PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Monday, November 7, 2011

KULIAH 7 - HANYUTAN BENUA - PERGERAKAN KERAK BUMI


 

Hayutan Benua merupakan satu teori yang menerangkan bahawa bahagian-bahagian benua boleh bergerak di permukaan bumi disebabkan oleh kelemahan-kelemahan yang terdapat pada plat tektonik ( kerak bumi).    Salah seorang ahli sains terawal mengemukakan teori hanyutan benua ialah Alfred Wegner pada tahun 1925. 

Beliau menyatakan bahawa kira-kira 200 juta tahun lampau terdapat hanya satu benua di permukaan bumi yang dikenali sebagai Pangea yang dikelilingi oleh lautan purba Panthalassa ( merupakan lautan Pasifik sekarang ). Hanyutan benua ini menyebabkan Pangea terpecah kepada dua. Laurasia hanyut ke utara manakala Gonwana hanyut ke selatan.
Hanyutan di ambil kira dari 200 juta tahun dahulu
Laurasia di sebelah utara yang mengandungi benua-benua Amerika Utara, Eropah dan Asia. Laurasia juga mengandungi lautan Atlantik Utara dan Lautan Artik. Gondwana yang terdiri daripada benua-benua Afrika, Amerika Selatan, Antartik, Australia dan benua kecil India. Bahagian ini juga mengandungi Lautan Atlantik Selatan, dan lautan Hindi.  Lautan Pasifik terletak di sebelah timur dan terpisah daripada kedua-dua bahagian ini.
 
Pada sekitar 135 juta tahun lalu,  benua Amerika Selatan mula bergerak meninggalkan Afrika dan benua kecil India pula hanyut kearah utara menghampiri benua Asia. Benua Australia bergerak kearah timur dan berpisah daripada Antartik.
 
Lebih kurang 50 juta tahun lampau,  benua Amerika Utara berpisah daripada benua Eropah. India telah bersambung dengan Asia kembali, Amerika Utara dan Selatan bercantum semula.
Saki baki tanah daratan yang hanyut tertinggal lalu membentuk pulau-pulau atau gugusan pulau seperti Kepulauan Asia Tenggara, Madagascar,  Hindia Barat dan Kepulauan Pasifik.
 
Hayutan Benua berlaku kerana pergerakan arus dalam Mantel




   




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...