SOALAN KESAN
Kesan
terbahagi kepada;
( i ) Alam sekitar fizikal
( ii ) Aktiviti manusia
( iii) Manusia
(iv ) Sistem yang lain.
Contoh kesan kepada alam sekitar fizikal
Jelaskan kesan kenaikan aras laut ke atas alam sekitar fizikal. (10 )
Skema Pemarkahan
-
banjir laut
-
pengurangan kawasan daratan
-
keluasan laut bertambah
-
peningkatan kadar hakisan ombak ke
atas pinggir pantai.
-
Kemusnahan ekosistem hutan – hutan
pinggir pantai
-
Kemusnahan karang
Contoh jawapan
Kenaikan aras
laut akan menyebabkan kawasan ( daratan
semakin berkurangan. )
Keadaan ini berlaku apabila ( kawasan-kawasan rendah di
pinggir laut akan tenggelam.)
Contoh kesan kepada aktiviti manusia
Huraikan kesan banjir terhadap aktiviti
manusia. ( 8 )
Skema Pemarkahan
-
pertanian
-
perikanan
-
akuakultur
-
pelancongan
-
industri
-
bekalan air domestik
-
perlombongan
-
pengangkutan dan perhubungan
Contoh kesan kepada manusia
Huraikan kesan banjir terhadap
manusia.
( 8 )
Skema Pemarkahan
-
kehilangan nyawa
-
kerosakan harta benda penduduk
-
trauma/fobia
-
wabak penyakit
-
kesan kepada perhubungan dan
pengangkutan.
-
Kesan kepada kegiatan ekonomi (
pertanian, perlombongan, industri dan lain-lain)
-
Kesan kepada kegiatan domestik
Contoh kesan kepada sistem yang lain
Huraikan kesan kemusnahan hutan terhadap kitar hidrologi ( 10 )
Hutan ( sistem ekologi )
Kitar hidrologi ( sistem hidrologi
)
Skema Pemarkahan
Sejatan – meningkat
Perpeluhan – berkurangan
Kerpasan – berkurangan
Aliran batang – berkurangan
Resapan – berkurangan
Larian air permukaan – meningkat
Air tanih - berkurangan
|
Contoh soalan
Jelaskan bagaimana hakisan
permukaan cerun dapat dikawal. ( 8 )
Jelaskan langkah yang boleh
diambil mengurangkan kesan akibat femonena kemarau.
(
8 )
Jelaskan langkah mengawal hakisan
permukaan cerun. (
12 )
Jelaskan kaedah mengurangkan
pemanasan yang melampau di kawasan bandar. ( 8 )
Soalan latihan
Jelaskan bagaimana hakisan permukaan cerun dapat dikawal. ( 8 )
Skema pemarkahan
a. Kaedah perundangan
b. Kaedah bukan perundangan
-
teres cerun
-
pembinaan parit/longkang
-
sungkupan plastik
-
penanaman tumbuhan penutup bumi
-
pendidikan-mendidik
-
kempen kesedaran-menyedarkan
Contoh jawapan
( isi ) Pembinaan teres dapat mengawal larian air
permukaan di mana ( bagaimana ? )
larian air tersebut dapat di perlahan dan
sekali gus dapat mengurangkan tenaga
kinetik pergerakan air tersebut- hakisan
dapat dikurangkan.
Empat jawapan yang sering diterima dalam jawapan
kaedah mengatasi
Menguatkuasakan peraturan dan akta
seperti Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,
dengan mengenakan denda dan hukuman
yang setimpal kepada …………………
Melalui pendidikan sama ada
pendidikan formal atau tidak formal iaitu mendidik
pelajar dan orang ramai
tentang kepentingan…………... Kepada alam sekitar fizikal
dan
manusia.
Melalui kempen kesedaran iaitu memberi
kesedaran kepada orang ramai tentang
kesan ………. Kepada alam sekitar fizikal dan
manusia
Menanam tumbuhan penutup bumi - mengurangkan hakisan percikan,
mengurangkan air larian permukaan- Akar tumbuhan tersebut dapat memegang
dan
mencengkam tanah di cerun daripada jatuh akibat tarikan gravit.
|
1.
Soalan berkaitan dengan kemahiran
amali yang dipelajari seperti graf bar, graf garis,
Carta pai, rajah arah tiupan
angin, peta isoplet.
2.
Calon mestilah melukis graf atau
peta yang diminta dan tidak boleh
menukarkannya dengan graf yang lain.
Kaedah menjawab soalan pola
Contoh soalan
Huraikan pola hujan bulanan dan
suhu di stesen x bagi tahun 2004. ( 5 m )
-
Hujan paling lebat ( 1 )
-
Hujan paling kurang ( 1 )
-
Hujan agak seimbang ( 1 )
-
Suhu paling tinggi ( 1 )
-
Suhu paling rendah ( 1 )
-
Suhu sekata ( 1 )
Tajuk-tajuk kemahiran amali
Sistem geomorfologi
-
mengira kecerunan/ formula
-
mengira / melukis profil rentas
-
plot garisan senilai ( kontur )
-
mengira keluasan
-
mengukur panjang
-
bearing
Sistem atmosfera
-
peta isoplet ( isoyet dan isoterma )
-
rajah angin ( arah dan tiupan )
-
gambar rajah serakan
-
graf bulatan
-
graf bar cermin
-
graf bar gabungan
-
Formula / pengiraan dan alat
mengukur, suhu, hujan, kelembapan, dll
|
Tumpuan kajian luar 2012
Kajian kawasan cerun ( geomorfologi )
-
formula pengukuran cerun
-
kaedah pengukuran cerun
-
alat yang digunakan
-
kaedah mengawal kawasan cerun
-
faktor kemusnahan kawasan cerun
Ekosistem ( ekologi )- sama ada daratan atau akuatik
-
komponen – biotik/ abiotik
-
siratan makanan
-
ciri tumbuhan
-
faktor kemusnahan
-
langkah pemeliharaan dan
pemuliharaan
Contoh soalan
Berdasarkan kajian luar yang telah anda
jalankan di kawasan bercerun.
( a ) ( i )
Nyatakan formula yang anda gunakan untuk mengira kecerunan
kawasan kajian. (
2 )
(
ii ) Jelaskan kaedah yang anda gunakan
untuk mengukur kecerunan cerun.
( 4 )
( ii )
Nyatakan jenis cerun kawasan kajian anda. ( 1 )
( b ) ( i )
Dengan merujuk kepada proses pergerakan jisim di kawasan kajian,
huraikan
faktor yang mempengaruhi berlakunya proses tersebut. ( 6 )
(
ii ) Jelaskan kaedah mengawal proses
geomorfologi yang anda pilih pada
soalan b ( i ). (
6 )
( c ) Huraikan kepentingan kawasan tanah tinggi
kepada manusia. (
6 )
Contoh jawapan
( a ) ( i )
Jelaskan bagaimana anda mengira kecerunan kawasan kajian.
( 2 )
Ai1 mengira perbezaan
ketinggian dengan jarak mendatar
Ai 2 formula :
Kecerunan : Perbezaan ketinggian
Jarak mendatar
( ii ) mengukur kecerunan cerun (
4 )
- Alat yang mengukur kecerunan cerun ialah klinometer Sunto.
- Kayu pancang yang bertanda diletakkan di bahagian atas cerun.
- Meletakan klinometer sama tinggi dengan pancang di kaki cerun supaya selari dengan cerun yang dipilih.
- Membaca nilai sudut pada alat dalam nilai darjah.
( iii )
Nyatakan jenis cerun kawasan kajian anda.
( 1 )
-
cerun curam atau cerun landai
(
b ) ( i ) Dengan merujuk kepada proses pergerakan
jisim , huraikan faktor
yang menggalakkan
berlakunya proses tersebut. ( 6 )
-
Kekurangan tumbuhan litupan bumi -
ketiadaan akar tumbuhan untuk
memegang dan mencengkam
tanah.
- Hujan
- membekalkan air tanih- bertindak
sebagai agen pemberat dan pelincir –
memudahkan pergerakan berlaku.
- kecerunan - semakin curam sesuatu cerun semakin giat
proses pergerakan jisim.
jenis
batuan/bahan - batuan yang lembut
daripada kumpulan batuan enapan
mudah terluluhawa- memudahkan pergerakan jisim
berbanding batuan daripada
kumpulan
igneus yang lebih keras.
-
faktor aktiviti manusia – penebangan tumbuhan, pembinaan dan
kegiatan
pertanian di cerun-
tanah menjadi longgar dan tidak mempunyai pegangan akar
tumbuhan – mudah untuk jatuh akibat
tarikan graviti.
( ii
) Jelaskan kaedah mengawal proses
geomorfologi yang anda pilih pada
soalan b ( i ).
( 6
)
-
Kaedah perundangan – menguatkuasakan akta dan peraturan – cth. Akta
Kualiti Alam Sekeliling 1974 – mengenakan hukuman dan denda kepada individu
yang terlibat dalam aktiviti pembalakan di kawasan cerun, pembinaan dan pertanian.
-
Menanam tumbuhan tutup bumi – tumbuhan kekacang dan rumput- akar
memegang dan mencengkam tanah daripada runtuh.
-
Pembinaan teres - khusus kepada cerun-cerun yang digunakan untuk
penanaman tanaman dan pembinaan petempatan.Teres dapat mengawal pergerakan air
permukaan terutama ketika hujan lebat.Teres dapat memperlahankan pergerakan air
dan keadaan ini dapat mengurangkan tenaga kinetik pergerakan air tersebut
sekaligus mengurangkan hakisan.
-
Pembinaan parit / longkang- air larian permukaan di cerun dapat dikawal
melalui kaedah ini. Air tidak mengalir dalam bentuk pelbagai hala yang boleh
menyebabkan berlakunya hakisan kepingan.Longkang-longkang dibina menggunakan
bahan konkrit dan secara bertangga bagi
menjamin ketahanannya terhadap hakisan dan mengurangkan kelajuan pergerakan
air.
-
Penyimenan permukaan cerun - permukaan cerun secara keseluruhannya disimen.
Pada permukaan simen dibuat lubang-lubang bagi mengawal aliran air bawah tanah.
Sesuai bagi mengurangkan hakisan percikan air hujan dan hakisan kepingan.
-
Pendidikan-melalui pendidikan formal di sekolah seperti
pendidikan geografi, alam sekitar, pendidikan moral dan
sebagainya.Pelajar-pelajar didedahkan kepentingan kawasan tanah tinggi dan
impaknya kepada lam sekitar fizikal dan manusia sekiranya kawasan tanah tinggi
diterokai.
-
Kempen- melalui risalah-risalah dan lain-lain kempen yang dijalankan oleh
agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar ( JAS ), Sahabat Alam
Malaysia ( SAM ), Jabatan Perhutanan dan lain-lain.
( c )
Huraikan kepentingan kawasan tanah tinggi kepada manusia. ( 6 )
-
Aktiviti pertanian –
penanaman tanaman hawa sederhana seperti
sayuran
dan buah-buahan, teh .
-
Pelancongan - aktiviti
perlancongan di kawasan suhu sederhana.
-
Telekomunikasi – menara pemancar ( TV, telefon mudah alih dan radio
)
-
Pembalakan - kawasan tanah
tinggi ditumbuhi oleh pokok-pokok yang kayu
keras yang bernilai – sesuai untuk
aktiviti pembalakan.
-
Kawasan tadahan air – kawasan tanah tinggi merupakan kawasan tadahan
air
bagi sungai-sungai.
selamat cuba menjawab soalan latihan yang diberikan.
bincangkan dengan rakan-rakan.
jika timbul masalah rujuk guru-guru anda.
TERIMA KASIH. SEMOGA BERJAYA DALAM STPM 2012.