PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Sunday, September 4, 2016

PERGERAKAN JISIM - JAWAPAN



PERGERAKAN JISIM - SKEMA JAWAPAN
1. Jawab soalan berdasarkan rajah di bawah.


  (a) Namakan jenis pergerakan jisim yang mungkin berlaku di cerun berikut :
            Cerun A : Pergerakan jisim secara lambat
            Cerun B : Pergerakan jisim secara cepat                   (2m)

   (b) Nyatakan dua contoh pergerakan jisim yang boleh berlaku di cerun B                      
            (i) Tanah runtuh / gelonsoran tanih
            (ii) Aliran  lumpur atau banjir lumpur.           (2m)

(c)Selain faktor kecerunan, jelaskan 2 faktor fizikal yang mempengaruhi pergerakan jisim dikawasan cerun

            i. Faktor hujan - Hujan lebat akan menyebabkan tanih menjadi longgar akibat serapan air yang banyak kedalam tanih dan gerakan jisim menjadi lebih cepat.

ii.    Faktor litupan tumbuhan - Ketiadaan litupan tumbuhan menyebabkan  permukaan tanih  terdedah kepada agen-agen hakisan (hujan dan angin) dan meningkatkan kadar larian air permukaan menyebabkan peningkatan aliran lumpur.               (4m)

(d) Huraikan 2 kaedah bukan perundangan yang boleh dijalankan bagi mengurangkan pergerakan jisim. .

I. Tanam tanaman tutup bumi - contoh pokok kekacang, rumput dapat mengelakkan permukaan tanah terdedah secara langsung kepada hujan. 

Ii. Peneresan - dapat memperlahankan aliran hujan dipermukaan cerun.
                                               
Skema soalan esei
2
(a)
Sejauhmanakah faktor hujan mempengaruhi proses pergerakan jisim.
[13]



 Faktor hujan -
A1 - kelebatan / intensiti hujan
Hujan lebat menyebabkan jumlah air dipermukaan meningkat dan mempunyai tenaga untuk menghakis dan menyebabkan peningkatan proses pergerkan jisim.

A2 - tempoh masa yang lama/ berpanjangan
     Tempoh masa penurunan hujan menyebab tanah menjadi berat dan menambahkan lagi tarikan graviti yang menyebabkan berlakunya gerakan jisim.

A3 - Sebagai pelincir - Air hujan bertindak sebagai pelincir yang meningkatkan pergerakan bahan di atas cerun.

A4 - Kekerapan  hujan - Hujan yang kerap menyebabkan permukaan tanah sentiasa basah , licin dan longgar.
                                        (2 x 4 = 8m)
 Penegasan kepada terdapatnga faktor lain +1m ( Walau bagaimanapun terdapatnya faktor lain selain faktor hujan......)

Faktor lain

A5 -  Faktor tumbuhan  - Kekurangan litupan tumbuhan menyebabkan gerakan jisim bertambah kerana ketiadaan peranan akar untuk mencengkam butiran tanah dan tanah menjadi longgar.

A6 - Faktor aktiviti manusia - Manusia menebang pokok untuk petempatan, pembandaran,dan sebagainya, menyebabkan tanah longgar.

                                      (2 x 2m = 4m)
                 Jumlah markah (8 + 4 +1 = 13m)    



(b)
Huraikan kesan pergerakan jisim terhadap aktiviti manusia.

B1 - Gerakan jisim seperti tanah runtuh, aliran lumpur memusnahkan kawasan tanamam menyebabkan petani tidak dapat menjalankan proses penanaman dikawasan cerun.

B2 - Aktiviti pelancongan - Kawasan pelancongan musnah , tercemar,kesan daripada proses aliran lumpur menyebabkan aktiviti rekrasi dikawasan tersebut tidak dapat dijalankan.

B3 - Pengangkutan - Sistem pengangkutan terhalang akibat tanah runtuh. Semua aktiviti terpaksa diberhentikan.

B4 - Aktiviti perlombongan - Kegiatan perlombongan terhenti dan terjejas kerana kawasan perlombongan musnah . Contoh perlombongan dikawasan kuari.                        (4 x 3m = 12m)
[12]

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...