PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Tuesday, September 13, 2016

BANDAR MESRA ALAM TERBESAR DI DUNIA

Bandar Masdar berhapiran Abu Dhabi, UEA - Bandar Mesra alam terbesar di dunia.

Contoh Masjid mersa alam


Pentadbiran bandar Abu Dhabi di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) memajukan bandar mesra alam 
terbesar di dunia dengan menggunakan teknologi paling canggih. Bandar mesra alam itu dikenali 
sebagai bandar Masdar yang boleh menempatkan 40,000 penduduk dan projek tersebut 
bermula sejak 2006. 

Dibina di pinggir bandar Abu Dhabi, bandar Masdar yang langsung tidak mengeluarkan 
gas karbon bakal menjadi contoh kepada bandar mesra alam pada masa depan. Bandar 
itu memperoleh penghuni pertamanya pada Oktober lalu apabila sekumpulan 175 orang 
 pelajar menyertai projek Masdar. 

Institut Sains dan Teknologi Masdar turut dibangunkan dengan kerjasama Institut 
Teknologi Massachusetts. Sebuah kereta tanpa pemandu yang dikendalikan sistem navigasi 
canggih turut digunakan di kampus tersebut. Buat masa sekarang, apa yang ada hanyalah
 kampus institut pengajian yang meliputi satu kluster bangunan dengan bumbungnya dipenuhi 
dengan panel solar serta sebuah ladang yang memperoleh tenaga solar. 

"Kami memiliki sistem fotovolta berkuasa 10 megawatt di tapak yang mampu menjana 
banyak kuasa elektrik yang perlu disalurkan menerusi grid," kata Pengarah Masdar Power, 
Frank Wouters.Masdar turut membangunkan loji kuasa solar berkapasiti 100 megawatt 
dengan kerjasama syarikat Total dari Perancis dan Abengo Sepanyol yang diberi nama 
Shams 1. Ia dikatakan sebagai loji kuasa solar terbesar di dunia dan menelan kos sehingga 
AS$600 juta (RM1.83 bilion). Abu Dhabi ialah antara negara Arab yang memiliki simpanan 
minyak paling banyak di dunia. 
Sumber - Agensi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...