PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Tuesday, September 11, 2012

SKEMA PERCUBAAN KEDAH 2012 - GEOGRAFI 942/1



1
(a)
  
(i)  Apakah yang dimaksudkan  dengan putaran bumi?
(ii) Huraikan  tiga ciri putaran bumi.                                                                                                     
[3]

[6]

(b)
Huraikan empat kesan  putaran bumi.
[8]

(c)
Jelaskan pengaruh tenaga suria terhadap proses geomorfologi.
[8]

(a)             (i)      Apakah yang dimaksudkan  dengan putaran bumi?                               [3]
 
Putaran bumi merujuk kepada putaran bumi di atas paksinya yang condong sebanyak 23 ½˚ daripada satah tegak dan dalam keadaan selari pada semua tempat dan berputar dari arah barat ke timur dengan mengambil masa 23 jam 56 minit (1 hari ) bagi melengkapkan satu pusingan.

     (ii)  Huraikan tiga ciri putaran bumi.                                                                             [6]
          aii1   – berputar dari barat ke timur
          aii2   – mengambil masa 24 jam untuk melengkapkan 1 pusingan
          aii3    di atas paksi yang condong 23 ½ ˚
          aii4   kelajuan 30 km / saat @ 107182 km/j
                                                                                      (3 isi x 2m = 6m)
(b)                 Huraikan empat kesan putaran bumi.                                                             [8]  

b1   Kejadian siang dan malam
Putaran bumi menyebabkan hanya satu bahagian bumi sahaja menghadap sinaran matahari manakala satu bahagian lain membelakangi sinaran matahari. Bahagian yang menghadap matahari akan mengalami waktu siang . Bahagian yang membelakangi matahari akan mengalami waktu malam.

b2   Kejadian pasang surut air laut
Disebabkan oleh tarikan graviti bulan dan matahari. Tarikan graviti bulan yang kuat terhadap air yang berhampiran dengannya menyebabkan aras air naik lalu terjadilah air pasang. Kawasan yang terletak jauh daripada bulan pula akan mengalami air surut kerana air dari kawasan ini telah tertarik ke kawasan berhampiran bulan.

b3  Perbezaan waktu tempatan
Satu putaran lengkap bumi (360˚ ) mengambil masa 24 jam. Bumi berputar sebanyak 15˚ longitud dalam masa 1 jam iaitu 4 minit bagi 1˚  longitud.

b4  Pembiasan angin dan arus lautan
Bumi berputar dari barat ke timur. Di hemisfera utara angin dan arus terbias ke arah kanan. Di hemisfera selatan angin dan arus terbias ke arah kiri.
                                                                                    (2m x 4 isi = 8 m)

(c)
Jelaskan pengaruh tenaga suria terhadap proses geomorfologi. [8]
c1     Luluhawa kimia
 Bahang matahari turut mempengaruhi kegiatan luluhawa kimia khususnya di kawasan tropika lembap. Bahang matahari yang diterima sepanjang tahun – purata 27˚ C  menyebabkan kegiatan luluhawa kimia aktif sepanjang tahun. Menurut hukum Van Den Hoff setiap kenaikan suhu sebanyak 1˚ C akan meningkatkan keberkesanan luluhawa kimia sebanyak 10 %.

c2     Luluhawa fizikal
Tenaga matahari amat mempengaruhi kegiatan luluhawa fizikal. Di kawasan gurun panas bahang matahari yang tinggi menyebabkan berlakunya luluhawa fizikal melalui proses pengembangan dan pengecutan. Pada waktu siang, bahang matahari yang diterima di kawasan gurun panas tinggi menyebabkan suhunya tinggi melebihi 40˚ C  dan keadaan ini menyebabkan batuan di kawasan tersebut mengembang. Pada waktu malam, suhu di kawasan ini jatuh secara mendadak. Penurunan suhu mendadak menyebabkan  batuan di kawasan tersebut mengecut. Proses kembang kecut yang berlaku secara berulang kali dalam tempoh yang lama menyebabkan batuan di kawasan tersebut mengelupas dan akhirnya pecah.

c3     Hakisan dan pengangkutan bahan
Wap-wap air yang terbebas sama ada melalui sejatan , sejat peluhan atau perpeluhan tumbuhan akan naik ke atas lalu mengalami penyejukan secara adiabatik sebelum mengalami proses pemeluwapan dan kemudiannya turun sebagai kerpasan.
Kerpasan dalam bentuk hujan apabila tiba ke permukaan bumi akan mengalir dalam bentuk larian air permukaan dan aliran alur.
Aliran air ini menghasilkan tenaga kinetik yang kemudiannya melakukan proses hakisan dan pengangkutan.

c4        Pemendapan bahan
Bahan-bahan yang dihakis akan diangkut dan kemudiannya dimendapkan apabila aliran air tersebut tidak lagi berupaya untuk mengangkut bahan-bahan tersebut. Contohnya halaju air yang tinggi di bahagian hulu sungai akan menghakis tebing dan dasar sungai tersebut dan kemudiannya diangkut dan dimendapkan  di bahagian hilir sungai.                                                 (4 isi x 2m = 8m)

                                                                                   
2
(a)
Nyatakan lima proses luluhawa kimia?
[5]

(b)
   Huraikan lima faktor fizikal yang mempengaruhi proses luluhawa kimia di   kawasan tropika lembap.
[10]

(c)
  Jelaskan kesan luluhawa kimia terhadap pembentukan landskap di kawasan tropika lembap dan pengaruhnya kepada aktiviti manusia.
[10]
2 (a) Nyatakan lima proses  luluhawa kimia ?                                                          [5]
               a1  Hidratan
              a2   Pengoksidaan
              a3   Hidrolisis
              a4   Larutan
              a5   Pengkarbonan                                       (5 x 1m = 5m)
                                     
(b)          Huraikan lima faktor fizikal yang mempengaruhi proses luluhawa kimia di kawasan
    tropika lembap.                                                                                                       [10]

    b1   Bentuk muka bumi / topografi – aktif di kawasan bercerun berbanding tanah rata/ aktif
           di kawasan cerun yang menghadap  angin lazim  membawa banyak hujan.
     b2   Unsur iklim – bahang matahari yang tinggi / suhu tinggi,  dan  hujan banyak menggalakkan proses larutan, hidratan, pengkarbonatan dan hidrolisis.
    b3    Jenis Batuan   - batuan lembut ( enapan ) giat terluluhawa berbanding batuan keras
            (igneus)
    b4    Struktur rekahan – menggalakkan resapan air ke dalam tanah.
    b5    Tumbuh-tumbuhan – membekalkan asid, gas dan sebatian kimia – mempercepat
            proses tindak balas  kimia
    b6    Tindakan hidupan dalam tanah – cacing, tikus dan arnab membantu secara tidak
            langsung proses luluhawa kimia
    b7    Masa – batuan lembut cepat diluluhawa , batuan keras lambat terluluhawa.
                                                                                                  (5 x 2m = 10m)


(c)  Jelaskan kesan luluhawa kimia  terhadap pembentukan landskap di kawasan  tropika  
lembap  dan pengaruhnya terhadap  aktiviti manusia.                                              [10]                                                                                                                  
  Kesan terhadap pembentukan landskap tropika lembap                                                                                                              
    cf1   Topografi karst (pengkarbonatan – larutan )   -  ekopelancongan
    cf2   Tanah laterit  ( pengoksidanan ) -  penanaman getah dan kelapa sawit
    cf3   Tanih liat  putih ( kaolin )  - pembuatan tembikar, porselin , pasu dan lain-lain
    cf4   Lapisan regolit / terurai yang tebal ( luluhawa dalaman )  -  pertanian
    cf5   Pembentukan  tors dan bornhard  ( luluhawa dalaman) -   ekopelancongan

            Kesan terhadap  aktiviti manusia;
    cm1  Kegiatan pertanian -  bahan regolith yang tebal – subur untuk kegiatan pertanian
-       Tanah laterit – sesuai untuk tanaman getah dan kelapa sawit.
    cm2   Kegiatan perindustrian – tanah liat ( kaolin) – industri tembikar
    cm3   Kegiatan pelancongan – pandang darat karst – pemandangan yang menarik dan unik
                                                   seperti gua, stalaktit, sungai bawah tanah dan stalakmit.
                    (Mana-mana 3 fizikal dan 2 manusia atau sebaliknya , 5 isi  X 2m =10m)


3
 (a)
Berdasarkan kajian luar yang telah anda jalankan di kawasan bercerun;



(i) Nyatakan formula mengira kecerunan .
[2m]


(ii) Huraikan cara yang anda gunakan untuk mengukur kecerunan di kawasan  
     kajian tersebut.
[5m]


(iii)Nyatakan dua jenis pergerakan jisim yang boleh berlaku di kawasan cerun
     yang anda kaji.
[2m]


(iv)Jelaskan faktor yang mempengaruhi proses pergerakan jisim .
[8m]


(v) Huraikan kaedah mengawal pergerakan jisim di kawasan cerun tersebut.
[8m]

3.  ( a )  Berdasarkan kajian luar yang telah anda jalankan di kawasan bercerun.
                   ( i )   Nyatakan formula mengira kecerunan di kawasan kajian.          ( 2m )
                                   
                      ai1   formula  : 
                        Kecerunan   :      Perbezaan ketinggian
                                                    Jarak mendatar                                                     
               ( ii )  Huraikan cara  yang anda gunakan untuk mengukur kecerunan di
                       kawasan kajian tersebut.                                                                        ( 5m )                     
                      aii1 - Alat yang mengukur kecerunan cerun ialah klinometer Sunto. 
                      aii2 -  Kayu pancang yang bertanda diletakkan di bahagian atas cerun.
                      aii3 - Meletakkan klinometer sama tinggi dengan pancang di kaki cerun supaya selari  
                               dengan cerun yang dipilih.
                      aii4 - Membaca nilai sudut pada alat dalam nilai darjah.     (4 x 1m + 1m bonus = 5m)
                                                           
            Catatan : calon perlu menyatakan 4  cara untuk mendapat 1m bonus.


     ( iii )  Nyatakan dua jenis pergerakan jisim yang boleh berlaku di kawasan
 cerun  yang anda kaji.                                                                                             [2]                                                                      
                 aiii1  -  pergerakan cepat
                 aiii2  -  pergerakan lambat

   ( iv )  Jelaskan faktor  yang  menggalakkan berlakunya proses pergerakan jisim .  [8]                                                                                    

   aiv1 Kekurangan tumbuhan litupan bumi -  ketiadaan akar tumbuhan untuk memegang  
                                                                      dan mencengkam tanah.
     aiv2 Hujan -  membekalkan air tanih- bertindak sebagai agen pemberat dan pelincir
                      – memudahkan pergerakan berlaku.    
     avi3 Kecerunan  -  semakin curam sesuatu cerun semakin giat proses pergerakan jisim.
     avi4 Jenis batuan/bahan  - batuan yang lembut daripada kumpulan batuan enapan  mudah  
                                               terluluhawa
                                            - memudahkan pergerakan jisim berbanding batuan daripada
                                              kumpulan  igneus yang lebih keras.
     avi5 Faktor aktiviti manusia – penebangan tumbuhan, pembinaan dan kegiatan pertanian
                                                    di cerun- tanah menjadi longgar dan tidak mempunyai pegangan
                                                    akar tumbuhan –  mudah untuk jatuh akibat tarikan graviti.                                                                                                  (mana-mana 4 isi X 2m = 8m)


 ( v )  Jelaskan kaedah mengawal proses pergerakan jisim tersebut.     [8]        

av1 Kaedah perundangan – menguatkuasakan akta dan peraturan – cth. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 – mengenakan hukuman dan denda kepada individu yang terlibat dalam aktiviti pembalakan di kawasan cerun, pembinaan dan pertanian.

av2 Menanam tumbuhan tutup bumi – tumbuhan kekacang dan rumput- akar memegang dan mencengkam tanah daripada runtuh.

av3 Pembinaan teres - khusus kepada cerun-cerun yang digunakan untuk penanaman tanaman dan pembinaan petempatan.Teres dapat mengawal pergerakan air permukaan terutama ketika hujan lebat.Teres dapat memperlahankan pergerakan air dan keadaan ini dapat mengurangkan tenaga kinetik pergerakan air tersebut sekaligus mengurangkan hakisan.

av4 Pembinaan parit / longkang- air larian permukaan di cerun dapat dikawal melalui kaedah ini. Air tidak mengalir dalam bentuk pelbagai hala yang boleh menyebabkan berlakunya hakisan kepingan.Longkang-longkang dibina menggunakan bahan konkrit dan  secara bertangga bagi menjamin ketahanannya terhadap hakisan dan mengurangkan kelajuan pergerakan air.

av5 Penyimenan permukaan cerun - permukaan cerun secara keseluruhannya disimen. Pada permukaan simen dibuat lubang-lubang bagi mengawal aliran air bawah tanah. Sesuai bagi mengurangkan hakisan percikan air hujan dan hakisan kepingan.

av6 Pendidikan-melalui pendidikan formal di sekolah seperti pendidikan geografi, alam sekitar, pendidikan moral dan sebagainya.Pelajar-pelajar didedahkan kepentingan kawasan tanah tinggi dan impaknya kepada lam sekitar fizikal dan manusia sekiranya kawasan tanah tinggi diterokai.

av7 Kempen- melalui risalah-risalah dan lain-lain kempen yang dijalankan oleh agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar ( JAS ), Sahabat Alam Malaysia ( SAM ), Jabatan Perhutanan dan lain-lain.                                                               
                                                                                                (mana-mana 4 isi x 2m = 8m)


3
(b)
(i) Apakah yang dimaksudkan dengan pinggir pantai?
[4]


(ii) Jelaskan proses pembentukan tiga bentuk muka bumi pemendapan pinggir pantai.
[9]


(iii) Jelaskan kepentingan bentuk muka bumi pemendapan pinggir pantai  terhadap aktiviti manusia.
[12]

3  ( b )  ( i )   Apakah yang dimaksudkan dengan pinggir pantai ?                                        [4]
   Pinggir pantai merujuk kepada jaluran pertemuan antara daratan dengan lautan yang
   merangkumi kawasan yang saling mempengaruhi ( daratan dan lautan ) antara satu sama lain.

            ( ii )   Jelaskan proses pembentukan tiga bentuk muka bumi pemendapan
                     pinggir  pantai.                                                                                                     [9]

bii1 Pantai    
Pantai merujuk kepada timbunan bahan mendap peroi seperti pasir, kelodak,tanah liat dan fosil kerangan yang terletak antara tikas air pasang dengan tikas air surut termasuk pantai hadapan dan pantai belakang ( kawasan yang masih menerima pengaruh ). Pantai terbentuk apabila bahan-bahan yang dibawa oleh agen-agen pemendapan pinggir pantai dimendapkan secara berperingkat di kawasan pinggir pantai. Bahan-bahan yang membentuk pantai boleh berasal dari laut atau daratan.
  
bii2 Tetanjung  / anak tanjung
Tetanjung atau anak tanjung merujuk kepada permatang yang rendah dan sempit hasil pemendapan bahan-bahan seperti pasir ,kelikir dan lumpur di kawasan pinggir pantai  terutamanya di muara teluk atau muara sungai. Satu hujungnya bercantum dengan daratan dan satu hujung lagi menganjur ke laut. Tetanjung dibentuk oleh hanyutan pesisir pantai. Proses pembentukannya bermula dengan adanya tempat-tempat yang sesuai bagi membolehkan pasir, kelikir dan lumpur tersebut dilonggokkan. Pembentukannya sacara berperingkat-peringkat dan mengambil masa yang lama.

bii3 Beting pasir
Beting pasir merujuk kepada timbunan pasir , kelikir, dan batu lada di kawasan pinggir pantai akibat tindakan ombak dan arus. Bahan-bahan yang diangkut oleh agen-agen pengangkutan pinggir pantai akan ditimbunkan di kawasan cetek berhampiran pantai. Beting pasir terdiri daripada beberapa jenis seperti beting luar persisir, beting muara dan tombolo. Beting pasir dibentuk oleh tindakan ombak yang menggali pasir dan kemudiannya memendapkan semula pasir tersebut di sebelah belakangnya.  Sifat beting pasir biasanya tidak kekal lama dan hilang apabila ditimpa oleh ombak ribut. 

bii4 Tombolo
Merupakan sejenis beting pasir yang menghubungkan daratan dengan pulau yang berdekatan. Tombolo dibentuk oleh tindakan arus pesisir pantai yang mengangkut dan menyebarkan bahan lalu membentuk beting yang memanjang dari daratan ke pulau.   
                                                                                                    (mana-mana 3 bentuk  x 3m = 9m)

( iii )   Jelaskan kepentingan bentuk muka bumi pemendapan pinggir pantai
           terhadap aktiviti manusia.                                                                                       [12]
      biii1 Pantai. Pantai boleh dijalankan aktiviti pelancongan.

      biii2 Pantai. Pantai boleh dijalankan aktiviti industri/IKS. Contoh kawasan menjemur ikan/batik .

      biii3 Pantai. Pantai boleh dijalankan aktiviti perlombongan pasir.

       biii4 Beting pasir. Beting pasir boleh dijalankan aktiviti rekreasi.

       biii5 Beting pasir. Beting pasir  boleh dijalankan aktiviti perlombongan pasir.

       biii6 Beting pasir. Beting pasir boleh dijalankan aktiviti perikanan.

   biii7 Tombolo. Tombolo boleh dijalankan aktiviti rekreasi.

   biii8 Tombolo. Tombolo boleh dijalankan aktiviti perlombongan pasir

   biii9  Anak tanjung. Anak tanjung boleh dijalankan aktiviti perlombongan pasir.

   biii10 Anak tanjung. Anak tanjung boleh dijalankan aktiviti perikanan

  (mana-mana  6 isi X 2m = 12 m)
Catatan : 1 bentuk muka bumi  hanya boleh disebut 2 kepentingan sahaja.


4
(a)
Apakah yang dimaksudkan dengan perubahan suhu?
[2]







(b)
Jadual 1: Min suhu maksimum dan minimum di Stesen Meteorologi  A pada tahun 2010
Bulan
Jan
Feb
Mac
Apr
Mei
Jun
Jul
Ogos
Sep
Okt
Nov
Dis
Suhu maksimum
( ˚ c )
30.6
31.0
31.9
32.4
31.6
31.5
31.4
31.3
31.9
32.4
31.8
30.7
Suhu minimum
(  ˚c )
23.7
23.0
23.9
24.7
23.3
23.4
23.2
23.2
23.8
24.6
23.7
23.3

 (i)Nyatakan formula mengira julat suhu.
(ii) Lukiskan sebuah graf yang sesuai  untuk menunjukkan  julat suhu bulanan di Stesen Meteorologi A pada tahun 2010. 






[1]
[12]

(c)
Huraikan kesan peningkatan suhu terhadap alam sekitar fizikal
[10]

 (a)
Apakah yang dimaksudkan dengan perubahan suhu?

Perubahan  suhu bermaksud suhu meningkat atau menurun dari aras normal.

[2]










(b)
i) Formula :
Suhu Maksimum – suhu minimum

(ii) Berdasarkan jadual 1, lukiskan sebuah graf yang sesuai  untuk menunjukkan perubahan julat suhu bulanan di Stesen kaji cuaca A pada tahun 2010.

Jadual 1: Julat suhu  di Stesen Meteorologi  A pada tahun 2010
Bulan
Jan
Feb
Mac
Apr
Mei
Jun
Jul
Ogos
Sep
Okt
Nov
Dis
Julat suhu
( ˚ c )
6.9
8.0
8.0
7.7
8.3
8.1
8.2
8.1
8.1
7.8
8.1
7.4


[1]

[12]
Graf menunjukkan julat suhu di stesen meteorologi A  bagi tahun 2010
          Suhu ( ˚ c)


 
 
                                                            Bulan                                           Skala 1 cm = 1 ˚ C
        
 Skema pemarkahan :
   Pengiraan nilai tepat ( Suhu maksimun – suhu minimum) =  2m
   Tajuk                                                                                   =  1m
   Skala                                                                                   =  1m
   Paksi   (paksi suhu /paksi bulan)                                        =  2m
    Plotan                                                                                 =  6m
        (12-11 betul =6m,10-9 betul  = 5m, 8-7 betul = 4m,
               6-5 betul = 3m, 4-3 betul = 2m, 2-1 betul  = 1m)                                                          [12m]
(sila rujuk rajah contoh. Pemeriksaan bergantung kepada skala yang dipilih oleh calon. Contoh jawapan hanya untuk rujukan, kerana ukuran mungkin tidak tepat.)

(c)
Huraikan kesan peningkatan suhu terhadap alam sekitar fizikal.
[10m]

c1
Pencairan glasier dan ais- Berlakunya pencairan ais kutub dan pencairan glasier di kawasan pergunungan.

c2
Peningkatan aras laut- Pencairan ais kekal dan pencairan glasier di kawasan pergunungan menyebabkan kuantiti air laut bertambah dan menyebabkan aras laut meningkat.

c3
Kawasan daratan berkurangan manakala kawasan lautan bertambah - Pencairan ais dan glasier menyebabkan peningkatan aras laut. Peningkatan ini menyebabkan kawasan-kawasan rendah seperti kawasan pinggir pantai, muara sungai dan dataran akan tenggelam dan menyebabkan kawasan laut bertambah manakala kawasan daratan berkurangan.

c4
Kemusnahan ekosistem- Penenggelaman kawasan pinggir pantai dan daratan menyebabkan kawasan ekosistem tenggelam dan musnah

c5
Peningkatan luluhawa fizikal kawasan pinggir laut – peningkatan suhu menyebabkan kadar luluhawa fizikal seperti pengembangan dan pengecutan di kawasan gurun panas menjadi lebih aktif.

c6
Peningkatan kejadian ribut – Peningkatan suhu akan menyebabkan wujudnya sel-sel tekanan udara rendah yang melampau di sesetengah kawasan.

c7
c8
Peningkatan pencemaran udara
Peningkatan kejadian kemarau                           Mana- mana 5 isi ( 5 isi X 2m = 10m)


5
(a)
Apakah yang dimaksudkan dengan hujan?
[3]

(b)
  Dengan bantuan gambar rajah, huraikan proses pembentukan dua jenis hujan.
          [10]


(c)
  Jelaskan  kesan kurangan air terhadap alam sekitar fizikal dan  manusia.
          [12]










(a)
Apakah yang dimaksudkan dengan hujan?     
[3]
           Hujan ialah titisan air hasil proses pemeluwapan atau ais hasil proses pemejalwapan yang   turun dari atmosfera ke bumi.

(b)      Dengan bantuan gambar rajah, huraikan proses pembentukan dua jenis hujan. [10]
                                                                                                                         
            Bx1 rajah hujan bukit                                (1)
            B1  - hujan bukit
                  Kawasan kaki bukit yang selari dengan kawasan pantai.
                  Angin lembap, banyak wap air dari arah laut dipaksa naik ke kawasan bukit.
                  Mengalami proses penyejukan adiabatik kering
                  Mencapai titik pemeluwapan, menjadi bintik-bintik air membentuk awan.
                  Awan semakin berat , turunkan hujan di kawasan cerun bukit menghadap angin. (4m)

          Bx2 –rajah  hujan perolakan                    (1)

                 Terjadi pada hari/ udara panas
                 Proses sejatan membawa wap air naik ke atmosfera
                 Mengalami proses penyejukan mengikut kadar adiabatik kering.
                 Menjadi bintik-bintik air membentuk awan
              Hujan turun pada lewat petang disertai ribut petir.                                                  (4)                                                                              


  (c) Jelaskan kesan kurangan air terhadap alam sekitar fizikal dan manusia.   [12]

 Fizikal
Menjejaskan / kesan terhadap
Huraian dan contoh
Markah
Cf1
Sistem ekologi akuatik
·   ekosistem tasik , kolam , paya dan sungai      akan terjejas
·   hidupan akuatik akan mati/ pupus
·   rantaian  dan siratan

2m
Cf2
Ekosistem hutan
·   layu dan mati- memusnahkan ekosistem hutan
·   hutan  mudah terbakar secara semulajadi akibat kemarau yang berpanjangan
·   habitat dan rantaian makanan musnah.
·   kepupusan kepelbagaian spesies fauna dan flora.

2m
Cf3
Proses geomorfologi
·   proses luluhawa fizikal dan hakisan layangan angin lebih cepat berlaku.
·   persekitaran kering kontang , tandus- gersang – mempercepat  proses penggurunan (desertication)

2m
Cf4
Keadaan cuaca setempat
·   kekurangan hujan – cuaca menjadi panas
·   penurunan kelembapan udara – udara kering
·   memudahkan terbentuknya jerebu.

2m
Manusia
Menjejaskan / kesan terhadap
Huraian dan contoh
Markah
Cm1
Aktiviti pertanian dan penternakan
·   Tanaman layu dan mati- khususnya padi sawah.
·   aktiviti  akuakultur terjejas – kolam kekeringan air.
·    ternakan juga terjejas
·    impak kekurangan bekalan makanan kepada penduduk- apabila berlaku kemarau yang berpanjangan.
2m
Cm2
Aktiviti domestik
·   bekalan air untuk kegunaan harian- memasak , minuman , membasuh dan mencuci akan terjejas.
·   krisis bekalan air jika kemarau berpanjangan
2m
Cm3
Kesihatan penduduk
·   kekurangan bekalan air membataskan air minuman dan manusia boleh mengalami dehidrasi.
·    keadaan kebersihan (sanitasi)  tidak  teratur yang mempercepat perebakan penyakit – demam panas, sakit kerongkong dan lain-lain
2m
Cm4
Aktiviti perindustrian
·   industri memproses terjejas kerana kekurangan air untuk mencuci/ membersihkan  bahan mentah seperti industri memproses makanan
·    industri berasaskan air minuman seperti air mineral  terjejas kerana kekurangan  bekalan air bersih.
·    operasi  menyejukkan enjin / generator kilang terganggu.
2m

Catatan : 3 kesan fizikal   + 3 kesan manusia ( 6 isi X 2m = 12m )


6
(a)
Apakah yang dimaksudkan dengan resapan?
         [3 ]

(b)
Jelaskan faktor yang mempengaruhi proses resapan.
         [10]

(c)
Jelaskan kepentingan air bawah tanah kepada  alam sekitar fizikal dan manusia.
         [12]

(a)



(b)








































Apakah yang dimaksudkan dengan resapan?
 
  Proses penyusupan atau penyerapan air secara menegak ke lapisan dalam tanah melalui liang-liang tanih hingga ke aras mata air/akuifer.

Jelaskan faktor yang mempengaruhi proses resapan.

b1   Intensiti / kekerapan hujan – hujan kerap  proses resapan banyak.

b2   Jenis batuan – batuan telap air (batu enapan) – kadar resapan tinggi dan  sebaliknya.

b3   Litupan tumbuhan – kawasan hutan/ berpokok – kadar resapan tinggi. Kawasan lapang – kadar resapan rendah.

b4  Litupan tumbuhan – tanah berturap (tar/simen) kadar resapan terhad / rendah.

b5  Kecerunan – cerun curam ,aliran air laju, kadar resapan rendah. Cerun landai aliran air perlahan , kadar resapan tinggi.        

 (5 isi x 2m = 10 m) 
                                                        
 (c). Jelaskan kepentingan air bawah tanah kepada  alam sekitar fizikal dan manusia.                 [12]
  
Fizikal: 
cf1 Terdapat simpanan air bawah tanah – punca mata air

cf2  Kelembapan tanih meningkat

cf3  Kesuburan tanih (nutrien)

cf4  Luluhawa dalaman –pembentukan tanih laterit  (tanaman getah, kelapa
        sawit)

Manusia:
cm1  Simpanan air bawah tanah sebagai sumber kegunaan domestik atau  
         kegunaan harian penduduk.

cm2  Stok  air bersih  untuk kegunaan manusia pada masa  hadapan

cm3  Kelembapan tanih boleh membantu kesuburan tanih dan hasil
         tanaman   meningkat

cm4  Aktiviti akuakultur – pembinaan kolam di daratan memerlukan sumber  air bawah tanah.

 (mana-mana 3 isi fizikal dan 3 isi manusia , 6 isi  x 2m = 12 m)

     [3]


      
   [10]


















 

7
(a)
Apakah yang dimaksudkan dengan aras trofik?
        [4 ]

(b)
(i)   Lukis rajah  aras trofik  dalam ekosistem akuatik.   
        [3 ]

   
(ii)  Jelaskan faktor  kehilangan tenaga pada setiap aras trofik di atas.
        [6 ]

(c)
Jelaskan bagaimana ekosistem akuatik boleh diganggu oleh aktiviti manusia.
        [12]

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan  aras trofik?                                                       [4]

     Aras trofik merujuk kepada organisma dalam sesuatu kelompok ekologi dalam sesebuah   
     rantaian makanan yang disusun secara bertingkat ( trofik ).
 
 (b) (i) Lukis rajah  aras trofik dalam ekosistem akuatik.                                                 [3]
 
(ii) Jelaskan faktor kehilangan tenaga pada setiap aras trofik di atas.             [6]

bii1   Hanya sejumlah makanan tertentu sahaja yang dimakan di setiap aras trofik manakala   
         sebahagian lagi tidak dimakan.
bii2   Tidak semua makanan yang dimakan dicernakan
bii3   Makanan yang dicernakan digunakan untuk tumbesaran organisma dalam sesebuah ekosistem
bii4   Lebihan makanan yang dicernakan digunakan sebagai tenaga
                                                                        (Mana-mana 3 isi  x 2m = 6m)


(c) Jelaskan bagaimana ekosistem akuatik boleh diganggu oleh aktiviti manusia. [12]

c1   Pertanian – penyaluran bahan kimia ke dalam sungai menyebabkan air tercemar
c2   Perindustrian – pembuangan sisa asid ke sungai dan laut
c3   Pembalakan – hakisan tanih di cerun menyebabkan air sungai tercemar
c4   PKS  -  pembuangan sisa industri ke laut. Contoh pewarna kain dari kilang batik
c5   Petempatan – pembuangan sisa domestik seperti sampah sarap ke sungai
c6   Perlombongan pasir dan mineral – sumber air tercemar
c7   Perikanan /   akuakultur – menuba dan meracun ikan
c8   Pelancongan / rekreasi – pembuangan sampah
c9    Perniagaan di pinggir sungai dan laut – pembuangan sisa
c10  Pembinaan – pembuangan sisa pembinaan ke sungai dan laut
c11  Penternakan – Penyaluran sisa kumbahan /basuhan khinzir , ayam  dan itik berhampiran sungai dan laut
                                                                             (Mana-mana 6 isi  x 2m = 12m)

8.
(a)
Apakah yang dimaksudkan dengan kitar nutrien?
 [5]

(b)
Jelaskan kitar nitrogen dalam satu ekosistem di kawasan pertanian.
[10]

(c)
Jelaskan bagaimana aktiviti pertanian boleh mengganggu proses kitar nitrogen.
[10]

  8 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan kitar nutrien?                                     [5]
      
        Kitar nutrien bermaksud satu proses kitaran unsur-unsur kimia ( seperti  karbon, nitrogen,
        kalsium dan sulfur )  dalam sesebuah ekosistem yang berlaku secara berterusan dalam
        tiga fasa yang lengkap iaitu fasa atmosfera, biosfera, dan tanih.

  (b) Jelaskan kitar nitrogen dalam satu ekosistem di kawasan pertanian.     [10]

b1 Fasa dalam atmosfera
     Nitrogen terhasil daripada pembakaran hutan. Pembakaran hutan membebaskan kimia nitrogen ke dalam bentuk gas nitrogen. Pancaran kilat yang terkena gas nitrogen akan menghasilkan nitrogen oksida yang boleh bercantum dengan air membentuk nitrat.

     b2 Fasa dalam biosfera
   Nitrogen masuk ke dalam tumbuhan melalui tindakan akar pokok. Akar pokok akan menyerap nitrat dan ammonia. Bahan kimia tersebut akan ditukarkan menjadi amino, protein dan vitamin yang boleh bercantum dengan air membentuk nitrat.
   Dalam jasad manusia dan haiwan , nitrogen dihasilkan melalui perkumuhan – nitrogen membentuk ammonia, urea, asid urik dan sebatian nitrogen.

     b3 Fasa dalam tanih
   Nitrogen terhasil melalui proses pereputan bahan organik. Sel-sel organisma yang mati akan membentuk ammonia dan nitrat. Penggunaan baja nitrogen dalam pertanian pula akan diserap oleh akar tumbuhan. Hidupan bakteria dan alga di dalam tanah juga akan mengeluarkan nitrogen.
                                                                                       (3m  x 3  fasa + 1m = 10m)
          Catatan :  Tambah 1 m jika semua fasa dapat  3m.

 (c) Jelaskan bagaimana aktiviti pertanian boleh mengganggu proses kitar nitrogen. [10]

c1   Tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran jangka pendek memerlukan pengairan yang banyak – berlaku air larian permukaan  – unsur nitrogen dipindahkan ke kawasan lain.                                                                                                                                            

c2   Pengkhususan tanaman seperti kacang tanah, kacang soya dan kacang kuda – mengambil nitrogen yang banyak dari dalam tanih – menyebabkan kehilangan nitrat dengan banyak dan cepat.                                                                                                                       
c3  Penggunaan baja kimia menyebabkan pertambahan nitrat dan ammonia dalam tanah. Ini menjejaskan keseimbangan nitrogen semula jadi dalam tanah.                                     

c4   Pembakaran sisa pertanian / pembakaran hutan untuk pertanian menyebabkan nitrogen  dibebaskan ke udara – berlaku penambahan nitrogen di udara.                            

c5   Pereputan sisa tanaman seperti jerami dan batang jagung selepas dituai akan menggalakkan pembentukan nitrat melalui penghumusan – mengganggu kitar nitrogen yang normal.                                                                  (5 isi x 2m =  10m)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...