan/ formula
-          mengira / melukis profil rentas
-          plot garisan senilai ( kontur )
-          mengira keluasan
-          mengukur panjang
-          bearing

Sistem atmosfera

-          peta isoplet  ( isoyet dan isoterma )
-          rajah angin ( arah dan tiupan )
-          gambar rajah serakan
-          graf bulatan
-          graf bar cermin
-          graf bar gabungan
-          Formula / pengiraan dan alat mengukur, suhu, hujan, kelembapan, dll



            SOALAN KAJIAN LUAR

 
 
Tumpuan kajian luar 2012

Kajian kawasan cerun ( geomorfologi )

-          formula pengukuran cerun
-          kaedah pengukuran cerun
-          alat yang digunakan
-          kaedah mengawal kawasan cerun
-          faktor kemusnahan kawasan cerun

Ekosistem ( ekologi )- sama ada daratan atau akuatik

-          komponen – biotik/ abiotik
-          siratan makanan
-          ciri tumbuhan
-          faktor kemusnahan
-          langkah pemeliharaan dan pemuliharaan

Contoh soalan

   Berdasarkan kajian luar yang telah anda jalankan di kawasan bercerun.

            ( a )  ( i )   Nyatakan formula yang anda gunakan untuk mengira kecerunan
                             kawasan kajian.                                                                                ( 2 )
                    ( ii )  Jelaskan kaedah yang anda gunakan untuk mengukur kecerunan cerun.
                                                                                                                                         ( 4 )
                    ( ii )  Nyatakan jenis cerun kawasan kajian anda.                                  ( 1 )
                   
            ( b )  ( i )    Dengan merujuk kepada proses pergerakan jisim di kawasan kajian,
                             huraikan  faktor  yang  mempengaruhi berlakunya proses tersebut.  ( 6 )

                    ( ii )   Jelaskan kaedah mengawal proses geomorfologi yang anda pilih pada
                    soalan   b ( i ).                                                                                              ( 6 )

            ( c )   Huraikan kepentingan kawasan tanah tinggi kepada manusia.           ( 6 )



   Contoh jawapan

            ( a )  ( i )   Jelaskan bagaimana anda mengira kecerunan kawasan kajian.     
                                                                                                                                       ( 2 )           
                      Ai1    mengira perbezaan ketinggian dengan jarak mendatar                              
                      Ai 2   formula   : 

                          Kecerunan   :      Perbezaan ketinggian
                                                       Jarak mendatar                                                                 

     ( ii ) mengukur kecerunan cerun                                                                      ( 4 )

  1. Alat yang mengukur kecerunan cerun ialah klinometer Sunto.
  2. Kayu pancang yang bertanda diletakkan di bahagian atas cerun.
  3. Meletakan klinometer sama tinggi dengan pancang di kaki cerun supaya selari dengan cerun yang dipilih.
  4. Membaca nilai sudut pada alat dalam nilai darjah. 
 


     ( iii )   Nyatakan jenis cerun kawasan kajian anda.                                                ( 1 )

-          cerun curam  atau cerun landai   
                                                                                       
 ( b )    ( i )    Dengan merujuk kepada proses pergerakan jisim , huraikan faktor 
yang menggalakkan berlakunya proses tersebut.                                                     ( 6 )

-          Kekurangan tumbuhan litupan bumi -  ketiadaan akar tumbuhan untuk
      memegang dan mencengkam tanah.

      -     Hujan -   membekalkan air tanih- bertindak sebagai agen pemberat dan pelincir –
            memudahkan pergerakan berlaku.     

      -     kecerunan -  semakin curam sesuatu cerun semakin giat proses pergerakan jisim.
            jenis batuan/bahan  - batuan yang lembut daripada kumpulan batuan enapan
            mudah  terluluhawa- memudahkan pergerakan jisim berbanding batuan daripada
            kumpulan igneus yang lebih keras.

-          faktor aktiviti manusia – penebangan tumbuhan, pembinaan dan kegiatan
      pertanian di cerun- tanah menjadi longgar dan tidak mempunyai pegangan akar
      tumbuhan – mudah untuk jatuh akibat tarikan graviti.
            

              ( ii )   Jelaskan kaedah mengawal proses geomorfologi yang anda pilih pada
              soalan   b ( i ).                                                                                                   ( 6 )

-          Kaedah perundangan – menguatkuasakan akta dan peraturan – cth. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 – mengenakan hukuman dan denda kepada individu yang terlibat dalam aktiviti pembalakan di kawasan cerun, pembinaan dan pertanian.

-          Menanam tumbuhan tutup bumi – tumbuhan kekacang dan rumput- akar memegang dan mencengkam tanah daripada runtuh.

-          Pembinaan teres - khusus kepada cerun-cerun yang digunakan untuk penanaman tanaman dan pembinaan petempatan.Teres dapat mengawal pergerakan air permukaan terutama ketika hujan lebat.Teres dapat memperlahankan pergerakan air dan keadaan ini dapat mengurangkan tenaga kinetik pergerakan air tersebut sekaligus mengurangkan hakisan.

-          Pembinaan parit / longkang- air larian permukaan di cerun dapat dikawal melalui kaedah ini. Air tidak mengalir dalam bentuk pelbagai hala yang boleh menyebabkan berlakunya hakisan kepingan.Longkang-longkang dibina menggunakan bahan konkrit dan  secara bertangga bagi menjamin ketahanannya terhadap hakisan dan mengurangkan kelajuan pergerakan air.

-          Penyimenan permukaan cerun - permukaan cerun secara keseluruhannya disimen. Pada permukaan simen dibuat lubang-lubang bagi mengawal aliran air bawah tanah. Sesuai bagi mengurangkan hakisan percikan air hujan dan hakisan kepingan.

-          Pendidikan-melalui pendidikan formal di sekolah seperti pendidikan geografi, alam sekitar, pendidikan moral dan sebagainya.Pelajar-pelajar didedahkan kepentingan kawasan tanah tinggi dan impaknya kepada lam sekitar fizikal dan manusia sekiranya kawasan tanah tinggi diterokai.

-          Kempen- melalui risalah-risalah dan lain-lain kempen yang dijalankan oleh agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar ( JAS ), Sahabat Alam Malaysia ( SAM ), Jabatan Perhutanan dan lain-lain.


  ( c )   Huraikan kepentingan kawasan tanah tinggi kepada manusia.                  ( 6 )    

-          Aktiviti  pertanian – penanaman tanaman hawa sederhana seperti  sayuran 
                                           dan buah-buahan, teh .       
-          Pelancongan        -  aktiviti perlancongan di kawasan suhu sederhana.
-          Telekomunikasi   – menara pemancar ( TV, telefon mudah alih dan radio )
-          Pembalakan         -  kawasan tanah tinggi ditumbuhi oleh pokok-pokok yang kayu 
                                          keras yang bernilai – sesuai untuk aktiviti pembalakan.
-          Kawasan tadahan air – kawasan tanah tinggi merupakan kawasan tadahan air 
                                                   bagi sungai-sungai.

selamat cuba menjawab soalan latihan yang diberikan.
bincangkan dengan rakan-rakan. 
jika timbul masalah rujuk guru-guru anda.

TERIMA KASIH. SEMOGA BERJAYA DALAM STPM 2012.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...