PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Tuesday, September 13, 2016

KEMAHIRAN GEOGRAFI 2 - SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN




1.
Jadual 1 di bawah menunjukkan statistik kependudukan di Malaysia antara tahun 2005 hingga tahun 2007.



Jadual 1. Statistik  Kependudukan di Malaysia antara tahun 2005 hingga
tahun 2007.

Statistik
Tahun
2005
2006
2007
Kadar Kelahiran Kasar(setiap 1000 penduduk)
18.4
18.0
17.4
Kadar Kematian Kasar (setiap 1000 penduduk)
4.5
4.5
4.5
Kadar Pertambahan Semulajadi(setiap 1000 penduduk)
13.9
13.6
13.0
Kadar Mortaliti Bayi (setiap 1000 kelahiran hidup)
6.6
6.1
6.3



(a)
Berdasarkan maklumat dalam jadual 1 di atas ,lukis sebuah graf bar yang sesuai bagi menggambarkan statistik kependudukan di Malaysia antara tahun 2005 hingga tahun 2007.  
                                                                                                          
(10m)

(b)
Apakah yang dimaksudkan dengan ciri demografi penduduk  sesebuah negara?   
                                                                                                                             
(5m)

(c)
Jelaskan kesan pertumbuhan penduduk positif  terhadap status sosioekonomi negara sedang membangun                                                                                       
(10m)

SKEMA JAWAPAN

1.
(a)
Berdasarkan maklumat dalam jadual 1 di atas ,lukis sebuah graf bar yang sesuai bagi
 menggambarkan statistik kependudukan di Malaysia antara tahun 2005 hingga tahun 2007
               
                                                         
(10m)




Skala   :           1 cm = 2 Orang

Pemarkahan
Tajuk               : 1 m
Petunjuk          : 1 m
Plot                  : 6 m
SkalaLabel      : 1 m
Kekemasan      : 1 m
Jumlah           : 10 Markah

Graf bar komponen/Rajah Segiempat Bujur Berbahagi diterima : Maksimum 10



(b)
Apakah yang dimaksudkan dengan ciri demografi penduduk  sesebuah negara?   
                                                                                                                             
(5m)


Ciri demografi penduduk ialah ciri kependudukan/gambaran kependudukan (1)sesebuah negara yang ditunjukkan melalui graf piramid penduduk (1).Ciri demografi meliputi ciri kadar kelahiran,kadar kematian (1),nisbah jantina,kumpulan umur penduduk dan jangka hayat penduduk (1).Ciri demografi/piramid penduduk dapat menggambarkan tahap pembangunan penduduk dan juga tahap kesihatan dan pemodenan sesebuah negara (1)



(c)
Jelaskan kesan pertumbuhan penduduk positif  terhadap status sosioekonomi negara sedang membangun.                                                                                     
(10m)




Isi Utama
Huraian
Markah
C1
Pertambahan /peningkatan perbelanjaan kerajaan.
-          Kesan pertambahan kadar kelahiran meningkatkan jumlah golongan  muda.
-          Bilangan ang ramai akan meningkatkan perbelanjaan/tanggungan sesebuah negara dalam bidang pendidikan,kesihatan,penyediaan peluang pekerjaan dll.
-          Contoh Malaysia dan kebanyakan negara dunia ketiga perlu menyediakan peruntukan kebajikan yang besar.

2
C2
Pendapatan perkapita/pendapatan isi rumah  di tahap rendah.
-          Pertambahan peluang pekerjaan yang kecil berbanding jumlah penduduk mengurangkan pendapatan perkapita negara.
-          Pembangunan sumber yang tidak optimum mengurangkan pendapatan negara.

2
C3
Kadar kemiskinan tinggi.
-          Kadar kemiskinan/di bawah paras kemiskinan masih tinggi ekoran kekurangan pekerjaan terutamanya di luar bandar.

2
C4
Kadar pengangguran tinggi.
-          Kadar pengangguran tinggi kerana kekurangan kemahiran dan pertambahan peluang pekerjaan yang tidak seimbang dengan pertambahan penduduk.

2
C5
Taraf kesihatan rendah
-          Kekurangan peruntukan kerajaan untuk membangunkan kesihatan negara.
-          Banyak penularan wabak penyakit dan kekurangan kemudahan kesihatan.
-          Masalah persekitaran/pencemaran yang menjejaskan kualiti hidup.

2
C6
Tahap pendidikan/literasi masih rendah.

-          Pembangunan pendidikan tidak dapat dilakukan secara menyeluruh akibat kos yang tinggi dan halangan fizikal.

2
C7
Proses urbanisasi lambat
-          Pemodenan tidak dapat dijalankan secara menyeluruh kerana tahap pembangunan ekonomi masih bergantung pada sektor utama dan kekurangan kemudahan asas.

2




Rajah 1 : Struktur Umur dan Jantina Penduduk  Negara X







1(a)
Namakan bentuk piramid penduduk di atas ?

(2m)


………………………………………………………………………………...






(b)
Jelaskan mengapakah piramid penduduk di atas berbentuk sedemikian ?

(5m)


………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...
………………………………………………...………………………………






(c)
Jelaslan dua ciri penduduk yang digambarkan dalam piramid penduduk di atas.

(4m)


………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...
………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...
………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...






(d)
Cadangkan dua langkah yang boleh dilaksanakan untuk meningkatkan kualiti penduduk di negara-negara tersebut.

(4m)


………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...
………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...
………………………………………………………………………………...


SKEMA JAWAPAN

1.
(a)
Namakan bentuk piramid penduduk di atas ?

(2m)


-          piramid progresif




(b)
Jelaskan mengapakah piramid penduduk di atas berbentuk sedemikian ?

(4m)


-       kadar kelahiran yang tinggi
-       kadar kematian juga tinggi
-       taraf kesihatan masih rendah
-       kurang amalan perancangan keluarga
-       taraf pendidikan yang masih sederhana
-       amalan berkahwin cepat
-       faktor keagamaan – amalan perkahwinan



(c)
Jelaskan dua ciri penduduk yang digambarkan dalam piramid penduduk di atas.

(6m)


-       Tapak piramid lebar
-       Puncak yang sempit/tajam
-       Komposisi umur(golongan muda)/cerun landai
-       Ciri-ciri jantina – lelaki dan perempuan
-       Kadar pertumbuhan penduduk tinggi
     


(d)
Cadangkan dua langkah yang boleh dilaksanakan untuk meningkatkan kualiti penduduk di negara-negara tersebut.

(4m)


-       Menggalakkan amalan perancangan keluarga/saiz keluarga kecil
-       Menggalakkan perkembangan industry
-       Meningkatkan pembangunan  sumber manusia
-       Meningkatkan taraf hidup dan pendapatan penduduk
-       Penyediaan kemudahan asas yang lengkap
-       Menyediakan kualiti alam sekitar yang sempurna                                  



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...