PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Friday, September 28, 2012

sambungan TEKNIK MENJAWAB GEOGRAFI KERTAS 1 STPM 2012



TEKNIK MENJAWAB SOALAN-SOALAN GEOGRAFI STPM KERTAS 1 2012 

Setelah kita mempelajari teknik menjawab soalan-soalan geografi kertas 1 dalam pos yang lepas iaitu soalan tentang konsep, kini kita lihat pula tentang 
 
SOALAN-SOALAN TENTANG PROSES, CIRI-CIRI DAN FAKTOR MEMPENGARUHI.
 











SOALAN  PROSES


Contoh soalan proses

1.  Huraikan proses pembentukan hujan asid.                              ( 4 )
2.  Huraikan proses kejadian gempa bumi.                                   ( 4 )
3.  Jelaskan bagaimana penipisan lapisan ozon berlaku.           ( 4 )
4.  Jelaskan bagaimana fenemona kesan rumah hijau terjadi.   ( 4 )

Contoh jawapan

Huraikan proses pembentukan tiga bentuk muka bumi pemendapan sungai.   ( 12 )

Contoh jawapan

( isi )  Dataran banjir ( 1m )     

Banjir yang melimpahi tebing sungai akan membawa bersamanya bahan-bahan  seperti lumpur, kelodak, lempung, pasir, kelikir  ke sekitar tebing sungai. Bahan- bahan tersebut kemudiannya akan dimendap / ditinggalkan di sekitar tebing semasa air banjir surut . Kejadian banjir yang berulang-ulang dan dalam tempoh yang lama akan menyebabkan bahan yang dimendapkan bertambah lalu membentuk satu dataran yang luas dan lebar dikenali sebagai dataran banjir.  Contoh dataran banjir di Malaysia Dataran Kedah – Perlis.




        SOALAN CIRI

 
 
Contoh soalan ciri

1.  Nyatakan ciri tumbuhan kawasan kajian.                                                ( 5 )
2.  Bezakan ciri lava asid dengan lava bes.                                                ( 8 )
3.  Jelaskan perbezaan antara batuan igneus dengan batuan enapan.   ( 8 )
4.  Nyatakan perbezaan antara perihelion  dan aphelion                           ( 6 )

Contoh soalan

Bezakan ciri lava asid dengan lava bes                                                      ( 8 )

Contoh jawapan

Bil
Ciri lava bes
Ciri lava asid
1
Lava bes sangat cair
Lava asid sangat likat
2
lambat membeku
Cepat membeku
3
Bergerak jarak yang jauh
Bergerak jarak yang dekat
4
mengandungi kandungan silika yang tinggi.
sedikit selika tetapi banyak mengandungi besi dan magnesium
5
takat lebur yang rendah
takat lebur yang tinggi.

Bentuk ayat

Lava bes merupakan lava yang sangat cair manakala lava pula merupakan 
lava yang sangat likat. 
Lava bes merupakan lava yang lambat membeku manakala lava pula 
merupakan lava yang sangat cepat membeku. 



      SOALAN FAKTOR

 
 
Contoh soalan faktor

Jelaskan faktor fizikal yang menyebabkan berlakunya fenomena penipisan  ozon.   (8)
Bagaimana aktiviti manusia mempengaruhi kejadian jerebu ?                                    (10)
Huraikan faktor fizikal yang menyebabkan kenaikan dan kejatuhan aras laut.            (8)
Huraikan faktor yang mempengaruhi kejadian pulau haba bandar.                             (10)

Faktor terbahagi 3 aspek :-

( I )   FAKTOR ( UMUM ) 
 
( II )  FIZIKAL / ALAM SEKITAR FIZIKAL

( III ) MANUSIA/ ALAM SEKITAR MANUSIA

Contoh soalan ( faktor secara umum )

1.  Jelaskan faktor yang mempengaruhi peningkatan suhu global.                             (10 ) 
2.  Huraikan faktor yang menyebabkan berlakunya fenomena pulau haba.               (10 )
3.  Huraikan faktor yang menyebabkan berlakunya banjir kilat di sesuatu kawasan.(10 )


Contoh jawapan

Jelaskan faktor yang mempengaruhi peningkatan suhu global.             ( 10 ) 

Faktor semula jadi / fizikal
-         letusan gunung berapi 
-         El-nino / Kemarau
-         Perubahan angin
-         Kekurangan tumbuhan

Faktor manusia/ aktiviti manusia
-         peningkatan gas- gas rumah hijau.
-         peningkatan gas-gas CFC.
-         pertambahan bilangan penduduk dunia.
-         pertambahan bilangan bangunan pencakar langit.
-         pembakaran hutan/ sisa pertanian 
-         penggunaan bahan kimia dan racun dalam pertanian
                                       
Mana-mana  3 faktor fizikal  dan 2 faktor manusia atau sebaliknya

·          Lebihkan faktor fizikal

Contoh soalan ( faktor fizikal )

1.  Huraikan faktor fizikal yang mempengaruhi pergerakan jisim.                              (10 )
2.  Huraikan faktor fizikal yang menyebabkan berlakunya pemendapan sungai.     (10 )
3.  Huraikan faktor fizikal yang mempengaruhi luluhawa kimia di kawasan tropika
     lembap.                                                                                                                        (10 )

Contoh soalan

Huraikan faktor fizikal yang mempengaruhi pergerakan jisim.                 (10)

-  Kurang litupan tumbuhan
-  Hujan yang lebat
-  Pencairan salji
-  Jenis bahan
-  Kegiatan luluhawa
-  Letupan gunung berapi
-  Gempa bumi


Contoh soalan ( Faktor manusia )

1. Jelaskan bagaimana kegiatan manusia boleh mempengaruhi pergerakan jisim. (10)
2. Jelaskan empat aktiviti manusia yang boleh mengganggu kestabilan cerun 
    di kawasan kajian.                                                                                                          (8)
3. Jelaskan aktiviti manusia yang boleh mempengaruhi fenomena pulau haba bandar.(10)    

Contoh soalan

Jelaskan bagaimana kegiatan manusia boleh mempengaruhi 
pergerakan jisim.                                                                                  ( 10 )

 -  Penebangan / penyahutanan di cerun
 -  Pertanian
 -  Perlombongan/ kuari
 -  Pembinaan di cerun
-  Penternakan
-  Pembinaan jalan raya / lebuh raya 


      SOALAN KEPENTINGAN

 
 
1.         Kepentingan kepada alam sekitar fizikal
2.         Kepentingan kepada aktiviti manusia


Kepentingan kepada alam sekitar fizikal

Contoh soalan

1. Jelaskan kepentingan bentuk muka bumi pemendapan pinggir pantai 
     kepada aktiviti manusia.                                                                              (10)
 2. Jelaskan kepentingan hutan bakau kepada alam sekitar fizikal.             (10)
 3. Huraikan kepentingan luluhawa kepada alam sekitar fizikal.                   (10)


Contoh soalan

Jelaskan kepentingan hutan bakau kepada alam sekitar fizikal.    ( 10 )

Contoh Skema Pemarkahan

-         mencegah hakisan pinggir pantai
-         habitat
-         membekalkan oksigen kepada hidupan
-         tempat persinggahan burung penghijrah
-         mengurangkan kelajuan angin
-         mengurangkan kepekatan gas karbon dioksida di udara


Kepentingan kepada alam sekitar manusia

Soalan latihan

1. Jelaskan kepentingan bentuk muka bumi pemendapan pinggir pantai 
     kepada aktiviti manusia.                                                                                  (10)  
2. Jelaskan kepentingan tenaga suria terhadap pelbagai aktiviti manusia 
    di kawasan tropika lembap.                                                                             (10)
3. Jelaskan kepentingan ekosistem hutan terhadap manusia.                        (8)
4. Jelaskan kepentingan bentuk muka bumi pemendapan sungai kepada 
     aktiviti manusia.                                                                                                (10)       
5. Jelaskan kepentingan air bawah tanah kepada manusia.                           (10)
6. Jelaskan kepentingan tasik kepada aktiviti manusia.                                  (10)

Contoh soalan

Jelaskan kepentingan bentuk muka bumi pemendapan pinggir 
 pantai kepada aktiviti manusia.                                                                    (10) 

Contoh Skema Pemarkahan

-          beting pasir untuk perlombongan pasir.
-          beting pasir – rekreasi
-          pantai- pelancongan
-          pantai- IKS dan industri kraftangan
-          anak tanjung – perlombongan pasir
-          anak tanjung – rekreasi

Contoh jawapan

Bentuk muka bumi pemendapan di kawasan pinggir pantai ialah ( beting pasir ). 
Beting pasir  boleh dijalankan ( aktiviti perlombongan pasir ).

Bentuk muka bumi pemendapan di kawasan pinggir pantai ialah ( beting pasir 
Beting pasir  boleh dijalankan ( aktiviti pelancongan ).
     
Bentuk muka bumi pemendapan di kawasan pinggir pantai ialah ( pantai ). 
pantai  boleh dijalankan ( aktiviti perlombongan pasir ).

Bentuk muka bumi pemendapan di kawasan pinggir pantai ialah ( pantai ). 
pantai  boleh dijalankan ( pelancongan ).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...