PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Tuesday, September 25, 2012

TEKNIK MENJAWAB SOALAN KONSEP & PENYATAAN GEOGRAFI ALAM SEKITAR FIZIKAL



Kolokium 2012
Soalan-soalan dlam kertas soalan Geografi Alam Sekitar Fizikal meliputi perkara-perkara di bawah :-

-  Konsep
-  Penyataan
-  Proses
-  Ciri
-  Faktor
-  Kepentingan
-  Kesan
-  Langkah mengatasi
-  Kemahiran amali
-  Kajian luar  

SOALAN KONSEP

 
   
Contoh soalan konsep
Apakah yang dimaksudkan dengan kecondongan paksi bumi ?               [ 5 ]
Apakah yang dimaksudkan dengan perubahan iklim ?                               [ 3 ] 
Apakah yang dimaksudkan dengan perihelion dan aphelion ?                  [ 5 ]  
Takrifkan konsep imbangan air.                                                                      [ 3 ]
Apakah yang dimaksudkan dengan gempa bumi ?                                     [ 5 ]
Apakah yang dimaksudkan dengan kitar nutrien ?                                       [ 5 ]
( a )  Konsep berdasarkan fenomena semulajadi
Apakah yang dimaksudkan dengan pergerakan jisim                        [ 5 ]

Pergerakan regolit / bahan yang telah  terluluhawa dari atas ke bawah cerun akibat 
tarikan graviti bumi.

Kaedah

Tafsiran  : Pergerakan regolit
Lokasi / tempat : dI cerun    
Agen : Tarikan graviti 


Takrifkan maksud perubahan aras laut.                                                   [ 5 ]

Perubahan aras laut merujuk kepada kejatuhan atau kenaikan aras air laut yang 
diukur secara perbandingan dengan daratan sama ada dalam skala kecil 
( tempatan ) atau skala besar ( dunia ) akibat faktor semula jadi( proses 
orogenisis) dan aktiviti manusia.

Kaedah

Tafsiran : Kejatuhan /kenaikan aras air laut berbanding dengan dataran.
Tempat / bentuk : skala kecil / skala besar.
Agen  : semula jadi oleh proses orogenisis bumi atau aktiviti manusia.


 ( b )  Konsep berdasarkan fenomena semulajadi dan aktiviti manusia.

Apakah yang dimaksudkan dengan perubahan iklim ?                               [ 3]

Perubahan iklim merujuk kepada peningkatan atau penurunan  unsur-unsur   
cuaca dan iklim  di permukaan  bumi disebabkan faktor fizikal dan 
aktiviti manusia.    



SOALAN PENYATAAN

 
 
Contoh soalan penyataan

Nyatakan unsur cuaca dan iklim.                                                                           [5]
Nyatakan bahan yang menyebabkan berlakunya fenomena jerebu.                 [5]
Nyatakan bentuk muka bumi hakisan pinggir pantai.                                         [5]
Nyatakan bahan pencemar air sungai.                                                                [5]


Contoh soalan

Nyatakan unsur cuaca dan iklim.                                                                       [5]

Contoh jawapan.

( a )  Jawapan dalam bentuk poin

-          bahangan suria
-          bahangan bumi
-          kerpasan
-          kelembapan
-          suhu
-          angin
-          tekanan udara
-          litupan awan

( b )  Jawapan dalam bentuk ayat

Unsur - unsur cuaca dan iklim  ialah bahangan suria, bahangan bumi, 
suhu, kerpasan, kelembapan, tekanan udara, angin, dan litupan awan.

                                                                    Mana-mana 5 unsur x 1m = 5 markah  

Selamat menjawab contoh-contoh soalan yang diberikan di atas. 


FOKUS GEOGRAFI FIZIKAL STPM 2012 :

1.  PERGERAKAN BUMI – PUTARAN & PEREDARAN
2.  PERANAN TENAGA SURIA
3.  LULUHAWA  – KIMIA KAITAN DENGAN KAWASAN TROPIKA LEMBAP
4.  PERGERAKAN JISIM – CERUN
5.  PANTAI – PEMENDAPAN & HAKISAN
6.  ATMOSFERA   – SUHU (PERUBAHAN, MIN, JULAT )
7.  KERPASAN – HUJAN & JENISNYA
8.  HIDROLOGI  -  PROSES MENEGAK  & AIR BAWAH TANAH
9.  EKOLOGI – EKOSISTEM AKUATIK ( ARAS TROFIK)
10. EKOLOGI  – KITAR (NITROGEN, KARBON, DLL)
11. SALING KEBERGANTUNGAN ANTARA SISTEM


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...