PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Sunday, September 11, 2016

TRANFORMASI DESA - SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN

Kampung A -Tahun 1995





Kampung A - Tahun 2005



Rajah 1: Kampung A 10 tahun yang lalu

1.
a)
Nyatakan tiga aspek perubahan yang dialami oleh kampung A ?












[ 3 markah ]





b)
Bagaimanakah strategi perindustrian desa boleh mengubah keadaan sosio-ekonomi  penduduk luar bandar ?



[ 4 markah ]

























c)
Bagaimanakah sesebuah kawasan luar bandar boleh mengalami perubahan  yang pesat ?



[ 6 markah ]





























d)
Jelaskan kesan perubahan kawasan luar bandar terhadap sumber tanah ?
[ 2 markah ]












JAWAPAN :
Kampung A (Tahun 1985 )
Kampung A ( Tahun 2005 )

Rajah 1: Kampung A 10 tahun yang lalu

4.
a)
Nyatakan tiga aspek perubahan yang dialami oleh kampung A ?


·         Perubahan social


·         Perubahan kegiatan ekonomi


·         Perubahan fizikal / landskap fizikal



[ 3 markah ]





b)
Bagaimanakah strategi perindustrian desa boleh mengubah keadaan sosio-ekonomi  penduduk luar bandar ?



[ 4 markah ]

bi)
Pembukaan industri  di desa mengubah pekerjaan penduduk luar bandar  daripada pekerjaan di sektor primer ( pertanian dan perikanan ) kepada pekerjaan sektor sekunder

bii)
Industri di desa telah meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar kerana ia menyediakan peluang pekerjaan yang banyak kepada penduduk desa.





c)
Bagaimanakah sesebuah kawasan luar bandar boleh mengalami perubahan  yang pesat ?



[ 6 markah ]

ci)
Melalui hubungan saling bergantung antara desa dengan bandar. Ekonomi penduduk luar bandar boleh meningkat apabila bandar berdekatan memainkan peranan menjadi pusat pemasaran barangan keluaran luar bandar seperti hasil pertanian, hasil perikanan dan hasil penternakan.

cii)
Melalui perkembangan industri ke luar bandar di mana kilang-kilang pembuatan barangan dan pemprosesan makanan semakin banyak dibina di kawasan luar bandar. Hal ini akan mengubah kegiatan ekonomi luar bandar dari sektor ekonomi primer kepada sektor ekonomi sekunder.

ciii
Melalui pertambahan jumlah penduduk yang pesat. Keadaan ini akan menyebabkan perkembangan petempatan di mana semakin banyak taman-taman perumahan di bina di kawasan luar bandar. Dengan itu kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan elektrik dan air paip semakin banyak disediakan menjadikan kawasan luar bandar semakin maju.





d)
Jelaskan kesan perubahan penduduk kawasan luar bandar terhadap sumber tanah ?
[ 2 markah ]


Pertambahan penduduk luar bandar akan menyebabkan ruang tanah pamah semakin berkurangan kerana banyak digunakan untuk pembinaan perumahan.

ATAU
Pertambahan penduduk luar bandar akan menyebabkan perubahan landskap akibat pertambahan perumahan, jaringan pengangkutan dan pemodenan kegiatan ekonomi.

SOALAN ESEI  :   942/1 BAHAGIAN B  (GEOGRAFI ALAM SEKITAR  MANUSIA )
1.
a)
Berdasarkan pemerhatian di tempat tinggal anda, jelaskan proses transformasi desa yang telah berlaku di kawasan tersebut.


[ 12 markah ]

b)
Sejauh manakah proses transfomasi di kawasan luar bandar telah memberi impak negatif terhadap alam sekitarnya ?


[ 13 markah ]

Jawapan:
1.
a)
Berdasarkan pemerhatian di tempat tinggal anda, jelaskan proses transformasi desa yang telah berlaku di kawasan tersebut.


[ 12 markah ]


ai) Perubahan kegiatan ekonomi
·         Ekonomi primer kepada ekonomi sekunder seperti  perindustrian  dan tertier seperti perniagaan , pelancongan
·         Pertanian tradisional kepada pertanian moden – penggunaan jentera, baja kimia,racun serangga
·         Perikanan tradisional kepada perikanan moden – guna bot berjentera, alat pengesan ikan


aii) perubahan pekerjaan
·         Pekerjaan pertanian kepada pekerjaan di sektor perniagaan, perkilangan dan perkhidmatan


aiii) pertambahan jumlah penduduk
·         Jumlah penduduk semakin bertambah  akibat peningkatan kadar kelahiran dan migrasi masuk ke luar bandar untuk bekerja.
·         Kewujudan klinik desa dan hospital di luar bandar memudahkan wanita mendapat rawatan kehamilan – meningkatkan kadar kelahiran
·         Pembukaan kilang, ladang pertanian di desa – menyediakan peluang pekerjaan – menggalakkan migrasi ke desa – berlaku pertambahan penduduk.


aiv) peningkatan kepadatan penduduk
·         Pertambahan penduduk menyebabkan kepadatan penduduk di kawasan desa semakin meningkat – pertambahan bilangan rumah dalam satu kawasan


av) perubahan fizikal
·         Perubahan landskap luar bandar – banyak jaringan jalan raya dan kawasan perumahan serta kawasan perniagaan
·         Kawasan hutan diganti dengan kawasan ladang getah, kelapa sawit, ternakan dan bua-buahan  dalam ekonomi moden
·         Kawasan tanah terbiar ditebus guna dan ditambak untuk pembinaan petempatan, jalan perhubungan dan bangunan perniagaan


avi) perubahan taraf hidup penduduk
·         Taraf hidup penduduk desa semakin meningkat – kesan daripada perubahan pekerjaan – terbukti melalui perubahan saiz  rumah, penggunaan barangan rumah tangga dan kenderaan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...